Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝗢𝟭𝟰 ➶︎

❝ m ❞
________
yunmi's

sebab kau lah aku tak dapat apa yang aku nak

aku tak rasa kau perlu hidup dalam dunia ni lagi

aku terbangun. first time weyh aku mimpi pasal mati. eh seram, aku tengok jam. baru pukul 3 ? sumpah lah ? babeh baik aku mandi. eh tapi mandi pukul 3 tak bagus.

"eh tak tidur lagi ?", tanya yunho oppa. aku hanya menggeleng.

"terbangun ke ?", tanya dia lagi. aku menggangguk, yunho oppa datang ke arah aku. dia mengambil tempat disebelah aku.

"mimpi pasal apa ?", tanya yunho oppa. eh author ni jangan la bagi sangat yunho tanya aku ey.

( a/n : ni job aku kau diam - diam je )

"pasal mati", jawab aku. yunho dah nampak risau. sebab sebelum ni memang tak pernah sekali pun aku mimpi pasal mati. aku risau je ni ish.

"tak pe, oppa dah suruh orang tengok - tengokan yunmi. don't worry okay ?", aku mengangguk. dia memeluk aku erat. boleh dengar dia mengeluh.

"harap tak de apa - apa jadi kat adik oppa sorang ni", kata yunho oppa. aku tersenyum.

skip

"yunmi dah siap belum ?", tanya yunho oppa. aku menunjukkan tapak tangan aku tanda suruh dia tunggu.

"okay dah, jom", aku ambil beg sekolah yang aku letak di sofa. aku sarungkan kasut ke kaki. aku berjalan ke kereta. belum sempat aku nak masuk.

"eh, yunmi naik jangjun", kata yunho oppa. aku menoleh ke luar pagar. ada orang tunggu gais. terasa diri ni macam vvip gitew.

"kalau macam tu yunmi pergi dulu, annyeong", kata aku. yunho oppa mengangguk lalu aku pun berjalan ke arah kereta. audi dho TvT.

"masuklah", jemput jangjun. aku pun masuk ke dalam kereta dia.

suasana dalam kereta senyap nak matey. aku pun diam je lah dah dia tengah drive. aku tak nak kacau dia drive. aku lemparkan pandangan ke luar tingkap.

skip

sampai je sekolah, kitorang keluar daripada kereta. situasi sekarang ? jangan cakap lah. ramai pandang kitorang.

"wo wo wo yunmi", sapa yiren. apa lagi minah ni nak ?

"apa kau nak ? kalau kau nak cari pasal dengan aku tak payah, buang masa je layan orang macam kau", kata aku. aku pun jalan tinggalkan yiren dengan geng dia. semak je diorang tu ish.

"dia memang suka kacau kau eh ?", tanya jangjun. aku mengangguk.

"bukan setakat kacau je. dengki dia dekat aku tu, kuat au", jawab aku. jangjun membulatkan mulutnya.

"dia pernah buat apa je kat kau ?", tanya jangjun.

"dia pernah nak malukan aku tapi jongho, jisung dengan yena sentiasa dengan aku so dia punya niat tu asyik terbatal je", jawab aku. jangjun mengangguk.

"yunmi !", panggil yena. dia melambai - lambaikan tangan dia. aku pun tarik tangan jangjun dan berlari ke arah yena.

skip

"weyh yunmi ada orang nak jumpa dengan kau, kat rooftop", kata renjun. aku mengangguk. aku bangun dan jalan pergi ke rooftop.

sampai je dekat rooftop, aku nampak ada orang.

"oh dah sampai", kata yiren. aku berjalan ke arah dia.

"ada apa nak jumpa ?", tanya aku. yiren cuma bermain dengan kakinya. aku tau mood psycho dia dah datang tapi aku beranikan diri bercakap dengan dia.

"tak penat ke rampas harta aku ?", tanya yiren. eh masa bila aku rampas harta orang ni bodo.

"harta apa ?", tanya aku. dia pandang aku.

"kesemuanya", jawab yiren. takkan dia nak cakap yang yunho pun aku rampas ?

"aku tak ambil apa - apa pun dari kau", kata aku. dia pandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"kau tau tak sepatutnya, anugerah athlete tu semua aku yang dapat tapi sejak kau muncul cikgu mesti harapkan kau, apa gunanya aku sebagai athlete sekolah ?", tanya yiren.

perlahan - lahan dia datang mendekati aku. aku berganjak ke belakang.

"kalau kau tak muncul kat sekolah ni, aku rasa semua yang kau ada aku dah dapat. tapi disebabkan kau lah aku tak dapat apa yang aku nak", sambung dia.

"yiren, jangan buat kerja gila yiren", pinta aku tapi dia hiraukan.

"aku tak rasa kau perlu hidup dalam dunia ni lagi", kata yiren. ayat ni, ah mampus lah.

"any last word ?", tanya yiren. aku menelan air liur aku.

"kalau macam tu, bye", kata yiren. aku tutup mata aku rapat - rapat. bersedia bertemu ajal.

aku pun ditolak tapi kenapa aku rasa aku dipeluk ? eh pelik.

"kau dah gila ke yiren ?!", tengking satu suara. aku kenal suara ni, jangjun. dia selamatkan aku ? oh waw.

"kenapa ha ?! kenapa kalau aku nak musnahkan perempuan ni ada je yang halang ?!", tanya yiren. merah muka dia kerana marah.

"sebab kau buat kerja bodoh lah orang halang ! kau nak nama kau dengan nama mak bapak kau kotor ke sebab kau buat kerja terkutuk ni ?!", tanya jangjun.

akhirnya, yiren menangis. disebabkan jangjun ada panggil renjun tadi, yiren dibawa ke bilik pengetua. selepas diorang beredar, jangjun lepaskan pelukan dia.

"kau ni, lain kali bagitau aku boleh tak ? nasib aku tergerak hati nak pergi rooftop", kata jangjun, risau. aku mencebik. mana lah aku tau mimpi yang dah lepas tu jadi hari ni :(

"mana aku tau", kata aku. jangjun mendengus perlahan.

"lain kali jangan buat aku risau kalau ada mimpi apa - apa inform kat aku terus", kata jangjun. aku hanya mengangguk. jangjun pegang kedua bahu aku.

"next month exam, ingat tu", pesan jangjun. apa benda— AKU INGAT APA LAH TADI rupanya ;-;

"AKU INGAT MENDE BODO TADI", marah aku. jangjun tergelak. aku pun dengan bacaan bismillah sepak kaki dia.

"aduh ! sakitlah bahenol !", kata jangjun. aku tersenyum puas dan tinggalkan dia berseorangan dekat situ.

________

ige uri tang— ha panjang kau chapter ni 😂 bukan kaleng - kaleng ( ͡° ͜ʖ ͡°) eh HAHAHAHH mende emoticon tu pft— apa pun jangan lupa vote yea ˙˚ʚ('◡')ɞ˚˙ bye annyeong

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro