Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

"Boleh Wana masuk?" kepala Iwana sudah terjengul di balik pintu kayu. Alya yang sedang duduk menyikat rambut itu menoleh sekilas.

   "Masuk lah." balas Alya. Pintu bilik ditutup rapat lalu Iwana berjalan menghampiri kakaknya itu. Tegak dia berdiri di belakang Alya, memandang wajah Alya yang terbias pada dada cermin meja solek.

   "Tersengih-sengih dah kenapa? Buang tebiat?" soal Alya bila Iwana tersengih-sengih di belakangnya. Bibir Iwana memuncung ke depan.

   "Nak sengih pun tak boleh?"

   "Boleh. Tapi, scary tahu tak?"

   "Hmm... macam mana first day kerja kakak hari ni? Best tak?" soal Iwana. Dia mengambil sikat dari tangan Alya lalu mula menyisir perlahan rambut separas bahu kakaknya itu. Alya membiarkan.

   "Boleh lah. Takde la seronok sangat,"

   "Buat apa je hari ni dengan Abang Qaiser?"

Erk! Rasa berbulu telinga dengar Iwana panggil 'abang'.

   "Teman dia interview untuk akhbar."

   "Lagi?"

   "Makan, lepastu balik. Tu je,"

Tiba-tiba Alya jadi bengang. Bila diingat balik kejadian siang tadi, rasa macam nak maki je. Lelaki tu tuduh dia tak berduit satu hal. Masa makan di restoran siang tadi, eh boleh pulak mamat tu bikin drama. Rasa panas semacam je! Kalau tak difikirkan tempat awam, memang dia dah wresting Qaiser sampai patah hidung.

   "Berapa ya?" Alya buka purse.

   "RM 12.50 cik." lelaki yang berdiri di kaunter pembayaran senyum segaris. Alya menarik keluar sekeping not sepuluh dan tiga keping not seringgit. Belum pun sempat dia menghulur wang tersebut, Qaiser dah elok terpacak di sebelah.

   "Takpe. Saya bayarkan," dengan lagak gentleman-nya, Qaiser mengeluarkan not lima puluh. Dihulur wang bernilai besar itu ke arah pekerja tersebut. Laju Alya menggeleng. Not lima puluh dalam pegangan pekerja tersebut ditarik.

   "No, it's okay. Saya ada duit nak bayar sendiri." sengaja Alya tekan kan perkataan 'duit' tersebut. Qaiser senyum sinis.

   "No, it's okay. Just keep your money. Saya belanja."

   "No, it's okay. Awak guna duit awak tu untuk belanja orang lain. Tak perlu nak belanja saya sebab saya tak hadap duit awak satu sen pun. Bang, nah." Alya berkeras. Tiga keping not ringgit miliknya itu dihulur. Lambat-lambat pekerja itu menyambut.

Rahang Qaiser bergerak-gerak. Rasa tercabar.

   "Sayang..." Qaiser letak lengannya atas kaunter lalu berdiri menghadap Alya. Dahi Alya sudah berlapis-lapis. Sayang jadahnya mamat ni?

   "Saya tahu awak marahkan saya sebab saya usik purse awak tadi. Saya minta maaf sebab curi-curi tengok ic awak. Tapi kan sayang, takkan sampai macam ni awak nak marah saya? Saya nak belanja makan pun awak tak nak. Jangan macam ni sayang, luka hati saya macam ni. Saya belanja awak eh?" Qaiser kenyit mata sekali lalu kembali memandang pekerja kaunter yang asyik melayan drama sebabak depan mata.

   "Girlfriend saya merajuk dengan saya. Nah, bayarkan untuk dia sekali." not lima puluh kembali dihulur. Pekerja tersebut mengangguk faham lalu wang milik Alya dikembalikan. Alya gigit bibir bawah bila pekerja tersebut sudah mengambil not lima puluh milik Qaiser. Alya jeling sekeliling. Nasib baik kaunter pembayaran jauh dari meja pelanggan. Kalau tak, memang masuk internet lah lepas ni.

   "Terima kasih." menonong Qaiser berlalu keluar dari restoran. Laju Alya mengejar. Sempat dijelingnya lelaki di kaunter tersebut. Oh, sungguh dia berharap lelaki tu tak kenal siapa Qaiser Ehsan!

   "Hey, tunggu lah!" jerit Alya dari belakang. Sampai sahaja di pakir lot, baru lah Qaiser menghentikan langkah. Dia menoleh memandang Alya sambil menayang wajah selamba. Lagak macam tak ada apa-apa yang berlaku di restoran tadi.

   "Eh, awak memang dah melampau kan?! Suka hati je panggil saya macam tu. Ingat saya ni anak patung ke?!" membulat mata Alya. Kalau lah ni kartun, memang dah boleh nampak telinga dan hidungnya mengeluarkan asap. Macam Redbull.

   "Panggil macam mana maksud awak?" Qaiser sengaja bermain begitu.

   "Panggil saya sayang!"

   "Ya sayang?"

Ya Tuhanku!

   "Saya bukannya suruh awak panggil saya sayang lah! Eh, awak ni memang betul-betul gila lah. Awak ingat saya ni takde harga diri ke?  Bila masa saya jadi girlfriend awak? Dan lagi satu, setakat RM12.50 sen tu, saya mampu bayar sendiri lah. Tak payah nak acah gentleman pulak tolong bayarkan. Saya tak hadap duit awak!" rengus Alya, geram. Turun naik nafasnya memandang Qaiser yang masih beriak selamba.

   "Dah? Dah puas marah-marah? Dah jom, saya nak balik rehat." menonong sahaja Qaiser membuka pintu kereta lalu menerobos masuk. Lagi lah Alya rasa nak marah. Ikutkan, nak je dia pecahkan cermin Range Rover putih milik Qaiser. Eei, geram!

   "Eh, saya belum habis lagi lah." Alya melangkah masuk ke dalam kereta. Pintu kereta ditutup kuat sehingga terhinjut sedikit bahu lelaki itu. Qaiser menoleh ke tepi.

   "Kalau ya pun marah, tak payah la nak tutup pintu kereta saya kuat-kuat. Kalau tercabut macam mana? Ada duit nak ganti?"

   "Haah saya memang ada duit! Setakat pintu kereta awak, saya tak heran lah!"

   "Okay, fine!"

Malas Qaiser nak layan, dia menghidupkan enjin kereta kesayangannya. Haih lah, Cik Alya. Nasib awak perempuan. Kalau awak ni Rais, memang balik jalan kaki lah. Takde belas kasihan.

   "Saya belum habis lagi tau tak? Lepasni, jangan berani-berani lagi nak panggil saya 'sayang' atau seangkatan dengannya. Jangan nak acah-acah gentleman tolong bayarkan makan untuk saya sebab saya mampu. Saya mam-pu!"

Qaiser hela nafas panjang.

   "Boleh tutup tak mulut awak tu? Penat lah dengar awak membebel entah apa-apa. Panggil 'sayang' je pun, itu pun nak bising. Dan pasal saya bayarkan makan awak tadi, boleh tak kalau awak terima je? Saya niat sedekah, nak tambah amal pahala. Takkan itu pun tak boleh? Saya bukan nak lekehkan awak, tapi niat saya ikhlas. Boleh faham?" Qaiser jeling. Alya terdiam sebentar. Kelu lidah sekejap.

Qaiser mula memandu. Senyap diantara mereka sehingga lah kereta milik Qaiser berhenti di persimpangan lampu isyarat merah. Tiba-tiba Qaiser mendekat. Sikit sahaja lagi hidung Alya nak berlaga dengan pipi Qaiser.

   "Eh! Aw... awak nak buat apa ni?" Alya jadi gerun tiba-tiba bila Qaiser mendekat begitu. Dirapatkan sebolehnya tubuhnya pada kerusi. Qaiser jeling lalu menarik tali pinggang keledar lalu dipasang. Seketika Qaiser kembali ke posisi asal.

   "Belanja awak makan, saya tak kisah. Tapi kalau kena saman sebab awak tak pakai seatbelt, saya kisah." tutur Qaiser. Alya hela nafas lega. Lah, aku lupa tarik seatbelt rupanya! Careless nya kau Alya. Qaiser teruskan pemanduan tanpa suara. Alya pula kunci mulut. Penat dah nak membebel dan marah-marah. Lelaki ni bukan nak dengar. Buat habis air liur je lah.

   "Kakak! Kakak! Haih, mengelamun panjang nampak." Iwana tepuk bahu Alya dari belakang. Segera Alya tersentak.

   "Hah? Apadia? Wana cakap apa?"

   "Takde cakap apa-apa pun. Kakak tiba-tiba mengelamun dah kenapa? Teringatkan siapa?" Iwana menyoal. Tengah menyembang pun, kakak dia ni boleh mengelamun. Haih.

Alya geleng. Getah rambut dicapai lalu dia menyanggul rambutnya kemas.

   "Kakak nak tidur dulu. Tolong tutupkan lampu dengan pintu eh." Alya melompat naik atas katil.

   "Baru pukul sepuluh setengah. Awalnya kakak nak tidur."

   "Kakak letih lah, Wana. Esok kan kakak kerja." Alya betulkan kepalanya atas bantal. Selimut separuh tebal itu ditarik hingga ke paras dada.

   "Oh, Wana lupa. Okay lah kakak. Good night, sweet dream."

   "You too."

Iwana menutup lampu lalu pintu bilik ditutup rapat. Alya pandang siling. Terkebil-kebil. Rasa malas nak hadap Qaiser Ehsan esok. Menyakitkan hati. Eei, kalau lah boleh diputar balik masa... aku tak nak terima offer lelaki tu jadi PA! Menyesal pun dah tak berguna.

*****

Hari ni Qaiser ada shooting di Taman Tasik Titiwangsa. Ada beberapa scene dengan artis wanita bernama Natalia. Kali ni Alya lega sikit sebab Rais ada ikut serta. Kalau lah Rais tak ada, memang dia terkial-kial sendiri. Nak suaikan diri dengan krew-krew di situ bukan mudah memandangkan dia orang baru. PA Qaiser Ehsan yang baru berkhidmat dua hari.

   "Hey, Qaiser." seorang gadis berkulit cerah menyapa Qaiser yang baru sahaja duduk di atas kerusi. Bersiap-siap untuk disolek sedikit oleh make up artis.

   "Hey, Natalia. Awal you sampai," Qaiser menyapa ala kadar.

   "Taklah. I baru je sampai. Lima belas minit yang lepas."

   "Oh, I see."

Alya liarkan pandangan ke sekeliling. Beberapa orang krew sudah mula melakukan set-up. Terdapat lampu, kamera dan beberapa lagi prop yang Alya tak pernah ambil tahu. Cuma pernah tengok dekat dalam tv sahaja. Bernard, si pengarah sedang duduk berbincang dengan beberapa orang di situ. Mungkin bersama penolong pengarah.

   "Siapa ni? Tak pernah nampak pun sebelum ni." Natalia menyoal, memandang Alya yang berpeluk tubuh sambil memandang sekeliling. Sedar dirinya menjadi pertanyaan, Alya memandang Natalia.

   "Oh, kenalkan Alya. PA baru I." Qaiser memperkenalkan Alya. Alya ukir senyuman segaris lalu menghulur tangan mahu bersalaman.

   "Saya Alya."

   "I Natalia. Actress. Mesti you kenal I, kan?" Natalia senyum senget. Alya jeling Qaiser. Nak angguk ke nak geleng? Kang aku cakap tak kenal, malu tujuh keturunan minah ni depan Qaiser. Yalah, Qaiser kan artis kacak dan hot. Gittew!

Sudahnya Alya cuma senyum nipis. Angguk tak, geleng pun tak.

   "Okay, Qai. Sini I nak conteng sikit muka you." seorang lelaki berbadan sedikit gempal menghampiri. Rambut pendeknya ditocang atas kepala dah macam antena teletubbies.  Tangannya macam nak terkulai. Patah ke? Tak lah, lembut memang macam tu. Tangan macam nak patah.

   "Tak payah make up sangat lah, Cici. Macam biasa sudah." Qaiser membalas.

   "Yelah. Kalau you, bedak je dah cukup. Lip balm pun, separuh nyawa I nak paksa you pakai. Haih." jelingan Cici, si lelaki lembut itu mengundang tawa Alya. Pantas Alya tutup mulut. Lawak gila tengok muka Cici.

   "Kejap. Si cantik manis ni siapa?" selepas Natalia, giliran Cici pula menyoal tentang kewujudan Alya.

   "Nama saya Alya. PA baru Qaiser." Alya memperkenalkan dirinya.

   "Wah, seriously? I ingatkan you girlfriend Qaiser tadi sebab you nampak comel sangat." Cici berseloroh. Alya sengih. Eei, siapa lah yang nak jadi girlfriend mamat tak cukup IQ ni. Mintak simpang malaikat empat puluh empat!

   "Cepat lah, Cici. Lambat lah you buat kerja." rengus Qaiser. Cici jeling.

   "Yelah. Hesy." muka Qaiser mula dirias Cici. Takde la dirias sangat, sebab Cici cuma menyapu bedak kompak di wajah tampan Qaiser. Permintaan Qaiser sendiri. Dia tak suka wajahnya disapu foundation atau apa sahaja. Macam perempuan! Bila nak sembahyang, jadi satu hal pula nak buang bekas foundation dekat muka. Lambat jadi kerja!

   "Nama I Cici. I dah dekat 7 tahun jadi make up artis. Kalau you nak tahu, favourite artis I ialah Qaiser sebab dia tak banyak songeh. Senang kerja I. Sapu bedak dengan lip balm aje." tak diminta, Cici mula memperkenalkan diri. Alya senyum.

   "Macam mana you boleh jadi PA Qaiser? Setahu I, Qaiser ni setia dengan partner dia si Rais tu je. Ke hulu ke hilir berdua."

Alya pandang Qaiser yang sengaja memekakkan telinga sambil membelek buku skrip. Rais pula sudah berada bersama Bernard. Entah apa yang disembangkan.

   "Entah lah. Qaiser offer saya jadi PA, jadi saya setuju je lah."

   "Macam mana Qaiser boleh offer you jadi PA? Curious I."

   "Rezeki kot..."

Alya malas nak cerita lebih-lebih. Kalau cerita benda betul pun, takde faedah sebenarnya. Tak penting.

   "Ready? Qaiser? Natalia?" Bernard menjerit dari jauh.

   "Yes!" Qaiser bangun dari duduk lalu menghampiri Bernard. Alya diam di bawah khemah. Buku skrip yang dihulur Qaiser tadi dibawa ke dada. First time tengok pelakon terkenal berlakon depan mata. First time juga berada dalam situasi macam ni. Tak pernah terlintas di fikirannya.

Alya duduk di atas bangku kecil. Dari jauh dia memandang Qaiser dan Natalia sedang berdiri di tepi tasik. Kiri kanan kamera, tripod, slider dolly, lighting props, mikrofon dan banyak lagi alatan. Bernard dari jauh duduk menghadap kamera kecil. Serius wajahnya.

   "Ready? 3,2,1 action!"

*****

Botol air mineral dihulur buat Qaiser.

   "Terima kasih." Qaiser menyambut lalu dibuka penutupnya. Laju sahaja botol air mineral itu diteguknya sehingga tinggal separuh. Alya buang pandang ke arah lain. Tadi rasanya dia ada nampak Rais, tapi sekarang ni lelaki tu dah menghilang. Pergi mana eh? Takkan lah dia nak tinggalkan aku dengan mamat ni?

   "Rais takde. Dah balik," macam tahu-tahu sahaja apa yang berada dalam fikiran Alya, Qaiser memberitahu.

   "Hah? Dia dah balik? Tapi kenapa dia balik?"

   "Tak tahu."

Alya kepanasan. Aduhai, rakan. Apasal lah kau tinggalkan aku terkontang-kanting begini? Kau ni macam tak tahu pulak aku paling menyampah bila cuma berdua dengan artis berlagak bagus ni.

   "Qaiser, you dah nak balik ke?" Natalia tiba-tiba muncul.

   "Haah. Why?"

   "Takde lah, kita orang semua nak pergi lunch sama-sama. Bernard nak belanja sebab dia cakap shooting hari ni run smoothly. Dia berpuas hati dengan kerja kita hari ni." ujar Natalia. Pengambaran hari ni berjalan dengan lancar. Bernard tampak berpuas hati dengan hasil lakonan pagi ni. Tak sia-sia dia mengambil Qaiser dan Natalia sebagai peneraju utama untuk drama 16 episodnya ini. Senang kerja.

   "Lunch dekat mana?"

   "Maybe restoran area sini je kot. Macam mana? You nak join sekali tak? Bukan senang tau Bernard nak belanja..." Natalia mengerling penuh pengharapan. Eh macam dia pulak nak belanja makan!

Qaiser pandang Alya yang lebih gemar mendiamkan diri.

   "Nak ikut dia orang lunch?" soal Qaiser.

   "Terpulang lah. Saya ikut je," jawab Alya. Yalah, kalau dia tak nak ikut dia nak pergi mana? Dah la datang dengan kereta Qaiser. Kalau Rais ada, boleh la dia nak balik dengan lelaki tu. Tapi cerita sekarang ni, Rais awal-awal dah angkat kaki. Kurang ajar betul!

   "Okay lah."

Melebar senyuman Natalia.

   "Jumpa you dekat sana eh?" terkedek-kedek Natalia berlalu dengan heels yang tersarung di kakinya. Alya mencebik menyampah. Gedik semacam. Obvious gila yang dia tu suka dekat Qaiser. Haih.

   "Kenapa muka tu?"

   "Takde apa. Saja buat muka."

   "Haih, takkan jealous dengan Natalia kot?" Qaiser senyum sinis. Hujung bibir Alya ternaik sedikit sebelum dia gelak. Gelak yang menyakitkan hati.

   "Jealous? Nak jealous untuk apa? Saya cuma menyampah je tengok dia tu. Gedik semacam," dari jauh Alya jeling si Natalia. Bukan dia tak perasan yang Natalia asyik pandang dia atas bawah tadi bila Qaiser tanya dia. Apa masalah dia?

   "Dah, tak payah nak mengata dia. Buat tambah dosa je. Nah, ambik kunci ni. Pergi start kereta, saya nak jumpa Bernard dulu." kunci Range Rover bertukar tangan. Alya menyambut tanpa banyak soal. Deep jugak bila si Qaiser ni tegur macam tu.

Astaghfirullahalazim...

   "Eh kejap!"

Alya menoleh. Dahinya berkerut-kerut.

   "Jangan hempas kuat sangat pintu kereta saya." pesanan tak berapa masuk akal itu buat Alya julingkan mata ke atas.

   "Ingat saya ni takde kerja sangat ke nak main hempas-hempas pintu kereta?"

   "Good."

Alya merengus sambil memandang belakang tubuh Qaiser yang sedikit menjauh. Ah, annoying gila dapat 'bos' macam ni. Kalau ada kuasa halimunan, dah ditolaknya Qaiser dalam tasik. Biar lemas. Eei, geram!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro