Bab 2
Kerusi ditarik sebelum punggungnya dihenyak di atas kerusi. Rayban yang tadinya terletak elok di atas pangkal hidung ditanggalkan lalu disangkut pada kolar bajunya.
"Sorry, lambat sikit." ujar Qaiser usai bersalaman dengan Bernard, seorang pengarah drama yang agak dikenali. Bernard, sudah mengarahkan lima buah drama rantaian 16 episod. Dan kesemua dramanya itu diadaptasi daripada novel-novel yang sedang hangat dipasaran. Disebabkan itu Bernard agak dikenali.
"Nah, it's okay. We all tengah tunggu Natalia jugak ni," balas Bernard lalu meliarkan matanya menanti kemunculan Natalia. Qaiser jongket sebelah kening. Dia ingatkan dia yang lambat untuk perjumpaan ni, rupanya Natalia juga lambat.
Qaiser duduk bersilang kaki sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Melayani laman instagram. Tunggu si Natalia, lambat pula. Tak punctual langsung!
"Sorry-sorry! I'm really-really sorry guys. I know this is my bad," Natalia muncul setelah hampir tiga puluh minit menunggu. Qaiser angkat wajah, memandang Natalia sebelum telefon bimbitnya itu diletakkan di atas meja.
"You're 30 minutes late, Talia." Bernard mengeluh. Ini bukan kali pertama dia mengambil Natalia sebagai pelakon dalam drama-drama arahannya. Jadi, dia sudah cukup kenal perangai Natalia. Kenapa dia tetap ambil Natalia untuk drama arahannya kali ni? Kerana Natalia merupakan pelakon yang terkenal. Jarang rating dramanya merundum jatuh jika Natalia tidak berlakon.
"Ya, I know Bernard. I minta maaf... Qaiser, I'm sorry." Natalia pandang Qaiser. Berdebar-debar hatinya saat bertatapan mata dengan Qaiser walaupun beberapa saat cuma. Ini adalah kali pertama dia akan bergandingan dengan Qaiser dalam sebuah drama. Ya, sedikit teruja.
Qaiser angguk.
"I'm okay." balas Qaiser lalu terus memandang Bernard.
"Bernard, let's proceed."
"Okay. So, drama arahan I kali ni... macam biasa adaptasi dari best seller novel. 'Untuk Yang Terakhir' written by Nur Maya. So, here's the novel. You all boleh tengok and this is short storyline. Skrip sedang dalam proses," dua buah novel bersaiz agak tebal diletakkan di atas meja. Qaiser dan Natalia mencapai novel tersebut lalu dibelek-belek sinopsisnya.
"Macam mana dengan penulis dia? You dah jumpa dengan dia?" soal Natalia.
"Dah, dia sepatutnya ada dekat sini dengan kita. But, dia cancel last minute sebab ada emergency. You all tak payah risau, I dah bincang terlebih dahulu dengan dia and dia setuju. So now, I perlu dapatkan persetujuan you all je sekarang ni. Besar harapan I kalau you dengan Qaiser jadi watak utama dalam drama I kali ni." balas Bernard.
"Skrip bila nak dapat?" Qaiser menyoal.
"Skrip in editing. I akan bagi dekat you all dalam masa terdekat once you all setuju dengan tawaran I." jawab Bernard lagi.
"Okay. I setuju," Qaiser letak perlahan novel yang dipegangnya tadi di atas meja.
"Yes! How about you, Natalia?"
"Okay. I pun setuju,"
"Kalau macam tu, dua tiga hari lagi I contact you all untuk perjumpaan dengan semua crew, pelakon-pelakon yang lain and penulis novel. Kita akan berbincang sekali lagi and you all boleh baca skrip. And kita akan start shooting maybe awal bulan depan. That's mean ada lebih kurang tiga minggu lagi." jelas Bernard.
"Siapa lagi pelakon tambahan untuk drama ni?" Qaiser menyoal lagi, agak berminat sebenarnya mahu tahu pelakon-pelakon yang akan turut bergandingan dengan mereka nanti. Curious.
"Fikri Ibrahim, Izara Aishah, Sharifah Amani, Addy Ashraf and ramai lagi. You all boleh jumpa dia orang dalam perjumpaan akan datang." satu persatu nama artis terkenal disebutnya. Terangguk-angguk kepala Qaiser. Nervous. Yalah, ini akan menjadi kali pertama untuknya bergandingan dengan artis-artis senior yang lain. Lagi-lagi Izara Aishah. Dulu pernah crush dengan wanita itu, tapi lepas Izara Aishah berkahwin terus hancur hati. Kah!
Lain lah, Natalia. Pasti gadis itu sudah biasa digandingkan dengan artis-artis yang disebut Bernard tadi. Lagipun, dia baru sahaja hendak masuk tahun ke tiga bergelar seorang artis. Masih awal tapi syukur, bakatnya dalam bidang lakonan amat memberangsangkan.
"Kalau macam tu, see you next meeting. I've to go sebab I ada hal lain," Qaiser bangun dari duduk. Rayban kembali dipakainya. Rais yang tadinya cuma lebih gemar mendengar turut bangun dari duduk.
"Sure. Thank you, Qaiser. I happy sebab you terima offer I. Can't wait untuk cooperate dengan you." Bernard menyatakan rasa gembiranya.
"Me too. Thank you sebab percayakan I untuk bawak watak dalam drama you,"
"You're welcome, Qaiser Ehsan."
"And you, Natalia. Happy dapat kerja dengan you," Qaiser senyum sikit. Natalia tarik sengihan panjang.
"Same goes to me, Qaiser. Rasa macam mimpi dapat kerja dengan you untuk drama kali ni. Even I'm senior, I harap dapat belajar dari you." Natalia hulur tangan, mahu bersalaman. Qaiser pandang sepi huluran tangan Natalia.
"Sorry." balasan Qaiser buat Natalia perlahan-lahan menjatuhkan tangannya kembali. Segan bila Qaiser menolak huluran tangannya. Senyuman kelat terukir di bibirnya. Bernard menjeling dua manusia itu.
"I pergi dulu. See you, Bernard... Natalia." Qaiser melangkah pergi usai berjabat tangan dengan Bernard. Rais mengekor dari belakang. Rasa nak gelak je tadi bila tengok muka kelat Natalia bila huluran tangannya tak disambut Qaiser. Natalia... Natalia. Tak semua artis shaking hands with their opposite genders.
*****
Uhuk! Uhuk!
Alya menutup hidungnya sambil sebelah tangan menyapu lantai yang dah berhabuk. Tak sampai seminggu tak bersihkan homestay ni, dah berhabuk. Cepat betul. Entah dari celah mana habuk ni datang!
Keluarganya membuka beberapa buah homestay di dalam kampung mereka. Alhamdulillah, maju. Ramai juga yang datang menginap di homestay mereka. Tambah-tambah bila tiba musim cuti sekolah. Alhamdulillah, rezeki Allah.
"Kakak!" Iwana muncul dengan girangnya. Bertenggek di beranda rumah sambil memandang Alya yang sedang menyapu sampah.
"Buat apa tu?" sengaja Iwana menyoal sedangkan dia masih belum buta lagi untuk tengok apa yang kakaknya tengah buat sekarang. Sudah terang lagi bersuluh, seketul Alya sedang menyapu sampah.
"Cuba teka kakak tengah buat apa sekarang ni." Alya melayan.
"Hmm kalau tak basuh baju, mesti kakak tengah cat rumah kan?"
"Salah! Kakak tengah jemur kain ni. Buta ke?"
Iwana meledakkan tawanya. Berdekah-dekah. Hilang terus keayuan sebagai seorang gadis sunti. Alya menggelengkan kepalanya. Iwana... Iwana. Kuat menangis, kuat juga kau gelak ya? Nasib kau tak kuat makan macam aku ni.
"Kakak ni, lawak lah. Boleh masuk Maharaja Lawak ni,"
"Kau dari mana je, Wana? Kau saja kan tak lekat dekat rumah sebab malas nak tolong bersihkan homestay... kan?" Alya pincingkan matanya. Tambah satu lagi, Iwana ni pemalas jugak. Nasib kakak dia rajin.
Ops, terpuji diri sendiri.
"Mana ada. Tadi Wana temankan Ilya pergi pasar. Tadi balik rumah, ibu cakap kakak ada dekat sini. Itu yang Wana terus datang cari kakak," balas Iwana. Alya cuma menggumam. Tak tahu nak balas apa dah.
"Ada orang nak check-in masuk homestay kita ke kakak? Mengemas bagai," soal Iwana. Selalunya, kalau ada orang nak check-in homestay mereka, keluarganya akan membersihkan rumah terlebih dahulu. Tak nak lah kasi bad view untuk pelanggan mereka nanti.
"Abah kata ada orang tanya. Esok-esok dia orang confirm lain. Lagipun, apa salahnya kalau datang bersih kan rumah even takde orang nak datang check-in? Takkan nak biarkan rumah berhabuk, bersawang." jawab Alya. Penyapu yang digunanya tadi disandarkan pada dinding. Kemudian, dia masuk ke dalam rumah. Beberapa saat selepas itu, dia melangkah keluar sambil memegang purse dan juga telefon bimbitnya. Pintu rumah ditutup dan dikunci.
"Assalamualaikum," tiba-tiba ada satu suara mencelah. Terus Alya dan Iwana menoleh memandang dua orang lelaki yang tiba-tiba muncul. Salam lelaki itu dijawab.
"Waalaikumussalam. Ya, ada apa?"
"Ini ke homestay Encik Rizwan? Errr Kemboja Homestay?" soal salah seorang lelaki itu. Alya mengangguk.
"Iya. Kenapa?"
"Boleh kami jumpa dengan Encik Rizwan? Kami nak sewa homestay untuk beberapa bulan. Jadi, kami nak berbincang dengan owner homestay ni."
"Oh yeke. Kami ni anak kepada owner homestay ni. Kalau nak jumpa abah saya, boleh la ke rumah saya. Abah saya ada dekat rumah kalau nak bincang direct terus." pelawa Alya, berbudi bahasa. Yalah, rezeki. Takkan nak tolak rezeki?
"Boleh jugak tu. Rumah dekat mana?"
"Dekat je. Jalan kaki je, jom lah." Alya senyum nipis lalu mula melangkah menuju ke rumahnya yang terletak selang beberapa rumah dari homestay mereka. Iwana mengekor rapat di sebelah Alya. Takut pula kalau lelaki-lelaki ni berniat tak baik walaupun hari siang macam ni. Aduh, Iwana. Kau ni tak habis-habis fikir negatif je kan?
"Tadi encik cakap nak sewa homestay untuk beberapa bulan. Lamanya," Alya sengaja menyoal. Cuba beramah mesra.
"Haah. Sebab kita orang nak shooting dekat sini."
"Oh. Shooting..."
Alya diam. Dahinya berlapis-lapis.
"Shooting untuk apa ya? Iklan ke?"
"Eh, tak. Untuk drama terbaru."
Alya dan Iwana berpandangan. Belum pernah ada mana-mana crew produksi datang nak shooting dekat homestay keluarga mereka. Ini pertama kali dalam hidup!
"Drama terbaru? Drama apa? Arahan siapa? Siapa pelakonnya?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Iwana. Dia tiba-tiba teruja. Siapa tak seronok kalau akan ada pelakon datang berlakon di homestay keluarganya?! Lepasni hari-hari lah dia boleh tatap muka artis.
Asheronoknya!
Alya mengutil perlahan lengan Iwana yang dah teruja bukan main. Iwana mengaduh perlahan. Dipandang Alya yang dah terjegil-jegil matanya. Kakak ni! Tanya pun tak boleh ke?
Dua lelaki tadi ketawa kecil.
"Rahsia. Nanti cik adik akan tahu jugak. Kami tak boleh nak expose siapa director dengan pelakon-pelakonnya lagi." lelaki itu menjawab, tenang. Iwana tarik muncung. Ala, bila lah dia boleh tahu jawapannya.
Kalau lah yang datang berlakon tu Qaiser Ehsan... Memang dia akan jadi manusia paling seronok sebab hari-hari boleh tatap muka pelakon kacak itu. Boleh selfie sekali, boleh borak-borak sekali. Untung sabut timbul, boleh jadi abang angkat! Hiks, gedik!
"Haa berangan lah tu!" Alya menyergah Iwana yang dah tersenyum-senyum sendiri. Dah macam kera. Terhinjut kedua-dua bahu Iwana. Cis, tak guna punya kakak. Bagi malu adik sendiri je lah. Hesy!
"Ha, dah sampai pun rumah saya. Encik duduk dulu dekat situ, saya panggilkan abah saya." ujar Alya apabila mereka sudah tiba di perkarangan rumah. Kedua-dua lelaki tersebut cuma mengangguk faham. Tangan Iwana ditarik masuk ke dalam rumah. Tak boleh dibiar si Iwana ni dekat luar, kang entah apa lagi yang dia nak interview dua orang lelaki tadi yang mungkin merupakan crew produksi.
Haih, Iwana.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro