Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 7


KEPUTUSAN pemeriksaan doktor ke atas Maya mengejutkan Firhan. Maya depression! Berat badan Maya turun mendadak hingga sebelas kilogram. Maya tidak berselera untuk makan. Dia hanya bersedih di atas nasib yang menimpanya. 

Firhan mengeluh penuh kekesalan seraya memandang Maya yang lemah di sebelahnya. Sudah banyak hari Maya tidak makan tanpa pengetahuan Firhan. Sudah banyak hari Maya tidak sihat tetapi Maya berlakon baik-baik sahaja di depan suaminya itu.

Kemuncaknya ketika berada di kampung, hati Maya benar-benar terluka dengan kesedihan ibunya. Hatinya tersayat dengan kata-kata adiknya Sahara dan abangnya Sahlan. 

Paling dia tidak menduga menerima kejutan maha berat daripada Firhan sepulangnya suaminya itu dari Terengganu.

Nota pendek berisi tulisan romantis buat Syakilla namun tersalah bagi kepadanya, menambah derita Maya. Semalaman dia menangis meratapi dan mengutuk kebodohannya selama ini kerana memperjuangkan lelaki itu.

Hingga pagi tadi dia tidak tertolong lagi. Badannya panas dan dingin silih berganti. Di depan doktor, Firhan menerima khabar buruk. Maya Depression! 

Firhan menyalahkan dirinya sendiri. Dia yang membuat Maya jadi begitu. Lelaki itu meraih tangan Maya dan memegangnya penuh hiba. Maya  tidak bermaya. Bibir Maya yang kering, tertutup rapat tidak berkata apa-apa. Firhan mengucup tangan Maya. Matanya bergenang.

“Maafkan abang, Maya!” Hanya itu yang mampu diucap disertai tundukan kepala dengan genangan air mata penyesalan.

“Maya makan ya? Badan Maya lemah. Abang suapkan. Maya dengar cakap abang.” Firhan berkata lagi setelah itu.

Maya hanya mengangguk. Titik demi titik air mata Firhan keluar dari kelopak matanya saat dia menyuapkan bubur nasi ke mulut isterinya itu. Maya menelan dengan terpaksa. Seleranya benar-benar tiada. Dua tiga mulut mengunyah, Maya menggeleng. Dia tidak mahu menelan lagi. Maya diberikan ubat pula oleh Firhan.  

Firhan berbaring di sisi Maya. Dia menunggu Maya melelapkan mata. Saat melihat air mata Maya keluar perlahan di hujung ekor matanya, Firhan menarik Maya ke dalam pelukannya. Maya sendu di dalam pelukan suaminya itu.

Tekan link di bawah untuk tempahan :
www.wasap.my/60175816031/Duacinta


annecayunk

arenayidin
25 April 2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro