TMB 2
❝𝐓𝐡𝐢𝐬 𝐢𝐬 𝐰𝐚𝐫 𝐟𝐨𝐫 𝐨𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞❞
᯽᯽᯽
Nafas dihembus lega. Akhirnya kakinya dapat memijak tanah selepas hampir 4 jam memijak pedal minyak kereta. Penat sungguh! Dia hanya mahu tidur sesampai di bilik nanti. Langkah disusun menuju ke lif.
"Isabella" panggil Zanver.
"What? If you want to talk just hold it for tomorrow. I'm tired" langkahnya masih diteruskan menuju lif. Entah mengapa terasa jauh sungguh untuk sampai ke lif tersebut.
Dia sudah penat seharian dengan sesi penggambaran. Tidak cukup lagi dengan kejadian tadi yang masih segar di kepalanya, seorang lelaki yang tiba-tiba sahaja mengganggu perjalanan baliknya sehingga dia sampai ke rumah pada waktu malam dan kini apa lagi yang dimahukan abangnya?
Andrea mengeluh kecil. Apa lagi kali ini?
"Bella. Come. Here." ujar Zanver tegas. Dia yang ternampak akan kelibat adiknya terus sahaja memanggil gadis itu. Sudah lama dia menunggu kepulangan gadis itu sejak petang tadi, tetapi malam baru terlihat batang hidung gadis tersebut.
Andrea mengeluh lagi namun dituruti juga arahan Zanver. Kakinya dihentak-hentak tanda protes. Zanver hanya membiarkan.
Hanya beberapa orang terdekat sahaja yang memanggil Andrea dengan nama 'Bella'. Tidak semua orang tahu akan nama panjang gadis tersebut.
"Kenapa suruh berkumpul ni?" soal Andrea. Dia mengambil tempat disebelah abangnya itu. Matanya memandang kepada semua yang berada di ruang tamu tersebut.
"Aku nak bagitahu korang sesuatu ni" Zanver bersuara. Semua yang berada di situ sudah pun menumpukan perhatian kepada lelaki itu.
"Apa?" soal Andrea. Tangannya memintal hujung rambutnya yang sudah pun kusut.
"Aku-"
"Aku penat la, cakap cepat sikit tak boleh ke?" Andrea memotong.
"Kau sabar jap boleh tak?" Zanver menjeling ke arah adiknya yang seorang itu. Tidak sabar sungguh mahu berehat. Aku tarik rambut kau tu nanti.
"Mama call aku pagi tadi. Papa suruh kita balik Malaysia. Katanya ada hal yang kena settlekan dan kita kena ada kat sana" sambung Zanver.
"Seriuslah? Yuhuu! Aku rindu mama, rindu papa, rindu Makcik Minah, rindu Nasi Dagang, semua lah aku rindu!" sorak Zeelan teruja.
"Kau apa je tak rindu hah? Kau nak cuti je kan sebenarnya" sampuk Avon. Muka dibuat menyampah.
"Aku rindu lah! Kau apa tau? Kau selalu curi tulang kau diamlah" Zeelan bertindak mengambil kuisyen terdekat lalu membalingnya kearah lelaki bernama Avon tersebut.
Avon dengan pantas mengelak lalu menyambar barang terdekat untuk dibaling ke arah Zeelan. Remote TV. Belum sempat Avon membaling remote tersebut Andrea bersuara.
"Korang nak diam ke, nak aku yang baling korang dengan handbag ni?" soal Andrea. Matanya memandang ke arah dua jejaka di hadapannya itu. Perangai macam budak tadika.
"Dia, dia, dia. Bukan aku" Avon menunjuk ke arah Zeelan. Tidak mahu jadi mangsa oleh kakaknya itu.
"Eh, aku pulak. Kau yang cari pasal" Zeelan menafikan. Cuba membela dirinya. Mata dijulingkan keatas.
"Zeelan. Avon. Stop it" Zanver mencelah perbualan dua manusia tersebut. Matanya merenung tajam ke arah mereka.
"Kita bertiga je ke? Aku, kau dengan Zeelan?" soal Andrea. Kepalanya memandang abang sulungnya itu. Malas mahu melayan adiknya yang seperti budak kecil.
"Nope, papa suruh bawa Avon dengan Ava sekali" Zanver menunjuk ke arah anak buah kumpulan mereka itu.
"Oh ya. Avon, mana Ava?" soal Andrea. Matanya dari tadi meliar mencari adik kembar kepada lelaki tersebut.
"Dia tak sihat. Ada tu kat bilik dia. Cherry berry" jawab Avon. Berkias.
"Huh? What do you mean?" soal Andrea tidak faham. Apa lagi perkataan baru dorang belajar ni?
"Ala, yang taik cair-cair tu lah--" belum sempat Zeelan menghabiskan ayatnya, sebuah kuisyen selamat mendarat di wajahnya.
"Mulut kau ni kan" ujar Zanver. Dia lah yang membaling kuisyen sebenar tadi. Geram sahaja dengan gaya adik bongsunya itu.
"Padan muka" Avon tersengih puas. Dia memberikan thumbs up kepada Zeelan.
Avon 1 Zeelan 0
"Dah lah. Aku nak naik. Layan korang ni sampai esok pun tak tentu habis" Andrea berdiri dan berlalu untuk naik ke tingkat atas. Langkah disusun menuju ke lif.
Sampai saja ke dalam biliknya. Pintunya terus dikunci. Handbagnya diletakkan diatas meja. Satu saja tujuannya sekarang. Katil.
Badannya terus direbahkan. Badannya menggeliat sedikit. Inilah yang akan dialaminya setiap kali balik dari penggambaran. Sakit bahu, sakit pinggang, sakit kaki. Semua lah. Persis orang tua pun ada.
Matanya merenung siling bilik. Telefon didalam kocek bajunya dikeluarkan. Skrin telefonnya dilihat sekilas. 8.30 malam. Skrin dimatikan semula dan telefonnya diletakkan ditepi. Kepalanya menerawang memikirkan kejadian yang berlaku petang tadi.
"Siapa ya nama mamat tu?" gumamnya sendiri. Muka lelaki tersebut agak familiar tapi dia tidak ingat dimana dia melihatnya.
᯽᯽᯽
"So far, macam mana?" soal Aiden sambil meneguk secawan kopi.
"Aku rasa buat masa sekarang diorang takkan buat apa-apa lah dulu. Sebab kau tengok lah, days passed by but anything happened" Aizer menjawab. Matanya masih ditumpukan pada papan dart yang berada lebih kurang 3 meter jaraknya itu.
"Yes! 180! Wohooo!" soraknya kuat selepas membaling ketiga-tiga tip tersebut.
"Eh aku pulak, aku pulak!" Mark menolak Aizer ketepi.
"Kau nak main pakai apa bongok. Pergi kutip tip tu" Aizer menolak sedikit kepala lelaki yang menolaknya tadi.
Mark menjengilkan matanya tetapi dituruti juga arahan Aizer.
"Satu, dua, tiga, baling!"
Mark menoleh. Matanya membulat dan terus mengelak tip yang sedang dibaling oleh Aizer. Habis bertubi-tubi dibalingnya. Tapi yang menjadi sasaran bukanlah papan dart tersebut malah badan Mark!
"Woi! Tak reti sabar ke hah!" tempiknya. Hampir saja tip yang dibaling Aizer itu mendarat di lengannya.
"Kau lambat sangatlah Ivan" Aiden menggeleng. Tidak berpuas hati kerana rancangannya gagal.
"Yang kau pun satu, kau kira dah kenapa? Dia dengarlah, aduh" Aizer mempertahankan dirinya. Bebal juga abangnya yang seorang ini.
"So apa next plan kita?" soal Ray kepada ketuanya. Kepalanya berpaling melihat ketuanya itu. Termenung pulak.
"Isaac" panggil Ray. Menyentakkan lelaki itu daripada lamunannya.
"Huh, why?"
"Bukan main kau ni termenung. Sampai mana dah?" soal Ray. Cuba menyakat Aiden yang sedari tadi termenung entah ke mana.
"Nothing, just thinking about something" jawabnya. Sama sekali tidak menjelaskan jawapan sebenar. Ray mengerutkan kening.
"Still thinking about the gang? Nah" ujar Ray. Tumpuan diberikan ke arah laptop dihadapannya semula.
"It's nothing to worry about. Diorang takkan berani lah nak datang serang kita balik. Kau tak nampak ke macam mana kita bantai diorang haritu?" Mark menyampuk. Cuba meyakinkan Aiden.
"What do you mean 'kita'?" soal Aizer.
"Huh?" Mark berpaling ke arah Aizer. Tidak faham.
"Macam haritu aku je kena selamatkan kau dari kena tembak. Kalau tak, dah kat sini kau tu. Kat sini" ujar Aizer sambil memijak-mijak tanah.
"Alah kau tu. Kau pun sama ja lebih kurang" Ray menyampuk perbualan mereka.
"Sekurang-kurangnya aku tak bagi tinggal korang macam jahanam sorang ni" Aizer menjeling ke arah abangnya. Adakah patut mereka ditinggal begitu sahaja dan lelaki itu muncul semula tanpa riak?
"Diamlah" Aiden hanya mencerlung memandang kearah Aizer. Banyak saja mulut lelaki satu ini.
"Dahlah kena hantar awek. Mantap gila kau Isaac" Mark memberikan thumbs up. Entah lebih kepada mengejek atau memberi sokongan.
"Haha. Dan pandai dah ketua kita geng. Tak lama lagi aku lah pulak. Aku nak yang muka macam Emma Watson pun ngam jugak " Aizer berseloroh. Rambutnya diraup ke belakang.
"Siapa nak lelaki macam kau? Muka serupa gajah ada hati nak cakap macam tu" Mark mengejek.
"Kalau Emma Watson tu pandang kau tak apa jugak. Ini Makcik yang jual nasi lemak kat kedai pun tak perasan kau dekat depan dia. Aduh" Mark menambah. Mungkin ketara sangat muka penjahat dia tu.
"Eh bebal ko diam lah" Aizer dengan spontan menendag celah kelangkang lelaki dihadapannya itu.
"Woi! Sakit lah bodoh!" tempiknya. Apa masalah lelaki dihadapannya ini?
Aiden dan Ray yang sejak tadi memerhati hanya diam memerhati. Hanya membiarkan. Biasalah tu mahu bermain. Ingat budak sahaja boleh bermain sebegitu?
"By the way aku ada kerja nak bagi settle. Korang settle kan kat bawah ni. Jangan lupa kemas semua tu" arah Aiden. Tangannya menunjuk ke arah tip yang bersepah di lantai itu.
"Haih kau ni, apa guna pekerja--" belum sempat Mark menghabiskan ayat,
"Tak kemas siap. Korang yang aku cucuk sekali kat papan dart tu" sebelum Aiden berdiri dari kerusi yang diduduknya dan berlalu untuk keluar dari ruangan tersebut.
᯽᯽᯽
"Seriuslah?!"
"Kau relax sikit boleh tak? Macam aku ni tak pernah balik je" Andrea menutup telinga. Bingit sungguh.
"Hehe. Just freaking excited! Are you really going back to Malaysia?" soal yang disana lagi. Keterujaannya dapat dilihat dari suaranya.
"Ye, ye, ye. Muka kau tu jauh sikit dari skrin. Aku nak tengok muka kau, bukan lubang hidung kau" ujar Andrea. Matanya hanya merenung skrin IPad yang memaparkan video call melalui Face Time itu.
"Haha. Sorry, sorry. So bila kau balik tu?" soalnya lagi.
"Next week" jawapnya pendek.
"Ala, why not tomorrow? or maybe today? I miss you babe" ujar yang disana.
"Eh kau senang je request eh. Ingat apa? Takdelah. Aku pun rindu kau Hawa" jawab Andrea. Flying kiss diberi kepada rakannya itu.
"Yes! I know it! Haha!" gelak si pemanggil bernama Hawa itu.
Kali terakhir Andrea pulang ke Malaysia adalah 3 tahun lepas. Sewaktu dia pulang ke tanah air dia tidak sempat berjumpa dengan temannya yang seorang ini kerana dia juga berada di luar negara.
"Tomorrow, aku still ada shooting kat New York. My collaboration with Scent Beauty. Ada launch barang baru. Don't forget to beli ya!" ujar Andrea girang. Tidak sabar.
"Of course babe. I always bought any product with your collaboration tau!" Hawa menjawab yakin.
Tangannya naik ke rambut bagi mengikat rambut. Harini dia hanya menggayakan rambutnya dengan gaya ponytail.
Tiada langsung solekan yang dikenakan bagi menghias wajah. Cukup hanya sunscreen dan sedikit lip balm bagi mengelakkan wajahnya tampak pucat. Hampir setiap hari mukanya disolekkan dengan pelbagai jenis produk make-up jadi dia mahu mengambil 'a day off from any make-up'.
Kulit kita juga perlukan rehat bukan?
"Ni kau siap nak pergi mana?" soal Hawa.
"Going for an airport. Flight aku tak lama lagi. I need to go now" Andrea melambai dihadapan kamera IPad miliknya.
"Bye babe. Wish you the best always! Muah!" ujar Hawa lalu membalas lambaian rakannya itu disertakan satu flying kiss sebelum Face Time tersebut dimatikan. Andrea tersengih kecil. Ada saja lah perangai.
Andrea bangun dari tempat duduknya. Berlalu ke almari yang menempatkan koleksi semua handbagnya. Selepas memastikan semua barangnya sudah lengkap dan tersedia. Dia melihat sekilas ke cermin untuk melihat penampilannya.
"Okay, simple but nice!" dia hanya mengenakan baju tshirt bewarna berwarna putih disertakan cardigan dan seluar bewarna khaki bagi penampilannya yang ala kadar pada hari ini.
Jam tangan dilihat sekilas. Jam sudah pun menunjukkan pukul 9.30 pagi. Dia akan berlepas ke New York pada pukul 11.05 pagi ini.
Pintu biliknya dikuak. Luggage ditarik menuju ke lif rumah tersebut. Punat lif ditekan. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, wajah Zeelan menjadi tatapannya terlebih dahulu.
"Where to?" soal Zeelan apabila ternampak akan luggage yang ditarik oleh kakaknya itu.
"NYC" jawabnya ringkas.
NYC merupakan singkatan bagi New York City.
"Buat apa?" soalnya lagi.
Ting!
Sebaik pintu lif tersebut terbuka, Andrea terus berjalan keluar daripada lif meninggalkan Zeelan yang terkulat-kulat disitu.
"Aku tanya ni woi!" jeritnya. Mengharapkan balasan daripada kakaknya.
"Shooting!" sebelum hilang disebalik gerbang pintu rumah mereka.
"Itupun susah nak jawab. Halah" Zeelan membebel seorang diri.
᯽᯽᯽
10.05 a. m
Lufthansa Airlines. First Class.
Andrea melihat sekeliling. First class ini terdapat lapan kerusi dan enam tempat duduk telah pun diisi. Matanya tertancap pada dua buah tempat duduk yang masih kosong. Keduanya berada di barisan hadapan. Salah satunya berada bersebelahan dengan tingkap dan satu lagi berada di bahagian tengah. Tetapi masih bersebelahan dengan tempat kosong tadi.
'God please, make that seat mine' getusnya dalam hati. Merujuk kepada kerusi yang berada di tepi tingkap itu.
"This is your seat Miss Andrea" ujar pramugari tersebut. Kekal bersama senyuman di bibir.
"Thank You" Andrea membalas. Dia bersorak riang dalam hati. 'Thank goodness!'
Andrea mengambil tempat duduk. Cun! Dia mendapatkan tempat disebelah tingkap. Tingkap tersebut dilihat sekilas. Dia agak bertuah mendapatkan kerusi yang bersebelahan dengan tingkap ini. Itupun bukan dia yang memilih sendiri.
Syarikat yang Andrea akan membuat kolaborasi ini telah pun menaja segala tiket penerbangan serta penginapan buat dirinya sepanjang berada di New York nanti. Kurang sedikit beban di kepalanya.
'I can't wasting my time on this flight' getusnya dalam hati.
Andrea mahu menggunakan masa sepanjang 10 jam penerbangan ini dengan sebaiknya untuk menyiapkan sedikit kerja yang perlu disiapkannya sebelum dateline. Setibanya disana nanti pasti dia tidak mempunyai masa kerana sibuk dengan penggambaran.
Selain daripada menjadi seorang model, dia juga masih bekerja di bawah syarikat abangnya Zander. Dia tidak mahu semua sumber pendapatannya hanya melalui bidang permodelan sahaja.
13.00 p.m
Andrea sedang menghadap skrin laptopnya dengan kerutan kecil di dahi. Tangannya lincah menaip di atasnya.
Selepas saja berlepas tadi dan selepas menikmati pembuka selera yang disediakan, dia terus mengambil MacBooknya untuk membuat kerja hinggalah sekarang.
"Miss could you close one of the window please?"
"Hello?"
"Hei. Are you hear me?"
Andrea masih fokus dengan kerjanya. Tidak menghiraukan.
"What are you doing?" Andrea menoleh apabila airpod pada telinga kanannya ditarik seseorang. Matanya membulat.
Suara dalam hatinya menjerit kuat.
'Apa pulak lagi harini?'
To be continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro