ELIAZ X JANE 1
"I Found Someone That I Want to Annoy for The Rest of My Life"
TUBUH langsing milik si gadis yang menjadi kegilaan ramai jejaka pada waktu ketika remaja, berlari anak di tepi jalan raya apabila hujan mulai merintik membasahi bumi.
Dia berlari sambil tangan menutupi kepala yang tidak berlapik agar tidak terkena air hujan asid.
Tubuh yang terasa lemah seperti hendak demam membuatkan dia semakin melajukan langkah menuju ke tempat kerja.
"Kau lewat." Tegur Hilal iaitu pengurus kafe kepada si gadis yang sudah kelihatan basah kuyup.
"Maaf." Jane sopan menunduk wajah kerana sedar akan kesilapannya itu.
Hilal menggeleng wajah kerana hari pertama bekerja gadis itu sudah ditangkap datang lewat.
Jane menuju ke bilik persalinan untuk menukar pakaian kepada pakaian seragam kerja. Hari itu adalah hari pertama dia berkerja setelah enam bulan menganggur.
Setelah siap berseragam, dia melangkah menuju ke arah Hilal yang sedang mengira wang di kaunter kashier.
"Apa?" Soal Hilal yang tidak melarikan mata dari mengira wang.
"Apa tugas kerja saya?" Soal Jane sopan.
"Pelayan." Balas malas dari Hilal.
"Jadi?" Jane tidak pernah bekerja sebagai seorang pelayan, jadi dia tidak tahu apa yang patut dilakukan olehnya.
"Jadi ambil menu ini dan tanya pesanan kepada pelanggan!" Hilal mengambil menu dan memberi kasar kepada Jane.
Jane diam memerhati tajam wajah Hilal, lalu mengambil menu untuk diberikan kepada pasangan yang baru melangkah masuk ke dalam kafe.
"Selamat pagi." Tegur Jane bersama senyuman palsu, lalu dia memberikan menu dan menunggu pesanan dari pasangan tersebut.
Secara kasar, si gadis seksi menarik buku menu yang dihulurkan oleh Jane bersama wajah sombong.
Jane tajam memerhati si gadis yang memakai baju tali halus sehingga menampakkan lurah dada.
Jane cuba mengawal emosi
"Salad with special sauce and raspberry juice." Si gadis sombong memesan.
"Hot coffee." Pesan si jejaka yang bersama si gadis seksi, mata tidak lepas memandang gatal ke arah susuk tubuh pelayan yang tampak begitu menggiurkan.
Jane mengambil pesanan dan sempat menjeling pasangan tersebut, lalu diberikan pesanan tersebut kepada tukang masak kafe untuk menyediakan makanan yang dipesan.
Kemudian, Hilal memberikan arahan kepada Jane untuk membersihkan meja-meja yang terdapat di dalam kafe tersebut.
Jane memegang hujung kain buruk bersama riak wajah jijik.
"Kau tunggu apa lagi? Cepat lap meja!" Jerkah Hilal kepada Jane.
Jane mengetap giginya.
Kurang ajar
"Maaf saya tak tahu lap meja." Beritahu Jane seraya melihat meja kotor bersama riak wajah geli.
"Jane, lebih baik kau lap meja sebelum aku potong gaji kau." Hilal memberikan amaran kepada Jane.
"Baik bos." Jane mengangguk redha menerima arahan dari pengurusnya itu apabila mendengar perkataan gaji.
"Jantan tak guna!"
Setelah Hilal berlalu pergi, Jane membuang kain bersama rengusan geram. Jika tidak memikirkan keadaan sadisnya, sudah lama dia mencekik pengurus kafe yang berani memarahi dan mengugut ingin memotong gajinya.
"Jane, pesanan meja lapan sudah siap." Jerit Hilal kepada Jane langsung mematikan lamunan gadis itu.
Jane membawa pesanan yang dipesan oleh si gadis seksi sombong bersama pasangan gatal yang asyik memanah tubuhnya seperti ingin menjamah.
Jane melangkah perlahan kerana tubuh terasa tidak begitu sihat sejak pagi dan tetiba kepala terasa seperti hendak pitam mungkin gara-gara gaya pemakanan yang tidak seimbang dia amalkan.
Tidak semena, kaki dia tersepak sesuatu dan makanan yang didulang olehnya berterabur di atas lantai tetapi paling malang adalah air jus raspberi yang dipesan oleh gadis seksi telah terkena tubuh gadis itu.
Jane membulat mata.
"Fucking shit!" Jerit si gadis seksi bersama carutan.
"Hei perempuan mata kau letak mana?! Kau tahu tak baju aku ini mahal! Gaji kau setahun pun belum tentu dapat beli baju aku ini!" Si gadis seksi merengus geram sambil mata tajam memanah wajah pelayan kafe.
Jadi dengan penuh bersemangat Jane membalas, rasa sakit kepalanya hilang dengan begitu sahaja.
"Jangan risau aku tak ingin nak beli baju gaya pengemis yang kau pakai ini." Jane menyungging sinis.
"Apa kau cakap?!" Jerit si gadis seksi, teman lelaki yang asyik melihat adegan sejak tadi cuba menenangkan kekasih hati.
Keadaan menjadi semakin kecoh apabila Jane dan si gadis seksi bertekak seperti singa dan harimau.
"Bitch!"
"Mak bapak kau tak ajar kau, kah?!"
Disebabkan rasa bengang, Jane mengambil dulang yang membawa makanan, lalu dia mengangkat tinggi dulang itu dan memukul wajah gadis seksi tersebut.
"Arghhhhhhh!" Terdengar jeritan nyaring si gadis seksi sehingga semua pelanggan yang berada di dalam kafe turut melihat mereka.
"Padan muka kau si mulut puaka." Jane mengukir senyuman sinis.
Hidung si gadis seksi mulai berdarah.
"Jane!" Hilal mampir ke arah kekecohan, lalu meminta maaf kepada si gadis seksi dan pasangannya.
"Jane, kau dipecat!" Hilal serius menikam wajah Jane seperti ingin menerkam gadis itu yang selamba memukul wajah pelanggan menggunakan dulang makanan.
"Kau ingat aku hamak sangat nak kerja di sini? Pengurus tak guna!" Jane membuka apron dan membaling ke wajah Hilal.
Hilal terjeda.
Kedengaran bunyi ketawa kuat dari salah seorang pelanggan tetapi Jane tidak menghiraukan kerana perasaan amarah di dalam diri sedang meluap-luap.
Jane menuju ke bilik persalinan untuk menukar pakaian dan mengambil barang miliknya, lalu dia berhambus dari kafe tersebut.
Punggung lebar dihenyak ke atas sofa setelah dia pulang ke rumah pangsa kecil yang disewa olehnya.
Jane merengus geram kerana gadis tidak guna yang berpakaian seksi itu telah menyebabkan dia dipecat oleh si pengurus. Dia menyerabutkan rambut kerana pening memikirkan yang diri tidak mempunyai pekerjaan lagi.
Baru kerja tidak sampai satu jam sudah dipecat
Jane mempunyai ijazah di dalam bidang perakuanan tetapi malang sekali kerana sukar untuk mendapat peluang pekerjaan setaraf ijazahnya di bumi Malaysia. Negara itu mengutamakan rakyatnya sebelum mengambil pekerja warga asing.
Tetiba Jane terasa menyesal memilih Malaysia sebagai tempat persembunyian. Jika dia tahu nasibnya sebegitu sukar di negara itu, dia pasti akan memilih negara lain kerana sudah enam bulan dia menganggur sejak menetap di bumi Malaysia menunggu panggilan kerja yang telah dimohon olehnya.
Jane mengambil telefon pintar yang bergetar di dalam kocek seluar, lalu dia melihat emel yang dihantar dari ejen perkerjaan.
Wajah yang muram seketika tadi berubah menjadi ceria kerana dia telah terpilih untuk menghadiri sesi temu duga pada minggu hadapan di salah sebuah syarikat sebagai pengawai kewangan.
Jane menjerit kegembiraan kerana akhirnya ada syarikat yang ingin temu duga dia setelah enam bulan dirinya menganggur.
Kemudian, Jane mengeluh perlahan apabila memikirkan kehidupannya yang sudah berubah sejak dua tahun lepas di mana pagi, siang dan malam dia asyik memikirkan cara untuk mencari wang demi meneruskan kehidupan.
Kerana dia bukan lagi anak kepada seorang ahli perniagaan hotel terkemuka di bandar New York.
•••••
PAGI yang indah tidak sebegitu indah buat jejaka Romania kacukan Baba-Nyonya apabila si ibu meleter di tepi telinganya.
Semua gara-gara sepupu dan sahabat handalan yang sudah berumah tangga, jadi dia menjadi mangsa si ibu yang asyik memaksa diri untuk menamatkan kehidupan bujangnya.
Eliaz diam mendengar leteran si ibu sambil menyapu jem aprikot di atas roti yang telah dibakar.
"You dengar tak apa yang I cakap?!" Evelyn menampar bahu si anak bujangnya apabila jejaka itu hanya buat-buat tidak dengar.
"I'm deaf." Selamba Eliaz membalas.
Elieza ketawa mengekek.
"Kau ketawa apa? Semua salah kau!" Marah Eliaz kepada Elieza.
Elieza telah memberikan informasi kepada Evelyn bahawa Eliaz hanya berteman dengan golongan lelaki sahaja sehingga ibunya menganggap anak lelakinya itu seorang gay.
Tak guna punya adik
"You jangan nak marah Elieza." Evelyn menjeling Eliaz.
"Apa yang kecoh sangat pagi-pagi ini?" Soal Alvian yang baru selesai bercakap hal penting dengan pembantu peribadinya melalui talian.
"Lihat anak lelaki you ini tak nak kahwin. Semua anak-anak saudara you dah ada pasangan. Anak kita yang masih lagi bujang." Beritahu Evelyn yang bernada tidak berpuas hati.
"Eliaz, care to explain?" Alvian menghirup kopi panas sambil memanah wajah tampan anak bujangnya.
"Because I don't have a girlfriend." Eliaz mulai terasa rimas apabila Alvian turut masuk campur di dalam hal peribadinya. Itu kerana dia tidak mampu berkata TIDAK kepada Alvian.
"Because you're gay." Tambah Elieza bersama jeliran lidah.
"Aku sumbat roti ini dalam mulut kau." Eliaz mengambil roti jenis baguette, lalu ingin menyumbat roti tersebut ke dalam mulut Elieza.
Elieza menjerit kuat.
"Eliaz!" Evelyn memberhentikan perbuatan tidak senonoh Eliaz terhadap anak gadisnya.
Alvian menggeleng melihat sikap anak-anaknya.
"Okay, I'm done." Eliaz bangun dari duduk kerana kepala otak mulai terasa semak melayan masalah yang timbul oleh ibunya itu.
"I'm not done with you." Evelyn memberikan pandangan bahawa Eliaz tidak boleh melarikan diri darinya.
Eliaz memutar bebola mata.
Eliaz menyarung kot kerja di tubuh tegap miliknya seraya melangkah keluar dari rumah agam yang tampak gaya seperti istana klasik cina, lalu dia memilih kereta mewah Audi A7 kegemaran untuk menuju ke syarikat milik keluarga Stanislav yang berada di bawah jagaan ayahnya.
Eliaz memandu kereta sambil menyanyi lagu-lagu yang ditulis olehnya semasa zaman remaja dahulu.
Kemudian, Eliaz berhenti menyanyi apabila memikirkan zaman kegemilangan dia sebagai ketua vokalis band telah berakhir.
Dia tidak dibenarkan memilih kerjaya sebagai seorang penyanyi kerana diri dari golongan aristrokat dan tidak sesuai dengan gelaran yang dibawa olehnya itu. Penyanyi hanya sesuai untuk golongan biasa sahaja, jadi dia terpaksa membubarkan kumpulan band dan gaya indie rock.
Lagipun siapa dia untuk mengingkari peraturan keluarga Stanislav. Hanya sepupunya yang bernama Zach sahaja yang berani menentang. Kadang diri terasa cemburu terhadap sepupunya itu kerana berani membantah.
Sekarang Eliaz sudah berubah menjadi manusia yang berbeza, tiada lagi Eliaz berambut panjang paras bahu dan berpakaian santai.
Sekarang hanya Eliaz yang membosankan kerana terpaksa menyandang jawatan sebagai Chief Finance Officer di syarikat keluarganya.
Kereta mewah berhenti apabila tiba di pekarangan syarikat perkhidmatan perkapalan milik keluarga Stanislav yang terletak di bandar Melaka itu.
Eliaz keluar dari kereta, lalu pekerja valet mengambil alih kereta mewah itu seperti biasa.
Eliaz membetulkan rambut pendek gaya classic pompadour yang tersikat rapi bersama kot yang dipakai, lalu dia masuk ke dalam bangunan mewah di depan mata bersama riak wajah serius.
Kemudian, pembantu peribadi yang sentiasa menunggu kedatangan Eliaz membuntuti langkah majikannya sambil memberitahu aktiviti jejaka itu.
Eliaz berwajah kacukan Romania dan Baba-Nyonya membuatkan wajahnya kelihatan seperti jejaka Kazakhstan yang membuatkan pekerja-pekerja wanita tidak mengalihkan mata dari menatap dirinya.
Sungguh tampan!
"Pukul sepuluh pagi ada sesi temu duga bagi jawatan pengawai kewangan. Tuan mahu sertai?" Soal Kelvin kepada Eliaz memandangkan jejaka itu tidak mempunyai sebarang agenda pada pagi itu.
Eliaz mengangguk bahawa dia akan sertai temu duga yang membosankan itu kerana dia ingin melihat para calon temu duga.
Jika boleh dia ingin memilih seorang jejaka kerana pengawai kewangan terdahulu telah dipecat oleh Eliaz kerana bekas pekerjanya itu seorang wanita seksi dan telah menggodanya secara ekstrem.
Setelah berada di dalam bilik pejabat, Eliaz membuka kot dan merenggang tubuh sebelum membuka fail yang bertimbun di atas meja untuk ditandatangani olehnya.
Membosankan
Begitulah hidupnya sejak tamat belajar di universiti, di mana dia perlu bekerja di salah sebuah syarikat milik keluarga yang tidak lama lagi akan diserahkan kepadanya.
Eliaz tidak mahu semua itu kerana dunia korporat tidak sesuai dengan jiwa dia tetapi terpaksa diri redha dengan nasibnya memandangkan hanya dia seorang sahaja anak lelaki Alvian, jadi terpaksa dia mengalah.
"Tuan, sesi temu duga bakal bermula sekarang." Beritahu Kelvin yang selamba masuk ke dalam bilik majikannya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, sudah terbiasa.
Eliaz mengangguk.
Eliaz keluar dari bilik pejabat dan menuju ke bilik yang diadakan sesi temu duga yang terletak di aras sepuluh.
Apabila melihat dia melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat, dua manusia berdiri memberikan salam hormat kepadanya.
"Ini CV semua bakal calon temu duga." Robin Tan iaitu pengawai kanan kewangan memberikan fail Curriculum Vitae kepada Eliaz.
Eliaz mengambil tanpa melihat isi yang terkandung di dalam CV itu, lalu dia menyuruh mereka memulakan temu duga tersebut.
Gadis bertubuh langsing menolak kasar pintu besar jenis kaca setelah dihantar oleh pihak ejen di syarikat yang bakal dia bertemu duga. Dia berjalan laju menuju ke arah wanita yang bekerja di bahagian penyambut tetamu yang terdapat di lobi bangunan mewah tiga puluh tingkat itu.
Setelah wanita berpakaian baju kurung moden memberitahu kepada Jane bahawa temu duga diadakan di aras sepuluh, dia berlari laju menuju ke arah lif kerana diri sudah terlewat.
Jane menarik dan menghembus nafas ketika berada di dalam lif agar diri menjadi tenang semula.
"Hai saya Jane Emberson. Saya ada temu duga bagi jawatan pengawai kewangan pada pagi ini." Jane mempamerkan senyuman ikhlas kepada gadis yang sedang sibuk menaip sesuatu di papan kunci komputer.
"Isi borang ini." Gadis itu memberikan borang kepada Jane tanpa melihatnya.
Jane bersama wajah teruja mengambil borang tersebut untuk mengisi data peribadinya.
Semasa ingin mengisi borang mengenai peribadinya, Jane membulat mata besar apabila melihat nama syarikat yang bakal dia memohon jawatan sebagai pengawai kewangan.
Stanislav Shipping Company
"Wait! What?!" Jane berubah wajah seketika.
Peluh merinik di dahi licin milik Jane apabila memikirkan dia sekarang berada di salah sebuah syarikat milik keluarga musuh ketatnya.
Jane menyumpah diri kerana tidak bertanya kepada ejen perkerjaan nama syarikat yang bakal dia bertemu duga.
Jane mengelap peluh yang merinik apabila memikirkan mungkin syarikat perkapalan itu bukan di bawah jagaan musuh ketatnya kerana syarikat Stanislav berada di serata dunia.
"Tuan Stanislav, sila dengar apa yang saya ingin jelaskan." Robin cuba memujuk Eliaz yang keluar dari bilik mesyuarat kerana kesemua calon temu duga adalah wanita.
Dasar lelaki gatal miang
Jane membulat mata apabila mendengar jejaka berbangsa cina itu seperti sedang memujuk Tuan Stanislav.
"Tuan Stanislav yang mana satu agaknya?" Jane bermonolog sendirian kerana dia tidak berani mengalih wajah untuk melihat gerangan manusia tersebut.
Kemudian, keadaan menjadi reda apabila Tuan Stanislav masuk ke dalam bilik mesyuarat kembali.
"Cik sudah selesai isi borang?" Soal gadis yang memberikan borang kepada Jane seketika tadi.
Jane mengangguk tanda sudah selesai.
Jane mengikut gadis itu menuju ke bilik mesyuarat dan di dalam hati sempat berdoa agar Tuan Stanislav itu bukan musuh ketatnya.
Sekarang Jane sangat memerlukan pekerjaan itu kerana wang simpanan semakin berkurangan dan dia perlu membayar sewa rumah pangsa buruk yang sudah dua bulan tertunggak.
Mahu atau tidak terpaksa dia mengambil risiko memohon kerja di syarikat keluarga musuh ketatnya kerana diri memerlukan wang.
Jane memaniskan wajah apabila sudah berada di dalam bilik mesyuarat yang kelihatan begitu kemas dan menarik.
Jane melihat terdapat tiga manusia yang bakal menemu duga dirinya tetapi wajah salah seorang dari mereka tidak dapat dilihat kerana sedang membaca sesuatu di sebalik fail yang menghalang dari melihat wajah manusia tersebut.
Jane melabuhkan punggung apabila di arah oleh salah seorang panel penemu duga bersama senyuman manis.
"Sila memperkenalkan diri awak." Pinta jejaka berbangsa cina yang memakai kaca mata.
"Nama saya Jane Emberson. Saya berasal dari bandar New—" Jane terhenti bicara apabila melihat wajah jejaka yang sudah selesai membaca sesuatu.
Eliaz Stanislav
Eliaz mempamerkan senyuman sinis terhadap Jane yang sedang membulat mata memandangnya.
Oh tidak!!!!!
Jane hanya mampu menjerit di dalam hati sahaja buat ketika itu.
Jane membetulkan tekak dan meneruskan sesi pengenalan dirinya, wajah sinis Eliaz dia tidak menghiraukan.
Eliaz diam memerhati wajah kegemaran yang sudah lama dia tidak melihat, tidak sangka gadis itu berani memohon kerja di syarikat milik keluarganya.
Seketika tadi dia agak terkejut apabila melihat susuk tubuh langsing gadis itu berdiri di depan meja salah seorang pekerjanya yang membuatkan dia masuk ke dalam bilik mesyuarat semula untuk menyemak CV gadis tersebut.
Eliaz hanya mampu tersenyum lebar apabila melihat CV gadis kegemaran yang berada di dalam fail calon temu duga.
Memang benar gadis tinggi lampai itu adalah Jane Emberson—gadis yang menampar wajah tampannya di hadapan khayalak orang ramai.
Wajah Eliaz tegang kembali.
"Jadi sebelum ini awak pernah bekerja sebagai pengawai kewangan di German dan China?" Soal Puan Harlina iaitu salah seorang berjawatan besar di dalam bahagian kewangan syarikat.
"Ya betul." Jane mengangguk.
Sebelum datang ke Malaysia, Jane pernah bekerja di German tetapi terpaksa dia meletakkan jawatan kerana orang-orang ayahnya berjaya menemui dirinya.
Kemudian, Jane berlari ke negara China dan memulakan hidup baru di sana tetapi malang mereka tetap berjaya menemui dirinya.
Akhirnya, Jane ke Malaysia dan nampak seperti keputusannya itu adalah salah kerana telah menemukan dia dengan musuh ketatnya.
Eliaz Stanislav!
"Tuan Stanislav, apa pendapat tuan?"Robin bertanya kepada Eliaz yang mendiamkan diri sejak tadi.
"Ahem." Eliaz berdehem membetulkan anak tekak.
"Tak ada yang menarik." Ujar Eliaz selamba.
Jane menggenggam penumbuk.
"Bahagian mana yang tak menarik?" Jane tajam membalas panahan mata Eliaz kembali.
Eliaz menyungging sinis.
"Wajah kau."
Robin dan Harlina saling berpandangan kerana berasa hairan melihat majikan mereka dan gadis yang bernama Jane.
Jane merengus geram kerana jejaka itu selalu mengutuk wajahnya hodoh kerana mempunyai freckles di bahagian hidung dan pipi.
"Bukan sahaja wajah kau tapi Curriculum Vitae kau juga tak menarik."
Jane mengetap gigi.
"Curriculum Vitae kau ini menunjukkan yang kau layak jadi pembantu rumah." Kutuk Eliaz.
"Pembantu rumah?!" Jane memerah padam wajah menahan diri dari menerkam jejaka jahat di hadapannya itu.
Jane mengecilkan mata melihat Eliaz yang bagaikan sedang menyembunyikan senyuman syaitan di sebalik wajah sinis yang dipamerkan.
Jane bangun dari duduk kerana dia tahu jejaka itu ingin membuat dia naik angin, lalu semua orang akan menganggap dia seorang gadis teruk yang suka bikin onar.
Jantan tak guna!
"Terima kasih Tuan Stanislav kerana telah membuang masa saya." Jane mempamerkan senyuman palsu terhadap musuh ketatnya.
"Tak perlu terima kasih, kau nampak pintu itu? Jadi sila keluar." Eliaz sinis melihat Jane yang bengang.
Jane menahan diri dari menunjukkan jari tengahnya kepada musuh ketat yang berlagak itu.
Kemudian, Jane berlalu keluar dari bilik mesyuarat dan sempat menghadiahkan jelingan maut terhadap musuhnya.
Apabila Jane masuk ke dalam lif, dia menjerit sekuat hati kerana berasa geram terhadap musuh ketat yang telah menghina diri di depan manusia lain.
Pembantu rumah
"Kurang ajar kau Eliaz!"
"Kau ingat aku nak sangat kerja dengan kau!"
"Jantan tak guna!"
"Dasar syaitan!" Jane menyumpah seranah musuh ketatnya itu.
Jane keluar dari lif bersama rengusan kasar, dia berjalan laju dan melanggar manusia-manusia yang tidak memberikannya laluan.
"Hei!"
Jane menjeling manusia yang hei kepadanya. Jika manusia itu terus meneruskan kata, nampaknya riwayat manusia itu akan tamat ditangannya.
"Okey okey okey sorry." Jejaka itu mengangkat kedua tangan memohon maaf kepada gadis yang kelihatan seperti mak singa itu, walaupun bukan salahnya.
Jane berjalan keluar dari bangunan mewah tiga puluh tingkatan itu sambil mulut tidak henti menyumpah seranah jejaka yang bernama Eliaz.
Peperangan dia dan Eliaz berlanjutan sehingga tamat sekolah kerana jejaka itu telah melakukan sesuatu yang menyakitkan hatinya.
Jane tidak akan melupakan apa yang musuh ketatnya itu telah melakukan terhadapnya sehingga tangisan dia terhambur keluar tanpa henti.
Eliaz telah membuatkan bencinya terhadap jejaka itu semakin membuak-buak.
Jane naik bas yang berhenti di perhentian.
Disebabkan tempat duduk sudah penuh, terpaksa dia berdiri di dalam bas sambil menghamburkan amarahnya terhadap jejaka yang bernama Eliaz.
"Kau ingat kau hebat sangat?"
"Kalau bukan sebab nama belakang kau ada Stanislav, kau itu apa pun tak ada lah, jantan haprak!"
"Aku tak akan lupa apa yang kau dah buat pada aku."
"Kau buat aku menangis!"
"Kau tipu aku!"
"Lepas itu kau berlagak seperti tiada apa yang terjadi."
"Eliaz Stanislav, aku betul-betul rasa macam nak bunuh kau sekarang ini."
"Aku tak akan membiarkan kau muncul dalam hidup aku semula!"
"Cik—"
"Cik okey tak?"
Penumpang-penumpang yang berada di dalam bas mulai resah melihat gadis berkulit putih sedang bercakap seorang diri seperti orang hilang akal.
"Tak payah sibuk!" Jerit Jane kepada pemuda yang menyoalnya.
"Aku okey atau tak, Eliaz tetap tak mati!" Jerit Jane lagi.
Apabila bas berhenti, Jane melangkah keluar dari bas bersama letaran terhadap Eliaz.
Mereka menggeleng simpati melihat gadis berkulit putih itu, kerana muda-muda sudah hilang kewarasan diri.
Jane lemah menapak naik anak tangga rumah pangsa buruk yang disewa olehnya. Rumah pangsa yang buruk dan tidak mempunyai lif membuatkan dia semakin naik angin.
"Sabar Jane, kau kena sabar dan bertahan." Jane cuba menenangkan diri.
Jane telah memilih untuk melarikan diri dari keluarganya di atas alasan tertentu. Jadi mahu atau tidak, dia terpaksa menghadapi kesusahan yang sedang diri alami.
Jane melabuhkan tubuh di atas katil sambil memandang siling kerana berasa penat. Semakin terasa penat apabila dia bertemu dengan musuh ketatnya.
Jane berharap jejaka itu tidak akan mengganggu hidupnya setelah mengetahui mereka berada di bandar yang sama.
Nampaknya, terpaksa dia berpindah lagi kerana dia tidak mahu sesiapa mengenali dirinya.
Termasuk musuh ketat
•••••••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro