*Bab19*
Sejak tadi mata Izzard tidak lepas dari memandang Aimiesya. Dia mengenakan Blouse bewarna pink , beserta shall berwarna pink cukup menarik. Tetapi di wajahnya tiada secalit pun Senyuman.
"Tuan , tak siap lagi?" Aimiesya menghampiri Izzard. Jemarinya membutangkan baju kemeja Izzard dia dapat dengar degup jantung lelaki itu
Aimiesya pura-pura biasa kerana dia teringat sewaktu bersama Encik Kidnap dahulu.
"Okey, boss dah siap. Sarapan dulu. Saya dah sediakan."
Aimiesya berlalu. Izzard masih terpaku bagai di jampi. Dia merasa debar di dadanya. Dia tak pernah rasa begitu. Izzard memejam mata. Apabila terdengar suara Aimiesya.
"Tuan , Syed cepat nanti kita lewat." Laung Aimiesya.
Izzard tersenyum. Dia turun lihat Aimiesya di meja makan.
"Kenapa kopi pahit?" Muka Aimiesya kelat.
"Saya minum okey saja." Ujarnya. Dia mengambil kopi Izzard dan merasanya.
"Okey." Izzard sengaja dia minum dari bekas bibir Aimiesya.
"Tiba-tiba kopi ni rasa sedap. Bila Awak senyum. Mungkin Ikhlas." Izzard juga hadiahkan Senyuman buat Aimiesya.
Dalam perjalanan Aimiesya diam. Izzard dah beberapa kali menoleh.
"Miesya, petang ni lepas lunch kita balik. Saya nak Awak teman saya."
"Pergi mana Tuan Syed?" Soal Aimiesya.
"Melawat kawan saya yang baru dapat baby, Tak baru sangat dah sebulan. "
"Baiklah Tuan. Oh! ya jangan lupa pula , Tuan kena jumpa Tuan. Azam. Nanti bising pula Tuan. Azam, sebab bulan Sudah Tuan lupa."
"Baiklah , madam." Izzard tersenyum.
*****
Petang itu Izzard membawa Aimiesya shopping. Bukan saja beli barang baby , termasuk barang untuk Aimiesya.
"Kenapa Awak beli banyak sangat?"
"Ini tanggungjawap saya. So jangan soal. Awak pun jalan tanggungjawap awak dengan baik."
"Cantik rantai ni, awak nak beli untuk baby. Baby girlkan...mesti comel dia pakai nanti." Ucap Aimiesya apabila melihat seutas rantai yang Izzard pilih.
"Bak tangan tu." Pinta Izzard.
"Ini untuk mummy tumpang. Cantikkan." Izzard terus pasang seutas rantai tangan .
"Awak."
"Syyy...dah lambat , Nanti bising kawan saya sebab tak tepati janji."
Mereka tiba tepat pada waktunya. Shamel tersenyum memandang Izzard. Dia kemudian terkejut lihat Izzard bersama seorang gadis.
"Jemput masuk. Cik?" Soal Shamel.
"Miesya, Awak nak solat dulu?" Soal Izzard pada Aimiesya.
"Bolehkah. Kalau tak ganggu."
"Sayang, bawa jap ." Panggil Shamel.
Isteri Shamel datang. Dia tersenyum pada Aimiesya.
"Cantik Miesya, saya Nurin harap Miesya dapat kekal dengan Izzard. Dia baik."
"Tak apa Nurin. saya solat dulu."
Apabila Aimiesya kembali dia dengar mereka sedang ketawa.
"Miesya, ni baby Zara. Nah." Nurin hulurkan bayinya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro