BAB 4
"MOMMY!" jerit Hanna dari pintu luar hingga ke dalam rumah.
Datin Afrina yang sedang bersantai di ruang tamu pun terkejut dengan jeritan Hanna. Dia menoleh ke belakang dan melihat Hanna yang datang dalam keadaan yang marah dan kesal. Gadis itu pun duduk di sebelah lalu memeluk lengannya.
"Mommy, Hanna benci perempuan tu. I really hate her," adu Hanna.
"What she did to you, honey?" tanya Datin Afrina sambil mengelus kepala calon menantu kesayangannya itu.
"It's not her actually but Aryan. Hanna tau Aryan tak suka Hanna sebab perempuan hodoh tu."
"Okey. Apa yang Aryan dah buat dengan calon menantu mommy ni?"
"Aryan tengking Hanna, mommy. Tadi lepas isteri kesayangan dia tu nampak Aryan peluk Hanna, dia terus masuk bilik. Hanna cuba goda Aryan tapi Aryan tengking Hanna." Wajah dibuat sedih untuk mendapatkan simpati.
"Amboi... dah berani Aryan tinggikan suara pada menantu mommy ni ya."
"Mommy, sekarang kita nak buat apa? Hanna nak Aryan jadi suami Hanna dan Aryan mesti ceraikan perempuan tu."
"Perempuan tu memang nak kena dengan mommy. Sejak awal lagi mommy memang tak berkenan dengan dia. Entah apalah si Aryan tu pandang sangat dengan perempuan rendahan macam tu."
Datin Afrina mengenggam tangannya geram. Memang sejak awal dia tidak berkenan dengan Dhiya. Dia selalu beranggapan Aryan sudah diberi ubat guna-guna oleh Dhiya. Sudah diguna pelbagai cara untuk memisahkan Aryan dan Dhiya saat mereka masih bertunang tapi Aryan tetap nekad dengan keputusannya.
Bahkan Aryan sanggup tidak dianggap anak oleh Datin Afrina. Dhiya juga pernah diberikan duit untuk menjauhi Aryan tapi selalu ditolak. Katanya dia menyayangi dan mencintai Aryan bukan kerana harta dan pangkatnya. Banyak dugaan dan ancaman yang diterima Dhiya dari Datin Afrina namun semuanya tidak berhasil. Anaknya tetap menikah dengan Dhiya.
"Mommy! Hanna ada cadangan," kata Hanna secara tiba-tiba.
"Cadangan apa?" tanya Datin Afrina.
"Err... Hanna tak yakin mommy akan setuju atau tidak dengan cadangan Hanna ni."
"Cuba bagi tahu mommy dulu apa cadangan kamu. Nanti mommy fikirkan sama ada setuju atau tidak."
"Okey mommy fikirkan dulu kejap lagi ya. Cadangan ni akan melibatkan nyawa Aryan juga."
Datin Afrina mengangguk dan terus menunggu Hanna mengatakan apa cadangannya itu.
"Dua hari lagi kan pernikahan Aryan dan perempuan tu genap setahun. Mesti Aryan akan ajak bini dia tu keluar untuk celebrate their anniversary right. So we can make they accident."
Terbuntang luas mata Datin Afrina apabila mendengar cadangan Hanna. Yalah siapa yang tidak terkejut. Ini seperti mereka merancang pembunuhan. Tak sanggup membunuh anaknya sendiri.
"Oh no honey. Mommy not agree with that. It's too dangerous. Mommy tak nak kehilangan Aryan."
"Mommy, it's not like that. Kita buat diorang kemalangan tapi kita tuduhlah si perempuan tu dah upah orang untuk sabotaj kereta diorang. Hanna ada sorang kawan yang boleh bantu. Bila kemalangan tu dah berlaku, kita pura-pura sedih dan terkejut. Dari situ kita tuduh perempuan tu yang dah rancang. Hanna akan suruh kawan Hanna tu mengaku yang perempuan tu upah dia."
"Oh, macam tu! Hmm... mommy rasa cadangan tu bagus juga. Kita boleh tuduh perempuan tu yang upah orang. Kalau macam itu mommy setuju. Hanna urus perjumpaan kita dengan kawan Hanna tu. Nanti kita bincang dengan dia."
"Betul ni mommy setuju?"
"Ya mommy setuju."
Hanna dah tersenyum sinis apabila melihat Datin Afrina menyetujui cadangannya itu.
'Bagus. Kau tunggu perempuan. Aku harap sangat Aryan akan ceraikan kau setelah ini. Sekarang kau berbahagialah dulu sebelum kau menderita.' Desis hati Hanna.
Hanna pun segera mengeluarkan telefonnya lalu membuka aplikasi Whatsapp dan kotak pesanannya dengan sahabatnya dibuka.
Hanna
"Wey, bro. Esok kau busy ke? Aku nak jumpa kau esok."
Danny
"Amboi kau. Salam tak ada terus terjah tanya aku busy ke tak. Awatnya? Kau nak jumpa aku pasal apa?"
Hanna
"Hehe. Sorry. Kau busy ke? Kalau tak esok kita jumpa dekat tempat biasa. Aku nak kau buat sesuatu. Esok aku datang dengan 'calon mentua' aku."
Danny
"Esok aku free je. Wah new job for me? Okey baiklah kita jumpa esok. Tapi kau jangan buat-buat lupa pula."
Hanna
"Okay deal. Yes you get new job tomorrow. Ya aku tahulah pasal upah kau tu."
Danny
"Deal. Yes! Haha kau faham pun. Okeylah jumpa esok. Jam berapa esok?"
Hanna
"Okay. 10 am. Don't be late okay."
Danny
"Okay baby. See you tomorrow."
Hanna
"Wlekk... don't call me like that. See you. Remember esok aku datang dengan 'calon mentua' aku. So you must behave."
Danny
"Yes I know. Okeylah aku ada kerja ni. Jumpa esok."
Hanna
"Okay."
Selesai saling berbalas pesanan, Hanna pun tersenyum.
"Mommy, esok jam 10.00 pagi Hanna jemput mommy ya. Kita pergi jumpa kawan Hanna tu."
"Ha okey baiklah."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro