Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 2


PETANG sabtu. Maya dikunjungi tetamu yang tidak diduga. Dia terkejut dengan kedatangan lelaki yang baru muncul di pintu pagar rumahnya. Firhan pula tidak ada di rumah kerana berada di rumah Syakilla sejak semalam.

“Kau sihat, Maya?”

“Sihat, Man. Firhan takde dekat rumah. Kau tak kisah kalau kita sembang kat laman je, Man?”

“Tak apa Maya.” Azman mengangguk.

“Kau duduk dulu. Aku buatkan minuman ya, Man.”

Azman mengangguk lagi dan matanya meleret memandang Maya. Beberapa minit kemudian Maya muncul menatang dulang berisi minuman. Azman menghirup teh yang baru Maya hulurkan diselangi tatapan matanya yang menyorot dalam ke arah Maya.

“Kenapa kau pandang aku macam tu?” tanya Maya hairan melihat tingkah Azman sedari dia tiba tadi.

“Aku kesian dengan kau Maya. Kenapa Firhan sanggup buat kau macam ni? Aku rasa macam nak tumbuk je muka dia,” luah Azman tidak puas hati dengan apa yang diperbuat Firhan kepada Maya.

Serentak dengan itu Maya mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia sedikit kurang senang dengan kata-kata Azman.

“Mana janji dia nak jaga kau? Nak lindungi kau, nak sayang kau sampai bila-bila? Kau belum tua pun dia dah buat kau macam ni. Bukan main suka lagi dia dapat pucuk muda. Geram betul aku.”

Maya tercengang mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Azman. Sangat menyakitkan kerana itulah kebenarannya.

“Man…”

“Mak kau dekat kampung tu asyik telefon aku suruh datang jenguk kau. Kau tengah sedih katanya. Aku malas nak datang. Aku takut aku bagi penumbuk je dekat muka Firhan tu. Tapi bila fikirkan kau, aku datang juga Maya. Nasib baik dia tak ada. Kalau tak, memang kena dia,” tambah Azman lagi. Jelas kelihatan aura kemarahan di wajahnya.

“Man... sudahlah.”

“Kau ni baik sangatlah Maya. Apa orang buat semua kau biarkan. Sebab tu kau kena tipu,” terus terang Azman.

“Man. Aku dah redha dengan nasib aku.” Tertunduk Maya saat mengatakannya.

“Itulah kau. Cepat sangat mengalah. Nanti lepas ni, jangan sampai madu kau pulak yang kontrol Firhan. Nanti tak pasal-pasal kau tak dapat jumpa Firhan pulak.” Kata-kata Azman berhasil mengejutkan Maya.

“Man! Kenapa kau cakap macam tu?”

“Aku tak nak kau menderita lagi Maya. Tolonglah jangan berlembut sangat.” Azman berkeras.

“Kau doakan aku ya, Man.” Maya mengharap. Kepalanya ditundukkan. Bimbang air matanya yang bergenang dilihat Azman.

“Aku tak pernah tak doakan kau Maya. Aku selalu nak tengok kau hidup bahagia.” Doa Azman diselangi tatapan penuh simpatinya.

“Kalau kau nak tengok aku bahagia, janganlah kau macam ni Man. Aku tak nak keruhkan keadaan. Biarlah Firhan berfikir apa yang dia buat pada aku. Aku tak nak buat keputusan yang salah. Aku sayang rumahtangga aku. Aku sayang anak-anak aku. Diorang masih mentah lagi. Tolong faham aku, Man.” Maya mula beremosi. Suaranya terketar-ketar.

“Maya... aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak buat kau tambah sedih. Aku cuma geram dengan Firhan,” jujur Azman tidak berniat untuk membuat Maya sedih.

Maya terdiam. Apa yang dikatakan Azman memang ada kebenarannya.


arenayidin
25 Januari 2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro