16[LAST]💭
Youngkwang Oppa menolong aku baring di atas katil aku. Dia juga tidak lupa memasak makanan untuk aku. Pembetulan, bukan masak tapi beli.😁
Aku memandang Youngkwang Oppa yang duduk di sebelah katil aku.
Dia masih dilengkapi dengan pakaian kerjanya.
Selepas balik dari hospital tadi, dia langsung tidak berehat.
"Oppa" panggilku.
Youngkwang Oppa yang terlelap itu terus memandang aku dengan mata yang merah.
"Kenapa? Yoojin nak apa-apa ke?" Soal Youngkwang Oppa.
"Tak. Yoojin dah okey sikit ni. Oppa baliklah. Kesian Yoojin tengok Oppa"
"Tak perlu risaukan Oppa. Oppa Okey"
"Oppa tu tak perlu risaukan Yoojin. Yoojin dah okey ni. Yoojin cakap betul ni. Oppa baliklah."
"Okey, Oppa balik. Kalau Yoojin nak apa-apa telefon je Oppa. Berehat je dekat sini. Jangan buat apa-apa" nasihatnya.
Aku tersenyum kecil.
"Nae Oppa"
Youngkwang Oppa melepaskan keluhan kecil lalu keluar dari bilikku.
Aku dapat dengar bunyi pintu rumahku di tutup.
Aku mengambil telefon aku yang berada di sebelahku.
Aku melihat artical untuk hari ini.
'THE BOYZ berada di tempat pertama pada minggu pertama di ROAD TO KINGDOM'
'Kemunculan semula TXT amat menganggumkan!'
'Yunho ATEEZ tidak dapat sertai fansign di Busan pada hari ni kerana tidak sihat'
Eh?! Ini artical pasal Yunho!
Yunho tak sihat?!
Patut ke aku telefon dia?
Tak payahlah...aku tak nak ganggu dia. Kesiannya dia...
Hari ni hari last peluang aku hidup bersama Yunho, tapi jadi macam ni pulak.
Tabah je lah...
•••
Aku melihat Video-Video ATEEZ untuk melepaskan kerinduan aku pada mereka lagi-lagi pada Anak Jeong itu.
Tit! Tit! Tit! Tit!
Aku terkaku apabila terdengar bunyi password pintu rumahku ditekan.
Telefon aku di genggam kemas bersiap sedia untuk dail polis jika ada berlaku perompakan.
Aku hanya memandang ke arah pintu bilik aku dengan hati yang tidak tenteram.
👣
👣
👣
Bunyi tapak kaki perlahan-lahan mendekati bilikku.
🚪Sreettt~~
(Maaf sound effect rosak😅)
Jari comel aku perlahan-lahan mendarat di nombor 1 bersiap sedia menelefon Polis.
"Yoojin-ah."
"Yunho?!"
Terbutang mata aku melihat Yunho di dalam bilik aku sekarang ini.
"A-Apa awak buat dekat sini?" Soalku sambil membetulkan kedudukan aku.
"Oppa awak ada beritahu saya yang awak tak sihat. Jadi saya datang nak jenguk awak. Awak okey tak?"
Yunho duduk sebelah aku.
"Saya dah sihat sikit" beritahuku.
Aku memandang wajah Yunho yang turut pucat.
"Saya dapat tahu dekat Internet tadi, awak tak sihat. Awak okey tak?" Soalku risau.
"Saya dah rehat tadi, jadi saya dah okey sikit" beritahu Yunho.
"Ye la tu..muka awak nampak pucat tu"
"Ini sebab saya tak letak apa-apa dekat muka saya."
Yunho mengangkat punggungnya lalu pergi ke meja solek milikku. Dia ambil lipbam aku lalu pakainya.
Kini bibirnya menjadi merah.
"Tengok. Muka saya dah tak nampak pucatkan" ujarnya.
Aku hanya mengeluh kecil.
Aku teringat kembali bahawa hari ni hari terakhir untuk aku meluangkan masa dengan idol kesayangan aku.
Aku bersyukur Yunho berada di sisi aku sekarang ini. Ini sudah memandai buat aku.
"Yunho" panggilku.
"Ye?"
"Boleh saya nak peluk awak?" Mintaku.
Yunho tersenyum.
"Apa yang tak bolehnya"
Yunho duduk di sebelah aku lalu memeluk aku.
Aku memeluknya erat. Lepas ni tak dapatlah aku memeluknya begini.
"Yunho-ah. Boleh tak awak teman saya tidur malam ni?"
"Boleh.."
Yunho baring di sebelah aku. Tangan kanannya di letakkan di bawah kepala aku untuk menjadi bantal walaupun ada bantal.
Aku memagang erat tangan Yunho sebelah lagi. Aku mula rasa sebak.
Aku tidak akan lupa memori sepanjang 7 hari ni.
Ianya hadiah paling istimewa buat aku.
•••
☉☉☉
Aku sedar dari mimpi aku apabila sinaran matahari menyinari wajahku.
Aku membuka mata aku perlahan lalu memandang ke arah tingkap yang dibuka luas.
Sinaran matahari yang melalui tingkap itu menghalang aku untuk membuka luas mata aku.
Aku bangkit dari baringku.
Aku melihat sebelahku.
Yunho tiada di sebelah aku. Aku mengeluh kecil. Kini aku kembali di kehidupan sebenar aku.
Aku mengambil kad yang diberi oleh nenek di tempoh hari di bawah laci meja solekku.
Gambar Yunho sudah kabur sepenuhnya.
Sekali lagi aku mengeluh kecil. Walaupun aku rasa sebak, aku tetap perlu menerimanya.
"Yoojin-ah! Cepat siap. Nanti lambat pulak nak pergi Gallery tu!" Jerit Youngkwang Oppa di luar bilikku.
Youngkwang Oppa ada dekat sini?
Aku keluar dari bilikku lalu pergi ke arah Youngkwang Oppa yang sedang makan.
"Oppa! Macam mana Oppa ada dekat sini?" Soalku.
"Semalamkan Yoojin tak sihat. Jadi Oppa bermalamlah dekat sini jaga Yoojin"
Youngkwang Oppa bermalam dekat sini? Bukan ke Yunho yang bermalam dekat sini?
"Oppa" panggilku.
"Ye?"
"Yunho..mana?" Soalku teragak-agak.
"Yunho? Ini mesti bawa mimpi ke realiti. Wahai adikku yang comel, anda sekarang berada di dunia realiti" ujar Oppaku.
"Argh!" Teriakku sakit apabila Oppaku tiba-tiba mencubit tangan aku.
"Ha! Rasa sakitkan. Ini bermakna Yoojin tak mimpi"
Aku memandangnya menjengkelkan. Kalau nak buktikan tak ada Yunho, tak payahlah sampai nak cubit. Sakit tau. 😒
•••
Aku melihat diri aku di cermin. Aku keluarkan rantai aku yang tersorok di sebalik baju aku.
Oh?!
Ini...Cincin Yunho!
Kenapa Cincin ni masih ada?!
•••
Sebaik sahaja aku dan Youngkwang Oppa sampai di Gallery milikku itu, aku disambut baik oleh pekerja-pekerja yang akan bekerja bersama aku.
Kami semua berkunpul di ruangan utama Gallery itu untuk menjalankan majlis pembukaan Gallery itu.
Youngkwang Oppa menawarkan dirinya untuk mengacarakan majlis itu.
"Selamat Datang ke majlis pembukaan YooYun Gallery. Gallery ini akan diusahakan sendiri oleh Cik Kim Yoojin iaitu adik saya" ucapnya sambil menunjuk ke arah aku yang berada di sebelahnya.
Aku melemparkan senyuman kepada tetamu yang hadir pada majlis pembukaan itu.
"Sebelum kita meminta Cik Kim Yoojin memotong Raben itu, mari kita menjemput tetamu istimewa untuk masuk ke dalam ruangan ini." Sambung Youngkwang Oppa.
Aku memandang Youngkwang Oppa pelik.
"Tetamu istimewa? Siapa?" Soalku pada Youngkwang Oppa.
"Adalah..." jawabnya dengan senyuman nakal.
Dahiku berkerut. Tetamu istimewa?
Aku memandang ke arah laluan yang berada di kiri aku menanti tetamu istimewa itu.
👣
👣
👣
Terpapar wajah jejaka yang amat aku sukai.
"Yunho..."
Perlahan sahaja aku menyebut namanya kerana aku tergamam melihatnya berada di majlis pembukaan Gallery itu.
"Dipersilakan Jeong yunho dari Boygroup ATEEZ!"
Yunho berjalan ke arah aku sambil menyapa tetamu yang hadir.
Aku pula hanya memandangnya tidak percaya.
"Annyeonghasaeyo" sapanya sebaik sahaja dia berada di sebelah aku.
"A-Annyeongjasaeyo.." balasku gagap.
Aku memandang ke arah Oppaku.
Dia melemparkan senyuman bangga kerana berjaya menjemput Yunho ke majlis pembukaan itu.
•••
Selesai sahaja aktiviti memotong raben, tetamu yang hadir diberi makan yang ditempah khas dari Trasure 5 Star Hotel oleh Youngkwang Oppa.
Aku pula hanya berdiri di tepi memerhatikan mereka.
"Annyeonghasaeyo Cik Kim" sapa seseorang.
Aku menoleh ke arah kanan aku.
"O-Oh? Yu-Yunho...A-Annyeonghasaeyo" aku terus jadi kekok apabila dia berada di sebelah aku.
"Terima kasih sebab undang saya ke majlis ni" ucapnya.
"Ah..Nae. Sa-Saya pun nak berterima kasih dekat awak sebab sudi hadir ke sini" balasku.
Dia hanya melemparkan senyuman.
Aku memandang ke arah lain cuba mengawal kekokku.
"Oh! Saya pun ada cincin tu" katanya sambil menunding jari ke arah rantai aku.
Aku memegang cincin yang tergantung di rantai itu.
Ini cincin Yunho yang bagi masa aku dapat peluang bersamanya 7 hari itu.
Yunho menunjuk Cincin yang dipakainya.
Aku tersenyum kecil.
"Awak beli dekat mana cincin ni?" Soalnya.
"Emm...ada seseorang yang bagi saya"
"Jinjja? Mesti orang tu istimewakan buat awak"
Aku memandangnya lalu tersenyum.
"Nae"
THE END
Thanks korang sebab sudi baca fanfic ni dan...
SELAMAT HARI RAYA🎆🎆🎆
2020
IG: hxrxsixm
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro