ELIAX X JANE 7
"I Found Someone That I Want to Annoy for The Rest of My Life"
Setelah malamnya turun hujan, paginya juga turun hujan. Air yang turun dari cakrawala menitik dengan banyaknya bersama muzik irama guruh bergema tetapi kelibat jejaka Romania kacukan Baba-Nyonya masih tidak kelihatan membuatkan si gadis New York tidak tenang.
Jane menyediakan sarapan pagi buat tuan muda seperti selalunya tetapi entiti manusia itu langsung tidak dapat di kesan.
Jane berharap jejaka itu berjaya pulang ke rumah walaupun tanpa wallet dan telefon pintar yang tidak dibawa bersama kerana jejaka itu mempunyai tabiat buruk yang suka melemparkan dua barangan penting itu di dalam laci kecil tersembunyi yang terdapat di bahagian tempat duduk pemandu apabila berada di dalam kereta.
Jane mengukir senyuman sinis kerana pada ketika itu dia nampak seperti risau akan keadaan Eliaz tetapi sebenarnya dia tidak sabar menunggu jejaka itu pulang ke rumah kerana ingin melihat Evelyn memukul anak lelakinya itu.
Semalam Jane telah menunjukkan sesuatu kepada Evelyn sehingga darah wanita itu menyerbu naik ke kepala kerana perkara tersebut benar-benar membuatkan diri menyumpah selama seribu malam.
Jane meletakkan dulang di atas meja makan, dia melihat tiada sesiapa di ruang makan tersebut seperti selalunya. Mungkin kerana pada hari tersebut adalah hari cuti dan hujan lebat membuatkan mereka sekeluarga masih bermalasan di atas katil bersaiz raja.
Cuping telinga Jane mendengar bunyi sesuatu yang bising berdekatan pintu utama rumah, lantas dia menuju ke kawasan tersebut untuk melihat apa yang sedang kecoh.
Jane menyembunyikan diri apabila melihat beberapa pembantu rumah sedang membersihkan tubuh tuan muda yang basah dan kotor seperti baru selesai melakukan aktiviti lasak dari kem Rejimen Askar Wataniah.
Jane jengkel melihat Eliaz yang dilayan seperti putera raja apabila pembantu rumah cemas membersihkan tubuhnya seperti jejaka itu akan mati akibat kebasahan terkena air hujan.
Dhya menyarungkan jubah mandi tebal di tubuh tegap milik Eliaz yang hanya mengenakan boxer berwarna hitam.
Eliaz hanya berwajah serius tidak mempamerkan sebarang senyuman, membiarkan para pembantu rumah membantu dirinya yang melekit.
"Tuan muda, mandi dan rehat dahulu. Saya akan sediakan sarapan buat tuan muda." Ujar Helena sopan kepada Eliaz dan berlalu pergi ke dapur.
Jane berdesup melarikan diri dari penyembunyian apabila melihat Helena mampir ke arahnya.
"Tuan muda nampak seperti tak sihat. Saya akan dapatkan ubat buat tuan muda." Dhya mengikut jejak langkah Eliaz menuju ke bilik tidur.
Eliaz berhenti di hadapan pintu bilik tidurnya.
"Sepanjang kau kerja di sini, kau pernah lihat keadaan aku seperti pagi ini?" Soal Eliaz tetiba kepada Dhya.
"Tak pernah." Dhya menggeleng laju.
"Tuan muda kelihatan begitu sadis." Dhya melihat bagaimana Eliaz memanjat tembok rumah dan jatuh di dalam lopak air kerana pengawal tiada sesaat melepaskan hajat di tandas.
Eliaz mengerling Dhya dengan hujung mata kerana hanya gadis itu seorang sahaja yang melihat aksi malangnya itu. Jika gadis itu mencanang kisah sadisnya, dia akan memastikan gadis itu tidak akan mengenal bulan dan matahari lagi.
"Panggil Jane." Eliaz masuk ke dalam bilik tidurnya.
"Tapi tuan muda—perlu berehat." Dhya tahu jika Eliaz dan Jane bertemu, pasti mereka berdua itu akan bertekak.
"Panggil Jane atau aku beritahu mak kau tentang jiran sebelah." Ugut Eliaz.
"Saya akan pastikan Jane berada di depan tuan muda dalam masa 5 minit." Dhya keluar dari bilik dan berlari sepantas kilat untuk mencari Jane.
Eliaz mengukir sinis, lalu dia ingin membuka jam tangan mahal miliknya tetapi malang tiada di pergelangan tangannya. Tetiba dia teringat bagaimana jam tangan mahal itu tidak lagi berada bersamanya lagi.
Eliaz menjerit nyaring nama manusia yang telah melarikan kereta kesayangan miliknya, dia berlari mengejar keretanya yang dipandu laju oleh si musuh.
"Mother fuc—" Eliaz berhenti mengejar apabila kelibat kereta tidak kelihatan lagi.
Eliaz meraba kocek seluar untuk mencari telefon pintar tetapi malangnya tiada. Lagi bertambah malang nasib apabila wallet yang terisi wang turut tiada bersama.
Eliaz menepuk tangan bersama ketawa kuat apabila teringat akan sikap buruknya yang suka melempar dua barangan penting itu di dalam laci kecil tersembunyi yang terdapat di bahagian tempat duduk pemandu.
Eliaz berhenti ketawa apabila perasan akan suasana sekeliling yang hanya berpohon redup, tiada kenderaan yang lalu di kawasan tersebut.
"Tak guna kau Jin anak Aslan! Kau tunggu hari pembalasan kau akan tiba!" Eliaz melangkah untuk menyelamatkan diri dari kawasan yang kelihatan seram itu.
Satu jam kemudian, Eliaz berada di kawasan bandar kembali. Dia duduk di atas bangku yang terdapat di stesen bas bagi menghilangkan lelah.
Kelihatan beberapa gadis sedang menunggu bas, mereka itu melihatnya bersama senyuman mesra.
"Are you Eliaz Stanislav?" Tegur salah seorang gadis itu.
Eliaz memekakkan telinga.
"Oblivion!" Ujar gadis itu teruja.
Secara drastik, Eliaz menoleh wajah melihat gadis tersebut kerana sudah lama tidak mendengar perkataan Oblivion.
Kemudian, datangnya lagi dua orang gadis yang kelihatan teruja melihatnya.
"Kami bertiga peminat setia Oblivion, tak sangka dapat bertemu vokalis utama Oblivion!"
"What do you mean by peminat setia? Oblivion dah lama bubar dan terkubur." Eliaz membalas sinis sedangkan di dalam diri menjerit teruja kerana masih ada manusia yang minat dengan kumpulan band Oblivion.
"Kau ada air?" Eliaz tidak tahu malu meminta air kepada gadis berambut panjang.
"Nama I Susan." Gadis berambut panjang menghulurkan botol mineral yang masih belum disentuh olehnya kepada vokalis utama Oblivion.
"Saya Jelita." Gadis yang berani menegur Eliaz itu memperkenalkan diri.
Eliaz melihat gadis yang bernama Jelita itu kerana nama dan wajah tidak sesuai.
"Nama saya pula, Abeer."
Dengan itu, cukup lah mereka bertiga memperkenalkan diri masing-masing kepada jejaka Romania kacukan Baba-Nyonya.
Eliaz mengeluh perlahan kerana situasi mereka itu nampak seperti di dalam kelas apabila guru meminta murid memperkenalkan diri masing-masing.
"Nama aku Eliaz Stanislav, rasanya korang tahu siapa aku di bandar Melaka jadi aku nak duit. Korang bertiga boleh beri aku duit?" Eliaz selamba meminta wang kepada tiga orang gadis yang tidak dikenali.
Mereka bertiga itu berwajah hairan.
"Are you broke?" Soal Susan.
Eliaz mengangguk dan di dalam hati menyumpah Jane yang telah menyebabkan ada manusia yang berani menyoal soalan sebegitu rupa kepadanya.
"Biar betul." Abeer sepertinya tidak mempercayai jejaka yang terkenal di bandar Melaka itu.
Eliaz memutar bebola mata dan menarik kedua kain kocek seluarnya yang kelihatan kosong itu untuk dipertontonkan kepada mereka bertiga.
Mereka bertiga ternganga dan mengangguk mempercayai jejaka di hadapan mereka itu ternyata sedang di dalam kemiskinan.
Kemudian mereka bertiga berbisik seperti sedang berbincang tentang sesuatu.
Giliran Eliaz pula hairan melihat mereka bertiga itu.
"Kami boleh bantu Earl Eliaz Stanislav tapi dengan satu syarat." Jelita bersuara apabila selesai berbincang dengan dua orang temannya.
"Tak perlu lah sebut nama panjang aku." Eliaz mengetap gigi apabila gadis itu sengaja menyebut Earl di hadapan namanya agar dia sedar bahawa diri dari golongan bangsawan tetapi telah jatuh miskin.
"Syaratnya vokalis utama Oblivion perlu ikut kami pulang ke rumah terlebih dahulu." Jelita mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan.
"What the—" Eliaz ingin mencarut apabila mendengar syarat mereka bertiga.
"Listen up girls. Aku tak pernah foursome dan sekarang aku tak ada emosi nak puaskan libido diri. Satu jam aku jalan kaki ke stesen bas ini, hanya Tuhan saja yang tahu rasa sakit kaki aku sekarang ini. Korang bertiga sila berhambus." Eliaz bersandar dan memberi isyarat tangan menghalau mereka bertiga seolah mereka itu kuman.
"Apa yang dia mengarut?" Abeer melihat dua temannya itu bersama wajah pelik.
"Cepat-cepat bas dah tiba." Jerit Susan apabila bas berhenti di perhentian bas, terlihat beberapa manusia berebut untuk menaiki bas.
Mereka bertiga menarik lengan Eliaz yang sedang bermalasan itu.
"Hoi lepas lah!" Eliaz meronta melepaskan diri.
"Ini adalah bas terakhir, selepas ini tak ada bas dah." Beritahu Jelita.
"Maksud kau?" Eliaz berkerut hairan.
"Eliaz Stanislav tak pernah naik bas?" Soal Abeer naif.
"Kau dah lama hidup?" Eliaz mengetap gigi kerana sememangnya dia tidak pernah menaiki bas dan tidak tahu apa-apa mengenai pengangkutan awam itu.
Mereka berempat berdiri di dalam bas memandangkan tempat duduk telah penuh diduduki oleh para manusia.
"Korang kenal siapa aku, kan?"
"Berani korang culik aku di waktu senja ini!" Marah Eliaz kepada mereka bertiga itu, lalu dia melihat luar yang berona senja.
Mummy I want to go home
Mereka bertiga menutup telinga yang hampir pekak dan tidak bicara lagi.
Setengah jam kemudian, kenderaan yang membawa ramai manusia itu berhenti di stesen bas buat kali keempat.
Mereka mengajak Eliaz turun bersama apabila destinasi telah tiba.
Eliaz menggeleng tanda tidak mahu tetapi malang diri ditarik kuat oleh mereka bertiga sehingga terpaksa dia mengalah kerana kepenatan.
"Jangan risau kami tiada niat buruk pada Eliaz Stanislav." Jelita bersuara bersama senyuman lebar.
"Senyuman kau macam perempuan psiko." Kutuk Eliaz tetapi kaki turut melangkah mengikut mereka bertiga itu.
Ketika itu Eliaz boleh melarikan diri tetapi sengaja dia ingin mengikut mereka pulang ke rumah untuk mengetahui niat suci murni sebenar mereka itu terhadapnya.
Lagipun Eliaz mempunyai martial arts seperti ahli keluarga Stanislav yang lain, jadi rasa gentar atau takut langsung tidak dirasainya. Sekali dia tampar mereka bertiga, pasti akan terpelanting ke Marikh. Memberikan mereka bertiga itu peluang mengkaji tentang alam Marikh bersama manusia yang paling terkaya di dunia pada abad 21.
Eliaz menolak khayalan mengarutnya, dia melihat sekeliling kawasan pangsa yang kotor menunjukkan penghuni di situ tidak bertamadun dan bersivik.
Eliaz teringatkan si Jane yang turut tinggal di rumah pangsa sebelum bertemu dengannya. Sekurangnya kawasan rumah pangsa yang Jane tinggal tidak seburuk dan sekotor seperti kawasan rumah pangsa yang sekarang dia sedang berada.
Tetiba Eliaz teringat tingkah kasarnya terhadap Jane sejak awal pagi sehingga petang tadi, mungkin situasi yang sedang dia hadapi sekarang ini adalah balasan Tuhan terhadap dosa kecilnya itu.
"Arghhh shit kasut mahal aku." Eliaz menunduk wajah melihat kasut mahalnya memijak koridor yang kotor.
Mereka masuk di dalam kotak lif.
"Aku geli." Eliaz merujuk kepada dinding lif yang kotor akibat vandalisme penghuni.
Mereka bertiga tertawa kecil melihat Eliaz yang tidak henti mengutuk kawasan rumah pangsa yang disewa oleh mereka itu.
"Serius lah korang tinggal di sini?" Soal Eliaz apabila mereka berada di depan pintu rumah.
"Sini saja tempat yang kami mampu sewa." Balas Abeer seraya memulas tombol rumah pangsa buruk.
Susan menolak tubuh belakang Eliaz untuk masuk ke dalam rumah apabila jejaka itu hanya tercegat di hadapan pintu utama rumah.
"Nasib baik rumah korang bersih." Mata Eliaz melihat suasana rumah kecil yang kelihatan kemas dan bersih, tidak seperti diluar rumah yang boleh membuatkan manusia ingin membunuh diri dengan rela hati.
"Saya buatkan air." Jelita menuju ke ruang dapur.
"Bersihkah air?" Eliaz melihat Jelita yang sedang membuka peti sejuk.
"Cuckoo. Tuan rumah punya." Jelita menunjuk mesin penapis air kepada Eliaz yang kelihatan was-was.
Eliaz melabuhkan punggung di atas sofa kecil tanpa diperlawa.
"Sudah jangan buang masa aku, beritahu aku kenapa aku perlu ikut korang pulang ke rumah yang buruk dan sempit ini?" Soal Eliaz serius seraya memeluk tubuh.
"Sebenarnya kami—" Susan duduk di depan Eliaz, lalu dia melihat dua orang teman baiknya.
"Jangan buang masa aku."
"Kami nak tandatangan Eliaz Stanislav!" Jerit Abeer apabila melihat Eliaz semakin serius.
"The hell perlukah sehingga heret aku ke rumah korang?!" Eliaz mengambil bantal sofa dan membaling ke arah Abeer.
"Sebenarnya kami nak Eliaz Stanislav tandatangan di poster ini sebab itu kami terpaksa heret Eliaz Stanislav sehingga ke rumah kami yang buruk ini." Jelita menunjukkan poster Eliaz bersama kumpulan band yang terkenal pada dahulu kala.
Eliaz merampas poster itu, lalu dia melihat lama poster tersebut.
"Kami order online." Beritahu Susan.
"Lihat ada banyak lagi. Yang ini I baru saja beli minggu lepas." Susan mengeluarkan banyak poster kumpulan Oblivion yang disimpan.
"Lahabau siapa yang berani eksploitasi jual gambar poster band Oblivion tanpa pengetahuan aku!" Jerit Eliaz kuat sehingga mereka bertiga itu terkejut.
Eliaz bengang melihat poster-poster band Oblivion itu kerana dia telah mengarah semua produksi tidak lagi mengeluarkan poster band Oblivion, begitu juga dengan media yang diberikan sekatan untuk tidak menceritakan kisah band Oblivion di muka bumi lagi.
Eliaz tidak pernah tahu selama ini gambar-gambar poster band Oblivion di jual di pasaran gelap bagi mengaburi matanya.
Eliaz syak pasti ada seseorang yang menjadi dalang di sebalik eksploitasi jual gambar poster band Oblivion untuk menjana wang dengan begitu mudah. Dia pasti akan mencari manusia itu sehingga ke lubang cacing.
Tanpa mengeluarkan sebarang bicara lagi, Eliaz mengambil pen yang diberikan oleh Abeer kepadanya.
Eliaz menandatangi semua poster-poster band Oblivion. Setelah selesai, dia melemparkan pen ke atas meja kopi.
"Tak cantiknya sign." Abeer mengangkat tinggi poster melihat tandatangan vokalis utama band Oblivion buruk seperti cacing kerawit.
"Tak payah complaint! Aku nak duit." Eliaz bersandar malas di sofa.
"Unik lah sign dia." Ujar Jelita kepada Abeer.
"Ada satu lagi." Susan bersuara kembali.
Eliaz mendecit kegeraman.
"Kami nak jadi penyanyi, you boleh tolong?" Susan tidak mahu melepaskan peluang yang ada pada saat itu di mana Eliaz Stanislav seorang penyanyi bersuara merdu dan unik berada di dalam rumah sewanya.
"Korang tahu menyanyi?" Eliaz menaikkan sebelah kening ke atas.
"Kami bertiga tahu menyanyi, tapi hanya Abeer seorang yang mahir mencipta lagu." Beritahu Jelita teruja.
"Cita-cita kami ingin menjadi penyanyi dan mempunyai kumpulan band seperti Oblivion tapi malangnya disebabkan kami miskin, kami tak mempunyai peluang." Hilang keterujaan Jelita apabila mengenang nasib yang seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
"Kami bertiga anak yatim piatu sejak kecil, selepas SPM kami tak sambung belajar sebab tak punya wang. Pelbagai kerja halal kami lakukan demi kelangsungan hidup." Menitis air mata Jelita menceritakan kisah riwayat hidup mereka bertiga.
"Setiap malam kami akan menyanyi di kelab-kelab malam dan hotel supaya kami tak lupa dengan cita-cita kami tapi pada masa yang sama berharap ada yang sedar akan bakat kami dan melaksanakan impian kami bertiga." Sambung Jelita bersama tangisan sayu. Terlihat dua orang temannya cuba menenangkannya.
Eliaz hilang bicara sesaat memikirkan adakah diri di dalam rancangan Bersamamu.
"Hari ini Tuhan mempertemukan kami dengan Eliaz Stanislav, mungkin ini adalah tanda bahawa kehidupan kami akan bersinar selepas ini." Jelita tidak lagi menangis, malah dia mengukir senyuman menakutkan.
"Antara korang bertiga, aku dah agak kau paling psiko." Eliaz meluat melihat senyuman yang kononnya mampu menakutkan dirinya.
"Tolong kami Eliaz Stanislav." Jelita mendekati Eliaz bersama kedua tangan disatukan.
"Korang tahu yang aku dah lama tinggalkan bidang kemasyhuran semua itu." Eliaz membalas malas.
"Sekarang aku Chief Finance Officer, kerja aku kira untung rugi syarikat."
"Tapi Chief Finance Officer tak ada duit?" Abeer bingung.
Eliaz menjeling gadis yang bernama Abeer itu.
"Dengar cerita kau mahir mencipta lirik lagu?" Eliaz menyoal Abeer, sebenarnya dia teringat kepada diri sendiri yang turut mahir dalam mencipta lirik lagu.
Abeer mengangguk laju, dan berdesup berlari ke bilik untuk mengambil buku yang terdapat lirik-lirik ciptaannya.
Eliaz melihat hairan.
"Susan, aku tak perlukan duit kau lagi. Aku nak pinjam handphone kau." Eliaz menghulurkan tangan kepada Susan yang sedang merakam gambarnya untuk dibuat kenangan.
Tanpa sebarang bicara, Susan memberikan telefon pintarnya.
Eliaz menghubungi seseorang untuk menyelamatkannya dari tiga orang gadis yang bernasib sadis tinggal di rumah pangsa buruk.
Abeer memberikan buku tebal kepada Eliaz bersama senyuman teruja.
"Kau cipta lirik lagu atau cipta kisah sejarah?" Sindir Eliaz apabila melihat buku tebal seperti novel RH yang Jane selalu baca ketika waktu lapang.
"Hmm...not bad."
"Sini pen!"
Eliaz membaca dan menghayati lirik lagu ciptaan Abeer, kadang kala dia membetulkan dan menambah ayat agar lirik kedengaran lebih dramatis, dan karya menjadi indah apabila didengar.
Susan menyanyi bersama Jelita yang turut bermain gitar.
Tiga puluh minit kemudian, Susan menjawab panggilan apabila telefon pintarnya berdering.
"Siapa?"
"Ha Kevin?"
"Siapa itu, I tak kenal. You jangan macam-macam, tahu I cantik. Okey bye." Susan mematikan talian.
"Sini fon itu!" Jerit Eliaz kepada Susan setelah dia selesai menambah perisa Adabi di dalam lirik lagu ciptaan Abeer.
"Sekejap aku turun." Eliaz membuat panggilan kepada Kelvin semula dan mematikan talian apabila si pembantu peribadi memahami arahannya.
"Aku kena gerak dulu sebelum nyawa aku lagi 5 minit putus sebab tinggal di dalam rumah pangsa buruk ini." Eliaz bangun dari duduk dan melangkah ke arah pintu utama rumah diikuti oleh tiga orang gadis.
Eliaz memusing tubuh untuk melihat mereka bertiga yang bagaikan tidak mahu melepaskannya.
"Abeer, kau ada bakat dalam mencipta lirik lagu. Cuma pastikan prinsip-prinsip nahu kau selari supaya orang tak pening dengar lirik kau. Apa-apa pun teruskan berkarya."
"Susan dan Jelita, suara korang not bad tapi untuk menjadi seorang penyanyi korang perlu mengenalpasti lingkungan suara terlebih dahulu supaya korang tak terkucil ketika menyanyi."
"Okay enough with mentor and mentee. Aku nak berhambus dan terima kasih kerana berikan aku nightmare." Ujar Eliaz sambil jari telunjuk goyang-goyang menunjuk persekitaran rumah pangsa itu.
"Terima kasih kerana sudi mengikut kami bertiga pulang dan memberikan nasihat yang berguna." Susan mengukir senyuman manis kepada Eliaz.
"Terima kasih juga sebab sudi sign poster ini." Jelita memegang poster kegemarannya.
Eliaz melihat poster itu dan sesuatu melintas difikiran.
"Aku nak poster itu." Eliaz merampas poster tersebut dari tangan Jelita.
Jelita berwajah tidak puas hati tetapi tidak mengapa dia ada banyak lagi poster.
Eliaz berlalu keluar dari rumah yang disewa oleh tiga orang gadis sambil memegang poster band Oblivion.
"Oh tidak kita lupa nak swafoto bersama Eliaz Stanislav!" Jerit Susan apabila teringat mereka lupa ingin melakukan perkara paling terpaling di dalam hidup.
Tetiba Eliaz berhenti melangkah seperti dia mendengari jeritan Susan itu, lalu dia patah semula kepada mereka bertiga.
"Secara drastik hati aku rasa sesuatu apabila memijak koridor kotor laluan ke rumah sewa korang." Ujar Eliaz kepada mereka bertiga yang sedang memproses bicaranya.
"Perasaan empati dan simpati terbit di dalam hati." Sambung Eliaz dan melakukan sesuatu yang dia tidak pernah melakukan di dalam hidup.
"Jam ini lagi mahal dari Ferrari." Eliaz menarik tangan Jelita, lalu meletakkan jam tangan mahal miliknya di atas tapak tangan gadis itu.
"Ha???" Mereka bertiga benar-benar bingung.
Eliaz mengukir sinis kepada mereka bertiga itu dan berlalu pergi tanpa sebarang bicara lagi.
"Aku tak faham." Abeer mengaru kepala yang tidak gatal.
Jelita terkebil melihat Eliaz dan jam tangan di atas tapak tangannya.
"Greubel Forsey Quadruple Tourbillon." Susan melihat jam milik Eliaz yang diberikan kepada mereka.
"Greubel Forsey hanya menghasilkan lima atau enam unit setahun." Ujar Susan lagi yang membuatkan mereka lagi dua orang itu membulat mata besar.
"Harga jam ini, 10 kereta Ferrari pun kau boleh beli!" Jerit Susan teruja.
"Maknanya kita akan jual jam ini dan dapat duit dan jadi jutawan?" Abeer berharap jawapannya adalah ya kerana dia sudah penat hidup di dalam kemiskinan.
Jelita dan Susan mengangguk laju.
"JACKPOT!!!!!!" Mereka bertiga serentak menjerit kuat dan bergema di seluruh kawasan rumah pangsa.
"EARL ELIAZ STANISLAV WE LOVE YOU SO MUCH!!!" Jerit mereka bertiga kepada Eliaz yang sedang berjalan di koridor aras bawah.
Eliaz terkejut apabila mendengar suara katak-katak menjerit kepadanya.
"JANGAN SEBUT NAMA PENUH AKU!!!" Jerit Eliaz kembali seraya menjeling mereka bertiga yang sedang menghadiahi ciuman terbang kepadanya.
Malam itu Eliaz tidur di kondomium mewah miliknya, di atas katil dia mengenang tentang kejadian diri yang ditinggalkan oleh Jane dan bertemu dengan tiga orang gadis yang tidak dikenali sehingga dia menjadi baik hati memberikan jam tangan mahal miliknya kepada mereka itu.
"Tidak apa yang aku dah buat!" Jerit Eliaz kuat.
"Eliaz kenapa kau bodoh beri jam tangan kau!" Eliaz menyumpah diri kerana dia masih ingat bahawa diri berebut dengan sepupunya untuk membeli jam tangan tersebut kerana hanya tinggal satu unit sahaja.
Eliaz berjaya membeli jam tangan mewah itu kerana dia telah merasuah si penjual. Merujuk dari zaman sekolahnya dia memang suka merasuah manusia yang memerlukan wang untuk dia mengambil kesempatan.
"Ini semua salah kau Jane, sebab kau otak aku tak dapat berfungsi dengan baik dan jadi tolol seperti kau." Marah Eliaz seolah gadis itu berada di hadapannya.
"Siap kau Jane Emberson!" Eliaz mengetap gigi bersama perasaan merampang.
•••••
Jane membaca segala doa yang diajar oleh teman baiknya ketika ingin bertempur dengan musuh di medan perang, setelah habis membaca doa dia masuk ke dalam bilik tidur si musuh yang tidak terkunci.
Mata meliar melihat sekeliling yang sunyi tanda tiada manusia di dalam bilik tidur itu.
"Tuan—Muda." Jane menyeru tuan muda kerana Dhya ada memberitahu tuan muda mereka itu jatuh sakit yang membuatkan dia berasa bersalah tetapi dia tahu tuan muda sakit atau tidak, perperangan tetap bakal berlaku.
Jane meletakkan dulang makanan bersama ubatan di atas meja.
"Jane Emberson."
Jane menelan air liur apabila mendengar suara King Kong di sebalik pintu bilik air.
"Sini kau."
Jane menarik dan menghembus nafas mencari kekuatan diri dan tenaga untuk berperang dengan si musuhnya.
Setelah itu Jane menolak pintu bilik air yang tidak terkunci, dia melihat si musuh sedang bersenang lenang di dalam tab mandian merehatkan diri.
Eliaz memejam mata menikmati air panas yang masuk ke dalam sel kulit sehingga ke lapisan hypodermis.
Jane menahan hati yang gugup melihat keadaan Eliaz seperti itu yang kelihatan sungguh tampan dan gagah. Jika jejaka itu tidak pernah menyakiti hatinya, pasti dia akan—
"Aku jatuh sakit." Bicara Eliaz dengan mata yang masih terpejam.
"Selalunya jika aku jatuh sakit, mak Leha akan mandikan aku."
"Sekarang mak Leha tak ada, jadi aku nak kau mandikan aku." Arah Eliaz mendatar tanda dia benar-benar jatuh sakit.
"Tapi aku bukan mak Leha." Jane membulat mata besar memikirkan mak Leha memandikan Eliaz yang sudah besar seperti King Kong itu.
"Jane—don't ruin my mood."
"Kau patut bersyukur aku tak bakar kau setelah apa yang kau lakukan pada aku semalam." Eliaz membuka mata dan merenung tajam wajah si Jane.
"Baik lah disebabkan mood I baik pagi ini, I akan mandikan tuan muda." Jane mengalah pagi itu kerana keadaan Eliaz yang tampak lemah dan sesuatu yang bakal berlaku terhadap jejaka itu apabila bertemu dengan si ibu kandung.
Jane mengambil sabun mandian, lalu dia mendekati si musuhnya.
Jane duduk di tepi tab mandian, melihat Eliaz yang telah memejam mata kembali. Pada kali itu dia benar-benar berasa gugup kerana jarak mereka begitu rapat sekali membuatkan dia dapat melihat tubuh jejaka itu dengan lebih jelas. Dia tidak berani melihat tubuh yang berada di dalam air dengan lebih mendalam.
"Aku tak nak sabun."
"Urut tubuh aku." Eliaz menyembunyikan senyuman jahat.
"Tapi—" Jane membuat gaya seperti ingin menumbuk jejaka itu.
"Baik lah." Jane mengalah lagi apabila teringatkan sesuatu.
Terketar kedua tangan milik Jane ketika cuba menyentuh bahu Eliaz, peluh merinik didahinya.
Jane memejam mata apabila kedua tangan berjaya mendarat di bahu milik si musuh, dia berharap dia sedang menyentuh bahu bukan tempat lain.
"Siapa urut tutup mata?" Eliaz tersenyum melihat Jane yang sepertinya seorang gadis suci tetapi sememangnya gadis itu masih lagi suci, membuatkan dia semakin tersenyum lebar.
Jane membuka mata dan memulakan urutan di bahu Eliaz, dia tidak membalas renungan jejaka itu yang tampak nakal.
Jane melihat suasana luar yang hujan di sebalik dinding kaca, dia membayangi para pembantu rumah yang tergilakan Eliaz kerap menghendap jejaka itu membersihkan diri.
Jane menggeleng mana mungkin mereka dapat melihat kerana kaca dinding tidak tembus pandang.
"Kenapa?" Soal Eliaz apabila melihat Jane menggeleng laju.
"Ahem...tak perlu sibuk." Jane mengurut-urut bahu Eliaz bersama wajah tidak rela.
"Kau nak tahu apa yang terjadi pada aku semalam?"
Jane tidak membalas walaupun di dalam hati meronta ingin tahu.
"Semalam aku bertemu dengan tiga orang gadis cantik." Eliaz mengukir senyuman syurga duniawi.
"Terima kasih kepada kau Jane. Jika tak aku tak akan menikmati—"
"Jijik." Jane menarik tangan dari bahu Eliaz. Tidak tahu itu kali keberapa sekeping hati miliknya terluka apabila memikirkan jejaka itu bersama wanita lain.
Eliaz melepaskan tertawa kerana perkataan itu langsung tidak menusuk di dalam hati.
"Sebenarnya kau sakit atau tak?" Jane geram melihat Eliaz, dia sudah tahu bahawa jejaka itu hanya berpura-pura sakit.
"Tak perlu sibuk aku sakit atau tak, kau buat saja kerja kau." Eliaz menjeling Jane, lalu dia memejam mata kembali.
Jane mengurut bahu Eliaz kembali, dia mengurut dan sengaja membawa tangan mendekati leher jejaka itu.
"Jangan cekik aku." Eliaz memberi amaran sepertinya tahu niat baik si Jane.
"Macam aku tak pernah cekik kau." Jane membalas sinis.
"Cuba kau berlembut sikit. Tak ada lah setiap kali kau bercinta, boyfriend kau minta putus." Nasihat Eliaz kepada Jane yang kasar mengalahkan orang lelaki.
"Tak perlu sibuk." Jane menekan kuat bahu milik Eliaz yang suka menyibuk tentang kisah peribadinya.
"Sekurangnya aku tak pernah lukai hati mereka." Ujar Jane apabila teringat sikap Eliaz lebih teruk darinya yang suka bertukar pasangan sejak zaman sekolah.
"Sebab kau gemar lukai hati manusia yang bukan bergelar kekasih." Eliaz membuka mata dan merenung dalam wajah milik si gadis yang berjaya melukai sekeping hati miliknya.
Jane membalas renungan dalam dari Eliaz, cuba memproses bicara jejaka itu.
"Apa maksud kau?" Soal Jane.
"Tak perlu sibuk." Eliaz mengulangi ayat kegemaran Jane.
Jane merengus geram, lalu sambung mengurut bahu Eliaz kembali.
"Sebenarnya Jane aku pernah interview bekas-bekas kekasih kau dulu semasa di St. Michael." Eliaz semakin bersandar di dinding tab mandian.
"Dasar penyibuk!" Jane mempamerkan wajah tidak berpuas hati.
"Mereka cakap kau membosankan." Beritahu Eliaz.
Jane tidak membalas kerana benar ada beberapa bekas kekasihnya mengatakan dirinya seorang membosankan. Punca dia menjadi seorang teman wanita yang membosankan kerana dia tidak benar-benar menyintai mereka itu.
"Aku lihat kau pun aku dah tahu yang kau ini membosankan." Eliaz memejam matanya kembali tanpa dia sedari bicaranya itu bagaikan menikam hati milik si gadis New York.
Jane merenung Eliaz bersama perasaan terluka, tidak sangka jejaka itu menganggap dirinya seorang yang membosankan seperti bekas-bekas kekasihnya. Patut lah beberapa bulan sebelum majlis graduasi, jejaka itu bermain dengan sekeping hati miliknya kerana dia seorang gadis yang membosankan.
"Tapi—bila kenal dengan kau, sebenarnya kau tak membosankan. Kau menceriakan dunia aku." Eliaz membuka mata dan mengenyit nakal kepada Jane.
Kedua pipi milik Jane berona merah.
"Ceriakan dunia moyang kau!" Jane mencurah sedikit air kepada Eliaz yang sedang ketawa.
"Berani kau sebut perkataan moyang. Kau tak tahu rumah ini dihantui oleh moyang mummy aku?" Eliaz bernada perlahan yang kedengaran menakutkan.
"Simpan cerita seram kau itu dalam lubang tandas." Jane menjeling Eliaz yang mendecit kegeraman.
"Kau nak pergi mana Jane?" Eliaz menarik lengan Jane yang ingin bangun.
"Rasanya bahu tuan muda dah okey, kan?" Sebenarnya naik lenguh tangan Jane mengurut bahu bidang milik Eliaz.
"Kau hanya urut bahu aku. Seluruh badan aku sakit, semalam tiga orang gadis." Tipu Eliaz.
"Kau memang tak senonoh, kan?" Geram Jane terhadap Eliaz kerana otak kotornya membayangi jejaka itu bersama tiga orang gadis di atas katil. Benar-benar menyakitkan hati!
"Cepat beritahu bahagian mana yang sakit sangat itu." Perli Jane.
"Dada."
"Kau nak aku sentuh dada kau? Go to hell." Jane merengus singa.
"Baik lah, bonus kau aku beri pada Lucy." Eliaz sandar bermalasan melihat luar yang hujan semakin lebat.
"Kenapa Lucy?" Jane bengang.
"Sebab aku tak nak Lucy bertukar menjadi pendrive."
"Kau memang gila." Jane rasa tidak lama lagi dia akan mendaftar diri di wad psikiatri kerana melayan sikap gila Eliaz.
Disebabkan malas ingin melayan sikap gila Eliaz dan ingin cepat keluar dari seksaan itu, Jane menurut sahaja arahan jejaka itu.
Jane meletakkan kedua tangan di dada bidang milik Eliaz, dia memejam mata bersama wajah geli-geli takut tetapi suka.
"Banyaknya bulu dada dia." Jane bermonolog di dalam hati.
Eliaz mengawal ketawa dan menunggu langkah seterusnya dari Jane.
"Cepat urut, jangan nak menikmati dada aku sangat." Arah Eliaz.
"Perasan!" Jerit Jane yang masih memejam mata, dia tidak mahu melihat apa yang sedang diri lakukan kerana itu perkara yang memalukan.
Jane mengurut dada bidang milik Eliaz seperti yang diarahkan.
"Arghhh...sedapnya Jane." Eliaz menjerit kesedapan.
Eliaz menekup mulutnya menahan ketawa dari terhambur keluar apabila melihat wajah Jane yang memerah seperti kerang bakar.
"Kau jangan nak bunyi tak senonoh." Jane memberi amaran keras. Dia menuruti arahan jejaka itu kerana memikirkan soal bonus. Segalanya demi wang pada ketika itu.
"Urut lagi Jane."
"Bawah lagi Jane."
"Urut pinggang aku Jane."
"Bawah lagi Jane."
Tangan Jane semakin ke bawah dan ke bawah seperti yang diarahkan sehingga tangan menyentuh sesuatu yang keras dan tegang. Dia berkerut wajah sesaat.
Eliaz yang menahan ketawa melihat wajah Jane itu terus menjadi terkejut apabila tangan gadis itu menyentuh anatomi berharganya.
Jane membuka mata apabila tiada lagi suara menjengkelkan dari Eliaz, dia melihat wajah jejaka itu serius merenungnya.
Kemudian, Jane menunduk wajah untuk melihat apa yang menyebabkan jejaka itu membisu dan merenungnya.
Kedua bebola mata milik Jane ingin keluar dari songketnya apabila melihat tangan di dalam air telah menyentuh sesuatu yang panjang yang tidak sepatutnya dia menyentuh.
"Jane—tangan kau—" Eliaz semakin tegang apabila mata Jane tertancap ke arah adiknya.
"OH MY MOTHER!!!!!!!!"
"OH MY MOTHER!!!!!!!!"
"OH MY MOTHER!!!!!!!!"
"OH MY MOTHER!!!!!!!!"
"OH MY MOTHER!!!!!!!!"
"OH MY MOTHER!!!!!!!!"
Jane melepaskan benda panjang itu dan menjerit histeria seraya melarikan diri seperti baru melihat hantu.
Eliaz termangu melihat Jane yang melarikan diri sambil menjerit histeria. Kemudian dia menunduk wajah melihat adiknya.
"Itu lah kau panjang sangat, kan dia dah takut." Ujar Eliaz kepada adiknya yang bertuah pada pagi itu kerana telah disentuh oleh gadis kegemaran.
Eliaz mengukir senyuman nakal apabila telinga masih mendengar suara jeritan histeria Jane.
Alahai Jane Emberson
••••••••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro