BAB 3
BEBERAPA bulan telah berlalu, rumah tangga Aryan dan Dhiya masih lagi aman damai. Namun selama tempoh itu, Datin Afrina sering mendatangi rumah Aryan bersama seorang gadis iaitu Hanna. Tujuannya hanya satu iaitu untuk menunjukkan bahawa Hanna lebih layak bersanding dengan Aryan daripada Dhiya. Saat Aryan berada di rumah, Datin Afrina akan menyuruh Hanna menggoda Aryan ketika Dhiya berada di dapur.
Terkadang Hanna yang datang berkunjung ke rumah pasangan itu tanpa Datin Afrina. Sudah tentu itu semua atas arahan Datin Afrina sendiri. Dia mahukan Hanna yang menjadi menantu idamannya. Gadis itu boleh dikatakan seksi, suka shopping dan berlagak. Itu pada pandangan Aryan sendiri. Dia tidak suka kedatangan Hanna ke rumah mereka walaupun tanpa kehadiran ibunya.
Seperti saat ini, Hanna datang berkunjung dan kebetulan di rumah hanya ada Aryan sendirian. Dhiya pula keluar sebentar kerana ada urusan di tempat kerjanya. Walaupun hari minggu dan sepatutnya Dhiya bercuti tapi disebabkan kecemasan akhirnya dia terpaksa datang bekerja. Memandangkan Dhiya tiada di rumah, Hanna apa lagi.
Dia pun menjalankan aksi menggoda Aryan sehingga Aryan betul-betul tergoda dengan dirinya. Dia sengaja memakai pakaian ketat dan seksi hanya untuk menggoda Aryan. Tapi Aryan tetap dengan pendiriannya yang sibuk dengan acara yang ditayangkan di televisyen. Hanna juga tidak henti-henti menggoda lelaki itu.
Kesempatan yang ada tidak akan dia lepaskan. Dia perlu menakluk hati Aryan supaya berpaling kepadanya. Aryan tetap bersabar dengan godaan Hanna dan sesekali menepis tangan gadis itu supaya tidak melampaui batas. Dia suami orang dan tidak mahu ditangkap basah oleh isterinya berlaku curang.
Dhiya mungkin faham tapi hati seorang perempuan tidak mungkin tidak terluka jika suaminya curang di belakangnya. Dhiya yang baru pulang terkejut apabila melihat kereta milik Hanna diparkir di depan rumah. Lebih parah apabila pandangannya disajikan dengan kelakuan jijik Aryan dan Hanna yang sedang berpelukan.
"Abang!" Teriakan Dhiya telah mengejutkan Aryan.
Aryan segera menoleh ke belakang dan terkejut apabila melihat Dhiya berada di situ dengan pandangan sedih dan terkejut. Sedangkan Hanna hanya berdiam diri dengan senyuman sinis. Aryan segera bangun dan mendapatkan Dhiya namun isterinya itu terus meluru ke bilik mereka.
"You jomlah duduk. Kita sambung tengok tv sambil peluk-peluk," kata Hanna dengan suara manja dan gedik sambil menarik tangan Aryan.
"Argh! Hanna, you boleh tolong berambus dari sini. Aku rimaslah dengan kau. Kau pergi sekarang dan jangan pernah jejakkan kaki kau dekat sini." usir Aryan dengan nada yang marah.
"What? You halau I. Sampai hati you kan. I bagi tahu mommy.
"Ya aku halau kau. Pergilah bagi tahu, Aku tak hairan pun. Aku dari dulu lagi memang tak suka dengan semua gadis yang mommy aku calonkan termasuk kau. Now get out!"
Tersentak bahu Hanna apabila Aryan menengkingnya seperti itu.
'Oh baiklah. Kau tunggu perempuan. Kau tunggu. Hari ini Aryan milik kau, suatu hari nanti Aryan akan jadi milik aku.' Desis hati Hanna.
Hanna berjalan ke sofa untuk mengambil beg dan kunci keretanya lalu bergegas keluar dari rumah itu. Aryan segera menutup kembali pintu dan menguncinya. Setelah itu dia bergegas ke biliknya untuk mendapatkan Dhiya. Dia harus menjelaskan semua yang telah dilihat oleh Dhiya sebentar tadi.
"Sayang..."
Dhiya yang tahu suaminya datang menghampirinya laju mengusap air matanya. Aryan segera memeluk isterinya itu dan meminta maaf.
"Sayang, abang minta maaf. Apa yang sayang nampak tu tak macam yang sayang fikirkan. Bukan abang yang peluk Hanna tapi Hanna yang tarik tangan abang. Dia yang peluk abang."
Dhiya hanya diam tidak mengeluarkan sepatah kata. Hatinya begitu sakit. Walaupun sudah berbulan-bulan dan dia tahu Hanna memang sengaja menggoda Aryan tapi tak mungkin dia boleh menahan semuanya terlalu lama lagi.
"Sayang, please say something. Don't be silent like this."
"Kalau abang nak kahwin satu lagi, silakan. Tapi tolong lepaskan saya," kata Dhiya tiba-tiba lalu melepaskan pelukan Aryan dan berjalan ke arah bilik air.
Terkejut? Sangat terkejut. Rasanya seperti dipanah petir di siang hari. Kata-kata Dhiya begitu menyakitkan. Tidak. Dia tidak akan pernah menceraikan Dhiya atau bahkan menikah satu lagi. Tidak pernah dia fikirkan untuk menikah satu lagi. Dia hanya mencintai Dhiya sepenuh hati. Tiada sesiapa yang berhak menentukan kepada siapa hatinya berlabuh.
Meskipun itu ibunya sendiri. Dia sanggup jika ibunya tidak mengakui dia sebagai anaknya asalkan Dhiya tetap bersamanya. Aryan bergegas meluru ke bilik air dan mengetuk pintu berkali-kali.
"Sayang, abang takkan menikah satu lagi. Abang takkan ceraikan sayang. Biar hanya maut yang pisahkan kita. Cinta abang hanya untuk sayang sorang. Hati abang ni hanya ada nama sayang aje."
Aryan menangis dan berlutut di hadapan pintu bilik air. Dia tidak sanggup berpisah dengan Dhiya. Jika suatu saat ditakdirkan mereka berpisah biarlah itu perpisahan yang terjadi atas takdir Allah. Bukan takdir yang ditentukan oleh manusia. Mendengar tangis pilu suaminya hati Dhiya sakit. Dia tidak suka melihat orang yang dia sayangi sedih bahkan menangis pilu sebegitu.
Pintu dibuka dari dalamlalu Aryan mendongak memandang isterinya. Dhiya segera memeluk suaminya danikut menangis dan meminta maaf. Hari itu hanya dipenuhi dengan tangisan dankata maaf dari kedua adam dan hawa ini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro