Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 15: CINTA TERHALANG

TAKDIR

Zarif berpuas hati rancangannya berjalan lancar. Namun, ketika berbaring di atas katil di hotel, Zarif masih merasa tidak tenang. Dia yakin Adila akan jadi miliknya. Tetapi kata-kata Ezhar terus terngiang-ngiang.

Dia tahu Mama akan mengamuk.

Tetapi bukan itu yang menjadi isu. Arman dan Adila berkongsi moyang.

Sebaik sahaja dia mengetahuinya, dia mula menyiasat latar belakang keluarga Arman. Malam ini dia membuka semula laman web parti politik yang dilayarinya dua hari sudah. Dia kembali melayari pautan pada nama bapa Arman, Muhammad Zahari Bin Muhammad Umar. Maklumat sudah dikemaskini.

Dia baca dengan berhati-hati, setiap perkataan. Ringkas tetapi padat.

Portal itu menceritakan tentang perjuangan Raja Ahmad Iqram Ataullah, yang berkorban untuk bapanya. Raja Ahmad Iqram Ataullah dibuang ke sebuah Pulau di Lautan Hindi Timur kerana menentang penjajah. Dia berkahwin dengan wanita Australia dan melahirkan Mohsin, mempunyai dua orang anak. Muhammad Umar dan Muhammad Ariff.

Umar datuk Arman.

Ariff datuk Adila.

Mengikut laporan di portal itu seluruh ahli keluarga lain yang tidak sempat melarikan diri dibunuh dalam satu serangan oleh Ketua penjarah. Kononnya mereka sedang merancang untuk melancarkan pembunuhan terhadap wakil-wakil pihak yang berkuasa ketika itu. Semua tanah mereka dirampas penjarah.

Bapa moyangnya antara yang mendapat anugerah tanah rampasan itu. Zarif menerima hakikat, harta yang dirampas wajib dikembalikan kepada pemilik.

Mohsin berjaya pulang ke tanah air. Dia berkahwin dengan seorang wanita keluarga politik yang agak ternama juga. Bersama anak-anaknya Umar dan Ariff, dia berusaha mendapatkan semula tanah yang dirampas oleh penjarah daripada Raja Ahmad Iqram Ataullah. Mereka mengambil masa puluhan tahun. Kes itu tidak selesai semasa hidup Mohsin yang terpaksa membuang gelaran 'Raja' daripada namanya, demi keselamatan. Kes diteruskan oleh Umar dan Ariff. Kemudian oleh Mustafa dan Zahari. 

Penemuan baharu ini membuat Zarif mahu menangis.

Namun kali ini dia enggan berserah kepada takdir.

*****

DERHAKA

Tetapi ada kalanya takdir terus-menerus menguji kita.

 Zarif terkejut ketika memasuki halaman rumah ibunya ada sebuah kereta yang tidak dikenali. Dia rasa tak sedap hati. Tertanya-tanya. Adakah kereta asing itu berkaitan dengan punca mama memanggilnya pulang? Detik hatinya mahu dia berpatah balik ke apartment miliknya sendiri. Tetapi, otaknya menyuruh dia menghadapinya.

Aku mesti tegas. Tak kira siapa, fikirnya.

Dia memberi salam. Enam pasang mata memerhatikan langkahnya. Zarif mencium tangan ibunya. Pada tetamu lelaki itu dia salam juga. Adiknya Zahrah yang muda setahun daripada Adila bangun dan memeluknya. Lama. Seolah-olah ada mesej yang terbuku di dada. Yang lain, setelah bersalaman, memandangnya macam harimau hendak menelan mangsa.

"Siapa perempuan ni?" soal Izzat, sambil mencampakkan beberapa keping gambar dirinya bersama Adila, ketika di restoran terapung.

Zarif fikir mungkin mereka muat turun daripada Instagram seseorang di restoran itu. Ramai yang bergambar dengannya setelah identitinya diketahui. Zarif memandang gambar-gambar itu sekilas.

"My girl friend," jawabnya.

Izzat seperti tidak percaya. "Sejak bila perempuan ini jadi girl friend kamu?"

"Saya tak perlu jawab soalan Along."

Wajah Izzat semakin merona merah. Nafasnya keras turun naik. Kedua tapak tangan digenggam. "Kamu sudah nak bertunang. Mana boleh kamu ada perempuan lain?"

Zarif tahu baran abangnya. Dia jawab dengan tenang. "Perempuan itu namanya Adila Fairuz."

Suara Izzat meningkat naik. "Aku tak peduli. Kamu kena putuskan hubungan dengan dia."

Walaupun tegas, Zarif masih mempertahankan nada suaranya. "Along tiada hak!" 

"Tapi mama ada hak," Raja Norain, mencelah.

"Siapa pun tiada hak," balas Zarif. Semua mata di ruang tamu itu direnung seorang demi seorang. 

Dia tak mahu gaduh. Tetapi keluarganya sudah seperti mengajak dia bergaduh. Suasana jadi sepi. 

Sesaat ... Dua saat ... Tiga saat. 

Tiba-tiba keheningan suasana itu dipecahkan dengan bunyi esakan kecil. Wan Amelia menangis. Semua mata berpaling ke arah Wan Amelia. Zarif mencemik.

"Selama ini Amelia tunggu Zarif ..." kata Dato' Adri, bapa Wan Amelia.

Zarif bangun. Malas dia nak melayan. "Saya tak suruh pun dia tunggu, uncle."

Pang!

Laju saja tangan Izzat menampar pipi Zarif.

"Mentang-mentang kamu Pegawai Khas Exco, kamu dah biadab dengan orang tua ya!"

Hubungan Zarif dengan Izzat memang tidak pernah baik selepas dia jual semua saham miliknya kepada adiknya Zahrah. Lebih-lebih lagi Zarif enggan membantunya membangunkan syarikat pemajunya.

"Please! Everyone! Be civil ... Behave like human!" jerit Zahrah, juga seorang peguam yang baru memulakan kerja dengan sebuah firma konsultansi pembangunan infrastruktur.

"Saya cintakan Adila dan tak akan putuskan hubungan dengannya," tegas Zarif.

Tercengang semua yang duduk di ruang tamu itu. Apa sudah jadi? Setahu mereka tidak pernah Zarif bercinta. Berteman wanita pun tidak. Cinta Zarif adalah ideologi politiknya, kerja guamannya dan hutan rimba belantara.

"Eloklah saya cakap sekarang depan mama, uncle Adri, Wan Amelia, dan semua orang. Saya akan kahwin dengan Adila, dan bukan dengan orang lain. Adila pilihan saya sampai Jannah," sambungnya. Tangan disilang di dada.

Semakin kuat Wan Amelia menangis.

"Mama tak rela Zarif kahwin dengan keturunan Orang Bukit!" Nyaring suara Raja Norain.

Zarif sedikit terkejut ibunya tahu keturunan Adila. Laju juga Mama menggali maklumat itu.

"Mama tak izin Zarif kahwin dengan anak Orang Bukit, atau sebab dia daripada keturunan Ataullah?" soalnya.

Semua diam. Nama Ataullah merupakan satu taboo dalam rumah itu.Disebut pun jangan, inikan pula untuk dijadikan menantu.

"Zara terima sesiapapun pilihan Angah asalkan Angah bahagia." Zahrah mencelah. 

"Zara!" jerit Izzat.

Zahrah berpaling menghadap abang sulungnya. Matanya dibesarkan. "Enough Along! Enough in trying to ruin other people's lives!"

Izzat mengangkat tangannya tinggi. Cepat tangan itu ditahan oleh Zarif. Zahrah melarikan diri masuk ke dalam bilik. Suasana jadi sepi, sehingga Dato' Adri berdehem.

"Jadi, macam mana cerita Zarif dengan Wan Amelia ni?" soalnya. 

Anaknya sudah mencecah usia 30 tahun. Asyik berpeleseran ke sana ke sini. Bila lagi nak berkahwin?

"Uncle, tak pernah ada cerita Zarif dengan Wan Amelia. Dan takkan pernah ada ceritanya," jawab Zarif.

Dia pergi meninggalkan mereka. Kedengaran suara mamanya memanggil. Dia abaikaan. Langkahnya pantas menaiki tangga. Dicarinya Zahrah. Dia mahu tahu apa yang berlaku kepada Zahrah. Pintu bilik Zahrah diketuk.

*****

KISAH SILAM

Zahrah membuka pintu. Terus tubuh Zarif dipeluk ketat sambil menangis.

"Zahrah please, tell me, what's wrong?

Tiba-tiba masalah dia dengan Adila jadi kecil. Masalah Zahrah lagi besar.

Adakah Zahrah juga menghadapi masalah cinta terlarang?

Zahrah duduk di tubir katil. Zarif turut duduk di sebelahnya.

"Cerita pada Angah."

"Along bawa Zara pergi kelab."

Bawa adik pergi kelab malam? Sejahat-jahat Izzat, tak mungkin sampai nak perdagang adik sendiri?

"Hah? bila?"

"Masa Along dengan Mama ada krisis sebab girl-friend lamanya."

Zarif cuba mengira-ngira tahun kejadian itu. Izzat masa itu macam orang gila. "Eh ... Dah lebih lima tahun."

Zahrah mengangguk. Air mata diusap.

Tapi Zarif masih tak faham. "Kenapa Along bawa Zara ke kelab?"

"Katanya untuk bincang dengan seorang tokoh politik. Nak dapat projek besar jadi pemaju utama. Along perlu saksi, seorang yang dia percaya dan ada latar belakang undang-undang."

"Kan Zara masih belajar masa tu?"

"Ya ... Orang yang nak jumpa Along tu tak bagi bawa peguam. Hanya boleh bawa saksi. Along tak percaya sesiapapun."

"Jadi dia bawa Zara?" Zarif memotong.

Zahrah mengangguk.

Sah Izzat sudah gila.

"Lepas tu apa jadi?" soalnya.

"Kami berbual. Zara pening. Lepas tu Zara tak ingat apa-apa lagi ..."

Zarif peluk adiknya. Lama dia tidak melakukannya. Zahrah sandarkan kepala di dada Zarif. "Zara, kalau tak sanggup cerita tak apa."

Zahrah mengangkat mukanya. "Zara nak cerita."

"Betul? Angah tak paksa."

Zahrah mengangguk.

"Zara sedar sudah dalam bilik hotel."

"Lepas itu?"

"Mujur datang orang pejabat agama."

Zarif teringat kejadian itu. Izzat ditangkap khalwat dengan Sally. Tetapi dia tidak tahu rupanya Zahrah juga terlibat. Cerita itu disimpan rapi oleh keluarga, polis dan Pejabat Agama.

"Zara tak sedar apa terjadi."

Zarif menyumpah seranah. Rasa nak bunuh abang yang tak guna. Dia percaya, Sally yang dedahkan kepada Pejabat Agama. Dia beritahu Zahrah apa dalam telahannya. Zahrah setuju.

"Ironisnya, orang pejabat agama itu selamatkan Zara," kata Zahrah.

Zarif mendengus.

"Kami buat laporan polis. Along minta laporan ditarik balik. Rupanya, Along juga diberi dadah. Gambar dia yang mengaibkan dipegang tokoh politik itu ... Kalau Zara tarik balik laporan polis, Along dapat projek itu. Gambar Along, dan mungkin ada juga gambar Zara akan dimusnahkan. Tapi Zara degil." Zahrah menyambung ceritanya.

"Kenapa Angah tak tahu ada kes ini?"

"Entahlah. Zara trauma setiap kali ingat kejadian itu."

Zarif berdiri. Tangan digenggam.

"Angah ... Jangan kita bergaduh adik-beradik. Zara cuma ada dua orang abang."

"Allahuakhbar." Zarif cuba menenangkan hatinya. Tak sangka, keluarganya begini rupanya. Dia salahkan dirinya sendiri kerana menjauhkan diri daripada keluarganya. Tak ambil tahu.

"Angah ... Jangan marah pada Along ya." Zahrah merayu setelah melihat Zarif mendiamkan diri.

Zarif renung wajah adiknya yang basah dengan air mata. "Eh? Bukan Zara yang marah dia?"

"Zara geram saja. Angah tahu tak, Along jadi gitu sejak putus dengan girl-friendnya."

"Itu angkara Mama yang nak sangat Along kahwin dengan Kak Sally."

"Tapi Kak Sally curang."

Terkejut Zarif.  "Jangan buat sebarang tuduhan Zara."

Zahrah bertegas. "Pernah satu hari Zara terdengar diorang gaduh besar dalam bilik. Along tuduh anak diorang tu, bukan anak dia ..."

Zarif mengucap panjang. "Kalau dah macam itu kenapa tak ceraikan saja. Duduk bersama kan menderita?"

"Pasal harta ... Along hutang dengan ayah Sally."

Semakin bercelaru masalah Izzat. "Untuk apa?"

"Untuk bangunkan balik syarikat ... Angah ingat tak kali terakhir proceeding tuntutan dari keluarga Ataullah?"

"Ingat. Tapi harta rampasan mesti dipulangkan," balas Zarif.

"Dulu tanah tu ladang getah. Kemudian Papa jadikan projek taman perumahan. Papa buat pinjaman bank. Papa terkejut dengan arahan mahkamah supaya projek itu diserahkan semuanya kepada keluarga Ataullah, sebab itu nilai semasa tanah itu, campur faedah terkumpul."

Zarif masih ingat. Itulah puncanya Papa kena serangan angin ahmar dan terus meninggal dunia. 

Keluarga Ataullah, maknanya keluarga Adila dan Arman.

"Sejak Along putus dengan Kak Nurina, dia sudah bukan dirinya lagi. Kadang-kadang Zara pun tak kenal dia." Zahrah menyambung bicaranya.

Zarif terduduk. Dia tersedar, rupanya penderitaan abangnya lebih teruk berbanding dirinya.

"Adik, pack baju Adik untuk tinggal dalam seminggu dua dengan Angah."

"Bukan Angah duduk dengan Abang Ezhar? Macam mana Zara nak duduk dengan Angah?"

"Sejak Angah berhenti merokok. Angah tak duduk dengan Ezhar lagi. Girl-friend Angah kata."

"Kata apa?" Zahrah tak sabar, terus memotong.

"Passive smoker tanggung risiko ... Sering kali lebih tinggi berbanding perokok."

Zahrah mengangguk faham.

"Angah tak mahu mati sebelum kahwin dengan dia. Angah tak mahu isteri Angah dapat penyakit kanser kerana Angah perokok tegar."

"Mesti dia wanita hebat dapat pengaruhi Angah sampai berhenti merokok ... Zara nak jumpa bakal kakak ipar ni."

Sudah lama Zarif tak panggil Zahrah 'Adik'. Sejak dia balik dari belajar di UK. Bila dia panggil Zahrah 'Adik' maknanya ada sesuatu yang sangat kritikal.

*****

💞💞💞

*Atas, gambar Adila. Cantik tak?*

*Dubai yang menggamit pelbagai harapan. Siapa di sini? Nantikan pendedahannya.*



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro