Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2

Cuaca yang mendung menggamit dirinya untuk mencari tempat berteduh namun langkahnya terhenti tatkala satu sosok tubuh yang dia kenali berada berhampiran dengan dirinya.

Figura itu hanya berdiri kaku di atas padang pasir tersebut. Pandangannya juga kosong.

Laili mula beriak gelisah tatkala angin yang membawa awan gelap itu semakin menghampiri mereka. Angin kuat juga mula menyapa dirinya. Dia berusaha sedaya upaya untuk berlari menarik insan tersayangnya itu untuk pergi berlindung tetapi entah kenapa telapak kakinya terasa berat untuk diangkat.

Tidak mengalah dia cuba untuk memanggil insan tersebut.

"Abang! Abang!" Panggilnya sekuat hati dengan harapan suaminya itu sedar akan kehadiran dirinya.

Dia berteriak sekuat hati namun reaksi gerangan tersebut tetaplah sama. Kaku tidak bergerak. Hampir saja dia memaksa diri untuk melangkah lebih dekat tetapi tiba-tiba sahaja netra coklatnya melihat ada beberapa ekor anjing yang datangnya entah dari mana terus membuat niatnya terbantut.

Beberapa ekor anjing hitam yang berbadan besar itu terlihat sedang mengelilingi sang suami sambil menyalak kuat kepadanya untuk tidak datang mendekat ke arah mereka.

Perasaan takut, gelisah dan resah mula meliputi diri. Risau kalau-kalau anjing-anjing tersebut melukakan suaminya.

Kerisauannya kian meningkat tatkala melihat ada seekor anjing yang sudah bersiap sedia untuk menggigit sang suami. Matanya kian berbalam. Gagahkan juga dirinya untuk bergerak tetapi masih tidak berdaya.

"Abang! Abang!" Panggilnya lagi tanpa mengalah.

"Abang ini sayang, tolonglah sedar!" Figura itu tetap tidak membalas dan masih juga memberikan pandangan kosong kepadanya.

Laili merasa semakin sesak tatkala suaminya telah diserang oleh anjing-anjing tersebut.

"Abang!" Pekik Laili kuat dengan nafas yang menderu laju. Matanya terbuka luas memandang sekeliling yang tidak asing baginya. Suasana yang gelap dan hanya ditemani cahaya bulan tersapa di netra matanya. Keringat peluh yang mengalir di dahi diseka lembut.

Kepalanya laju pusing ke tempat tidur sebelah. Kelihatan sang suami tidur nyenyak seakan tidak terganggu dengan racauannya tadi. Dia mengusap wajahnya sambil mulutnya terkumat-kamit beristighfar.

Tangan ditekapkan di dada dan dapat dirasai degupan jantungnya kian melaju.

Individu yang enak dibuai mimpi dipandang dengan perasaan resah.

" Ya Allah, apa yang kau nak tunjuk sebenarnya? Apa yang akan jadi nanti?" Rintihnya pilu. Jam di dinding yang menunjukkan sudah pukul tiga setengah pagi direnung buat seketika. Hatinya terasa tidak enak apabila memikirkan petunjuk tentang mimpi tersebut. Seolah-olah akan ada perkara yang buruk akan menimpa rumah tangga mereka.

Mimpi yang dialaminya sebentar tadi pasti bukanlah sekadar mainan syaitan semata melainkan ianya adalah sebuah petunjuk dari Sang Pencipta.

Tetapi yang menjadi pertanyaannya sekarang, apakah ia?

Mengeluh khuwatir dia cuba menenangkan diri dengan menuju ke arah bilik air untuk mengambil wudhuk dan memohon petunjuk kepada Yang Maha Esa.

Hati kecilnya berharap semuanya akan baik-baik sahaja namun jikalau perkara yang sebaliknya berlaku, dia memohon agar Tuhan memberikanlah ia kekuatan yang benar untuk menempuh segala rintangannya nanti.

***

Bengkel yang serba mewah dan mempunyai pelbagai peralatan canggih dipandang dengan perasaan megah. Senyumannya juga tidak pernah luntur menyapa setiap para pekerja sejak kaki jenjangnya menapak pintu masuk.

Kasut bertumit tinggi itu terus melangkah sehingga tiba tepat di hadapan pintu yang memaparkan tanda nama orang yang dicari.

"Boss you ada kat dalam?" Tanya wanita itu.

"Ada." Mendapat jawapan yang dia ingini terus saja tangan itu meluncur memegang tombol pintu dan membukanya tanpa mengetuk terlebih dahulu.

"I bawa bekal makanan." Bekal makanan yang dipegangnya diangkat tinggi menunjukkannya kepada Ifwat.

Api kemarahan Ifwat yang ingin meningkat kerana mahu menyembur siapakah gerangan yang berani masuk ke ruangannya terlebih dahulu tanpa meminta izinnya terus saja terpadam tatkala bebola matanya tersapa dengan sosok tubuh wanita tersebut.

"Adila?"

"Hi! Sorry I kacau you," ujarnya dengan nada menggoda. Bekal makanan yang dibawanya diletakkan di atas meja.

"Buat susah-susah je. I baru ingat nak balik lunch dekat rumah."

"Alaa... Tak payahlah, buat habis minyak je nanti kalau balik rumah." Pujuk Adila lagi.

"Tapi isteri I dah masak." Wajah Adila mula bertukar riak. Muram dan sedih sekali.

"You kan dah selalu rasa masakan isteri you, kali ini biarlah you rasa masakan I pula. Lagi pun anggaplah ini sebagai balasan I untuk you kerana sanggup belanja I dengan anak makan tengahari kelmarin," ucap Adila sedih.

Ifwat yang tidak tega melihat perubahan tersebut terus mengambil telefonnya dan memaklumkan kepada sang isteri bahawa dia tidak dapat pulang ke rumah kerana memiliki hal yang penting.

Adila yang melihat kelakuan Ifwat itu dalam diam dia mengeluarkan botol minyak yang bersaiz kecil untuk dicalitkan sedikit kepada Ifwat.

Dia memberikan senyuman kepada Ifwat tatkala melihat jejaka itu bangun menghampiri dirinya.

"Jom kita duduk situ." Dengan bersikap tidak malu dia menarik pergelangan tangan Ifwat menuju ke arah sofa yang berada di tengah-tengah ruangan pejabat.

Bekal yang dibawanya tadi juga dibuka untuk dihidangkan kepada lelaki tersebut. Ifwat tersenyum nipis.

Dia memerhatikan sahaja wanita itu menghidangkan makanannya lagak isteri. Memang betul wanita itu adalah cinta pertamanya pada waktu mereka masih sekolah namun sekarang mereka berdua sudah berkahwin dan mmpunyai anak, cumanya wanita itu sekarang sudah bergelar janda anak satu.

"You buat lunch dekat I ni anak you tak marahkah?" Soal Ifwat bersahaja.

"Kenapa nak marah pula?" Soal Adila manja. Lehernya sengaja melentok ke kanan membuatkan gayanya seperti wanita comel.

Ifwat mengangkat bahu. Makanan yang tampak sedap itu tidak henti memasuki rongga mulutnya.

"Jangan risau, Mirza tak akan berani kata apa-apa dekat I lah," jawab Adila yakin. Dia pasti anak tunggalnya itu tidak akan berani memberi teguran kepadanya kerana sehingga saat ini anak gadis itu sentiasa patuh kepadanya. Bahkan dengan lelaki-lelaki yang dia bertemu janji selepas penceraian dengan bekas lelakinya juga Mirza tidak berani menyuarakan diri apatah lagi lelaki yang sekarang.

'Jangan masuk campur hal mak! Mak buat semua ini pun demi kesenangan kita, lepas saja kita dapat harta dia orang kita buang sajalah lelaki-lelaki tak guna tu,' ujar Adila tegas kepada anaknya, Mirza Izzati yang baru sahaja berumur tiga belas tahun.

'Tapi perlukah sampai musnahkan rumah tangga orang?'

'Bukan salah mak kalau dia orang tak setia. Dia orang sendiri yang kalah dengan nafsu dia orang,' jawab Adila angkuh. Benarlah yang salah tidak akan mengaku salah.

'Kau kena ingat dalam zaman sekarang tak akan ada yang setia. Semuanya pasti akan berdusta jua, janji manis yang diperkatakan dulu pasti akan termeretai juga,' pesan Adila dengan senyum lancip terbit dibibirnya. Terima kasih kepada bekas suaminya yang memilih untuk curang dengannya dulu. Dari pengalaman tersebut, dia belajar di dalam dunia ini cinta sejati tidak wujud yang ada hanyalah nafsu semata.

Perbualan dirinya dengan Mirza yang terimbas di dalam mindanya terus lenyap tatkala Ifwat menegurnya untuk makan bersama.

"Terima kasih sekali lagi Ila. I terhutang budi dengan you," ujar Ifwat seikhlas hati.

"Sama-sama kasih." Tanpa Ifwat sedari seringai kecil terbit di bibir mungil wanita itu.

'Sekarang tiada lagi yang setia. Apa yang ada cumalah ambil dan siapa yang dapat memegangnya itu adalah pemenangnya,' gumam hati kecil Adila.

***

Beg pakaian yang bersaiz sederhana dikeluarkan dari bonet kereta. "Terima kasih bang," ucapnya manis. Aplikasi Grab itu terus ditutupnya sebaik sahaja kakinya tiba di hadapan pintu pagar rumah.

Kunci pintu grill dibuka dengan perlahan berharap agar pemilik rumah tidak menyedarinya. Masuk sahaja ke dalam rumah lagak pencuri dia mengintip sang gerangan yang dirinduinya hanya duduk di meja makan membelakangi dirinya.

Terkekeh kecil dia terus menyergah figura tersebut.

"Ibu!" Sergahan tersebut membuatkan Laili mengucap dua kalimah syahidah dan terus mengalih wajahnya menghadap Farihah.

"Kakak?!" Dadanya dielus dan bangkit dari posisi duduknya menghampiri sang anak. Antara marah dan gembira Laili terus memberi serangan ketam kepada Farihah lalu memeluknya erat.

"Kenapa kakak balik tak beritahu kita orang?!"

"Hehehe surprise!"

"Terkejut ibu tau."

"Kakak balik dengan apa ni?"

"Naik train dengan kawan tapi bila dah sampai dekat station terus kakak tempah grab," terang Farihah panjang lebar.

"Kenapa tak call je ibu dan abah?"

"Kalau call nanti tak jadilah surprisenya." Farihah tersenyum jahil.

"Ibu makan sorang-sorang je ke?" Makanan yang sudah dimasak bahkan masih dalam keadaan panas seperti baru sahaja siap ditatap hairan.

"Haah," kata Laili sedikit kesal.

"Abah tak balik makan sekali?"

"Sibuk katanya."

Farihah mengangguk samar. "Patutlah tak boleh ambil kakak," gerutu Farihah perlahan.

"Ambil kakak?" Tanya Laili untuk kepastian.

"Haah, kakak ada mesej abah tanya boleh ke tak ambil kakak dekat asrama tapi abah cakap dia sibuk." Laili mengernyit menatap Farihah kehairanan. Hairan kerana suaminya tiada bilang apa-apa kepadanya.

"Tak palah, jom makan sama-sama. Kakak nampak lauk ibu masak tu terus lapar. Dah lah terus gerak lepas subuh jadi tak sempat nak breakfast."

"Pergi simpan barang-barang tu dulu bila dah siap nanti turun makan. Ibu tunggu kakak" Tanpa bantahan Farihah ikutkan sahaja arahan dari ibunya.

Hilang saja kelibat anak gadisnya itu dia mula mengumam kecil. "Kenapa dia tak beritahu aku tentang hal ni?"






Al-A'war - Ditugaskan untuk menyuruh manusia melakukan zina dan menganggap perbuatan zina itu seperti dosa-dosa kecil. Al-A'war juga yang menghiasi perempuan-perempuan ajnabi supaya kelihatan lebih cantik dan menarik di mata lelaki-lelaki ajnabi. Contohnya seorang suami akan melihat isterinya hodoh berbanding perempuan-perempuan lain yang haram baginya. Begitu juga sebaliknya.


'Ketika dua hati saling tulus mencintai, mereka akan selalu temukan cara untuk tetap bertahan, tidak peduli betapa sulitnya untuk terus bersama.' 

UPDATE:6/12/2024 (7:27 A.M.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro