Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

"Sudah lah, Kyra. Dah lama I sabar dengan you. Tapi you kena ingat satu benda, Kyra. Sabar I pun ada had." Qaiser merengus. Sebelah tangan mencekak pinggang.

   "Haidar, sorry. I... I tahu kali ni I betul-betul dah buat you marah. I tak ada niat, sayang. Maafkan I, please?"

Qaiser menjeling 'gadis' di hadapannya sekarang. Bibir bawah diketap.

   "Dah banyak kali you buat benda yang sama dan selama ni I banyak bersabar dengan you. Tapi kali ni, I dah tak boleh tahan Kyra. You betul-betul dah cabar had kesabaran I."

   "Sayang..."

   "Hahahahahahahaha!"

Dua pasang mata segera menoleh ke arah bunyi hilaian tawa. Dipandang Alya yang sedang duduk di atas kerusi sambil menepuk-nepuk tangannya. Sesekali Alya menyeka hujung matanya yang dah berair.

   "Weh, Alya. Kau ni spoil lah, kita orang tengah praktis kot." Rais cekak pinggang sambil memandang Alya. Alya berdehem kuat, cuba menghilangkan gelaknya tadi. Qaiser pula sudah menghenyak punggungnya di atas kerusi lalu bersilang kaki. Botol mineral dicapai lalu diteguk perlahan. Haus.

   "Sorry lah. Aku tak boleh tahan lah tengok kau praktis. Kau ni, buat suara jantan kau dah lah. Tak payah lah try hard sangat nak buat suara perempuan." Alya gelak lagi. Dipandangnya Rais yang dah buat mulut.

   "Kalau aku buat suara jantan, tak feel lah."

   "Kesah apa feel tak feel? Bukan ada orang lain pun dekat sini."

   "Kau tak faham, Alya."

Alya menggeleng lalu dia memandang Qaiser yang sudah terpejam matanya. Penat kot praktis scene dengan si 'gadis' Rais.

   "Haih, kata pelakon hebat. Pelakon terbaik. Sebelum berlakon pun kena praktis jugak ke? Ingat tengok skrip, lepastu petik jari je depan kamera." Alya menyindir sambil mengerling Qaiser yang diam. Nasib baik dia ni tak finatik dengan artis, kalau tak jangan harap dia nak cakap macam ni dekat si artis terkenal ni.

Qaiser buka mata.

   "Sebelum ni pun, memang Qaiser praktis dulu sebelum berlakon depan kamera. Rehearsal dulu," Rais membela. Tercebik bibir Alya.

   "Oh, mana lah aku tahu. Ingat artis ni hebat sangat bila berlakon,"

Qaiser bangun dari duduk. Buku skrip dihulurnya buat Alya. Alya terkebil-kebil memandang buku skrip berselang seli dengan wajah tak beriak Qaiser. Dahinya berlapis-lapis. Dah kenapa mamat ni?

   "Kenapa kasi skrip dekat saya? Nak suruh saya tolong tengokkan ke?" soal Alya namun tangan menyambut juga huluran Qaiser.

   "Gantikan Rais."

   "A... apa?"

   "Tadi cakap macam hebat sangat, kan? Gantikan Rais. Cepat," Qaiser dah berdiri, bersedia untuk kembali praktis. Alya dah ternganga. Rais yang sedang bersandar pada daun tingkap sambil memeluk tubuh itu dipandang.

   "Hah, cepat lah. Tekak aku dah kering asyik jadi Kyra je tadi. Kau lah pulak jadi Kyra," gesa Rais. Alya menggeleng kecil.

   "Tak nak lah. Aku... aku mana reti berlakon."

   "Alah, bukan berlakon betul-betul pun. Kau tengok skrip je lah."

   "Haih, takkan cabar sikit pun dah takut?" Qaiser menyindir sambil menggaru pangkal hidungnya. Alya menjeling. Takut? Dia bukannya takut, tapi... dia mana pernah berlakon walaupun boleh tengok skrip. Tapi, dah mamat ni cabar aku sangat kan...

   "Okay." Alya berdiri lalu menghampiri Qaiser. Sempat dia menangkap senyuman sinis yang tersungging di bibir lelaki itu. Menyampah.

Rais gelak kecil sambil menggeleng kepalanya. Alya, pantang betul kena cabar. Tambah-tambah bila Qaiser yang cabar.

   "Okay, ready? 3,2,1 action!"

Alya tarik nafas sambil memandang skrip. Relaks, Alya.

   "Apa yang you dah buat, Kyra? You still nak buat I marah ke?" Qaiser pandang Alya. Alya pegang erat buku skrip.

   "Tak. I bukan nak kasi you marah. I mintak maaf, Haidar. I tahu kali ni I dah keterlaluan, dah melampau. Maafkan I."

Qaiser merengus kuat.

   "Awak baca skrip ke baca buku cerita? Tengah praktis pertandingan bercerita ke apa?" Qaiser menyoal. Alya menjeling. Termalu sendiri.

   "Ulang balik."

   "Tak. I bukan nak kasi you marah. I mintak maaf, Haidar. I tahu kali ni I dah keterlaluan, dah melampau. Maafkan I." penuh lenggok Alya menuturkan ayat.

   "Sudah lah, Kyra. Dah lama I sabar dengan you. Tapi you kena ingat satu benda, Kyra. Sabar I pun ada had."

Alya baca skrip, sekilas.

   "Haidar, sorry. I... I tahu kali ni I betul-betul dah buat you marah. I tak ada niat, sayang. Maafkan I, please?"

Rasa nak keluarkan segala isi perut bila dia menyebut perkataan 'sayang'. Panggil 'sayang' rasanya lebih geli dari dengar Iwana panggil 'Abang Qaiser'. Eei!

   "Cut. Alya, masa kau mintak maaf dekat Haidar, kau kena ada eye contact dengan dia. Baru feel." Rais mencelah. Alya menjegilkan matanya. Eye contact? Dengan mamat perasan bagus ni? Eei, memang tak lah.

   "Buat apa nak kena ada eye contact? Bukannya berlakon betul-betul pun."

   "Memang lah. Tapi kau kena faham, Alya. Qaiser ni artis, dia kena ambil feel dulu sebelum berlakon depan kamera. Kau sebagai PA, kau kena lah berkorban sikit. Bantu bos kau." Rais menitipkan sedikit pesanan khidmat masyarakat. Dalam diam, Rais menyimpan satu senyuman geli hati. Bila lagi nak buli Alya?

Alya hela nafas berat. Skrip dibaca sepintas lalu sebelum dia memandang Qaiser. Mata Qaiser ditatap walaupun hatinya tak begitu kuat. Rasa lain macam.

   "Haidar, sorry. I... I tahu kali ni I betul-betul dah buat you marah. I tak ada niat, sayang. Maafkan I, please?" siap dengan mimik muka Alya tayang, menunjukkan watak Kyra yang benar-benar sedang menagih kemaafan daripada Haidar.

Qaiser berdehem dulu.

   "Dah banyak kali you buat benda yang sama dan selama ni I banyak bersabar dengan you. Tapi kali ni, I dah tak boleh tahan Kyra. You betul-betul dah cabar had kesabaran I."

   "Sayang..."

Alya rasa kerongkongnya berpasir. Kesat.

Qaiser telan liur. Ditambah lagi bila mata Alya masih tidak lari dari memandang jauh ke dalam anak matanya.

Rais terpaku. Serious lah Alya boleh buat?

   "Bravo! Bravo! Good job Alya! You did it!" Rais tepuk tangan seraya menghampiri Alya dan Qaiser. Alya segera melarikan anak matanya lalu berundur setapak ke belakang. Buku skrip dikibas-kibas di hadapan muka. Panas!

   "Alya... Alya. Aku tak sangka kau ni ada bakat lakonan rupanya. Serious, macam real. Dah boleh gantikan tempat Natalia dah ni." melambung-lambung Rais memuji. Alya menjeling lagi. Dia pun tak tahu hari ni dah berapa banyak dia asyik jeling si Rais.

   "Dah lah kau. Aku... aku nak pergi toilet jap." cepat-cepat Alya angkat kaki. Tiba-tiba rasa segan yang bukan sedikit. Hilang sahaja susuk tubuh Alya, Rais pandang Qaiser yang tak bersuara sejak tadi.

   "Hah, yang kau ni dah kenapa? Hilang suara terus lepas kena tenung dengan Alya? Menggeletar lutut ke apa?" Rais giat mengusik. Qaiser tumbuk bahu Rais sekali.

   "Kau ingat dia tu puteri kayangan turun daripada langit ke nak menggeletar lutut bagai? Setakat Alya tu, aku tak heran lah. Sedangkan Natalia yang cantik tu pun, bila dia tenung macam tu aku tak rasa apa-apa. Conclusion-nya, Alya dengan Natalia tu sama je. Tak buat jantung aku dup dap dup dap pun." tercebik-cebik bibir Qaiser, megah.

Bibir Rais terangkat.

   "Bukan main kau ni. Tak rasa apa-apa konon. Sedangkan dalam hati tu, hanya Allah saja yang tahu. Blah la kau, Qai."

   "Diam lah kau. Cakap macam kau tahu je apa dalam hati aku ni,"

   "Of course aku boleh tahu sebab aku duduk dengan kau bukan sehari dua. Kita ni cousin, kawan dari kecil. Keluar-keluar perut mak aku, terus nampak muka kau." Rais berseloroh di hujung ayat. Qaiser menggeleng sebelum melangkah meninggalkan Rais yang asyik tersengih-sengih.

   "Kalau jantung kau dup dap dup dap lepasni, jangan lupa bagitahu aku!" jerit Rais kemudian dia gelak.

Aduhai, Qaiser.

*****

Alya tampar perlahan bibirnya.

   "Rasa nak kena samak tak mulut aku ni sebab panggil dia 'sayang'? Tapi, bukan sengaja pun. Aku ikut skrip je." monolog Alya sendiri sambil memandang pantulan wajahnya pada cermin. Seketika dia menggelengkan kepalanya.

   "Lepasni jangan cari pasal dengan dia, Alya. Tak pasal-pasal kena jadi Kyra." usai membasuh tangan, Alya melangkah keluar daripada tandas. Beberapa orang krew berada di luar homestay. Kelibat Rais dicari.

   "Weh Rais." nampak sahaja Rais yang sedang duduk bermain telefon bimbit di atas kerusi, Alya laju mendekat. Rais tak angkat kepala, cuma menggumam tanda sahutan. Alya panjangkan leher mengintai telefon bimbit Rais. Cis! Main PUBG.

   "Aku nak balik dulu lah. Hari ni, mamat tu tak ada apa-apa hal kan?" soal Alya.

   "Mana lah aku tahu. Kau kan PA dia,"

   "Hmm aku rasa dia tak ada apa-apa hal siang ni. Cuma malam ni je lah dia ada satu scene dengan Natalia tu. So, aku mintak diri dulu lah. Lepas maghrib karang aku datang sini balik. Okay?"

Rais pause game lalu kepala diangkat memandang Alya yang berdiri di hadapannya.

   "Sebelum kau nak balik, kau pergi bagitahu Qaiser dulu. Kang dia tercari-cari kau pulak. Kau tu PA dia. Kalau diikutkan 24/7 kau kena duduk melekat dengan dia je." ujar Rais. Alya julingkan mata ke atas.

   "Dah kenapa aku kena melekat dengan dia 24/7? Ingat aku ni bini dia ke apa?"

   "Alah kau ni. Dah nama pun PA, dia bayar kau kan. Dah-dah, shuh pergi sana. Nak balik kena inform bos dulu ya?" Rais kenyit mata sekali sebelum kembali bermain game pada telefon bimbitnya. Alya merengus lalu melangkah mencari kelibat Qaiser. Nampak sahaja lelaki itu, laju Alya medekat.

   "Saya nak balik." terus Alya menyatakan hasratnya untuk pulang. Wajah lelaki itu tak dipandang.

   "Balik mana?"

   "Rumah saya lah. Lepas maghrib karang saya datang balik sebab malam ni awak ada satu scene dengan Natalia kan?" Alya jeling Qaiser yang sedang mengemaskan ikatan tali jam di pergelangan tangannya. Kemudian sweater berwarna kelabu di sarung ke tubuh tingginya itu. Nampak gaya macam nak keluar.

   "Tak payah. Ikut saya," kata-kata berbaur arahan itu keluar dari mulut Qaiser.

   "Pergi mana pulak?" Alya menyoal, pelik. Qaiser capai kunci kereta atas meja lalu memandang Alya yang rendah sedikit daripadanya.

   "Jangan banyak bunyi. Ikut je."

   "Tapi..."

Dan Qaiser sudah menonong pergi tanpa sempat Alya habiskan ayat. Ah! Dia ingat dia tu siapa nak arah-arah aku? Okay, Alya. Dia tu bos. Bos kau!

*****

Dahi Alya berlapis-lapis lalu dia menoleh memandang Qaiser di sebelah. Lelaki itu mula menyarung mask berwarna hitam di wajah, menutup mulut dan sebahagian hidungnya. Kemudian lelaki itu menarik hoodie sweater menutupi kepalanya. Alah, nak sembunyi identiti lah tu.

   "Kedai buku? Awak nak buat apa pergi kedai buku?" soal Alya. Range Rover putih milik Qaiser elok terpakir di hadapan Book Store.

   "Shopping barang dapur." jawab Qaiser, menyindir pedas. Alya pincingkan mata.

   "Serious lah. Angin takde, ribut takde yang awak heret saya pergi kedai buku kenapa? Tak boleh pergi sorang-sorang ke?" Alya peluk tubuh. Sesungguhnya dia seorang yang tak suka apa-apa yang berkaitan dengan buku. Teruk, kan? Ya, memang teruk. Novel yang tebal-tebal yang menjadi kegemaran orang ramai pun dia tak minat. Alya Insyirah bukan lah seorang yang suka membaca novel.

   "Tak boleh." Qaiser keluar dari kereta selepas mematikan enjin kereta. Buru-buru Alya keluar daripada kereta membuntuti Qaiser dari belakang memasuki kedai buku besar itu. Matanya meliar ke sekeliling memandang susunan rak yang menempatkan buku-buku. Malangnya, Alya langsung tak bernafsu bila terpandangkan bahan-bahan bacaan di situ.

Qaiser berhenti di bahagian rak yang menempatkan susunan novel Inggeris. Sebuah novel bersaiz agak tebal itu ditarik dari rak lalu dibelek. Alya menjeling tajuk novel yang dipegang Qaiser.

A Stranger In The House.

Tajuk macam menarik. Alya mencebik.

   "Awak minat baca novel ke?" soal Alya.

   "Just an english novels." jawab Qaiser di sebalik mask yang menutupi mulutnya itu. Alya diam tak membalas selepas itu.

   "Shari Lapena— she's my favourite author. Dia penulis daripada Kanada. Dua tahun lepas dia publish novel thriller dia. The Couple Next Door. Best gila." tanpa disoal, Qaiser sendiri yang menceritakan tentang penulis novel kegemarannya itu. Alya cuma mengangguk, tak tahu nak balas apa. Yalah, dia mana lah minat dengan buku. Tak macam Qaiser.

   "Latest novel dia An Unwanted Guest. Susah nak dapat sebab belum masuk pasaran Malaysia mungkin." sambung Qaiser lagi.

   "Oh, okay."

   "Awak tak nak ambil novel ke apa ke? Saya belanja." Qaiser pandang Alya. Alya menggeleng.

   "No, thanks. I'm not a bookworm."

   "I see..."

Mata Alya tiba-tiba terpandang ke arah susuk tubuh yang cukup dikenalinya. Gadis itu sedang melangkah masuk ke dalam Book Store. Mata Alya membulat sebelum dia cepat-cepat menyembunyikan dirinya di belakang Qaiser.

   "Awak dah kenapa?" soal Qaiser bila Alya dah menyorok di belakangnya.

   "Shhh, diam lah."

   "Eh, yang awak menyorok macam pencuri dekat belakang saya dah kenapa? Awak nampak siapa dekat sini?" pelik Qaiser dibuatnya.

   "Kawan saya. Habis lah kalau dia nampak saya dekat sini dengan awak."

   "So what? Dia bukan boleh cam saya pun."

   "Memang lah. Tapi awak tu lelaki tahu tak? Saya tak nak dia nampak saya keluar dengan lelaki. Nanti banyak benda dia soal." jelas Alya. Matanya menjeling gadis yang bergerak ke bahagian novel melayu selang dua buah rak dari tempat mereka berdua berdiri. Bila gadis itu membelakangi mereka, Alya menolak tubuh Qaiser dari belakang.

    "Jom balik!"

   "Pergi tunggu dekat kereta. Saya nak bayar dulu."

   "Ha, okay." macam lipas kudung Alya berlari keluar dari Book Store. Punya lah takut kalau kawan dia nampak dia dekat kedai buku ni sementelah dia sememangnya bukannya sukakan buku. Lagi-lagi bila dia dengan lelaki. Qaiser menggeleng. Macam-macam hal!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro