BLURB
'Coretan ini akanku lakarkan didalam karya ini. Mungkin bagi mereka tidak menarik dan tidak seperti yang mereka inginkan tetapi apa yang boleh aku katakan, ini sahaja yang mampu aku berikan.'
'Setiap perjalanan yang ditempuhi tidaklah senang seperti yang dijangka. Harus juga menempuh segala titik gelap dan rintangan.'
Buku lima yang mengenggam sebatang pensel itu terus saja berhenti tatkala menyedari bahawa ada titisan air mata turun membasahi kertas yang sudahpun ia coretkan. Tanpa lengah terus dia mengambil tisu yang terdapat pada hujung mejanya.
Tetapi langkah itu terhenti buat seketika apabila bebola matanya menyapa satu bingkai gambar kecil yang juga terletak berhampiran dengan tisu tersebut.
"Kau pasti ke nak teruskan?" Suara yang datangnya dari telefon yang telah pun ia aktifkan pembesar suara menyedarkan dirinya.
"Kalau kau tak boleh, jangan teruskan. Jangan buat kisah yang boleh buat ingatkan kau dekat kisah silam tu," tegurnya prihatin.
"Aku boleh buat," jawabnya yakin
"Kau pasti? Kau betul-betul pasti ke Fal? Kalau tak boleh, jangan paksa diri. Ini hal privasi dan trauma kau. Kalau kerja ini yang mengakibatkan gugurnya air mata kau, baik kau jangan buat," tegas suara itu memberi amaran.
"Aku boleh Meerah. Tak apa, lagi pun aku cuma nak kongsikan dan beri pengajaran dekat semua orang. Jangan risau." Falisha tersenyum nipis. Agak terharu apabila mendapat rakan yang agak prihatin dengan keadaan dirinya.
"Hmm... Yalah! Ingat Fal, jangan paksa diri. Dan aku cuma nak kau tahu, kami akan sentiasa sokong kau," kata-kata semangat itu kembali membuatkan mata Falisha berbalam. Bingkai gambar keluarga bahagia ditatap dengan pelbagai perasaan yang datang.
"Terima kasih Meerah," balas Falisha sayup. Talian dimatikan lalu dia mendongak ke atas melihat siling putih buat seketika.
Nafas dihembus kemudian bibir pula sedaya upaya mengoyak senyuman. Buku kosong yang menjadi coretannya tadi terus ditutup setelah mengakhirinya dengan kata-kata penamatan.
"Semoga kalian berbahagia bersama di dalam syurga kelak," ujarnya perlahan.
UPDATE: 28/11/2024 (4:30 P.M)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro