TMB 3
❝𝐓𝐡𝐢𝐬 𝐢𝐬 𝐰𝐚𝐫 𝐟𝐨𝐫 𝐨𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞❞
᯽᯽᯽
Aiden menatap lama skrin IPhone ditangan. Panggilan daripada Xean tadi membuatnya berfikir sejenak.
"Tuan nak kau balik. Jenguk dia katanya. Bawa yang lain sekali"
'Why so sudden?'
Soalan itu berlegar-legar dalam fikirannya. Kepalanya digeleng. Sudahlah, dia tidak mahu fikir dahulu. Sekarang ini objektifnya ialah untuk tidur. Dia mahu mengganti tidurnya yang beberapa hari ini tidak teratur akibat kerja yang menimbun. Ditambah lagi dengan masalah ugutan daripada musuh mereka. Ah! Dia lali!
Baru sahaja dia mahu menutup mata, matanya celik semula. Melihat ke kerusi sebelah. Keluhan jecil terbit di bibirnya.
'Oh god. Kau nak tengok apa juga kat luar tu sampai semua tingkap kau buka?'
Matanya tertancap pada si penumpang. Seorang perempuan. Sedang sibuk menaip di MacBook miliknya. Wajahnya tidak dapat dilihat akibat partition yang dinaikkan. Namun cahaya daripada tingkap yang terbuka itu masih mengganggunya untuk tidur.
Tanpa berfikir panjang, Aiden bangkit dan menghampiri si penumpang yang berada di tempat duduk tersebut.
"Miss, could you close one of the window please?" soal Aiden. Namun tiada reaksi daripada penumpang tersebut. Aiden bingung. Dia cuba berdehem sedikit dan memanggilnya semula.
"Hello?"
Tiada reaksi. Tindak balas pun tiada.
"Hei. Are you hear me?" soal Aiden. Timbul pula persoalan lain dikepalanya. Ke dia pekak?
Penumpang tersebut tidak memberikan respon. Masih fokus dengan MacBook dihadapannya. Tidak dihiraukan sama sekali Aiden yang memanggil.
'Okay, sah dia tak dengar' Aiden bingung. Apa lagi yang boleh dilakukakannya?
Matanya menangkap akan airpod yang terselit di telinga kanan penumpang tersebut. Tanpa berfikir panjang, dia menariknya.
"What are you doing?" ujar gadis dihadapannya itu sebelum menolehkan kepalanya. Matanya membulat.
"Oh, it's you again" ujar Aiden. Agak terkejut tapi riak mukanya cuba dikawal. Tidak sangka dia akan bertemu lagi dengan gadis tersebut.
"Apa awak nak?" soal Andrea senada. Matanya kembali memberi fokus kepada MacBook dihadapannya. Malas mahu melayan lelaki tersebut.
"Nasib jumpa orang melayu, senang sikit nak cakap" ujar Aiden. Berbasa-basi. Langsung tidak menjawab persoalan Andrea.
"Cepatlah. Awak nak apa?" soal Andrea lagi. Muka dibuat menyampah.
"Kau tutup sikit tingkap kau ni boleh tak? Silau kau tau?" Aiden mendekati tingkap tersebut dan semuanya diturunkan bagi menghalang cahaya masuk.
"Awak siapa nak arah saya? This is my place okay? Suka hati saya lah" Andrea menaikkan semula tingkapnya tadi. Tidak menghiraukan Aiden.
"Okay, okay. Tapi at least tutup satu. Can you?" Aiden menggangkat kedua tangannya gaya menyerah dan menyoal lagi. Cuba berlembut.
"Fine, fine, fine. Close one of it and go to your seat. You're bothering me" Andrea menumpukan perhatiannya pada MacBook nya kembali. Menyambung kerjanya yang tergendala.
Aiden hanya tersengih. Tangannya bergerak menutup salah satu tingkap tersebut dan berlalu semula ke tempat duduknya. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Kepalanya menoleh semula memandang Andrea.
"Oh, by the way, it's interesting to meet you again" ucapnya sebelum berlalu kembali ke tempat duduknya. Aiden melihat sekilas ke arah Andrea. Tiada respon. Tidak mendengar barangkali.
IPhone nya dicapai. Aplikasi camera dibuka. Skrin ditekan beberapa kali. Selepas itu dia terus menutup skrinnya dan meletakkannya ketepi.
Kepalanya disandarkan untuk tidur. Mata dipejam. Dia mahu tidur sebentar sebelum waktu makan malam nanti.
᯽᯽᯽
"Alhamdulillah siap jugak" ujar Aiden syukur. Nafas lega dihembus. Dia meregangkan badannya ke kiri dan ke kanan. Tangannya dipatah-patahkan. Bahunya ditumbuk sedikit akibat lenguh menaip untuk beberapa jam berterusan.
Botol air mineral dicapainya. Penutupnya dibuka dan diteguk sedikit bagi melegakan tekak yang agak kering. Ianya juga menyegarkan mata dan badannya semula.
Selepas sahaja menjamu makan malam tadi dia terus fokuskan diri bagi menyiapkan bahan untuk meetingnya pada esok hari. Syarikatnya akan melancarkan projek baharu dan dia harus memberikan komitmen yang terbaik pada kali ini.
IPhone nya dicapai. Skrin telefonnya ditekan. Jam telah pun menunjukkan pukul 1.30 pagi. Namun dia masih belum terasa mengantuk. Mungkin akibat dirinya yang telah pun tidur siang tadi.
Kepalanya diangkat sedikit. Matanya melilau melihat kerusi penumpang yang lain. Semua lampu sudah pun ditutup menandakan sudah dibuai mimpi.
Matanya menangkap satu tempat duduk yang lampunya masih terang benderang menerangi tempat duduk si penumpang. Gadis tersebut.
Hanya lampu di tempat gadis itu selain dirinya sahaja yang masih bercahaya disitu.
Aiden bangun dari katilnya dan menyusun langkah menuju ke katil gadis tersebut. Kepalanya mejenguk ke katil gadis tersebut yang dihadang oleh partition itu.
"Kenapa belum tidur?"
Andrea yang sedang melihat telefonnya itu tersentak. Serta-merta IPhone yang berada dipegangannya jatuh menghempap muka.
"Aduh!" Andrea memegang hidungnya yang dihempap IPhone tadi. Dia terus bangun dari pembaringan ke posisi duduk.
Aiden hanya memerhati tanpa sebarang riak. Dia sebenarnya agak lucu dengan tingkah laku Andrea tadi tapi cuba dikawal.
"Apa awak nak hah?" soal Andrea kasar. Tangannya masih membelek hidungnya sambil melihat ke kamera telefonnya. Takut jikalau terdapat kesan lebam mahu pun bengkak.
Dia harus menjaga mukanya untuk sesi penggambaran nanti. Macam mana nak cover kalau lebeam atau bengkak tersebut menampakkan kesan?
"Itupun nak terkejut ke? Baru sikit. Over lah kau ni" ujar Aiden dengan nada mengejek. Dia masih lagi dengan kedudukannya tadi sambil melihat gadis dihadapannya itu.
"Ye lah. Dah awak tiba-tiba sergah macam tu" Andrea menjeling. Lelaki ini memang muncul hanya untuk menambah sakit kepalanya sahaja kah?
"Kau kenapa belum tidur?" Aiden kembali pada tujuan asalnya datang ke tempat gadis itu.
"Suka hati saya lah nak tidur ke tak. Awak nak sibuk kenapa?" Matanya dijengilkan ke atas sebelum kembali pada aktivitinya tadi. Tangannya masih lagi lincah bergerak di atas skrin telefonnya.
Aiden yang agak bengang apabila soalannya tidak dijawab terus menarik IPhone tesebut daripada pegangan tangan gadis itu. Matanya melihat sekilas ke skrin tesebut.
"Apa awak ni? Bagi balik lah!" Andrea cuba mencapai telefonnya yang sedang berada dalam pegangan lelaki tesebut. Namun Aiden dengan lebih pantas mengelak nya. Matanya masih fokus melihat ke srin telefon tersebut.
"Zyellya--" belum sempat Aiden menghabiskan bacaannya Andrea terus menarik telefon tersebut. Raut wajah Andrea sudah pun cukup berang tika ini.
"So you're model? Wow" Aiden tersengih memandang ke arah gadis itu. Dia menongkat dagu di partition yang menghadang katil gadis tersebut.
"I can sue you for trying to break my privacy Mr, er" ayat Andrea terhenti disitu. Dia tidak tahu akan nama lelaki tersebut. Mukanya sudah panas menahan malu ketika itu.
'Aduh, salah pilih ayat lah kau!' getus hatinya.
Aiden yang sejak tadi hanya memerhati tingkah laku gadis itu tercetus tawanya. Andrea hanya melihatnya dengan pandangan pelik.
"Aiden"
"Yeah, yeah. Mr Aiden. I can sue you for breaking into my privacy" Andrea menunjuk tepat dihadapan wajah lelaki yang bernama Aiden itu. Seperti memberi amaran.
"You're so funny Zyellya. Or should I call you Andrea? Which one do you prefer?" soal Aiden agak berseloroh.
"Tak perlu. Saya tak kenal awak pun. Jadi tak perlu panggil saya dengan nama" Andrea menolak.
"Kan tadi aku dah bagitahu nama aku. Apa yang tak kenal lagi?" soal Aiden lagi.
"Oh ye eh" Andrea pula kembali bingung mahu membalasnya. Dia tidak mahu diganggu oleh lelaki itu sahaja sebenarnya.
"I'll repeat my question. Which one do you prefer, Zyellya or Andrea?" soal Aiden sambil jari-jemarinya bermain di atas partition tersebut.
"Just call me whatever do you want. Saya malas nak bertekak dengan awak" ujar Andrea.
"Okay then. Back to my reason for coming here, kenapa kau belum tidur?" sambung Aiden. Masih tidak lupa akan tujuan utama dia ke situ.
"I'm not a good plane sleeper" jawab Andrea. Dia menoleh memandang ke arah Aiden yang sepertinya memikirkan sesuatu.
"Apa yang awak fikir?" soal Andrea. Kerana lelaki itu seperti tidak memberi respon.
"Jadi dari tadi kau buat apa?" soal Aiden.
"Takdelah. Termenung. Scroll Instagram feed" jawab Andrea.
"Jadi kau taknak tidur?" Aiden menyoal lagi.
"Siapa je taknak tidur? Nak lah. Tapi untuk saya ni susah" Andrea membalas.
"Kalau kau tak dapat tidur, kau selalunya buat apa?" Aiden cuba lagi bertanya. Kini dia bukan lagi di partition tadi tetapi sudah pun melabuhkan punggung di lantai kapal tersebut.
"Saya tunggu je lah sampai saya terlelap" jawabnya.
Aiden tiba-tiba bangkit semula dan berlalu ke tempatnya. Andrea yang melihat hanya memandang pelik. Tidak lama selepas itu Aiden kembali bersama satu botol kaca kecil.
"Kau pernah consume ubat tidur?" Aiden menyoal. Gadis dihadapannya itu hanya memandang tidak percaya.
"Erm, pernah tapi lama dulu dah. Kenapa? Awak nak bagi saya makan tu ke" Andrea merujuk kepada botol kaca yang masih dalam pegangan Aiden itu.
"Kau ambillah dua biji" Aiden menghulurkan botol tersebut.
"Betul ke ni? Takpe ke?" Andrea masih teragak-agak walaupun botol tersebut sudah pun berada dalam pegangannya.
"Baik kau ambil sebelum aku ambil benda tu balik" ugut Aiden. Andrea menjelingnya sekilas sebelum membaca apa yang tertera di botol tersebut.
Melatonin Gummies.
"Jangan risau. Kalau kau tak pandai nak makan ubat biji, benda tu kunyah je" Aiden menjelaskan. Dia hanya memerhati Andrea yang sejak tadi merenung botol tersebut.
"Hei. Saya pandai lah" Andrea menjawab laju. Dua biji gummy tersebut di ambil sebelum mengembalikan botol tersebut kepada Aiden.
"Dia tak buat kau mengantuk pun ubat tu" Aiden membuka mulut yang sejak tadi senyap memerhatikan Andrea menguyah gummy tersebut.
"Jadi awak buat apa bagi saya ubat ni kalau bukan untuk tidur?" Andrea sudah memandangnya pelik. Otaknya sudah memproses maklumat-maklumat aneh.
"Kau tak perlu fikir bukan-bukan. Gummy tu improve kualiti tidur kau je. Aku cari ubat tidur aku tadi, tapi aku tak bawa. Jadi aku bagi kau tu je" Aiden menjelaskan.
Andrea menghembus nafas lega. Nasib!
"Awak buat apa pergi NYC ni?" Andrea memecah kesunyian yang melanda mereka berdua ketika itu. Dia juga tertanya-tanya akan persoalan itu sejak Aiden menggangunya siang tadi.
"Work" jawab Aiden ringkas.
Andrea sudah membuat muka. Tadi bukan main bercakap panjang lebar. Ni dah kena angin apa ni?
"Kau?"
"Ha?" Andrea memandang pelik ke arah Aiden.
"Kau buat apa dekat New York tu? Itu pun tak faham ke?" Aiden menyambung. Agak kasar di pendengaran tapi nada suaranya biasa sahaja.
"Oh. Saya ada shooting with new collaboration" Andrea menjawab. Kepalanya digaru sedikit. Agak malu juga dengan Aiden kerana perkara sebegitu pun dia tidak faham.
"Tomorrow?"
Andrea menganguk.
"Kau memang suka kerja macam tu ke?" Aiden menyoal.
"What do you mean?" Andrea mengerutkan dahi. Tidak faham.
"Bergambar semua tu"
"Yes. I like my job so much. Getting dressed, make-up on. Just perfect in my eyes" ujar Andrea teruja. Memang sifat perempuan ialah suka untuk tampil cantik dan suka berhias.
"I mean, did you 'love' it?"
Raut wajah Andrea berubah.
"Well as model, kau mesti akan ada banyak saingan kan? Banyak yang tak puas hati. So, did you 'love' it?" Aiden bertanya lagi.
"Well, I can't run from that kind of people yet still I love my job. So I just being myself to avoid that kind of people. Kita ada personaliti kita sendiri yang maybe saya ada, diorang tiada. Diorang ada tapi saya tiada. Jadi saya suka je" Andrea menjawab tenang. Dia menguntum senyuman kecil setelah menjawab pertanyaan tersebut.
"Good answers. Aku nak kau jawab pendek je, sekali kau cakap banyak" Aiden menganguk kecil. Dah macam sesi kaunseling pula.
"Awak tanya. Saya jawab lah ikut pemikiran saya" Andrea membalas. Tadi dia yang tanya, aku lagi salah?
"Ni dah pukul berapa?" Aiden menyoal.
Andrea mencapai IPhonenya. Jam telah pun menunjukkan pukul 2.25 pagi.
"2.25 pagi" jawabnya.
"Aku dah mengantuk ni. Aku nak tidur dulu" Aiden merasa matanya kuyu sejak tadi. Dia bangkit dari lantai tempat dia melabuhkan punggung tadi dan berura-ura ingin ke katilnya.
"Aiden" Andrea memanggil.
"Why?" Aiden berpaling. Andrea yang masih dengan posisi tadi sedang melihat ke arahnya.
"Thank you for your concern" Andrea berterima kasih bersama senyuman kecil dibibir. Sebelum katil tempatnya itu dimatikan lampunya.
"Ye, ye. Kau tidur. Jangan tak tidur. Kata ada shooting" arah Aiden sebelum berlalu ke tempat tidurnya.
Lampu di bahagian katilnya dimatikan. Badannya direbahkan ke atas katil. Tangan kirinya naik ke atas matanya bagi menutup mata.
'Macam tadi aku datang sana semata nak tanya kenapa dia belum tidur je'
To be continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro