Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 4


“Mama... kenapa sekarang papa jarang ada kat rumah kita? Malam pun papa jarang ada. Takkanlah papa asyik kerja je. Erry tengok mama selalu sedih. Kenapa mama?” Pertanyaan Erry mengejutkan Maya sekaligus membuatnya tidak tahu untuk menjawab apa.

“Hmm... betul cakap Abang Erry tu mama. Papa sekarang dah pelik kan? Dulu, papa selalu ada dengan kita. Ajar kita buat homework. Lepas tu papa selalu ada dengan mama. Mama tak pernah macam ni. Asyik sedih je. Papa dah tak sayangkan kita lagi ke mama?” Faiz pula menyambung menambahkan lagi rasa bersalah Maya untuk memberitahu anak-anaknya perkara sebenar.

“Kenapa Faiz cakap papa macam tu? Papa sibuk, papa banyak kerja. Mama sedih bukan apa, mama pun macam Faiz dengan Erry juga. Rindu dekat papa.” Maya cuba menjawab pertanyaan anak-anaknya.

Dia cuba melindungi kesayuannya. Sedangkan hatinya berperang dan berkecamuk mengenang kesilapan Firhan terhadapnya.

“Nanti papa balik, Faiz bagitahu papa ya? Jangan kerja banyak sangat. Kasihan mama.”

Maya membuang keluhan. Kedua anak lelakinya yang berusia sebelas dan lapan tahun itu sudah mulai mengerti apa yang berubah dalam kehidupan mereka. Cuma Tia masih belum mengerti.

Maya memejam mata perlahan. Berharap kedua-dua anak lelakinya itu tidak bertanya lagi. Dia tidak tahu bagaimana harus menjawab setiap pertanyaan mereka.

Apa yang pasti, setiap kali dia menjawab pertanyaan anak-anaknya, dia harus bersandiwara mempertahankan Firhan. Sedangkan di sebaliknya hanya Tuhan yang tahu apa yang dia rasakan. Berpura-pura itu sakit. Bersandiwara itu perit. Namun, untuk menjelaskan kebenaran apakah dia tidak akan sakit? Apakah dia tidak akan perit?

Jadi, berpura atau berkata benar tak ada beza baginya tapi berbeza buat anak-anaknya. Kerana itu dia memilih bersandiwara. Kenapa? Kerana jika dia berkata benar kepada anak-anaknya, status Firhan sebagai seorang ayah kepada anak-anaknya tidak lagi gah di mata ketiga mereka.

Bagi Erry, papa the best. Bagi Faiz papa the great. Bagi Tia pula, papa the good. Itu pandangan anak-anaknya kepada Firhan.

Sejauh ini, Maya tidak tega untuk membuang ketiga-tiga kata yang sudah lama sebati dalam diri ketiga anaknya itu dan menggantikannya dengan papa the looser, papa the bad dan papa the useless.

Jadi biarlah dirinya sendiri yang menjeruk rasa. Sehingga dia masih boleh bertahan, dia akan tetap bertahan.

Dia masih ada Allah tempatnya berkeluh kesah. Masih ada ibu yang berdoa untuknya dari jauh. Masih ada Sahara adiknya yang selalu menyokongnya. Masih ada Sahlan abangnya yang siap memukul Firhan andai mendapat lampu hijau darinya. Dia tidak sendiri.


arenayidin
29 January 2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro