Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 3

Kereta yang sudah pun masuk ke dalam garaj dipandang hairan. Farihah mengeluh kesah. Dirinya mula kepenatan apabila berdiri lama di ambang pintu menunggu kehadiran insan tersayang untuk masuk.

"Abah buat apa dalam kereta lama sangat tu?" Gumamnya sambil mengintai sedikit di tirai langsir.

Selang beberapa minit bibirnya mula terukir senyuman lembut. Dengan pantas dia berlari ke belakang pintu. Pintu rumah mula terkuak dari luar lalu masuklah gerangan yang dinantinya.

Figura tersebut langsung tidak sedar akan kehadirannya. Tubuh belakang yang agak sasa itu dipandang bahagia. Rancangan nakal yang dia fikirkan tadi terus dia lakukan iaitu melompat ke atas tubuh belakang tersebut.

"Abah!" Jeritnya bahagia.

Ifwat yang terkejut akan kelakuan tersebut dengan sigap memegang kaki sang anak yang melilit pinggangnya dengan erat. Kepalanya laju menoleh memandang bidadari kecilnya ini.

"Kakak?!"

Farihah terkekeh pelan. Dia memeluk erat leher sang ayah apabila ayahnya itu tanpa membantah terus berjalan membawa dirinya ke sofa yang berhampiran lalu melabuhkan punggung di situ.

"Lain kali jangan buat macam tu tau. Kakak sekarang ni dah berat, lenguh belakang abah nak dukung," ujar Ifwat memberikan peringatan namun dengan suara lembutnya itu. Tangan kasarnya bergerak seolah-olah mengurut belakang seakan meminta simpati sang anak.

"Mana ada!" seru Farihah tidak terima dengan kenyataan sang ayah.

Gemas dengan tingkah sang anak yang bagaikan anak kecil dia mencuit sedikit hujung hidung Farihah. "Abah sakat sajalah. Walaupun kakak dah umur lima belas tahun tapi dalam pandangan abah, kakak tetap saja bayi kecil yang montel dan molek." Pipi bulat itu dicium bertalu-talu. Harap saja umur nak meningkat remaja tetapi tubuh dan pemikiran anaknya ini masih saja bagaikan anak kecil.

Farihah ketawa bahagia. "Stop abah." Tubuh sasa Ifwat ditolak menjauh sedikit. Kemudian dia pula yang menurunkan ciuman rindu pada pipi sang ayah.

"Macam mana kakak boleh balik ni? Ibu ambilkah?" Soal Ifwat kehairanan.

"Tak lah. Kakak balik sendiri naik train lepastu tempah grab pula untuk hantarkan ke rumah," terang Farihah tanpa lengah.

"Iya?! Besar dah anak abah ni sampai boleh berdikari." Kepala sang anak diusap lembut. Bibirnya pula tidak lekang dari senyuman mendengar cerita dari bidadari kecilnya. Lihatlah tingkah yang membuatkan dia bahagia ini. Tangan yang menerewang dan mulut kecil yang berceloteh tanpa henti membuatkan dia terasa senang.

"By the way kenapa abah balik lewat sangat hari ini?" Ifwat tersedar dari lamunannya apabila Farihah menepuk paha Ifwat dengan lembut.

"Abah sibuk sikit semenjak ni," jawabnya canggung.

"Sibuk tu maknanya rezeki banyak masuk lah tu," sahut Farihah antuasias.

Ifwat mengangguk kecil. "Ibu mana?" Dikalihkan soalan kerana dia tidak mahu dengar tentang perihal kerjanya lagi.

"Dalam bilik rasanya tengah solat." Jam yang menunjukkan sudah pukul lapan malam dipandang sejenak.

"Kakak dah solat?"

"Dah," balas Farihah. Anak rambut yang terjuntai di dahi dikuak ke belakang. Rimas pula apabila rambut itu asyik terkena di dahinya sahaja. Nak dipotong terasa sayanglah pula.

Ifwat yang tadinya hanya memerhati terus mengambil cekak rambut yang berwarna putih dan dihiasi ribbon berwarna merah jambu untuk menolak rambut sang anak ke belakang supaya kelihatan kemas.

"Haih, cekak rambut duk atas meja pun tak nak ambil pakai. Lainlah kalau kena berjalan masuk ke bilik ambil cekak rambut." Farihah tersengih mendengar bebelan ayahnya.

"Abah nak naik atas kejap. Kakak jangan tengok tv sampai lewat malam pula, bangun lewat nanti ibu bising." Tanpa membuang masa Ifwat mengambil briefcase yang tersadai di atas sofa dan melangkah lebar menuju ke biliknya.

Farihah menghantar sosok itu dengan pandangan kosong. Riak wajahnya yang tadi ceria secara automatik bertukar menjadi muram. "Bau siapa dekat badan abah ni?"

Pintu bilik yang separa buka diintai sedikit. Setelah memastikan semuanya selamat dia majukan kakinya untuk melangkah masuk.

Punggung dihenyak diatas katil empuk mereka. Telefon pintar yang berada di dalam briefcase diambil lalu dia menumpukan sepenuh tumpuan ke atas alat elektronik tersebut.

"Abang baru balik?"

Ternaik kedua belah bahu Ifwat. Terperanjat dengan figura yang masih berpakaian telekung.

"Haah." jawab Ifwat acuh tak acuh. Jujur Laili agak terasa dengan kelakuan baharu suaminya ini. Seolah-olah tidak menghiraukan kehadirannya disisi.

"Sibuk betul abang sampai tak lepas telefon tu. Ada customer mesej lagikah?" Tanya Laili meminta kepastian. Dia bangun meletakkan kitab suci al-Quran di atas almari kecil tepi katil kemudian tempat kosong disebelah Ifwat menjadi tempat duduknya. Tidaklah dekat namun cukup sekadar jarak untuk tidak menyentuh suaminya kerana ia masih berada dalam keadaan berwudhuk.

"Ya, dia tanya pasal kereta," jawab Ifwat ringkas. Telefon yang berada ditangannya dielakkan sedikit apabila melihat sang isteri cuba mengintai dari tepi.

Laili diam. Tidak tahu ingin berbual apa kerana selalunya suaminya yang petah bercakap apabila mereka dalam keadaan berdua ini. Tetapi kali ini, Ifwat seolah-olah bersikap dingin pula dengan dirinya. Semasa bercakap pula tumpuannya masih juga pada telefon dan bukanlah pada dirinya.

"Abang okay?" Tanya Laili prihatin. Dia ingin tahu apakah sekarang Ifwat tengah mengalami krisis kewangan atau tertimpa hal yang teruk.

Ifwat mengeluh panjang sebelum menjawab. "Okay je."

Tanpa hiraukan sang isteri yang sudahpun menarik muka dia bangun meletakkan telefon di atas nightstand dan menghampiri almari baju dan tuala lalu berlalu pergi masuk ke dalam bilik air.

Laili sedikit terguris dengan tindakan Ifwat namun memilih untuk mendiamkan diri. Dia pasti ada sesuatu yang telah terjadi dan kesangsian itu perlahan menguasai mindanya.

Laili cuba menjernihkan fikirannya kembali tetapi entah kenapa hasutan-hasutan tersebut masih kuat menguasai diri. Tanpa sengaja netra coklatnya terjatuh pada telefon pintar yang terletak elok di atas nightstand itu.

Dia cuba menghiraukan seketika tetapi semuanya punah apabila telefon itu mengeluarkan bunyi menandakan ada notification yang masuk. Dengan ragu-ragu dia melangkah mengambil telefon tersebut.

Kata laluan ditekan kemudian aplikasi What's App dibuka. Saluran nafasnya mula terasa sempit apabila melihat butir-butir mesej tersebut. Tangan mulus yang memegang telefon pipih itu mula bergetar kecil.

"Astaghfirullahalazim." Bibirnya ditekup menahan rasa. Air mata yang ingin menitis sedaya upaya ditahan. Dengar sahaja bunyi pintu tandas ingin dibuka dia terus meletakkan telefon itu ke tempat yang asal dan terus duduk di atas kain sejadah yang dari tadi terbentang.

Ifwat yang hanya terus keluar menuju ke almari baju dipandang dengan perasaan kecewa dan sedih.

'Kenapa? Kenapa abang?' Rintihnya sayu. Kepala ditunduk sambil menahan esakkan supaya Ifwat tidak menyedari keadaannya.

***

"You busy ke hari ini?" Adila bertanya dengan suara manja. Telefon yang memaparkan wajah kacak jejaka itu dipandang lunak.

"Tak lah," balas Ifwat tidak kalah lembutnya. Orang kalau dah suka buatlah apapun pasti yang menjadi keutamaannya adalah pencinta hati. Lihatlah sekarang, fail-fail kerja yang bertimbun di atas meja Ifwat hiraukan. Dari tadi dia hanya meluangkan masa dengan bervideo call bersama Adila Adni.

"Kenapa you tanya?"

"I nak ajak you keluar, boleh?" Adila menatap Ifwat dengan penuh minat.

"Boleh, bila tu?"

"Sekarang?"

"Okay, jom," balas Ifwat antuasias.

Adila tertawa ringan. "I tunggu you ambil I. I off dulu eh."

Ifwat mengangguk laju. Dengan kelam-kabut dia kemaskan apa yang patut dan hanya barang-barang yang penting saja seperti telefon bimbit dan dompet diambilnya.

Dalam dia terburu-buru menuju ke kereta telapak kakinya perlahan berhenti seketika kerana ada panggilan masuk. 

'My Lovely Wife'

Panggilan itu hanya dipandang sekilas. Ifwat mendengus kerana ianya tidak henti-henti berbunyi. Dengan perasaan kesal mode senyap dihidupnya.

"Kejap lagilah call balik." Ifwat tidak tahu kelakuannya ini akan menyebabkan isterinya tersinggung. Tanpa memikirkan perasaan Laili yang menunggunya dirumah dia terus menjemput perempuan yang bukanlah mahramnya untuk dibawa keluar berjalan.




'Mungkin kamu merasa hari-hari yang kamu jalani terasa berat dan melelahkan tapi kamu harus yakin, mudah bagi Allah untuk menolongmu. Tanpa kamu tau bagaimana cara Allah menolongmu dan manusia tidak akan selalu ada di saat kamu sedang kesulitan. Jadi bersandar dan berharaplah hanya kepada Allah Tuhan semesta alam.'


UPDATE: 12/12/2024 (4.43 P.M.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro