TMB 11
❝𝐓𝐡𝐢𝐬 𝐢𝐬 𝐰𝐚𝐫 𝐟𝐨𝐫 𝐨𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞❞
᯽᯽᯽
Tok!
Tok!
Tok!
"Isaac, bangun! Dah pukul berapa ni? Kamu nak kahwin ke tidak?"
Laung Tuan Albert dari sebalik pintu kayu itu. Suaranya lantang memanggil si anak teruna yang berada di dalam bilik. Dah besar panjang pun mahu bapak yang bangunkan.
"Isaac! Kamu nak daddy ke yang kahwin dengan Bella tu?" Tuan Albert menyoal sekali lagi. Kini ditambah dengan ugutan. Sengaja mahu membuat lelaki di dalam bilik itu cemas.
"Ya daddy. Bangun dah ni" Aiden membalas dari dalam bilik.
"Baru nak bangun. Kang tak pasal - pasal kamu dapat mak tiri baru. Jangan lambat. Dah pukul 7 ni. Kamu nikah pukul 10." Tuan Albert mengingatkan sebelum berlalu meninggalkan pintu bilik anak sulungnya itu.
"Daddy ni ada je lah" gumamnya. Aiden bangkit dari pembaringannya dan melihat sekilas ke arah jam di telefonnya.
7.20 a. m.
16 Julai.
Pejam celik, pejam celik kini tibalah hari istimewa yang sudah pun ditunggu sekian lama. Tidak sangka. Hari ini dia bakal memegang suatu tanggungjawab baharu di dalam hidupnya.
"Soon, she will be mine officially" ujarnya perlahan sambil tersengih kecil.
Aiden mencapai tuala yang tersangkut itu lalu menuju ke bilik air sambil bersiul.
᯽᯽᯽
"Okay tak?" soal Hawa kepada gadis dihadapannya itu. Badannya berpusing dihadapan Andrea menunjukkan baju yang dipakainya itu.
"Wow! Cantik! Approve, approve" Andrea mengangguk kecil. Memberikan persetujuan.
Dress berwarna champagne yang dikenakan oleh Hawa itu sangat padan. Mereka kini berada di bilik persiapan. Kurang daripada sejam lagi majlis bakal berlangsung.
"Tapi sayang, aku tak dapat jadi bridesmaid untuk wedding kawan aku seorang ni" Hawa membuat muka cemberut. Kononnya merajuk.
"Sorry Hawa. At least aku bagi kau jadi pengapit aku kan? Janganlah sedih" ujar Andrea meminta maaf.
Dia sudah merancang ingin memberikan Hawa tugas sebagai bridesmaid yang akan mengangkat dulang, namun Datin Aliya sudah pun menetapkan dahulu.
Konsep 3 dulang balas 5. Tidak mahu berlebihan. Ryena, Mia , Ava dan dua orang lagi telah pun disuruh oleh Datin Aliya sebagai bridesmaid dan bakal mengangkat dulang pada hari perkahwinan anak perempuannya itu. Jadi Andrea hanya terpaksa menurut dan menjadikan Hawa sebagai pengapitnya.
"It's okay babe. Pengapit pun best jugak, aku boleh ikut kau pergi mana-mana" Hawa tersenyum. Menunjukkan barisan giginya.
"Eleh. Kau nak masuk dalam gambar je kan?" Andrea menjeling.
"Dah, baik kau fokus. Tengok cermin tu. Tak pasal - pasal stylist tu marah sebab kau banyak cakap" Hawa mengingatkan bahawa bukan mereka berdua sahaja yang berada di dalam ruangan persalinan itu.
Matanya fokus kembali pada cermin di hadapannya. Rambutnya yang sedang digayakan oleh bridal stylist yang diupah ini sangat cekap melakukan tugasnya.
Wajahnya yang dikenakan solekan itu ditatap. Tidak terlalu ringan dan tidak terlalu tebal. Sama seperti yang dimintanya. Dia sudah memberitahu kepada stylist tersebut gaya golekan serta rambut yang dimahukannya.
"I love this looks" Andrea memuji. Sekaligus memuji stylist tersebut. Stylist tersebut menguntum senyum.
"Thank you for the compliment but I cant compete with the other international stylist that always doing your makeup Miss Andrea" ujar stylist tersebut merendah diri.
"Alahai you ni merendah diri sangatlah"
"Yelah miss. Saya rasa teruja sangat bila saya dapat tempahan daripada miss tau. Saya tak sangka saya akan jumpa pun dengan model macam miss ni" sambung stylist itu lagi. Tangannya masih lincah merapikan rambut Andrea yang dibuat sanggul itu.
Siapa sahaja tidak gembira jikalau dapat mengenakan hasil tangan mereka pada wajah seorang model terkenal bagi hari perkahwinannya?
Andrea hanya tergelak kecil mendengar celoteh stylist itu. Dari raut wajahnya , Andrea boleh mengagak bahawa stylist tersebut dalam lingkungan umur sama dengannya ataupun lebih tua.
"Okay, saya rasa dah siap"
Andrea meneliti hasil kerja stylist tersebut. Hasil tangan stylist tersebut membuatnya sangat puas hati. Rapi dan kemas.
Tok!
Tok!
Tok!
"Hawa, kau tolong bukakan pintu tu" pinta Andrea. Hawa yang sedang duduk sambil meneliti telefon pintar ditangan menurut. Pintu dikuak. Membenarkan mereka yang diluar untuk masuk.
"Siapa--" belum sempat Andrea bertanya, terdapat satu suara yang memintasnya terlebih dahulu.
"Oh my god! Angel is that you? You're so pretty!" ujar Mia nyaring. Mia melompat girang melihat bakal pengantin dihadapannya itu.
"Tak payah lah kau kahwin. Kalau macam ni aku tak nak lepaskan kau dekat laki kau " Ryena pula mencelah.
Matanya tidak lari daripada melihat Andrea yang sudah siap dengan busana pengantinnya serta riasan di muka itu.
"Ini aunty ke yang pilih?" soal Ava. Andrea mengangguk. Mengiyakan.
"Aku pun baru je nampak baju ni pagi tadi" Andrea menjawab.
Gaun bewarna pearl white yang dipilih sendiri oleh Datin Aliya itu sangat menepati cita rasa Andrea. Dia juga baru melihat gaun tersebut pagi tadi sewaktu tiba ke bilik persalinan ini.
"Padan sangat dengan kau lah Angel! Tak kembang sangat, tak simple sangat" Ryena mengulas. Kepalanya menunduk sedikit, melihat dengan lebih dekat manik - manik yang menghiasi pada bahagian pinggang ke bahagian dada gaun tersebut.
Hawa yang turut berada di dalam bilik tersebut hanya memerhati tingkah laku tiga gadis itu. Matanya kembali pada skrin telefon di tangan.
"Kau dah ready ke nak kahwin?" soal Mia pula. Matanya merenung ke dalam anak mata gadis dihadapannya itu.
Andrea tergelak. "Soalan apa kau ni. By the way kenapa korang datang sini?"
"Oh gosh. I almost forgot. Aunty suruh tengok - tengokkan you if you're okay. Tapi nampaknya macam okay sangat ni. Senyum pun lebar" sakat Ava.
Datin Aliya yang menyuruh mereka untuk berjumpa dengan Andrea di bilik persalinan tadi. Mahu memastikan gadis tersebut dalam keadaan baik - baik sahaja.
"Semua dah siap? Bella are you okay?"
Semua yang berada di dalam ruangan itu berpaling. Datin Aliya yang baru sahaja memasuki bilik persalinan tersebut menjadi tumpuan.
"Everything is doing great ma. I love the dress that you picked for me" Andrea membuka mulut. Senyuman diukir kepada mamanya itu.
"I know that you will love the dress" Datin Aliya mengangkat kening.
"Why aunty datang sini?" soal Mia. Pelik. Tadi Datin Aliya sendiri mengirim mereka untuk kesini kerana datin tersebut sibuk melayan tetamu yang telah kunjung tiba.
"Aunty ada benda nak cakap dengan Bella dulu" Datin Aliya menjawab. Langkah disusun mendekati anak perempuannya.
"Okaylah aunty. Kami tunggu kat luar ya. Jom guys keluar" ajak Ryena dan terus keluar daripada ruangan tersebut, diikuti dengan Ava dan Mia.
"Saya minta diri dulu ya aunty, Andrea. Jumpa kat luar nanti" Hawa meminta diri sebelum turut keluar.
"Saya pun minta diri dulu" celah stylist yang masih berada di dalam bilik tersebut. Tangannya menarik luggage yang menempatkan barang - barangnya di dalam luggage tersebut.
"You tak tunggu until majlis nikah ke?" soal Andrea. Pertanyaan itu dijawab dengan gelengan gadis tersebut.
"I want to, but i had to go. Thank you miss, datin. It's a pleasure to work with you. Terima kasih sangat. Bye. Assalamualaikum" ujarnya sebelum terus meninggalkan bilik tersebut.
"Waalaikumsalam. Macam urgent sangat tu ma" Andrea bersuara. Kepalanya menoleh memandang ke arah Datin Aliya.
"Itu lah tu"
"Okay sambung. Apa yang mama nak cakap dengan Bella tadi?" soal Andrea. Balik kepada perbincangan yang ingin dibicarakan tadi.
"Ha macam ni"
᯽᯽᯽
"Baiklah. Dah bersedia?"
Kini semua mata tertumpu pada meja tersebut. Dimana pengantin lelaki bersama saksi serta tok kadi sedang duduk berhadapan dengan mikrofon dihadapan mereka.
Aiden mengangguk. Kini tangannya sudah pun berjabat dengan tangan milik tok kadi dihadapannya. Debaran di dada kian terasa.
Tuan Albert yang berada di sisi itu sedar akan raut wajah anaknya. Tangannya naik menepuk belakang lelaki tersebut, memberi semangat.
Terdapat juga cahaya daripada kamera yang sedang merakam momen-momen bersejarah itu. Ini menambah lagi debaran di hati pengantin lelaki tersebut.
"Isaac Aiden Lincoln bin Albert Lincoln"
"Saya"
"Aku nikahkan dikau dengan Isabella Zyellya-- uhuk! uhuk! uhuk!" Tok kadi tersebut memegang dadanya.
Semua tetamu sudah pun panik melihat tok kadi tersebut yang terbatuk-batuk. Seorang daripada pembantu tok kadi tersebut dengan pantas memberikan air kepadanya.
Selepas meneguknya, tok kadi berdehem kecil. "Nama kamu ni susah sangat nak sebut" ucap Tok kadi tersebut sambil menggeleng kepala.
"Takpa tok. Boleh try lagi" ujar Tuan Albert.
Andrea yang sedang duduk di pelamin ditemani dengan Datin Aliya itu sudah pun tersenyum. Tangannya menggengam erat tangan Datin Aliya tika itu.
"Aku pikir dah nak mati" ujar Aizer yang sedang memegang telefon untuk merakam detik-detik tersebut.
"Batuk-batuk pula orang tua ni" balas Mark pula. Mata masih tertumpu pada meja di mana akad nikah sedang berlangsung itu.
"Kita ulang semula ya" ujar Tok kadi tersebut. Kini dengan nada lebih serius. Tangan dihulur dan disambut oleh Aiden.
"Baik"
"Isaac Aiden Lincoln bin Albert Lincoln"
"Saya"
"Aku nikahkan dikau dengan Isabella Zyellya Andrea binti Ithard Mikael dengan mas kahwin sebanyak RM16700 tunai"
Semua yang berada di dalam dewan tersebut fokus memandang ke arah pengantin lelaki itu. Aiden menarik nafas sedalamnya sebelum..
"Saya terima nikahnya Isabella Zyellya Andrea binti Ithard Mikael dengan mas kahwinnya RM 16700 tunai" ucap Aiden selafaz.
"Sah?"
"Sah!"
"Sah!"
"Alhamdulillah"
Tangan Aiden naik meraup muka. Kepalanya menoleh memandang ke arah Andrea yang duduk di pelamin. Gadis itu tersenyum kepadanya sebelum memeluk Datin Aliya.
'Finally. A new book but this time with you'
To be continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro