Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 19: LARI MALAM

KEHIDUPAN BAHARU

Dua minggu selepas pulang dari Putrajaya, Arman dipanggil untuk latihan intensif jawatan yang baru diterimanya. Latihan itu akan mengujinya sama ada dia layak atau tidak secara mental, emosional dan fisikal untuk memegang tugas berat itu. Puspa hanya merenung sahaja ketika Arman berkemas pakaiannya. Turut dimasukkan juga blazer, baju kemeja, seluar slack dan tali leher. Nampaknya ia bukan kursus latihan pertanian.

"Abang nak pergi mana?" soal Puspa.

"Kursus!"

"Tapi abang pelik."

Arman berhenti menyusun baju-baju ke dalam beg. "Atok yang suruh pergi kursus. Abang patuh saja."

"Tapi kenapa sampai dua minggu?"

Puspa tidak dapat membayangkan dirinya berpisah dengan Arman selama dua minggu.

"Sayang ... Dua minggu sekejap saja. Pejam celik ... Abang balik."

Puspa bangun dan memeluk Arman dari belakang dengan ketat.

Adoi ... Bini aku ni ... Kenapa macam ini.

"Abang sampai sana call ya."

"Abang tak dibenarkan menghubungi keluarga."

"Hah? Kalau apa-apa jadi pada Puspa macam mana?"

"Walid dengan Umi kan ada?"

"Kalau Puspa nak tahu keadaan abang?"

"Sayang call atok."

"Why?" Puspa masih merengek. 

Nampaknya aku kena ubah strategi, fikir Arman.

Pagi esok, Puspa bangun tidur, Arman tidak ada di sebelahnya. Begnya pun sudah tiada.

Nak marah?

Tentu marah. Tetapi orang yang nak dimarahi tiada.

Terasa kosong apabila melihat kerusi di sebelahnya tiada penghuni sewaktu sarapan pagi.

Dua minggu.

Dua minggu yang panjang.

Diambilnya kertas lakaran untuk menyambung hobinya melukis. Itu pun dia tiada mood.

Nak balik ke rumah ayah di Ipoh? Takut Arman marah kerana pergi tanpa izin suami.

Telefon Adila di Cyberjaya? Eh, malulah. Kan Adila tu lebih muda daripada aku? Nanti Adila kata aku mengada-ngada pula. 

Memang pun dia mengada-ngada.

Nak mengadu kepada Ezhar sudah tidak boleh lagi rasanya. Arman sudah tentu cemburu. Hati suami perlu dijaga.

Zarif? Lagi tak boleh pakai. Dalam otak dia hanya fikir Adila, Adila, Adila.

Nabiha a.k.a. Nelly?

Tengah angau dengan Malik, entah di mana berbulan madu.

Terasa diri keseorangan. Tidak! Dalam perut masih ada seorang insan. Dialah yang bakal menemaninya dalam dua minggu ini, kot?

Adam Prakash pula tak bagi kes sejak dia sakit, walaupun kini dia sudah sihat hampir 100%. Ayahnya mahu ingatannya pulih 100%, untuk kembali menjadi peguam yang berbicara di Mahkamah. Ayahnya takut tiba-tiba sahaja dia lupa ketika berhujah. Doktor sudah beritahu, ia tak mungkin terjadi. Tetapi kali ini ayah tak percaya doktor pula.

Sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Puspa hanya perlu hadir jika ada mesyuarat. Tetapi dalam jadual korporat tiada pula.

Apa sudah jadi?

Sehari suntuk Puspa buat kerja, satu pun tak ada yang sempurna. Dalam keadaan berserabut, tiba-tiba Adila telefon mahu tumpang bermalam.

Pucuk dicita ulam mendatang.

Petang esoknya laju sahaja Puspa memandu ke stesen keretapi untuk menjemput Adila.

Jadilah sebagai peneman, walau hanya semalam. Dapat juga dia mengadu.

Berbeza dengannya, Adila dilihatnya sangat ceria.

Alahai orang sedang bercinta. Begitu agaknya. Teringat dia cintanya kepada Arman yang penuh mehnah dan tribulasi. Sampai disuntik dadah, koma berhari-hari, cuba dirogol, cuba dibunuh, oleh penjahat dan akhirnya dia sendiri yang jadi pembunuh.

Tapi dia yakin, dia membunuh kerana mempertahankan diri. Siapa sangka, sebuah buku berkulit keras boleh jadi alat untuk membunuh. Memang puas rakan-rakan peguamnya berdebat tentang kejadian itu. Mereka bersyukur Puspa selamat. Tetapi mereka tidak percaya buku boleh membunuh.

Penjahat itu mendapat kecederaan dan pendarahan otak yang serius akibat pukulan buku itu di lehernya yang kemudian membawa maut.

Bila teringat semula Puspa masih terasa seram-seram sejuk.

"Abang Long ke mana kak long?" Tanya Adila sebaik sahaja tiba di rumah banglo setingkat di Kampung Seri Bahagia itu.

"Lari malam," jawab Puspa.

Adila ketawa. "Biar betul kak long?"

"Petang ada. Paginya hilang. Tak lari malam maknanya?"

"Seriously, abang long pergi mana?" Wajah Adila yang polos merenungnya. 

Entah kenapa, dia merasa kalau Arman salah pun Adila akan mempertahankannya.

"Pergi kursus."

Mengekeh Adila ketawa.. "Pergi kursus saja. Kak long berdrama kata lari malam. For a moment, I thought..."

"Jangan nak 'thought' macam-macam." Puspa terus memotong ayat Adila.

'Dahlah kak long. I know Abang Long Arman is very sincere. Dia takkan menduakan kak long. Dia pergi sebab ada tugas yang mendesak," pujuk Adila.

Kan? Tau dah. Memang Adila akan menyokong Arman.

"Tentu Adila memihak kepada dia."

"Kalau dia curang pada kak long yang cantik jelita ini, pasti Adila sekeh dia."

Puspa ketawa. Adila yang kenit ini nak sekeh Arman yang besar panjang, pemain ragbi? Melayang jadi bola ragbi sajalah nanti.

"Hahaha ... Kak long mesti gelak, Adila yang kecik ni macam mana nak sekeh abang long, kan?"

"Memang sah Adila ni genius. Apa dalam otak kak long pun Adila tahu."

Kedua-dua ketawa, sampai keluar air mata.

"Kak long tahu tak, lelaki yang tak puas dengan dengan satu perempuan ni sebab id dia macam tu." Adila berteori.

"Maksud Adila?"

"Ikut kefahaman psikoanalitik Freud, id - naluri seksual dan agresif dalam memori yang tersembunyi akan keluar jika tidak dikawal.

"Bukan sebab social learning' ke? Macam orang ketagihan dadah. Tapi ini ketagihan seks," bidas Puspa.

"Social learning tu boleh jadi baik, boleh jadi buruk. Kalau sosial learning tu positif, ia boleh mengawal hantu 'id' sebelum membiak."

"Dalam bahasa mudah, peribahasa 'bapa borek, anak rintik' itu benar?" soal Puspa. "Dalam undang-undang setiap yang dituduh wajar bertanggungjawab di atas perbuatannya, bukan menyalahkan keturunannya."

"Bukan salah keturunan. Tetapi bila kecenderungan untuk melakukan satu perbuatan itu disebabkan genetiknya, maka hukuman tidak memadai, malah mungkin menganiaya."

"Manusia ini guna macam-macam alasan sebab nak halalkan perbuatan dia. Yang guna nama Nabi Muhammad S.A.W. pun ada sebab nak justifikasi kenapa dia kahwin ramai ... Kahwin ikut Nabi, amalan ikut Iblis." Puspa terus membidas, sinis.

Banyak kes tuntutan mahkamah yang dikendali firmanya tentang dakwaan isteri pertama yang diabaikan oleh suami durjana. Malah yang kena dera pun ramai. Ada dibawa di Mahkamah syariah, ada yang di mahkamah sivil.

"Tapi Abang Long tak ada bapa yang borek. Tak ada saudara mara yang berpoligami. So, kak long is safe," tegas Adila menamatkan debat.

*****

KURSUS APA?

Esoknya, Zarif tiba bersama Zahrah.

"Sorry Kak Adila. Zara kacau daun akak nak berdua-duaan dengan Angah," kata Zahrah setelah diperkenalkan.

"Bila pula Kak Adila nak berdua-duaan. Kita ada kerja," balas Adila.

"Tapi ada orang tu ... Siap berhenti kerja Pegawai Khas sebab nak bersama Kak Adila."

Puspa dan Adila pandang wajah Zarif yang buat muka biasa dia. Muka Encik Beku.

"Kenapa Abang Zarif? Hilang le pejuang alam sekitar dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri." Puspa memprotes.

"Ada pun tak guna. Bukan dengar nasihat," balas Zarif.

"Putus asa bukan gaya abang," balas Puspa. Lupa dia tentang isunya sendiri apabila mendengar Zarif sudah meletakkan jawatannya.

"Biarlah. Tengok wakil rakyat tu nak buat macam mana," jawab Zarif selamba.

Puspa termenung. Teringat sendiri perjuangannya yang menyebabkan dia koma dan lumpuh sementara. Ia amat menyiksakan. Semua gara-gara tindakannya menyokong orang Kampung Seri Bahagia menentang menerokaan hutan untuk penanaman durian kunyit. Walaupun pihak Peguam Negara tidak dapat mengaitkan serangan ke atas Puspa dengan pemilik syarikat yang menanam durian kunyit itu, tetapi secara harfiah ia benar. Orang kampung tahu. Malangnya masih ada tangan-tangan ghaib yang mahu melindungi syarikat penjarah terbabit.

Itulah yang mengecewakan pejuang alam sekitar seperti Zarif dan Puspa.

"Sekarang Abang Zarif nak buat macam mana?" soal Puspa. Jawapan Zarif tidak memuaskan hatinya.

"Kalau projek keselamatan Datuk Haidar ini berjaya, kita akan dapat tangkap mereka red handed, secara legal dan constitutional," jawab Zarif. "Tak perlu abang melalak lagi."

"Projek yang Abang Arman ikut sama tu ke?" soal Puspa.

Zarif mengangguk. "Kerajaan panggil beberapa syarikat Bumiputera untuk hantar proposal. Siapa yang hantar proposal terbaik, akan terpilih."

"Rundingan terus?"

"Nak kata Rundingan Terus pun tidak. Open Tender pun tidak. Sebab ini projek keselamatan. Jadi, Kerajaan panggil beberapa syarikat yang dipercayai dalam bidang sekuriti. Lepas itu proposal disaring. Yang masuk shortlist nanti diminta buat presentation. Lepas itu baru Kerajaan buat rundingan dan pilih yang terbaik."

"Tapi belum lagi sampai tahap rundingan, kenapa Abang Arman Atok dah suruh pergi kursus? Kenapa Abang Zarif tak pergi?" soal Puspa.

Dia peguam. Tak begitu mudah untuk dikelentong.

"Abang jaga bahagian undang-undang sahaja," jawab Zarif.

"Yelah ... Tapi takkan sampai tak tahu Abang Arman buat apa? Atau Abang Zarif sengaja sembunyikan?"

"Nak sembunyi apa? Bukan kita gerombolan mafia yang buat jenayah, kemudian pura-pura baik, menderma di sana sini?"

"Eh Abang Zarif ni ... Sampai ke sana perginya."

"Habis tu? Puspa cakap macam kami ni ahli mafia atau kongsi gelap yang merancang untuk buat jenayah," balas Zarif.

"Yelah ... Habis tu, habis tu ... Apa yang rahsia sangat sampai isteri pun tak boleh tahu?" Puspa menyindir.

Zarif mengeluh. Dalam hati menggumam, habislah kau Arman. Kau kahwin dengan peguam yang banyak soal.

"Sudah! Berhenti! Jangan gaduh," Adila mencelah. 

"Abang Zarif sembunyi something. Kak Long tahu." Puspa masih tak puas hati.

"Abang bagi tahu apa yang abang tau. Kalau abang tak tahu, macam mana nak bagi tahu?" jawab Zarif yang masih mempertahankan kenyataannya.

"Sabar Kak Puspa. Nanti Encik Suami balik, akak lenyek-lenyek dia sampai lumat." Zahrah pula menyampuk.

Puspa senyum. Berbeza sungguh Zarif yang beku dengan adiknya yang ceria. Tak betul sebenarnya. Zarif sudah tak beku sejak bercinta dengan Adila.

"Apa-apa pun yang Arman buat, tentu untuk kebaikan Puspa dan anak itu! So, stop worrying, It's not good for pregnant mom," kata Zarif.

"Nanti anak dapat muka beku macam Abang Zarif," sambung Zahrah. 

Kenyataan Zarif tidak melegakan hati Puspa. Tapi dia terpaksa reda.

Selepas sarapan rombongan yang hendak ke Post Bukit Tunggal terus bertolak pergi.

Mata Puspa mengikuti pergerakan kereta itu sehingga ia hilang dari penglihatannya.

Tiba-tiba sebuah kereta Toyota Camry berwarna hitam memasuki halaman rumah Arman.

*****

❓❓❓

*Siapa pula ni?*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro