
iv 。bahagian keempat, hwa yeong.
unknown
kenapa awak fikir macam tu?|
|hmm
|mungkin sebab
awak tak tidur lagi??
senyuman kecil terbentuk di bibir manis milik hwa yeong. belum pernah orang bertanya soalan sebegitu kepadanya.
itu kerana, bagi hwa yeong, mereka itu hanya mementingkan diri mereka sendiri. cuma berkenalan kemudian meninggalkannya kerana sudah berjaya mengatasi insomnia padahal, hwa yeong berfikir bahawa mereka sudah cukup dekat.
namun dia sudah biasa. ya, biasa. dia sekarang tidak terasa hati kerana dia cumalah sebatas orang luar, dianggap seperti hantu yang selalu berada disisi tetapi tidak dapat dilihat.
hahaha :)|
nama awak apa ya?|
hwa yeong teragak-agak untuk mengirimkan pesan itu. mungkin kerana dia tidak pernah bertanya melainkan orang itu sendiri yang memperkenalkan diri.
|jake.
|nama saya jake.
★
siang ini — keadaan sekolah riuh rendah dengan aktiviti yand dilakukan pelajar apabila bel loceng waktu istirahat berbunyi diiringi dengan suara - suara dari setiap bilik tingkatan.
langit biru yang indah juga terbentang luas diikuti dengan angin sepoi-sepoi yang menyapa.
" nah " HAN YEYOUNG menghulurkan sebotol air mineral kepada hwa yeong yang duduk di bangku yang terletak di taman sekolah.
hwa yeong hanya membalas dengan senyuman kecil. dia mengambil botol lalu dibuka penutupnya. ah leganya!
" macam mana dreamland? ada lagikah orang baru? " tanya yeyoung sambil mengambil tempat bertentangan dengan hwa yeong.
" ada. baru tiga hari lepas saja dia chat "
" hmmm, siapa? "
" jake "
" jake batch aku tu ke? " heran yeyoung. dia tidak pernah mengenali jake. bagi yeyoung, jake itu kelihatan baik-baik saja. dia tidak kelihatan seperti..
seperti orang yang mempunyai insomnia?
hwa yeong hanya menganguk.
" wow. amazing! " teruja yeyoung.
★
sudah banyak hari jake berhubung dengan hwa yeong; lilith. pada mulanya dia ragu-ragu untuk menceritakan masalahnya dengan lilith, tetapi lama-kelamaan, jake berasa nyaman.
jake
| lilith buat apa?
tak buat apa pun |
kenapa? |
awak ada nak cerita ke? |
|adaa :))
|actually bukan nak
cerita pun hahaha
|cuma nak tanya
pendapat lilith
oooh |
cakap lah |
| tak ganggu lilith kan?
itukan tugas saya ;) |
| kenapa ya banyak
orang yang baik actually
hopeless dengan dorang
punya life :(
maksudnya? |
| orang orang disekeliling jake semuanya stress, burned out,
ada family issue tapi dorang
ada cara tersendiri untuk
bertahan
| jake ni, masalah cuma
pasal jati diri dah jadi
teruk macam ni
| macam mana ya
dorang dapat tahan
benda besar dan
berat macam tu?
kan semua tu awak
sendiri dah jawab :) |
| hah?
| macam mana?
awak kata dorang semua
ada cara tersendiri
untuk bertahan |
cara bertahan ni dia
akan datang tanpa
kita sedari |
hinggalah
satu tahap kita rasa
sendiri yang kita dapat
tahu tempat atau cara
untuk kita bertahan|
macam awak jawab
sendiri soalan awak tadi,
dorang ada cara
bertahan tersendiri|
awak pun tak sedar
yang awak dah
jawab soalan tu|
nanti awak akan jumpa
cara awak sendiri, jake :) |
percayalah |
| thank you lilith
| jake rasa, jake dah
boleh tidur kot hari ni
good night jake. |
★
— THE SOULS SISTERS.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro