BAB 5
KEESOKAN harinya seperti yang telah dijanjikan, Hanna menjemput Datin Afrina untuk pergi berjumpa dengan sahabatnya. Saat ini mereka sedang dalam perjalanan ke tempat yang telah dijanjikan. Awalnya Amsyar dan Aliya menanyakan kepergian Datin Afrina tapi Hanna memberi helah untuk menemani ibu mereka ke spa.
Sengaja berkata bohong jika tidak kedua beradik itu akan menanyakan pelbagai soalan. Dia tahu Amsyar dan Aliya tidak menyukai dirinya tapi dia buat-buat tak tahu. Sekitar 30 minit memandu, Hanna pun mencari tempat letak kereta yang berhampiran. Setelah mendapatkannya, dia segera memarkir keretanya di sana.
"Okey mommy. Jom kita turun," kata Hanna lalu keluar dari perut kereta diikuti Datin Afrina.
Mereka pun berjalan ke arah sebuah kafe dan segera masuk. Hanna memerhati sekeliling untuk mencari kedudukan sahabatnya itu. Ada seorang lelaki yang terlambai-lambai ke arahnya dan dia tahu itu sahabatnya. Hanna mengajak Datin Afrina menuju ke meja sahabatnya itu.
"Sorry I'm late."
"It's okay. Aku pun baru je sampai."
"Alright. Mommy, kenalkan ini Danny kawan yang Hanna maksudkan semalam dan Danny ini mommy aku atau mommy mertuaku, Datin Afrina."
"Hai, datin. Silakan duduk datin."
Datin Afrina hanya mengangguk dan duduk di sebelah Hanna.
"So?" tanya Danny singkat.
"Amboi kau tak menyabar ya. Kejap."
Hanna mengeluarkan sehelai kertas yang sudah tertulis alamat rumah dan nombor plat kereta lalu diberikan kepada Danny. Danny mengambil kertas itu dan membacanya.
"Aku nak kau pergi ke alamat tu dan sabotaj kereta pemilik rumah tu. Nombor plat aku dah tulis dekat situ. Kau tahu kan nak buat apa."
"Okey. Ya. Aku tahu apa yang aku kena buat. Tapi apa hubungannya pemilik rumah tu dengan kau?"
"Kau kenal Dato' Aryan Irsyad?"
"Ya, dia pengganti pengganti arwah Dato' Iskandar."
"Ya tepat sekali. Tujuan aku nak kau sabotaj kereta dia sebab aku nak buat Aryan dengan bini dia kemalangan."
"What? But why?"
"Aryan Irsyad tu anaknya Datin Afrina. Dia dah kahwin dengan perempuan yang tidak setaraf dengan kedudukan keluarga Datin. Lusa anniversary diorang. Aku yakin Aryan tu nak keluar celebrate sama-sama. Aku dan mommy tak suka perempuan tu terutama mommy. Betul kan, mommy?"
"Ya aku tak suka perempuan tu. Dia tak layak jadi pendamping anak aku. Aku nak diorang terlibat dengan kemalangan jalan raya tapi kau kena mengaku perempuan tu yang upah kau. Bukan Hanna. Aku nak Aryan benci perempua tu sampai diorang bercerai."
"Wah tak sangka datin sanggup mengorbankan nyawa anak datin sekali ya."
"Ini je cara nak pisahkan diorang. Aku nak Aryan kahwin dengan Hanna. Bukan dengan perempuan tak sah taraf tu."
"Okey baiklah. Saya akan buat. So Hanna..." Danny kembali memandang Hanna dengan senyuman.
"Ya aku tau. Nah aku bayar separuh dulu. Selebihnya aku bayar selepas kerja kau selesai."
Hanna pun mencampak satu sampul surat yang mengandungi wang bayaran ke hadapan Danny. Danny segera mengambil dan melihatnya.
"Okey cun. Ini yang aku sayang kau sebagai sahabat. Ada apa-apa lagi ke?"
"Yalah. Nope. That's all."
"Okey baiklah. Kalau tak ada apa-apa, aku nak pergi dulu. Aku nak pastikan semuanya berjalan lancar."
"Ha pergilah."
"Datin, saya minta diri dulu ya. Untuk minuman ni saya belanja."
Danny pun membuat bayaran serta berlalu dari situ. Memandangkan sudah tidak tahu ingin ke mana. Hanna pun mengajak Datin Afrina ke spa seperti yang dikatakan kepada Amsyar dan Aliya tadi.
Datin Afrina pun menurut sahaja kerana dia juga sudah lama tidak membuat perawatan di spa. Alang-alangada Hanna bolehlah dia tenangkan diri dan melakukan perawatan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro