Bab 14
SEMINGGU sudah berlalu, berita viral tentang kekecohan yang berlaku di majlis hari lahir Natalia nampaknya sudah makin reda. Sudah tidak ada lagi khabar angin ataupun gosip-gosip di internet. Wartawan dan netizen pastinya sudah tidak ambil peduli soal itu dan mungkin sekarang ni panas dengan isu hiburan yang lain pula.
Personal assistant artis terkenal tumbuk supermodel berkaki panjang di majlis hari lahir Natalia. Berita yang tak sepatutnya diperbesarkan sementelah Adam Devian sendiri yang membuat kenyataan bahawa ianya cuma salah faham. Heh.
Hari ini Alya kembali dengan rutinnya mengikut Qaiser ke tempat pengambaran. Minggu lepas, Rais yang menggantikannya. Tapi minggu ni, dia harus memulakan kerjanya selepas 'bercuti' hanya gara-gara berita viral yang entah apa-apa itu. Oh, ya. Hari ini merupakan hari terakhir pengambaran drama 16 episode. Lega betul.
"Hai, Cici!" Alya menyapa make up artist yang berbadan sedikit gempal itu. Cici yang ketika itu sedang mengemas barangan soleknya menoleh laju.
"Eh, Alya. Lamanya tak nampak you, rindu pulak." Cici atau nama sebenarnya Rashid itu ketawa halus.
Rashid? Sebenarnya Alya pun baru je tahu nama sebenar Cici adalah Rashid. Itu pun lepas si Rais mengusik lelaki lembut itu. Kalau nak tahu, Cici cukup menyampah dengan Rais. Tengok muka Rais pun dia tak sudi pasal Rais lah satu-satunya manusia yang panggil dia dengan nama Rashid dan bukan Cici. Haha.
"Yeke rindu? Baru seminggu saya tak ikut Qaiser datang set." Bibir Alya tercebik sedikit.
"Oh ya, you macam mana sekarang? Dah okay?" soal Cici. Semestinya dia tahu tentang kes viral yang melibatkan Alya.
Alya mengangguk kepalanya.
"Saya okay. Alah, hal kecik je." Balas Alya. Hal kecik lah sangat! Hal kecik tu lah buat kau tak tenang tidur malam Alya oi. Resah gelisah 24/7 je sebelum ni.
"Biasa lah tu, kalau you masuk dalam dunia artis ni you kena banyakkan bersabar. Kena kebal sikit. Lagi-lagi you tu personal assistant Qaiser Ehsan, artis lelaki popular."
Alya angguk lagi. Bersetuju.
"By the way, si Adam Devian tu buat apa dekat you sampai you pergi tumbuk dia?" dengan nada berbisik, Cici menyoal. Alya diam dulu. Perlu ke tidak bagitahu si Cici ni? Dia malas nak bukak balik kisah tu.
"Biasalah. Mulut lelaki." Itu sahaja yang Alya balas.
"Okay-okay, I tahu. Mesti Adam Devian tu cakap yang bukan-bukan dekat you kan? Eleh, I tahu dah. Dia tu memang dari dulu lagi memang jenis buaya darat. Gatal kalah ulat bulu. So, after this you kena lebih berhati-hati ya? Better you jauhkan diri you dari dia tu. He's dangerous but... sexy. I terpaksa mengaku tu," Cici sengih sahaja.
Alya julingkan mata ke atas. Eei!
"Apa yang seksi-seksi tu?" tiba-tiba Rais mencelah. Cici sudah mula tarik muka melihat kehadiran Rais. Aih, dia cukup menyampah.
"Takde apa lah. Cerita orang perempuan." Alya gelak kecil.
"Cerita orang perempuan? Nyah ni perempuan ke?" Rais tarik kerusi lalu melabuhkan duduknya. Alya gelak bila Cici sengaja menyimpan kasar alatan soleknya ke dalam bekas. Kuat betul bunyinya, tanda protes.
"Kau ni tak habis-habis nak usik Cici. Kesian dia."
"Excuse me. Nama dia Rashid. R-A-S-H-I-D. Rashid."
Bam!
Cici menutup kasar kotak hitam yang menyimpan alatan soleknya. Terus lelaki berbadan gempal dengan rambut yang ditocang kecil di atas kepala menoleh memandang Rais yang beriak selamba.
"Eh, suka hati lah nama aku Cici ke Rashid ke. Ada masalah ke dengan kau?" nah terkeluar sudah suara jantan Cici yang sebenar-benarnya.
Ini baru Rashid! Haha.
"Tak. Takde apa-apa masalah pun. Yang kau nak marah ni kenapa?"
"Marah lah! Kau tak habis-habis nak busy body hal aku. Aku nak tunggang terbalik pun kau peduli apa? Sibuk je." 360 darjah Cici menjeling si Rais.
Rais mencebik.
"Alah kau ni, Rashid. Tak payah lah sentap sangat." Selamba sahaja nama itu meniti di bibir Rais. Cici pandang Rais macam nak telan. Tangannya sudah naik mencekak pinggang. Rais telan liur.
"Okay, aku rasa aku kena pergi dulu." Rais bangun dari duduk.
"Aik, kejapnya datang. Kau nak pergi mana?" Alya menyoal, pelik.
"Aku sebenarnya datang hantar barang Qaiser je. Dia tertinggal dalam kereta aku. Err aku pergi dulu lah. Ada hal sikit." Rais pandang Cici sekilas sebelum angkat kaki keluar dari situ. Memang dia suka mengusik Cici, tapi bila Cici dah tayang muka bengang macam tu dia pun boleh kecut.
Eh hello. Lelaki tetap lelaki. Dia punya tenaga dalaman tu lebih kuat walaupun luarannya dah macam sotong kurita.
Hilang sahaja kelibat Rais, Cici kembali mengemas barang-barangnya.
"Tahu pun takut dengan I. Dia ingat ni Cici sebarang Cici ke? Ini Cici versi Rashid lah." omel Cici. Alya gelak lepas di situ. Serius dia terhibur sekarang ni. Dengan mimik muka Cici, ditambah lagi dengan suara kepit tu memang begitu mencuit hati.
"Lawak lah Cici ni. Dengan Rais pun jadi."
"Kawan baik you tu lah. Celupar sangat."
Alya menggeleng dengan tawa yang masih bersisa.
*****
MEREKA berdua berjalan di gigi air. Sesekali kaki mereka yang tidak berkasut itu disapa air yang sesekali naik menghempas pantai.
"Akhirnya..."
Qaiser menoleh ke sisi. Memandang Natalia yang sedang memandang ke arahnya. Senyuman gadis itu dibalas.
"Apa maksud you dengan 'akhirnya'?" Qaiser menyoal. Tangan kirinya memegang selipar miliknya.
"Yalah, lepas bermacam-macam ujian yang kita lalui akhirnya kita memang ditakdirkan untuk bersama. Haidar..."
Mereka berdua berhenti dan berdiri menghadap sesama sendiri.
"I betul-betul minta maaf. Even you cakap you dah maafkan I, I tetap akan terus-terusan untuk minta maaf dekat you. As you know, back then I banyak sakitkan hati you. I lukakan hati you, I... curang dengan you. Seriously, I memang bodoh." Tergeleng-geleng kepala Natalia. Nafas berat dihela berat.
"Kyra, benda dah lepas. Depan mata I sendiri, you dah berubah. You janji dengan I dan I pegang janji you tu. I dah maafkan you, you tak perlu nak minta maaf dekat I banyak kali. I penat nak dengar." Qaiser gelak kecil. Jari kelinkingnya dimasukkan ke dalam lubang telinga. Kyra gelak kecil.
"Sebab tu I sayang you, Haidar. I betul-betul cintakan you."
"Hmm... boleh percaya ke ni?" Qaiser melirik manja.
"Of course you kena percayakan I kali ni. I berani sumpah okay." Natalia tarik muncung. Qaiser gelak kecil lalu kembali meneruskan langkah. Terkedek-kedek Natalia mengekor cuba untuk menyaingi Qaiser di hadapan.
"Betul lah, Haidar. Cuma you satu-satunya lelaki yang ada dalam hati I lepas papa I. Datang lah raja dari istana mana pun, I tetap akan pandang you." Natalia berpuitis. Qaiser mendongak memandang ke langit lalu menghela nafas panjang.
"Even raja tu lebih handsome dari I?"
"Yes, of course. Although dia tabur emas permata depan I pun, dalam hati I tetap nampak you... Haidar. You lah emas permata intan berlian I."
"Betul?"
"Sumpah, sayang!"
Natalia angkat tangan separas bahu. Qaiser pandang Natalia di sebelah sebelum tawa kecil meletus keluar dari bibirnya.
"Yelah, I percayakan you."
"I love you, Haidar."
Qaiser diam. Masih berjalan memijak-mijak lantai pasir halus.
"Kenapa you diam? Kenapa you tak balas balik?" Natalia tarik muka. Merajuk kononnya.
"I kena balas balik ke?"
"Yes, you should sayang!"
"Okay. I love you."
"Ish, you ni langsung tak romantik. Cuba lah you balas panjang-panjang sikit. Sedap juga hati I ni."
Qaiser berpusing menghadap Natalia. Dia mula berjalan, menapak ke belakang. Natalia di hadapan dipandang.
"I love you so much Nur Akyra. Sampai hujung nyawa I." Romantis ayat-ayat yang keluar dari mulut Qaiser. Sungguh hati Natalia terasa kembang kempis. Kalau lah ini bukan lakonan semata, pastinya dia lah perempuan paling bahagia di dunia ini. Serius.
Natalia senyum malu.
"So, bila you nak datang rumah I? Pinang I?"
"Esok."
"Serius? Are you kidding me, Haidar?" mata Natalia membulat. Qaiser mengangguk.
"Tapi, sebelum tu. Kalau you nak I datang pinang you jugak esok... catch me if you can!" Qaiser berlari meninggalkan Natalia yang terpingga-pinga. Natalia gelak sebelum langkah dibuka mengejar Qaiser yang sudah agak jauh meninggalkannya.
"Hey! Mana aci! Tunggu I, Haidar!"
Gelak ketawa dua manusia itu membuatkan beberapa orang crew pengambaran di situ tersenyum-senyum. Chemistry di antara Qaiser dan Natalia benar-benar ketara kalau diperhatikan.
"Cut!" Bernard bangun dari duduknya. Tangannya ditepuk beberapa kali memandang Qaiser dan Natalia yang mula kembali berjalan mendapatkannya.
"Good job Qaiser and Natalia! Both of you've doing the best. Proud!" melambung-lambung Bernard memberi pujian. Sesungguhnya dia benar-benar berpuas hati dengan hasil kerja dua orang pelakon itu. Sehingga tamat pengambaran, Qaiser dan Natalia tak pernah mengecewakannya. Tak sia-sia dia mengambil mereka berdua dalam projek drama 16 episode nya kali ni.
"Thanks, Bernard. Thanks guys!" Natalia menundukkan sedikit kepalanya kepada Bernard dan crew-crew pengambaran yang bertugas. Qaiser turut melakukan perkara yang sama. Senyuman di bibirnya melebar.
"So, it's a wrap!"
Kedengaran sorakan daripada crew-crew pengambaran. Akhirnya penat lelah mereka dalam menjayakan pengambaran selama beberapa bulan itu kini sudah selesai. Lepasni, cuma tunggu untuk ditayang di kaca televisyen sahaja.
*****
ALYA hulur botol minuman isotonik hundred plus kepada Qaiser. Qaiser menyambut lalu diteguk sehingga separuh. Fuh, nampak sangat dahaga.
"Mana Rais?" Qaiser menyoal.
"Dia dah tak datang sini dah lepas hantar barang awak tadi." Jawab Alya. Dahi Qaiser berlapis. Mana sepupunya itu pergi?
"Try call dia." Arahan Qaiser, Alya turuti. Iphone miliknya dikeluarkan dari beg kanvasnya sebelum dia melekapkan peranti mewah itu ke telinganya. Dua kali mencuba, Rais langsung tak mengangkat panggilannya.
"Rais tak angkat pun call saya." Ujar Alya, mencebikkan bibirnya.
"Pinjam handphone." Qaiser tadah tangan.
"Nak buat apa dengan handphone saya?" Alya menyoal pelik. Iphone miliknya masih dipegangnya kemas.
"I need to make a call. Pinjam."
"Handphone awak mana?"
"Bateri habis. Lupa charge. Please?"
Lambat-lambat Alya hulur telefon bimbitnya.
"Thank you." Menonong Qaiser melepasinya menuju ke bawah pokok.
"Eh, jangan call lama sangat. Melambung bil telefon saya nanti!" sempat Alya memesan. Qaiser angkat tangan, faham.
Alya hela nafas panjang. Dia mula mengemas barang-barangnya dan barangan Qaiser. Pengambaran sudah habis, jadi marilah pulang. Lagipun tak sampai satu jam lagi dah nak masuk waktu maghrib.
"Ehem!"
Alya menoleh. Dipandang Natalia yang sedang memeluk tubuh menghampirinya di bawah khemah.
"Ya?" Alya jongket sebelah kening.
"You macam mana? Dah okay?" soal Natalia.
"Okay je. Apa yang tak okay-nya?"
"Incident masa malam birthday party I last week. You okay ke? Kut lah you ada rasa bersalah lepas apa yang dah jadi malam tu?" soal Natalia, sinis. Alya yang menyedari maksud tersirat Natalia terus gelak kecil.
"Wait, bersalah? Kenapa saya perlu ada rasa bersalah disebabkan incident malam tu?" soal Alya pula, menjongketkan sebelah keningnya.
"You've ruin everything that night. Birthday party I jadi berantakan because of you. Tahu tak?" Natalia sudah mahu menunding jari. Alya ketap bibir. Natalia dipadangnya macam nak telan. Ha sini, mak singa nak telan!
"Excuse me, Cik Natalia. Saya? Saya dah rosakkan birthday party Cik Natalia malam tu? Sorry, Cik Natalia dah salah orang. Wrong person,"
"I tak buta lah malam tu."
"Kalau Cik Natalia tak buta, Cik Natalia takkan tuduh saya rosakkan majlis Cik Natalia tahu?"
Natalia tahan rasa.
"You jangan nak biadap dengan I ya, Alya. Malam tu, kalau you tak belasah Adam... birthday party I takkan jadi macam tu. Everything will run smoothly if you not do anything stupid."
"Dan saya tak akan buat macam tu kalau supemodel sotong tu tak cari pasal dengan saya!"
"Dia ada raba you ke malam tu? Takde kan? So, you tak boleh chill ke?"
"Kalau dia raba saya, mungkin sekarang ni dia masih ada atas katil hospital. Tak kesah lah apa dia nak buat pun, tapi dia dah cabar had kesabaran saya dan saya takkan pernah berkompromi dengan benda-benda macam tu." Alya peluk tubuh.
Natalia cekak pinggang.
"It's okay kalau you tak boleh nak berkompromi dengan benda-benda macam tu, tapi perlu ke you rosakkan birthday party I? The thing is, you dah malukan I malam tu. Tahu tak? Dan you ingat I boleh maafkan you macam tu je ke?" turun naik nafas Natalia.
"Benda dah lepas, Cik Natalia. Orang pun dah tak cakap pasal kejadian malam tu lagi. Orang dah tak peduli. Lagipun nama yang buruk malam tu adalah nama saya dengan nama Adam Devian tu. Even birthday party Cik Natalia huru-hara, tapi ada ke yang kutuk-kutuk atau mengata Cik Natalia? Takde kan? Jangan triggered sangat, please?" Alya jeling menyampah.
Alya membelakangi Natalia dan mula menyambung kerja yang tergendala tadi sebelum bahunya ditarik kasar dari belakang.
"I nak you minta maaf dekat I, sekarang!"
Alya julingkan mata ke atas.
"Saya minta maaf. Puas?"
"No!"
"Saya mintak maaf. I'm sorry. Aasif. Duibuqi. Mianhaeyo."
Nah, ambil kau. Lima bahasa terus aku bagi!
Natalia gelak sinis.
"Are you kidding me?"
"Taklah. Saya tengah minta maaf dekat Cik Natalia lah ni. As you wish." Balas Alya. Natalia ketap bibir.
"Eh you..."
"Kenapa ni? Natalia?" Qaiser tiba-tiba muncul. Dari jauh lagi dia perasan yang Natalia dan Alya seperti sedang gaduhkan sesuatu. Alya menjeling Qaiser sebelum mengezip beg galas milik Qaiser. Natalia pula terus sahaja memaniskan wajahnya.
"Err... nothing. Just a woman talk." Balas Natalia.
"Sure?"
"Yes, of course. Lagipun, bila lagi I boleh jumpa dengan Alya. Kita pun dah habis shooting. Kan, Alya?"
Alya buat tak endah. Natalia ketap bibir. Berani perempuan ni buat bodoh dekat aku? Depan Qaiser pulak tu!
"Saya dah kemas barang-barang awak. Saya tunggu awak dekat kereta." Tak pandang sesiapa, Alya menonong meninggalkan dua manusia itu. Qaiser sudah berkerut dahi. Kenapa dengan Alya? Moody semacam je.
"Eh, Qaiser. If you don't mind, malam ni kita dinner sekali nak tak?" Natalia mencuba nasib. Qaiser menggaru keningnya dulu.
"Sure, boleh. But I think not this night. Sorry."
"Why?"
"I've a plan already. Maybe next week? I akan contact you bila I free sikit."
Natalia mengeluh hampa namun kepala tetap diangguk perlahan.
"If you say so. I tak boleh nak paksa. But it's okay, I akan tunggu panggilan you." Natalia senyum manis.
"Thanks, Natalia. I pergi dulu, see you around."
"Alright, then. Bye, Qaiser."
Qaiser angkat tangan sebelum kakinya dihala menuju ke arah pakir kereta. Alya yang sedang memeluk tubuh sambil bersandar pada pintu kereta terus berdiri tegak bila alarm kereta berbunyi. Tak menunggu lama, terus saja dia masuk ke dalam kereta walaupun tuan punya kereta belum jemput masuk.
Pintu kereta ditutup perlahan sebelum dia mula menghidupkan enjin kereta. Seketika Qaiser menoleh memandang Alya di sebelah. Gadis itu langsung tak bersuara. Muka dia jangan cakap lah. Monyok semacam. Dia punya muncung mungkin dah boleh sampai Korea. Heh hiperbola sangat!
"Are you okay?" soal Qaiser sambil tangan menyentuh butang aircond.
"Okay."
"Natalia ada cakap apa-apa dekat awak ke sampai awak moody semacam ni?"
"Takde."
"Dah tu?"
"Qaiser, saya nak cepat-cepat balik rumah. Dah nak maghrib dah. Saya tak nak karang maghrib atas jalan." Bukan dia tak tahu, petang-petang macam ni tak sah kalau jalan tak jammed. Yalah, pakat balik kerja.
Qaiser menggumam.
"Yelah-yelah."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro