Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TMB 4

𝐓𝐡𝐢𝐬 𝐢𝐬 𝐰𝐚𝐫 𝐟𝐨𝐫 𝐨𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞

᯽᯽᯽

LaGuardia Airport. New York. 15.00 p. m

Andrea menghembus nafas lega. Dia telah pun tiba di New York 20 minit lepas. Penerbangan selama hampir 10 jam itu agak membuatkan satu tubuh badannya lelah.

Andrea menoleh memandang Aiden yang berada disebelahnya. Kenapa lelaki ini masih berada disini?

"Awak buat apa lagi dekat sini?" soal Andrea.

"Aku tunggu driver aku lah. Siapa nak duduk dekat kau?" Aiden membuat muka. Tangannya masih lincah menaip di atas skrin IPhone nya.

Andrea hanya menjengilkan matanya ke atas. Ada saja percakapan lelaki ini membuatkannya sakit hati. Sebenarnya dia juga sedang menunggu taxi untuk ke tempat penggambarannya pada hari ini. Namun dari pemerhatiannya seperti tiada taxi yang 'available'.

'Aku kena pakai subway ke. Aduh' fikirnya sejenak. Bukan dia tidak pandai menggunakan subway tetapi dia sering keliru dengan stesen-stesen mereka.

"Yang kau masih tercegat sini kenapa?" Aiden menyoal. Pelik melihat gadis tersebut yang sepertinya masih bingung itu.

"Suka hati sayalah nak berdiri kat mana pun" balas Andrea agak kasar. Kepalanya tika ini sebenarnya agak bercelaru.

"Shooting kau dekat mana?"

"Huh? What did you say?" Andrea berpaling. Cuba meminta lelaki itu untuk mengulang semula.

"Aku. Cakap. Shooting. Kau. Dekat. Mana" Aiden menjelaskan satu persatu perkataan yang disebutnya tadi. Kepalanya ditundukkan bagi melihat wajah gadis itu.

Andrea yang agak tersentak hanya diam terkaku. Atau patut dia katakan, malu?

"Faham?" Aiden masih dengan posisinya tadi. Matanya masih merenung ke dalam mata wanita itu. Andrea yang sudah tidak tahan untuk berada dalam jarak sedekat itu terus berpaling.

"Faham, faham. I need to go to Chelsea by this 4 p.m" ujar Andrea. Suaranya agak mendatar. Nafasnya cuba dikawal dan juga riak wajahnya.

"So why don't you take a taxi or subway from now on?" soal Aiden. Tangannya masih bermain di atas paparan skrin telefon miliknya.

Andrea hanya diam membisu. Tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Takkan dia mahu beritahu lelaki tersebut yang dia agak takut untuk menggunakan pengangkutan awam tersebut?

Aiden melihat sekilas ke arah Andrea. Senyuman kecil terukir. Dia faham akan apa yang difikirkan gadis itu. Dia cuma mahu menyakat saja.

"It's okay. Come with me" Aiden terus berjalan keluar dari airport tersebut. Dia menoleh semula ke tempat dia duduk tadi dan gadis tersebut masih lagi memandang ke arahnya. Bingung.

"Do you want to come or not? or you prefer to use subway instead?"

Andrea yang mendengar perkataan 'subway' terus sahaja menarik luggagenya dan berlari mendekati Aiden yang sudah pun berada di luar itu. Rezeki sudah dihadapan mata, kita ikut sajalah!

Lelaki itu sedang berada di tepi sebuah kereta bewarna hitam bersama seorang lagi lelaki yang sedang berbual dengannya.

Lincoln Navigator Black Level.

'Siapa juga mamat ni sebenarnya?' getus Andrea di dalam hati. Matanya masih memandang ke arah model kereta tersebut. Kakinya masih melangkah ke arah dua lelaki tadi.

Andrea yang datang ke arah Aiden itu menarik perhatian lelaki yang sedang berbual dengan Aiden tadi.

"Wow! A girl dude" sakat lelaki tersebut lalu tersenyum ke arah Andrea sebelum memandang ke arah Aiden semula dengan pandangan mengejek.

"Take her luggage" arah Aiden kepada pemandu peribadinya itu. Malas mahu melayan.

Lelaki tersebut hanya menurut. Luggage yang berada disisi Andrea itu diambil dan dibawa ke bonet belakang kereta tersebut.

Lelaki itu kembali semula dan membuka pintu kereta belakang.

"Have a seat miss" tangannya diletakkan di perut dan badannya ditundukkan sedikit. Seperti mengalu-alukan gadis tersebut.

"Er, Thank you" Andrea tersenyum kecil dan masuk ke dalam kereta.

"Mr Aiden?" Panggil lelaki tadi. Pintu tersebut masih dibuka.

Aiden tidak menjawab dan langsung ke arah tempat duduk penumpang dihadapan. Lelaki tadi hanya menggeleng sebelum menutup pintu penumpang di belakang tadi. Lelaki tersebut masuk ke tempat pemandu di sebelah kiri.

"Drop her at Chelsea" ujar Aiden. Lelaki disebelahnya hanya mengangguk kecil sebelum mula memandu kereta tersebut.

"Aiden" panggil Andrea. Cuba memecah kesunyian antara mereka bertiga.

"Hm, what?" Aiden mengumam. Langsung tidak menoleh ke arah Andrea yang duduk di kerusi penumpang belakang.

"Takpe ke saya ikut ni?" soal Andrea teragak-agak.

"Lah boleh cakap melayu ke?" lelaki yang sedang memandu tersebut menoleh memandang ke arah belakang. Andrea hanya tersenyum kecil.

Dia sudah terbiasa akan soalan sebegitu apabila dia menggunakan bahasa ibunda tersebut. Siapa sangka? Muka orang putih sepertinya boleh menggunakan bahasa ibunda dengan lancar tanpa sedikit pun pelat.

"Mark, drop her out" Aiden memberikan arahan.

Serentak itu Andrea dan lelaki bernama Mark tersebut membulatkan mata.

"Kau ni biar betul? Takkan nak bagi tinggal dia kat tepi ni?" soal Mark tidak percaya. Kepalanya menoleh ke arah Aiden yang duduk di tempat duduk penumpang itu.

"Aiden, no, no. I'm just asking" Andrea kalut. Aduh janganlah tinggalkan dia ditepi jalan!

"So just shut up and wait until we get you to your place" arah Aiden dengan nada yang senada. Dia fokus dengan jalan raya yang terbentang dihadapan, langsung tidak menoleh ke arah Andrea mahupun Mark.

Andrea sudah tidak membalas. Mulutnya dikunci serapat-rapatnya. Dalam hatinya sudah mengutuk lelaki bernama Aiden tersebut di dalam hati.

'Kenapalah hidup aku boleh tersangkut dengan dia ni?'

Aiden yang memerhati sekilas gadis tersebut daripada cermin pandang belakang tersengih kecil.

'Funny'

᯽᯽᯽

Hyatt Place NYC Chelsea.

Andrea menarik luggagenya dan melangkah masuk ke bilik. Dia terus menutup pintu bilik dan menguncinya. Matanya meliar melihat hotel yang ditempah oleh Zander itu.

"You're the best Zander" Andrea berjalan melihat seluruh ruangan bilik tersebut.

Sangat minimalis dari segi perabotnya dan isi ruangan yang lain. Dia sudah memesan kepada Zander untuk tidak menempah hotel yang mewah-mewah kerana dia hanya tinggal untuk beberapa hari sahaja.

Ting!

Andrea yang terdengar akan bunyi telefonnya yang menandakan mesej masuk terus mendapatkan telefon tersebut.

"Already in hotel?"

"Yes. Thank you for helping me"

Taip Andrea dan menekan butang 'sent'. Tidak sampai beberapa saat, mesej baharu masuk.

"Pandai kan aku pilih"

Andrea hanya membiarkan mesej tersebut dibaca. Malas mahu membalas.

Badannya direbahkan ke sofa yang terdapat di bilik tersebut. Fuh, penat!

Sesi penggambaran tadi semuanya berjalan lancar. Produk kolaborasi tersebut akan keluar pada minggu hadapan. Dia juga sempat bertemu dengan pengasa Scent Beauty itu sendiri. Beruntungnya seorang Zyellya Andrea!

Dia berguling-guling dikatil sebelum berhenti merenung siling bilik.

Kepalanya mengimbau kembali kejadian semalam. Dimana dia dan Aiden rancak bercerita pada malam itu. Tanpa dia sedari senyuman kecil terbit di bibirnya.

"Dah kenapa kau ni senyum-senyum Bella?" soalnya kepada dirinya sendiri. Kejadian semalam masih segar di kepalanya tika ini.

"Aiden. Aiden. Aiden. Who are you actually?" Andrea masih termenung memandang siling bilik tersebut. Matanya masih memaparkan wajah lelaki tersebut yang sering membuatnya sakit hati itu.

"Stop Andrea, stop! What's wrong with you?" Tangannya naik menampar sedikit bagi mengembalikan dia ke dunia realiti.

"Kau tak kenal dia. Dia tak kenal kau. That's it. Get him off from your mind" tangannya naik mengetuk kepalanya. Kepalanya digeleng beberapa kali.

᯽᯽᯽

Andrea berjalan menyelusuri lautan manusia yang membanjiri kota metropolitan itu. Malam ini dia hanya mengenakan mini skirt serta kemeja labuh bewarna nude. Rambutnya dibiarkan lepas pada malam itu.

Niatnya mahu keluar pada malam itu hanya mahu mengambil angin dan mencari sedikit barang sebelum dia akan pulang ke Itali pada esok pagi.

Bag Swarovski ditangan dilihat sekilas. Dia baru sahaja membeli seutas rantai dan ingin memberinya kepada Ava selepas pulang nanti.

Matanya meliar memandang sekeliling. Terlalu sesak untuk dirinya mencari taxi ketika ini. Matanya melihat sekilas ke skrin telefonnya. Jam sudah pun menunjukkan pukul 11 p.m.

'Jalan kaki je lah. Boleh tengok-tengok kedai lain' gumamnya.

Nasib sahaja negara itu sedang berada di musim bunga dan bukan musim sejuk. Kalau tidak memang tidaklah dia mahu berjalan kaki.

Andrea berjalan sambil mulutnya menyanyi kecil. Sambil berjalan, matanya juga menangkap pelbagai ragam manusia di kota metropolitan ini.

Terdapat pasangan yang sedang bercumbuan diluar kelab, mabuk dan sebagainya. Ada yang sedang mengambil gambar dan membuat video. 'Mungkin content creators agaknya' fikirnya.

Terdapat juga orang yang mungkin mengenalinya dan melambai ke arahnya. Andrea mengukir senyum dan membalas lambaian tersebut. Matanya tertarik memandang seseorang yang agak dikenali dimatanya.

Susuk tubuhnya seperti seorang lelaki. Memakai hoodie bewarna hitam berserta topi yang agak melindungi wajahnya. Matanya sedang mencerlung memandang Andrea tika itu.

Andrea yang melihat hanya beriak seperti biasa. Dia menyambung langkah untuk sampai ke hotel miliknya. Dia tidak boleh memaparkan rasa takut. Jalan yang agak jauh menjadi pilihan.

Beg Swarovski yang dibeli tadi dijatuhkan. Andrea menunduk dan mengambilnya semula. Dia cuba mencuri pandang ke arah lelaki tersebut berada tadi. Lelaki tersebut masih memandang ke arahnya dengan pandangan tajam.

'Ish! Dia nampak pulak' Andrea mengutuk di dalam hati. Langkah diteruskan.

Semakin lama langkahnya semakin pantas namun dia masih mengawal riak mukanya. Tidak mahu menunjukkan yang dia sedang cemas akan sesuatu. Dia berjalan ke arah satu laluan yang semakin padat dengan orang ramai.

'Shit! Siapa lagi ni?' getus hatinya.

Andrea hanya berjalan tanpa hala tuju didalam kemurunan orang ramai tersebut. Setelah hampir 5 minit dia keluar daripada kerumunan tersebut. IPhone didalam handbagnya diambil. Nama Zander dicari sebelum butang call ditekan.

Tut...tut...

"Aduh! Tak pickup pula" Andrea memandang sekeliling. Tiada sudah kelibat lelaki berhoodie hitam tersebut. Langkah diteruskan menuju ke hotel apabila merasakan dirinya tidak diekori lagi.


Sesampainya di lobi hotel, Andrea terus menuju ke arah lif dan menekan punat lif untuk naik ke atas. Andrea terus meluru masuk ke dalam lif dan menutupnya, mujur tidak banyak penginap yang mahu menggunakan lif ketika itu. Butang 29 ditekan.

"Apa yang lambat sangat lif ni?" gumamnya. Matanya hanya memerhati nombor yang terpapar di atas pintu lif tersebut.

Ting!

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dia terus berlalu menyelusuri koridor menuju ke biliknya dengan langkah yang agak pantas. Tangannya menyeluk ke dalam handbag. Kad bagi mengakses pintu biliknya dicari.

"Mana pulak kad ni pergi?"

Tiba-tiba telefonnya berdering. Dia dengan pantas mengambil telefonnya yang juga berada dalam handbag tersebut. Nama si pemanggil tertera, Zander!

PAK

"Aduh!" Andrea mengadu sakit apabila badannya ditolak ke arah pintu bilik secara paksaan sebegitu.

Belum sempat dia mahu menyambut panggilan tersebut telefon tersebut dilempar jauh dari tempat dia dan lelaki misteri itu sedang berdiri.

Kini lelaki tersebut sedang berdiri rapat dihadapan Andrea dan mengepungnya menggunakan tangan.

"Who are you?! What did you want?" soal Andrea kuat. Jari lelaki itu naik ke atas bibir Andrea. Menyuruhnya untuk senyap.

"Get rid off your hands!" Andrea dengan serta merta menolak tangan tersebut menjauhinya. Namun tindakan tersebut hanyalah sia-sia. Lelaki tersebut semakin merapatkan badannya dengan tubuh Andrea. Ini membuatkan Andrea berasa sesak.

'Oh god' getus hati kecilnya.

Andrea dengan serta merta menolak tangan tersebut menjauhinya. Jijik.

"Can you just shut up for a little, girl?" lelaki tersebut naik mengusap pipi Andrea lagi. Pandangan matanya tajam mencerlung iris bewarna kelabu milik Andrea.

"What do you want from me? Money? I can give you, how much do you want?" Andrea cuba bersuara. Kepalanya berpalingYou can't pay me with your money gurllelaki tersebut.

"You can't pay me with your money gurl" tangan lelaki itu naik memagut dagu Andrea bagi menghadapnya.

"I just want you--Argh!" lelaki itu menjerit, mengerang kesakitan.

Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, Andrea terlebih dahulu memijak kaki lelaki tersebut menggunakan heels yang dipakainya dan menendang kemaluannya menggunakan lutut.

"Thank goodness to this Tom Ford heels" ucap Andrea sambil tersengih. Dia terus mendapatkan handbag dan segala barangnya yang terjatuh di lantai. Lelaki yang masih menahan kesakitan dilantai tersebut dipandang tanpa perasaan.

"Ergh! You, bastard!" ujar lelaki itu berang. Masih lagi dalam keadaan terduduk menahan sakit.

"You know what? You're lucky that I'm not bringing my Ken. Thank goodness that you're still alive" ujar Andrea sambil memberi lambaian kecil dan berlalu masuk ke dalam meninggalkan koridor tingkat tersebut.

"Argh!" lelaki itu mengerang kesakitan sebelum bangun dan terus berlalu meninggalkan tempat tersebut. Kakinya dikepit menahan sakit yang masih terasa.

Selepas sahaja lelaki tersebut berlalu pergi, dia terus keluar dari tempat persembunyiannya. Langkah diatur menuju ke hadapan bilik dimana berlakunya pergaduhan tadi.

Satu plastik diletakkan di hadapan pintu bilik tersebut dan ditingalkan sekali bersama satu nota kecil. Dia menekan loceng rumah dan terus berlalu pergi meninggalkan tempat tersebut.

Ting tong!

"Apa lagi? Hah?" tempik Andrea yang sedang berbaring di atas katil. Memang nak mati lah lelaki tu!

"Eh, aku penatlah tak habis-habis mamat ni" Andrea berlalu ke arah pintu bilik sambil mulutnya membebel. Dia mengintai daripada lubang yang membolehkan dia melihat siapakah gerangan diluar itu. Kosong.

'Aik?'

Pintu bilik dibuka dan dia mendapati terdapat sebuah plastik yang tidak diketahui isi di dalamnya. Andrea mengambil plastik tersebut, menutup pintu dan menguncinya. Plastik tersebut di bawa ke atas meja makan.

"Apa ni?" Andrea menyoal sendiri. Terdapat sebuah nota kecil didalam plastik tersebut dan satu bungkusan makanan.

'For you. Don't forget to lock the doors and don't open it for strangers. Eat this, I know that you're hungry and tired. Sleep well after this. L'

Andrea mengerutkan dahi. Siapa 'L'?

Bungkusan makanan didalam plastik itu diambil dan dibuka bungkusannya. Mata Andrea terbuntang dan terus membuatkan perutnya berkeroncong. Nasi Ayam!

"Where did this sender find Nasi Ayam in New York? Macam tahu-tahu je aku lapar" Andrea tertawa kecil. Tangannya dicuci dan tidak lupa juga membaca doa sebelum makan dan menjamu nasi ayam tersebut. Andrea tergamam. Sedapnya!

Dalam menikmati kesedapan nasi ayam tersebut, kepalanya masih menerawang memikirkan kejadian tadi. Dia seperti dapat mengecam si lelaki misteri tadi. Tapi dia tidak ingat dimana. Kini dia ditambah lagi dengan persoalan baharu.

"Who's L?"

To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro