Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

[ MEDIA : ALYA INSYIRAH ]

Alya membetulkan letak duduk bawal di kepalanya. Sesekali awning tudung ditiup-tiup agar terbentuk elok.

"Alright, perfect!" Alya senyum menghadap cermin tinggi sebelum dia mencapai beg kanvas kesayangannya di atas katil. Kaki dibawa keluar daripada kamar tidur. Hari ni, adalah hari pertama dia berkerja sebagai seorang personal assistant kepada Qaiser Ehsan, seorang artis yang agak menjengkelkan baginya.

Jadi PA kepada artis terkenal? Oh, sumpah dia tak pernah terfikir pun nak galas tanggungjawab itu. Masuk dalam dunia hiburan artis Malaysia? Fuh, itu yang paling dia tak suka sebelum ni. Haih.

"Wah, wah, wah! Nampak bersemangat betul cik personal assistant kita ni." Iwana menegur tatkala kelibat kakaknya itu kelihatan. Alya buat tak endah. Malas nak layan adiknya di pagi yang indah dan segar ni.

"Eh mentang-mentang dah jadi PA Qaiser Ehsan, dah berlagak sekarang ya?" Iwana bersuara lagi bila Alya buat tak layan tegurannya tadi. Alya menjeling Iwana yang sedang bertenggek di kabinet dapur.

"Selamat pagi." Alya menyapa, pendek. Sebungkus nasi lemak dicapai lalu dibuka. Tersenyum Alya selepas itu. Wuu, sambal sotong! Favourite betul! Usai membaca bismillah, terus disuap nasi lemak tersebut ke dalam mulut.

Pagi yang indah bermula dengan sebungkus nasi lemak sambal sotong. Pergh, nikmat!

"Kakak, Wana still tak boleh nak percaya yang kakak jadi PA Abang Qaiser. Rasa macam... you know... mimpi. Rasa macam susah nak terima hakikat yang..."

"First, tak nak percaya, sudah. Second, cakap jauh-jauh sikit boleh? Bersembur air liur kau." Alya memotong, laju. Iwana buat muka.

"Mana ada bersembur air liur,"

"Ibu dengan abah mana?"

"Ibu ada dekat belakang. Abah lepas beli nasi lemak, terus keluar balik. Tak tahu pergi mana." Iwana menjawab. Sebiji cawan dicapai lalu dia menuang air milo yang masih panas. Seketika dia mencicip perlahan minuman coklat itu.

Alya sambung makan. Habis sebungkus, dicapai sebungkus lagi. See, bukan Alya Insyirah lah kalau tak pekena dua bungkus nasi lemak setiap pagi. Cuma semalam je, dia makan sebungkus. Itu pun sebab malu gara-gara Qaiser dan Rais menjadi saksi dia menangis semalam. Isk, bikin malu!

"Alhamdulillah..." Alya bangkit mencapai bungkusan nasi lemak tadi lalu dibuang ke dalam plastik sampah. Lima belas minit, dua bungkus nasi lemak selamat masuk ke dalam perut. Rezeki Allah.

"Okay, I need to go. Wish me goodluck and... jangan lupa doakan kakak." Alya berjalan menonong keluar dari ruang makan. Iwana mengekor dari belakang dengan dahi yang berlapis-lapis.

"Doakan apa?" Iwana menyoal.

"Doakan semoga Qaiser Ehsan tu bertabah dapat personal assistant macam kakak." jawab Alya sambil mengikat tali kasut sneaker miliknya. Iwana peluk tubuh sambil menyandar pada bingkai pintu rumahnya.

"Why Abang Qaiser kena bertabah dapat PA macam kakak? Apa maksud kakak?"

"Entah, kakak cuma cakap je. Sebab kakak tak jamin kakak boleh nak mesra alam dengan dia. You know yang dia tu... kerek. Kakak tak suka artis yang kerek macam tu," balas Alya. Haih, semoga dia dapat berkerja dengan aman dan tenang. Semoga si Qaiser Ehsan tu tak tunjuk dia punya eksyen dan perangai annoying dia. Semoga si Qaiser Ehsan tak over!

"Kakak, kakak kena tenang. Relaks. Jangan ikutkan sangat perasaan tu, banyakkan bersabar ya. Kakak baru hari ni mula kerja. Kakak jangan lah cipta sejarah dalam keluarga kita— kena pecat masa hari pertama kerja." Iwana menasihati.

Alya mendongak memandang Iwana sebelum dia bangun dari duduk.

"Insya-Allah dan terima kasih atas ingatan tu wahai adikku yang manis. Pray for me! Assalamualaikum." Alya sengih sebelum berjalan keluar dari perkarangan rumah. Memandangkan 'bos'nya itu tinggal di homestay, jadi tak perlu lah dia pergi jauh-jauh. Jalan kaki je.

Iwana tadah tangan.

"Ya Allah, kau permudahkan lah urusan kakakku. Kau berikan lah dia kesabaran yang tinggi. Aamiin." wajahnya diraup.

*****

Alya meliarkan matanya ke sekeliling, mencari-cari kelibat Qaiser mahupun Rais. Nampak sahaja susuk tubuh Rais di bawah khemah, laju Alya menghampiri.

"Morning, Rais!" Alya menyapa.

"Eh Alya. Morning. Awal kau sampai," balas Rais sambil gelak kecil. Alya mengerling jam tangan yang terlilit di pergelangan tangannya. 8:15 pagi. Awal sangat ke? Alya mencebik.

"Biasa je. So, aku kena buat apa ni?" soal Alya, bercekak pinggang.

"Wah, semangat!"

"Kau pun macam Iwana. Dah tu, takkan lah aku nak tunjuk muka monyok pulak? Kang kalau aku tunjuk muka monyok, kau orang bising pulak." Alya menjeling. Rais gelak memandang Alya yang sudah terkumat-kamit mulutnya. Entah apa yang dia mengomel. Tak puas hati lah tu kena tegur benda yang sama.

"Hehe, sorry-sorry. Err untuk soalan kau tu, jawapannya ada dekat Qaiser. Kau kena tanya dia." Rais menjawab soalan Alya tadi.

"Mana mamat tu?"

"Qaiser eh... Tadi ada tapi sekarang ni... haa! Itu pun dia dah datang," Rais memuncungkan bibir ke arah Qaiser yang melangkah keluar dari rumah. Lelaki itu cuma mengenakan seluar track dan t-shirt tanpa kolar. Macam baju pakai tidur je! Dah mandi ke belum mamat ni?

Qaiser merapati. Sempat dibetulkan rambutnya yang sedikit berserabai.

"Morning," Qaiser menyapa. Jelas suaranya seperti baru bangun daripada tidur.

Suara seksi.

Erk, Alya. Are you okay?

Alya berdehem dulu. Mengutuk pujian tak berapa pujian yang terlintas di benaknya tadi. Seksi apa macam tu?! Dah la tak mandi lagi. Sorry, a bit rude question— dia sembahyang subuh ke tidak?

"Morning." Alya membalas, perlahan.

"Hmm, awal datang. Good," Qaiser memuji.

"Terima kasih. So, saya kena buat apa je hari ni?" Alya menyoal. Qaiser memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar tracknya. Dia menarik nafas lalu dihela panjang sebelum memandang ke arah Rais.

"Rais, kau tak kasi dia planner ke?" soal Qaiser.

"Oh, sorry. Terlupa!" buru-buru Rais menggeledah back packnya kemudian menarik keluar sebuah planner berwarna hitam. Planner itu dihulur kepada Alya.

"Dalam planner ni, aku dah catat jadual Qaiser untuk minggu ni. Untuk minggu ni, kau follow je apa yang aku dah catat. After this, tugas kau pula untuk catat jadual Qaiser. Kalau kau tak faham, kau boleh direct tanya aku." jelas Rais. Alya mengangguk faham lantas mula membuka planner. Dia mula membelek halaman jadual yang sudah dicatat Rais.

Hmm... pack jugak jadual mamat ni.

"Hari ni kita takde shooting sebab takde scene Qaiser. Tapi hari ni, Qaiser ada interview untuk akhbar Sinar Harian pukul 11 pagi ni. Location dia, kau boleh tengok dalam planner. Aku dah catat siap-siap." jelas Rais lagi.

"Kau ikut sekali?" Alya menyoal. Rais menggeleng dengan sengihan.

"Nope. Oleh kerana sekarang ni kau dah ambil alih tempat aku sebagai PA Qaiser, aku dah tak bertanggungjawab untuk follow Qaiser ke mana je dia pergi. Hari ni, aku nak bersenang lenang. Nak berkubang atas katil je for this whole day," terjongket-jongket kening Rais. Alya telan liur. Wait, takkan lah for this whole day aku cuma berdua dengan Qaiser? Ke hulu ke hilir dengan mamat ni?

"Maksudnya, just aku dengan dia..."

"Yes, pretty Alya. Just both of you, happy working!" Rais berlalu dengan senang hati. Sengaja dia berjalan sambil melompat-lompat kegirangan menuju ke arah pintu masuk homestay. Alya gigit bibir bawah. Relaks, Alya.

Qaiser jeling Alya dengan hujung mata.

"Kenapa? Takut sesak nafas ke berdua dengan saya untuk hari ni?" soal Qaiser. Alya tersentak. Terus dia menoleh ke tepi memandang Qaiser.

"What? Sesak nafas? Kenapa? Awak tu asap rokok ke?" sarkastik Alya menyoal.

"Mana lah tahu, berdua ke hulu ke hilir dengan artis kacak macam saya. Kalau tanya perempuan-perempuan dekat luar sana, mesti dia orang akan cakap 'oh my god, I just can't breath! Qaiser Ehsan is next to me!'. Something like that," Qaiser tayang senyuman bangga plus menyakitkan hati. Sungguh sekarang ni Alya rasa nak muntah hijau. Rasa nak celup muka Qaiser dalam bancuhan tepung lepastu goreng.

Siapa nak Qaiser goreng? Boleh pm tepi. Heh.

"Excuse me, saya bukan 'perempuan-perempuan' dekat luar sana tu. Even berjalan berdua dengan awak saya rasa macam takde beza berjalan sebelah lembu. Sorry, but that's the truth." giliran Alya tayang senyuman menyakitkan hati. Muka Qaiser berubah.

"Are you talking rude to me?"

"Rude? No, sir. Itu memang cara saya bercakap dengan orang yang... kerek." Alya menjeling.

"Mulut awak, macam tak pernah basuh kan?"

Alya rasa nak gelak. Ada yang butt hurt ke? Hahahaha!

"Oh, kejap. Sebut 'basuh' ni, saya nak tanya awak. Dah mandi ke belum? Bau semacam je." Alya mendekatkan wajahnya pada tubuh Qaiser sebelum menjarakkan tubuhnya kembali. Konon-konon menghidu bauan badan Qaiser.

Qaiser gigit bibir bawah.

"Kalau saya belum mandi pun, kenapa? Awak nak tolong mandikan?"

Eww pervert! Tak guna!

"Tunggu awak jadi jenazah. Tapi itu pun belum tentu saya boleh mandikan awak sebab... kita bukan muhrim." balas Alya, memeluk tubuh. Qaiser gelak sinis. Serius dia rasa nak luku-luku kepala Alya. Perempuan ni... haih.

"This time, saya lepaskan awak. Tapi lepas ni... you better watch out your words." Qaiser tunding jari ke arah Alya. Alya senyum segaris, tidak membalas kata-kata Qaiser. Tak nak balas, takut makin meradang pulak artis kita ni.

"Dah nak masuk pukul 9 ni. Better encik artis kita ni pergi bersiap-siap. Lagi dua jam kita ada interview dengan akhbar Sinar Harian. So, please..." Alya mendepakan sebelah tangannya ke arah homestay— meminta Qaiser untuk berlalu pergi. Qaiser menjeling lalu mengorak langkah pergi namun baru beberapa langkah suara tak berapa sedap didengar itu kembali menerjah gegendang telinganya.

"Kalau terlepas solat subuh, qada' lah balik. Masih sempat lagi ni," meskipun suara Alya kedengaran tidak terlalu kuat, namun jelas sampai ke pendengarannya. Qaiser gigit bibir bawah. Nafas ditarik lalu dihela. Sabar, Qaiser. Jangan layan sangat PA baru kau ni. She's just a girl.

Tapi kejap. Ah, seriously?! Dia ingat aku ni jenis suka tinggal solat sesuka hati ke?! Oh Tuhan. Kurniakan lah aku kesabaran yang tinggi.

*****

Alya duduk sambil bersilang kaki di atas kerusi rotan. Dia duduk tidak jauh daripada Qaiser yang sedang di-interview oleh seorang wartawan. Ada seorang jurugambar yang sedari tadi tak henti-henti mengambil gambar Qaiser dari pelbagai sudut. Kadang-kadang, gambar Alya juga diambil beberapa keping. Alya rimas.

"Lagi beberapa bulan, dah nak habis tahun. Apa azam dan perancangan Qaiser Ehsan untuk tahun baru akan datang?" entah soalan ke berapa, Alya dah tak ambil pusing. Bosan sebenarnya asyik duduk sambil tengok orang di-interview. Mengantuk.

"Azam dan perancangan saya untuk tahun baru? Kalau ada rezeki, saya nak bawak parents saya pergi umrah, InsyaAllah. Tahun ni saya tak dapat nak tunaikan impian saya yang itu, jadi saya sasarkan tahun depan. Dan InsyaAllah saya nak tamatkan zaman bujang saya." Qaiser gelak selepas itu. Tawanya disambut si wartawan.

"Tamatkan zaman bujang? Adakah Qaiser Ehsan dah ada calon yang sesuai sebagai suri hidup?"

"Sebenarnya belum ada calon memandangkan saya seorang yang tak reti bergaul dengan mana-mana perempuan. Tambahan lagi, saya sibuk dengan schedule. Tak ada masa nak cari pasangan hidup. Saya cuma letakkan perancangan untuk tamatkan zaman bujang saya tahun depan. Itu pun kalau jodoh saya dah sampai. Apa-apa pun, jodoh tu kan rahsia Allah. Kita pun tak tahu apa akan jadi di masa hadapan," tenang Qaiser menjawab soalan si wartawan.

"Okay, ni soalan cepumas sikit eh. Adakah gadis cantik di sebelah Qaiser Ehsan ni merupakan salah seorang calon isteri Qaiser Ehsan yang akan datang?" soalan wartawan yang satu itu membuatkan Alya lipat maut menoleh memadang si wartawan berselang seli dengan Qaiser yang kebetulan sedang memandang ke arahnya.

What the...?!

Qaiser gelak.

"Buat masa sekarang, bukan lagi. She's my PA. That's all," balas Qaiser.

"PA baru ke? Mana PA yang sebelum ni?"

"Saya bagi dia rehat untuk sementara waktu."

"Oh, I see. Okay lah, sampai sini sahaja temu bual untuk kali ni. Terima kasih sebab beri kerjasama dan komitmen untuk akhbar Sinar Harian. Kami doakan agar Qaiser Ehsan terus berjaya dalam dunia seni hiburan tanah air. Semoga bertemu jodoh yang baik," si wartawan gelak lagi.

"Terima kasih." Qaiser senyum lalu bangun dari duduknya. Tergocoh-gocoh Alya capai beg kanvasnya dan planner lalu membuntuti Qaiser yang menonong pergi. Alya mendengus perlahan. Tak tunggu aku!

Sampai di pintu kereta, Qaiser berpusing mencari Alya.

"Nak lunch dekat mana?" soal Qaiser. Alya senyum lebar. Oh yes! Soalan yang memang tepat pada masanya. Lepas interview yang memakan masa hampir dua jam itu, perutnya memang dah berdondang sayang sekarang ni. Memang minta diisi.

"Kat mana-mana pun takpe, janji makan." jawab Alya.

"Betul jugak, dekat mana-mana pun takpe. Bukan awak yang bayar, kan?" Qaiser gelak sinis. Hilang terus senyuman di bibir Alya sambil mata menyoroti tubuh Qaiser yang menghilang di dalam perut kereta. Buru-buru Alya masuk ke dalam apabila lelaki itu sudah menghidupkan enjin kereta. Lambat masuk, naya je kena tinggal dekat sini.

Alya tarik tali pinggang keledar.

"Saya tak cakap pun yang awak kena bayar makan saya. Ingat saya ni tak berduit ke?" rengus Alya. Qaiser mula memandu pacuan empat rodanya keluar dari kotak pakir.

"Sound like that. Kalau ada duit, takde la orang tu menangis-nangis macam budak sebab lewat pergi interview semalam."

Sengaja! Eei, mamat ni. Alya tahan rasa. Rasa nak diterajangnya Qaiser keluar dari kereta ni. Sabar, Alya. Sabar...

"Excuse me artis berlagak abad ke-20, tak payah cakap macam awak dah kenal saya sepuluh tahun. Dengar sini, saya tak hadap pun duit awak. Setakat nak bayar makan tu, saya mampu lah. Awak punya bongkak tu, bawak sekali masuk kubur nanti." bidas Alya. Entah lah, baginya statement Qaiser 'kalau ada duit' tu, dengar macam melampau pulak. Ah, geramnya!

Qaiser diam tak membalas namun bibirnya tersungging satu senyuman. Dia tahu Alya marah dan dia suka bila gadis itu marah. Bergaduh dengan lelaki tak best, bergaduh dengan perempuan best pulak rasanya. Heh.

***

Promote ;

HANA by krazychilla

Sweet Macam Madu by alisyahamizah

Memori Kita Bersama, Gadis Sunshine & Princess Cinderella by QueenDarkPurple

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro