01💭
•_bloombloom_•
IG: hxrxsixm
.
.
.
.
.
•98% idea datang dari otak saya sendiri•
•2% lagi dapat ilham dari drama-drama dan video-video ATEEZ•
.
.
.
.
.
•CAST•
Ulzzang girl as
~Kim Yoojin~
Jeong Yunho ATEEZ as
~Jeong Yunho~
Kim YoungKwang as
~Yoojin brother~
.
.
.
.
.
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
T&T Mobile building
(BILIK MESYUARAT)
Kaki aku tidak henti-henti bergoyang.
Mata aku juga tidak henti-henti memandang jam di pergelangan tangan kiri aku.
Sekali sekala aku memandang Cik Veronica Park yang kini berada di hadapan aku.
Dia masih membaca isi yang terkandung dalam fail perjanjian antara syarikat aku, iaitu T&T Mobile dan syarikatnya iaitu CimePark.
Aduhhh...😟
Cepatlah tandatangannnn...
Aku dah lambat dah niii...
Aku mengigit bibir bawahku dan cuba menunggu dengan sabar.
Dahiku mula mengeluarkan cecair(peluh)
Cepatlahh..
Cepatlahh..
Aku sekali lagi memandang jam tangan aku.
AKU DAH LAMBAT 3 MINIT!
AKU KENA CEPAT PERGI KE PEJABAT AKU!
Aku memandang Cik Veronica Park dengan resah.
YES!
Dia dah mula tanda tangan!😃
Selesai sahaja Cik Veronica Park menanda tangani di surat perjanjian itu, lantas aku bangun dan melemparkan senyuman yang lebar.
"Terima kasih atas persetujuan Cik Park untuk berkerjasama dengan Syarikat kami. Kami amat hargainya. Kalau tiada apa-apa, saya minta diri dulu."
Aku membongkokkan badanku lalu mencapai fail perjanjian itu.
Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu, aku terus memberi fail perjanjian itu kepada setiausaha aku lalu berlari pecut ke arah pejabat aku.
"Cik Kim! Tunggu saya!"
Jeritan Setiausaha Park, aku endahkan.
Pekerja-pekerja aku yang berada di bangunan itu memandang aku pelik.
Ada sebahagiannya sudah biasa dengan perangai aku.
Aku tidak kisah dengan semua itu.
Apa yang aku kisah sekarang ni ialah..
AKU KENA BERADA DI PEJABAT AKU SECEPAT MUNGKIN!
▪
▪
▪
Lantas aku memusing tombol pintu bilik aku apabila tiba di pejabat aku dan berlari ke arah komputar aku yang berada di atas meja kerja aku.
Peluh yang mengalir di wajah aku, aku biarkan.
Aku terus membuka laman web dimana tiket konsert ATEEZ dijual secara online.
Penjualan dibuka pada 8 minit yang lalu.
Jadi aku telah lewat 8 minit!
Aku berharap tiket itu masih tidak sold o--
OH?!!!!
DAH SOLD OUT????!!!
SERIOUSLAH?!!!
WUAHHHH😭😭
Aku menghentak dahiku di atas papan kekunci.
Hampa.
Sedih.
Sepanjang aku minat group itu, aku tidak pernah berpeluang untuk pergi ke konsert mereka atau paling tidak berjumpa dengan mereka di tepi jalan atau di mana-mana.
Dulu aku tak dapat pergi sebab sibuk belajar.
Sekarang pula, aku tak dapat berjumpa dengan diorang disebabkan kerja aku.
Huhhh...😧
TOK! TOK! TOK!
"Masuk" kataku tanpa memandang manusia yang mengetuk pintu bilik aku.
Dahi aku masih melekat di papan kekunci komputar aku.
Aku dapat dengar dengan jelas bunyi tapak kaki yang menghampiri aku.
Kerusi dihadapan aku ditarik dan melabuhkan punggung di atas kerusi itu.
"Kenapa? Tak dapat beli lagi?" Soal Youngkwang Oppa iaitu Oppa kandung aku dan merangkap Presiden T&T Mobile.
Aku mengangkat kepala aku lalu memandang Youngkwang Oppa yang berada di depan meja kerja aku dengan pandangan tajam.
"Kalau Oppa tak suruh Yoojin jumpa dengan Cik VVVVERONICA PARK tu, Yoojin mesti dah dapat beli tiket konsert ATEEZ." Marahku.
Youngkwang Oppa hanya tersenyum seperti tidak bersalah.
Dia sengaja je suruh aku jumpa Veronica Park tu sebab dia tahu aku tidak berapa suka dengan dia.
"Emm...macam mana dengan Gallery Yoojin tu? Bila nak dilancarkan?" Soal Youngkwang Oppa cuba ubah topik.
"Minggu depan." Jawabku.
Memandangkan aku minat melukis, aku membuka sebuah gallery yang terbesar di Seoul untuk setakat ini.
Kalau Gallery aku dah siap, tak payahlah aku kerja dengan Youngkwang Oppa.
Banyak sangat kerja.
Dan...
Mungkin aku takkan terlepas peluang lagi untuk beli tiket konsert ATEEZ akan datang.😄
Aku mengemas fail-fail yang berselerak di atas meja aku lalu mencapai beg tangan aku yang berada di tepi meja kerja aku.
"Nak pergi mana ni?" Soal Youngkwang Oppa dengan dahi berkerut.
"Nak jumpa Namchin" jawabku selamba.
Semakin berkerut dahi Youngkwang Oppa.
Kenapa dia rasa pelik sangat?
Sebab aku mana ada Namchin.
Sepanjang aku hidup aku tidak pernah menjalin hubungan istimewa dengan sesiapa.
Yunho jelah yang menemani aku sekarang ni😋.
"Yoojin jakkaman"
Langkahku untuk keluar dari bilik aku itu terbantut apabila Youngkwang Oppa memanggil aku.
"Oppa dah suruh orang betulkan lampu pintu masuk rumah Yoojin. Kalau ada apa-apa lagi, bagitahu je Oppa"
"Nae Oppa. Gomawo" ucapku lalu keluar dari bilik itu.
▪
▪
▪
Aku duduk di bangku yang terdapat di depan Sky Dom.
Aku memandang bangunan yang besar itu.
Poster besar gambar member ATEEZ yang digantung di depan Sky Dom itu aku tenung lama.
Mataku berhenti di wajah Yunho iaitu salah seorang member ATEEZ yang paling aku minati.
Hmm...nasib tak menyebelahi saya untuk berjumpa dengan awaklah Yunho...
Aku menoleh ke arah sisi kiri aku apabila terdapat seorang nenek duduk di sebelah aku.
Keadaannya tidak terurus.
Aku kembali memandang ke arah gambar Yunho dan menghiraukan nenek yang berada di sebelah aku.
Aku kembali memandang nenek itu semula apabila terdengar bunyi pelik yang datang dari perut nenek itu.
Kesian aku melihatnya.
Nenek itu mengingatkan aku pada nenek aku yang tinggal di Pulau Jeju.
"Nenek lapar?" Soalku lembut.
Nenek itu menganggukan kepalanya.
Aku mengeledah beg tangan aku untuk mencari makanan yang ada.
Yes!
Nasib baik ada.
Aku menghulurkan coklat kepada nenek itu.
Itu sahaja yang aku ada sekarang ni.
"Mianhae Halmeoni. Ini je saya ada. Nah duit untuk halmeoni. Nanti Halmeoni belilah makanan"
Aku menghulurkan sekali beberapa keping wang kepada nenek itu.
Nenek itu mengambilnya lalu menyimpannya di dalam beg plastik hitam yang dia jinjit dari tadi.
Coklat yang aku beri juga disimpan.
Pelik.
"Kenapa Halmeoni tak makan? Bukan ke Halmeoni lapar?" Soalku.
"Halmeoni simpan untuk cucu Halmeoni" jawab Nenek itu lemah.
Ohhhh...
Kesiannyaaa...😟
Nenek itu masih mengingati pada cucunya.
Aku rindu nenek akuuu😢
"Kamu sangat baik. Ini sahaja Halmeoni boleh beri pada kamu"
Nenek itu menghulurkan sekeping kad yang terdapat gambar di atasnya.
Tetapi gambar itu pudar seperti direndam dalam air.
Aku hanya mengambil kad itu untuk menyedapkan hati halmeoni itu.
"Terima kasih Halmeoni" ucapku ikhlas.
Nenek itu melemparkan senyuman kecil.
"Halmeoni kena pulang sekarang. Nanti cucu Halmeoni cari Halmeoni pula" kata Nenek itu sambil mengangkat punggungnya.
Semasa nenek itu bangun, aku sempat menyelit beberapa keping wang lagi ke dalam beg plastik yang dijinjitnya.
Pasti hidup Halmeoni itu sukarkan.
▪
▪
▪
☉☉☉
Lagu Promise dari boygroup ATEEZ menyapa telingaku yang masih dalam buai mimpi.
Matahari masih belum naik. Jadi siapa yang berani menelefon Kim Yoojin awal pagi ni?
Aku tidak membuka mata aku dan hanya tangan aku bergerak cuba mencapai telefon aku yang hanya berada di tepi katil aku.
Sebaik sahaja telefon berada di tangan aku, aku terus menjawab panggilan itu tanpa membuka mata.
"Yobosaeyo?" Sapaku dengan suara yang serak.
"Awak masih tidur lagi?"
Dahiku berkerut.
Suara siapa pulak ini?
Client aku ke?
"Siapa ni?" Soalku. Begitu pemalasnya aku untuk membuka mata melihat nombor yang tertera di skrin telefon aku.
Inilah kalau mata sudah digam dengan taik mata.
Euwww..
Selekehnya.
"Hahaha. Ini sayalah."
Semakin berkerut dahi aku.
Tiba-tiba je gelak.
"Boleh tak jangan main-main pagi-pagi ni. Awak siapa?"
"Mianhae kalau saya buat awak marah. Ini namchin awaklah, Jeong Yunho"
Mataku yang tadinya digam kuat dengan taik mata, terus terbuka luas.
"J-J-J-J-J-Jeong Yu-Yu-Yu-Yunho?! Awak tipu je kan. Ini mesti Youngkwang Oppa upah awak supaya menipu sayakan!"
"Hahaha. Mana ada...Betullah ini namchin awak. Jeong Yunho"
Aku terdiam seketika.
Kalau dengar suaranya, memang benar macam suara Yunho yang pernah aku dengar dalam video-videonya.
Tapi...
Takkanlah...
"Yoojin, boleh tak awak jarakkan telefon dari telinga awak. Sebenarnya saya buat video call" arahnya lembut.
"N-Nae?"
Aku membeku seketika.
Jantungku berdegup dengan laju.
Perlahan-lahan aku menjarakkan telefon aku dari telinga aku.
Pada masa yang sama, mataku menjeling ke tepi cuba melihat wajahnya.
Perlahan-lahan aku memalingkan wajah aku ke arah skrin telefon aku dan...
PAP!
Aku terus membaling telefon aku.
Dadaku naik turun naik turun.
Aku tidak percaya apa yang aku lihat.
"Yoojin? Wae? Ada apa-apa masalah ke?" Soalnya risau.
Aku menutup separuh wajahku lalu mendekati telefon aku.
Mataku membulat apabila melihat wajah Yunho terpapar di skrin telefon aku.
"A-A-Awak...memang J-J-Jeong Yunho?" Soalku tidak percaya.
"Kenapa ni? Kenapa awak asyik tanya saya Yunho atau tidak? Awak buat saya risau. Awak betul-betul okey tak? Atau kepala awak terhantuk sampai hilang ingatan? Ini memang sayalah. Jeong Yunho"
Aku terkaku di depan telefon aku tanpa membalas soalan yang diterjah oleh Yun..ho.
Maldo andwaeeee...😫
•TBC•
Nak teruskan fanfic ni?
Sila tekan bintang🌟dibawah.
Saya nantikan comment anda yang menaikkan semangat saya🙆
Sokongan anda amat saya hargai❣
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro