Teaser 5
“Maya ada masalah? Abang tengok Maya tak macam biasa. Kalau anak-anak tak bagitahu pasal Maya tak makan, abang tak tahu pun.” Firhan menyentuh pipi Maya dengan hujung jarinya.
“Maya tak ada apa-apa abang,” jawab Maya seraya menunduk. Dia tidak mahu menatap renungan Firhan.
“Maya... abang kenal Maya kalau Maya ada masalah.”
Hening seketika. Maya kemudian mengangkat kepala seraya membalas tatapan Firhan kepadanya lalu berkata.
“Maya bukan nak mengada-ngada, abang. Maya cuma rasa abang dah makin jauh dari Maya. Maya terima Maya berbagi kasih dengan Killa. Cuma…”
“Kenapa Maya?” Firhan pula bertanya.
“Abang masih sayangkan Maya ke?”
Firhan tercengang. Kenapa dengan Maya?
“Kenapa Maya tanya macam tu? Abang sayang Maya sama macam dulu juga. Cuma sekarang abang tak boleh menolak takdir abang berkahwin lagi,” ujar Firhan sambil mengelus tangan Maya.
“Maya dah belajar untuk terima semua ni. Tapi, kadang-kadang rasa sunyi tu Maya tak boleh nak hadap. Maya tak ada siapa nak luahkan. Maya rasa sedih dengan nasib Maya.”
Firhan memandang Maya penuh sayu. Dia sedar selama ini dia jarang mempedulikan Maya. Dia banyak menghabiskan masa bersama Syakilla. Besok juga dia akan bersama Syakilla. Bukan atas urusan kerja seperti yang dia beritahu Maya. Tetapi untuk menemani Syakilla di sana.
Dia membohongi Maya untuk mengelakkan Maya cemburu. Tetapi sebenarnya dia sendiri tidak tahu bahawa Maya terlebih dahulu tahu perkara sebenar. Cuma Maya mendiamkan diri. Kerana itulah Maya jadi begini.
“Maya... maafkan abang.”
Firhan menarik Maya ke dalam pelukannya. Sudah lama dia tidak berbuat begitu kepada Maya. Memang wajar Maya rasa terabai. Memang wajar Maya rasa sedih kerana selalu ditinggalkan. Dia hanya mencurahkan kasih sayang kepada Syakilla tanpa memikirkan perasaan Maya.
Firhan memeluk Maya erat. Maya menahan sendu. Dia melepaskan luahan rasa yang sudah dipendam begitu lama.
Betapa, dia ingin Firhan selalu begini. Tidak marah-marah kepadanya. Tidak acuh tak acuh kepadanya. Dia ingin Firhan yang dulu. Firhan yang sangat menyayanginya.
arenayidin
04 February 2021
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro