*Bab10*
Keluar dari Klinik Aimiesya bersandar di dalam kereta.
"Awak tinggal mana?" Soal Syed Izzard.
"Tuan , hantar saya dekat stesyen bas, saya balik sendiri."
"Awak demam kenapa Awak datang kerja juga."
"Tuan, meeting hari ini , saya tak mahu merosakkan mood Tuan sebab tu saya datang."
"Awak sakit begini awak datang dengan bas semata- mata untuk meeting saya."
"Ya, Dr bagi saya cuti sakit 3 hari, kalau saya sihat nanti sy datang ."
"Ada orang jaga awak di rumah?"
"Tak ada, saya tinggal sendirian. Sebab tak mampu nak sewa dekat-dekat sini."
"Kenapa awak orang susah.?"
"Saya ada alasan saya sendiri."
"Okey, dah sampai rumah awak tinggal dengan saya."
"Tuan, tak baik saya tinggal dengan Tuan, kita bukan mahram."
"Awak sakit, saya ni tak kekal sangat nak biarkan awak sendirian."
"Tak apa tuan."
"Jom, masuk Awak jangan degil, nanti saya dukung Awak." Mahu tak mahu Aimiesya akur kerana dia pun tak bermaya nak bersuara.
"Tuan, kiblat arah mana? Saya belum solar zuhur lagi."
Lama Izzard merenung Aimiesya.
"Arah kiblat, terus. Awak tinggal di bilik saya sebab ada bilik air mudah untuk awak . Saya keluar beli makan, kita belum makan lagi."
"Tuan terima kasih." Aimiesya benar-benar tak bermaya. Lepas mandi dia terlelap.
Izzard pulang apabila dia menolak pintu dia lihat Aimiesya sedang nyenyak dia lihat pertama kalinya Aimiesya tidak bertudung dia mengambil telefonnya. Baru dia ingat bahawa Aimiesya gadis yang dia tinggal bersama. Izzard tersenyum sendiri.
Dia dengar sejak tadi Telefon Aimiesya berbunyi.
Dia membukanya.
Izzard melihat ada panggilan dan juga pesanan.
Walid
Miesya, nenek sakit tenat pulang segera.
Abang
Miesya, abang tak sempat ambil Miesya sebab abang ada di Kedah, Abang balik terus, Nenek tenat.
Kak Miera
Miesya, nenek tenat, nenek nak jumpa Miesya sangat. Balik Dik.
Izzard menghampiri Aimiesya.
"Awak bangun Awak, ada kecemasan." Kejut Izzard.
"Ya, maaf saya tertidur, ada apa Awak?" Soal Aimiesya sambil mengambil tudungnya menutup kepala.
"Nenek awak tenat saya hantar Awak balik kampung. Jom."
"Awak, saya kena pulang tukar baju dulu dan ambil keperluan saya."
"Okey, jom kita makan awak tak makan apa-apa."
"Terima kasih Tuan."
Lepas ambil keperluan untuk Aimiesya mereka bertolak pulang.
Sepanjang perjalanan Aimiesya tidur, Izzard rasa simpati pada Aimiesya.
Mereka tiba di kampung pukul 2.00 pagi.
Ketika dia tiba Aimirsya masih lagi tidur.
Dia masuk saja bertemu dengan seorang pemuda.
"Saya kawan Miesya, dia tak sihat. Saya Izzard."
"Saya, Aimiezar, Miezar abang Miesya. Terima kasih kerana tolong hantar Miesya. Jom naik dulu. Jauh memandu."
"Kejut Miesya, dia demam tu, tadi nasib tak pitam."
"Adik, bangun. Dah sampai." Kejut Miezar.
Aimiesya membuka mata.
"Abang." Terus Aimiesya memeluk Aimiezar.
Mereka masuk bersama-sama. Lepas jumpa Nenek Izzard duduk di ruang tamu.
"Awak yang berpelukkan dengan Miesya dalam gambar?" Soal Haji Ahmad.
Izzard pelik juga.
"Walid nenek panggil." Ujar Mieza sambil merenung Izzard.
"Jom, ikut pak cik." Ajak Haji Ahmad.
Miesya berada sisi Neneknya.
"Ahmad, mak nak sangat lihat Miesya kahwin." Pinta Hajah Zainab.
"Mak, Ahmad dah tunangkan Miesya, tapi dia dah tolak pinangan Farizal. Kalau mak nak sangat lihat cucu mak, Mieza ada."
"Mak nak lihat Miesya kahwin."
"Nenek nanti Miesya kahwin. Nenek kena cepat sembuh."
"Miesya, nenek benar-benar nak lihat cucu nenek ni memakai inai." Hajah Zainab mengusap kepala Amiesya.
"Nenek, saya akan tunai hasratkan nenek, Pak Cik saya akan memperisterikan Miesya. Saya Syed Izzard Bin Syed Azam."
"Alhamdulillah. Kalau boleh nenek nak lihat kamu kahwin."
"Ya, nenek saya akan tunaikan."
Aimiesya terlena di sisi Hajah Zainab.
"Nenek, Miesya demam. Tak apa saya akan uruskan dengan Haji Ahmad, Pak Cik boleh kita berbincang." Mereka tinggalkan bilik itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro