Teaser 9
"Killa... bukalah pintu ni. Bagilah abang masuk," rayu Firhan untuk kesekian kali.
"Tak nak. Abang pergilah rumah Maya. Killa tak nak abang ada dekat sini!" tolak Syakilla masih berkeras dengan pendiriannya.
"Killa... janganlah macam ni. Abang minta maaf, ya? Abang tak sengaja."
"You cakap you sayang I. Tapi you lempang I. I tak nak jumpa you," balas Syakilla dengan rajuk yang sukar untuk dipujuk kali ini.
"Killa... Janganlah buat abang macam ni. Killa tak kasihankan abang, ke? Kasihan abang tidur kat luar ni, " ucap Firhan, memancing simpati isteri keduanya itu, namun tetap tidak diendahkan juga.
Penat memujuk, akhirnya Firhan kembali ke ruang tamu. Dia duduk di sofa semula. Syakilla tidak juga mahu membuka pintu. Firhan tidak tahu bagaimana lagi untuk memujuk.
Syakilla benar-benar menguji kesabarannya. Lama berfikir, akhirnya Firhan berbaring. Dia cuba memejamkan matanya.
Terbayang Maya di fikirannya. Mahu saja dia pulang ke rumah Maya tetapi dia diburu rasa bersalah. Dia tidak mahu membebankan Maya lagi. Dia mahu menyelesaikan masalahnya dengan Syakilla tanpa melibatkan Maya di dalamnya.
Maya sudah terlalu banyak mengharungi kesedihan sepanjang dia dan Syakilla bermadu. Cukuplah penderitaan yang Maya tanggung. Firhan tidak mahu Maya menempuhinya lagi.
Tekan link yang tertera di bawah. www.wasap.my/60175816031/Duacinta.
arenayidin
16 Julai 2021
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro