Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 1


AKAN DATANG
DUA CINTA ( EBOOK)
ARENA YIDIN

TEASER 1

“Papa! Lamanya papa outstation?” Faiz menegur Firhan sebaik sahaja dia duduk di kerusi.

“Yalah papa. Papa tak telefon mama, ke? Kasihan mama. Mama dah banyak hari tak makan nasi, papa.” Erry pula memberitahu.

Firhan tersentak. Dia memandang ke arah Maya. “Maya tak makan?”

Tiada jawapan daripada Maya. Yang ada cuma diam membatukan diri.

“Mama kata hari ni hari istimewa mama dengan papa. Tengok, mama masak sedap hari ni. Ada kek, ada hadiah untuk papa. Papa tak belikan mama hadiah?” Faiz bersuara lagi. Kali ini menambah lagi rasa bersalah Firhan kepada Maya.

“Papa minta maaf ya. Papa betul-betul lupa,” ujar Firhan seraya tertunduk kesal dengan kealpaannya. Mengapa sebodoh itu dia boleh melupakan hari terpentingnya bersama Maya? Memang wajar Maya terluka.

“Mama... papa terlupa. Nanti Erry gantikan hadiah daripada papa untuk mama ya? Erry belikan nanti ya mama. Mama janganlah sedih lagi. Papa kan dah balik," pujuk Erry menambah rasa sayu.

Maya menahan rasa sebak. Anaknya tidak mengerti apa yang dia rasakan. Mereka masih kecil untuk memahami situasi itu. Firhan hanya mampu memandang Maya. Rasa bersalah yang amat mendalam kepada isterinya itu menujah hatinya.

Maya menyenduk asam pedas ke dalam pinggan Firhan. Dia menyuruh anak-anaknya makan. Maya sendiri hanya menyuapkan dua tiga suapan ke dalam mulutnya. Terasa tidak tertelan apa yang dikunyah. Dia mahu menangis. Puas sudah menahan air matanya daripada keluar membasahi pipi.

Firhan menyuapkan nasi ke mulutnya sambil matanya menjeling Maya yang hanya tunduk dan menguis-nguis makanan di dalam pinggannya.

“Mama, Tia nak kek.” Tia, anak bongsu mereka memecah suasana canggung di meja makan namun Maya seakan tidak mendengar permintaan Tia.

“Mama... mama, Tia nak kek tu mama.” Faiz mencelah menyedarkan Maya dari lamunan.

Maya segera bingkas bangun memberikan sepotong kek kepada Tia dan dia melangkah menuju ke singki lalu mengesat air matanya yang sudah berguguran.

Firhan juga bangun lalu mendapatkan Maya. Firhan memeluk Maya dari belakang. Hatinya tersentuh. Kecewa dengan perbuatannya tidak mempedulikan Maya untuk tempoh seminggu itu.

“Maafkan abang, Maya.”


arenayidin
23 Januari 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro