Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 1

"Jadi balik tak Far?"

Keluh Farihah seorang diri. Skrin telefon yang kembali menjadi gelap dipandang dengan perasaan hampa.

"Kenapa? Tak kanlah kau nak duduk sini sorang-sorang?" Tanya sahabatnya yang bernama Ain Maisarah apabila melihatkan raut wajah Farihah berubah menjadi muram.

"Entahlah, ayah aku suruh stay asrama saja sebab cuti sekolah kan sebulan saja lagipun dia orang tak boleh ambil aku. Sibuk katanya," ujarnya seakan berjauh hati. Ikutkan hati mahu saja dia pulang ke rumah kerana musim cuti sekolah sudahpun tiba. Tetapi apabila menyuarakan keinginannya jawapan yang membuatkan dia terasa hati pula yang dia dapat dari ayahnya. Seolah-olah tidak mahu dia pulang langsung ke rumah.

"Sebulan tu pun lama tau. Kita ni dah enam bulan tak balik rumah." Ain memeluk tubuh. Matanya meliar memandang dorm mereka yang hampir sunyi kerana sudah ramai para pelajar pulang ke rumah masing-masing.

"Mak kau pula cakap macam mana?"

"Aku tak tanya lagi."

"Haa... Habistu? Tanyalah mak kau. Mana tahu mak kau boleh pujuk ayah kau nanti untuk benarkan kau balik."

"Hmm... Nanti lah." Farihah tersebik sedih.

"Babe, aku ada idea!"

"Apa dia?" Farihah menongkat dagu sambil memandang rakannya itu dengan penuh tanda tanya.

"Apa kata kau ikut aku balik naik train esok? Lagi pun kita turun dekat station kereta api yang sama kan?" Spontan cadangan itu diberikan kepada Farihah.

"Kau seriuslah?" Kening Farihah berkerut lalu berkedip beberapa kali. Melihatkan anggukan padu yang diberikan oleh Ain membuatkan dia terasa senang.

Hujung bibir Ain Maisarah yang terangkat menyapa bebola mata Farihah. "Kita buat surprise dekat parents kau. Buktikan dekat dia orang yang kau pun boleh berdikari, boleh buat semuanya sendiri."

"Cun!" Tanpa membantah Farihah sahut dengan penuh bersemangat. Kata-kata yang dilontarkan oleh Ain tadi berjaya membuatkan sinar cahaya terpampar di wajahnya. Betul juga dengan apa yang dikatakan oleh Ain. Jika ibu bapanya tidak boleh mengambilnya, jadi apa salahnya dia berdikari balik ke rumah keluarganya sendiri.

Boleh jadi ibu bapanya sibuk dengan kerja masing-masing atau tengah mengalami krisis yang dia tidak ketahui. Jadi dia akan mengambil langkah inisiatif yang boleh membuatkan semua orang bahagia.

Tetapi, tanpa diketahui oleh Farihah alasan yang diberikan oleh ayahnya itu tidaklah betul seratus peratus.

***

"Abang dah makan?" Tanya Laili Mikayla dengan lembut. Dirinya merangkap seorang isteri kepada seorang lelaki yang bernama Ifwat Raihan melabuhkan punggungnya di atas sofa tersebut. Sekilas jam di dinding yang menunjukkan pukul lapan malam dikerlingnya. Ini pasti suaminya baru pulang dari tempat kerja. Lihatlah dari gayanya itu, dengan pakaian kerja yang masih lagi tersarung di badan masih lagi tangan berurat itu bermain lincah di atas skrin telefon bimbit mewah tersebut.

Matanya yang tadi hanya fokus dengan telefon bimbit terus dikalih memberikan perhatian sepenuhnya kepada sang bidadari. Telefon yang digenggamnya itu juga terus dia letakkan jauh dari keberadaan mereka berdua.

Tangan wanita itu diambil lalu dia mencium sejenak. "Dah makan dengan customer abang tadi."

Laili mengernyit aneh. Agak aneh suaminya ini makan diluar bersama orang lain kerana selalunya dia akan pulang untuk makan tengahari di rumah.

"Oh iya?" Tanya banyak soal Laili hanya mengiyakan sahaja. Dia tidak mahu tahu dengan siapa suaminya keluar, jantinanya perempuan atau lelaki kerana Laili yakin bahawa Ifwat tidak akan sesekali mencurangi dirinya. Ifwat adalah seorang lelaki yang setia. Lagi pun anak mereka sudah menginjak remaja, sudah lama mereka bersama jadi tidak mungkin lelaki itu akan berubah hati dengan dirinya.

"By the way, kakak ada mesej abang tak?" Ifwat tersentak buat seketika. Bertimbang tara sama ada mahu memberitahu perkara sebenar ataupun tidak.

"Kenapa?" Soalan dibalas dengan soalan pula yang diberikan oleh Ifwat. Tubuh ramping sang isteri disauk masuk ke dalam pelukannya.

"Cuti sekolah kan dah nak mula minggu depan jadi sayang ingat nak pergi ambil kakak." Cadang Laili dengan bertongkatkan dagu di atas dada bidang Ifwat.

"Tapi cuti sekolahkan kejap je. Perlukah ambil dia? Biarlah dia duduk sana dengan kawan-kawan dia." Tolak Ifwat secara halus.

"Sekejap apanya sebulan tahu tak? Kakak pun dah lama tak balik rumah. Kawan-kawan dia pun mesti balik rumah dia orang juga." Raut wajah Laili berubah kesal. Kesal dengan suaminya yang tidak mengambil cakna dengan aktiviti anak mereka. Sudahlah anak seorang itu sahaja, perempuan pula tu.

"Ouh, tengoklah macam mana. Abang tak tahu lagi," jawab Ifwat acuh tak acuh sahaja.

"Asal abang tak tahu pula? Kalau tak sebelum ni dia yang selalu tanya bila kakak nak balik? Rindu kakak la semua," bebel Laili panjang lebar.

Jantung Ifwat berdegup cepat. Dia membasahi bibirnya yang mendadak terasa kering. Anak matanya pula seakan melarikan diri daripada tatapan tajam sang isteri.

"Abang sibuk sikit semenjak ni," jawabnya lagi seakan mahu membela diri.

"Sibuk pun janganlah sampai lupakan hal anak. Kena-kena anak tu lupakan kita nanti bila dia kerja kah kahwin kah apa abang pula yang merana," ujar Laili sambil merenggangkan sedikit pelukan mereka. Ifwat tidaklah membalas ucapan tersebut tetapi hanya renungan sahaja yang dia berikan.

"Ni abang dah solat maghrib kah belum? Dah nak masuk isyak ni." Ifwat diam. Tangannya kekok menggaru belakang leher yang terasa gatal.

Laili menatap Ifwat dengan gelengan kecil. "Sesibuk mana pun kita jangan sesekali lupakan Allah kerana Allah yang akan memberikan kita rezeki. Bukannya makhluk. Ingat abang, jangan sesekali lalai dengan kenikmatan duniawi yang diberikan oleh Allah kerana itu semua hanyalah pinjaman semata. Sayang nak abang yang dulu, yang selalu mengutamakan sang Pencipta, yang selalu mendahulukan solat. Bukannya sekarang, dah nak habis waktu baru kelam-kabut nak buat kerja Allah. Jangan ingat masa kita susah saja, tapi masa kita senang pun kena lah ingatkan dekat Allah," tegur Laili dengan suara yang lunak. Dirinya sebaik mungkin mengeluarkan nada yang tidak mahu mengguriskan perasaan suaminya. Dia tahu mungkin sahaja suaminya ini berusaha untuk memberikan kesenangan buat mereka sekeluarga tetapi apa yang dia mahu ialah seorang suami yang dapat memberikan kesenangan buat mereka di akhirat kelak. Tidak kisahlah jika kalah dalam mencari rezeki di dunia tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat menjadi pemenang di akhirat kelak.

"Terima kasih sayang," Ifwat melabuhkan kucupan pada dahi mulus Laili.

"Sudah menjadi tugas sayang."

"I love you," ungkap Ifwat separa berbisik. Sunggingan tipis terpatri dibibirnya. Dalam hati ada rasa tenang apabila sang isteri sentiasa mengingatkan dia kepada sang Pencipta.

Laili mengangguk pelan. Rambut kusut Ifwat dia kemaskan sedikit. "Pergilah masuk bilik dulu, buat apa yang patut. Sayang tunggu abang." Kaki jenjangnya terus melangkah meninggalkan Ifwat diruang tamu.

Ifwat mendesah panjang. Dia meraup wajahnya dengan perasaan yang kesal. "Kenapa aku buat macam ni?" Gumamnya perlahan. Tidak mengambil waktu yang lama dia juga turut menyusul keberadaan sang isteri.

Namun langkahnya terbantut tatkala telefonnya berdering menandakan ada notifikasi masuk. Mesej yang berbaur romantis dan mesra ditatap dengan rasa berbelah bahagi.

'Terima kasih belanja I makan tengahari tadi. Nanti kita keluar lagi ya.'

Tanpa membalasnya dia membiarkan sahaja skrin telefon yang tadi cerah menjadi gelap dengan sendirinya.





'Jika seorang wanita melayani suami sehari semalam dengan baik, tulus, ikhlas serta dengan hati yang benar, Allah akan mengampuni segala dosanya dan dicatat untuknya dari setiap helai rambut yang ada pada tubuhnya dengan seribu kebaikan dan dikurniakan seribu pahala haji dan umrah' – HR Abu Daud.


UPDATE: 3/12/2024 (2:48 P.M.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro