Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 8


"Apa Maya buat ni? Kenapa masukkan semua buku resepi ni dalam kotak?" tanya Firhan kehairanan.

"Maya nak simpan. Dah tak ada rasa nak masak semua resepi ni lagi. Tak ada apa yang istimewa dah. Buat apa nak letak sini lagi?"

Firhan tersentak. Benarkah Maya yang berkata begini? Firhan mendengus, melonggarkan ikatan tali lehernya. Kemudian, dia bergerak ke tepi meja solek untuk meletak jam tangannya yang baru dilepaskan dari pergelangan tangannya.

Hairan.

Aneh. Ruang meja solek itu kelihatan kosong kecuali ada bedak dan losyen, beberapa alat make-up dan minyak wangi. Selebihnya tidak ada.

Semua aksesori dan beberapa barangan pemberiannya kepada Maya yang saban hari kelihatan di atas meja soleknya sudah tidak ada.

Beberapa ekor teddy bear kecil, bunga-bunga dan pelbagai aksesori lain pemberiannya sudah kosong di situ. Ke mana pergi semuanya?

"Mana pergi semua aksesori kat sini, Maya?"soal Firhan lagi.

"Dalam stor," jawab Maya ringkas.

"What? Dalam stor? Kenapa?" Terkejut Firhan bukan kepalang.

"Tempat tu dah tak sesuai nak letak semua tu. Berhabuk, semak."

Firhan terkedu.

Kenapa dengan Maya? Separah inikah kesan deppressionnya? Apa Maya tidak suka semua ini lagi?

"Hmm... tak apalah. Kalau itu yang Maya rasa baik," ujar Firhan sedikit kesal.

"Maya dah makan ubat?"

"Sudah."

Firhan menahan rasa ingin meledak. Dia menahan sabar. Sikap acuh tak acuh Maya menyakitkan hatinya.

Sebaik sahaja tangannya membuka pintu almari untuk mengambil t-shirtnya, matanya terpaku pada satu kotak kecil bewarna merah! Kotak cincin. Kenapa ada di sini?

Sekilas Firhan berpaling lalu merenung ke arah Maya. Matanya liar mencari jemari Maya. Firhan menghampiri Maya dan menyambar tangan kiri Maya yang asyik menyusun buku resepi di dalam kotak.

Sebaik sahaja tangan kiri Maya diraih, Allahuakbar!

Cincin. Cincin di jari Maya sudah tidak ada di jari manisnya lagi!

Cincin perkahwinan mereka sudah ditanggalkan Maya! Oh Tuhan, apa lagi ini? Kenapa sebanyak ini dirinya dihukum?

Apakah Maya benar-benar ingin menghapus semua kenangan bersama dirinya?

Tekan link di bawah untuk tempahan :
www.wasap.my/60175816031/ebookDuacinta


Yg berminat nak ebook ni blh pm di no wasap 0175816031.


arenayidin
13 Julai 2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro