Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

[ MEDIA : RAIS AKASYAH ]

Puan Kamila merenjis sedikit air ke wajah Alya lalu disapu perlahan. Sesekali Iwana menepuk-nepuk Alya yang masih berbaring tidak sedarkan diri di atas ribaannya. Dah setengah jam Alya pengsan. Terkejut betul bila muka dia terpampang dalam internet tu. Huhu.

   Qaiser pandang Rais yang dah ke hulu ke hilir. Sesekali Rais pandang telefon bimbitnya yang asyik bergetar. Siapa lagi yang nak call kalau bukan wartawan-wartawan yang sedang dahagakan penjelasan? Kekecohan di majlis hari jadi Natalia sedang menjadi bualan hangat netizen sekarang ni. Muka Alya sebagai 'suspek' utama sudah tersebar luas. Memang famous terus si Alya ni.

   "Helo." Rais angkat juga panggilan yang entah dari siapa itu. Qaiser jongket sebelah kening apabila pandangannya dan Rais bertaut.

   "Kita orang selamat. Wartawan-wartawan semua tu tak tahu kita orang dekat mana sekarang. Kau tak payah risau lah." Rais berjeda. Sebelah tangan mencekak pinggang sambil kaki mundar mandir di ruang tamu keluarga.

   "What?!"

Membuntang mata Rais menoleh memandang Qaiser yang sedang duduk di atas sofa. Iwana, Puan Kamila dan juga Encik Rizwan turut menoleh memandang Rais. Wajah masing-masing sudah berkerut. Ingin tahu kenapa Rais terkejut sampai macam tu sekali. Qaiser bangun dari duduk seraya menghampiri Rais.

   "Okay-okay. Thanks, Joe. Apa-apa aku call kau balik. Boleh? Okay, baik." talian dimatikan. Rais tarik nafas dalam-dalam lalu dihela panjang.

   "Rais, apa jadi?" soal Qaiser.

   "Adam Devian tu lah. Dia dah buat report polis. Dia cakap Alya dah serang dia sampai hujung bibir dia berdarah." jawab Rais. Takut-takut dia nak pandang Encik Rizwan dan Puan Kamila. Takut kena marah. Yalah, kalau dia orang tak ajak Alya keluar ke birthday party Natalia malam tadi, mesti semuanya takkan jadi kecoh macam ni. Aduh! Nasi dah jadi bubur.

   "Apa? Dia buat report polis?!"

   "Benda kita dah boleh agak, Qai. Si Adam tu kan supermodel. Bila dah kena serang dengan Alya, mesti lah dia panas hati sampai buat report polis. Lagipun, hujung bibir dia berdarah dengan lebam sikit sebab kena tumbuk dengan Alya."

   "Kakak takkan suka-suka serang orang macam tu lah. Wana kenal kakak. Kalau orang tak cari pasal dengan kakak, dia pun tak gila lah nak serang orang melulu. Ini mesti si supermodel tu cakap apa-apa dekat kakak!" Iwana mencelah. Dia sudah mahu marah-marah. Puan Kamila usap perlahan bahu Iwana.

   "Maybe lah si Adam tu ada buat apa-apa dekat Alya." Rais mengangguk, menyokong apa yang diperkatakan Iwana. Ada betulnya juga tu. Lagipun, si Alya ni dah la garang. Kau usik dia sikit, sampai Pluto dia jentik kau. Memang tak balik-balik dah lepastu.

Qaiser merengus.

   "Kakak?" Puan Kamila tepuk pipi Alya yang mula menunjukkan tanda-tanda mahu sedarkan diri. Perlahan-lahan Alya buka mata. Tangan naik menyapu wajahnya yang basah. Ni renjis muka aku dengan air ke simbah dengan air? Lencun tudung-tudung!

   "Kakak? Kakak dah okay?" Iwana betulkan duduk bila Alya bangkit dari pembaringan. Lenguh paha dari tadi Alya baring!

Alya liarkan pandangan ke sekeliling. Dipandang satu persatu wajah yang ada di ruang tamu itu. Masing-masing menayang wajah kelat. Alya pejam mata.

   "Apa dah jadi? Maksud kakak, macam mana keadaan sekarang ni?" soal Alya, lemah.

Iwana pandang Rais.

   "Adam dah buat report polis. Dia cakap kau serang dia melulu lepastu mengakibatkan kecederaan dekat muka." jawab Rais. Terus mata Alya kembali terbuka. Rais yang sedang berdiri di tingkap dipandang.

   "Hah?! Dia buat report polis? Supermodel sotong tu memang dah melampau!" Alya berdecit.

   "Kakak, sabar dulu. Jangan nak marah-marah." tegur Encik Rizwan. Dia pun dah pening kepala. Hanya kejadian satu malam tu, anak daranya itu dah menjadi tumpuan media. Telefon bimbitnya juga asyik berbunyi. Malas dia nak angkat.

   "Masalahnya abah, supermodel sotong tu yang cari pasal dengan kakak dulu! Kakak dengar dia sembang dengan kawan dia. Dia cakap dia nak try-try kakak lepastu dah dapat apa yang dia nak, dia akan lepaskan kakak macam burung dalam sangkar. Apa dia ingat kakak ni perempuan jenis apa?! Perempuan lorong ke apa? Kalau dia tak cakap macam tu, kakak takkan bertindak nak tumbuk dia lah abah." rengus Alya, geram.

Qaiser dan Rais berpandangan. Rahang Qaiser dah bergerak-gerak. Marah mungkin.

   "Lagi kakak dengar dia cakap apa lagi?" Iwana menyoal.

   "Entah lah. Muzik kuat sangat, kakak tak tahu apa lagi yang dia cakap. Eei, bencinya!" Alya menyandarkan tubuhnya pada sofa. Seketika telefon bimbit Rais kembali bergetar. Panggilan dari Joe dijawab.

Entah apa yang dicakapkan Rais, hanya kedengaran sayup-sayup sahaja di pendengaran Alya. Dia sedang sakit hati dengan Adam Devian si supermodel sotong tu.

   "Alya, Adam nak jumpa." ujar Rais.

   "Kenapa dia nak jumpa kakak pulak?" Iwana menyoal, pelik.

   "Tak tahu. Joe call bagitahu yang Adam nak jumpa Alya. Adam boleh tarik balik report polis tu kalau dia buat perhitungan dengan Alya."

   "Perhitungan apa dia nak buat?" muka Qaiser dah berkerut-kerut.

   "Entah."

   "Jom lah. Aku tak sabar nak tengok muka supermodel sotong tu." Alya bangun dari duduk. Berkobar-kobar semangatnya nak pergi jumpa empat mata dengan supermodel tu. Nak tengok muka dia, kot lah ada senget dekat mana-mana lepas kena tumbuk malam tadi. Mana lah tahu, ada gigi tercabut beberapa puntung.

   "Kakak, tak payah lah." riak wajah Puan Kamila dah menunjukkan rasa risau yang bukan sedikit. Yalah, Alya tu anak daranya. Perempuan. Yang nak dibuat perhitungan tu lelaki. Perempuan dengan lelaki,ibu mana je tak risau?

Alya senyum segaris. Tangan Puan Kamila dipegang.

   "Ibu jangan lah risau. Kakak akan jaga diri kakak. Lagipun, Rais dengan Qaiser kan ada." Alya memujuk.

   "Nak abah ikut sekali tak? Abah tahu silat," Encik Rizwan menyingkap sedikit kain pelikatnya ke paras betis. Alya dan Iwana gelak.

   "Abah! Buat lawak pulak dia."

   "Alya, jom?" Rais mengajak. Alya mengangguk.

   "Hah, jom lah."

   "Tak nak tukar tudung dulu ke, kakak? Basah dah tu tudung." memuncung mulut Iwana menjuih ke arah tudung bawal yang tersarung di kepala Alya.

   "Takpe. Kejap lagi kering lah ni."

   "Hati-hati. Rais, Qaiser... jaga anak abah elok-elok."

Dahi Alya berlapis. Kenapa tiba-tiba gelarkan diri abah dengan 'abah'. Sejak bila dua ekor kumbang ni jadi anak abah? Hesy tak sukanya!

   "Okay abah. Tapi, boleh pinjam kereta tak?" Rais sengih. Alya mendengus.

   "Eei, tak malunya. Dah la panggil abah aku 'abah'. Sejak bila kau dapat mandat nak panggil abah aku 'abah' eh? Lepastu tak malu nak pinjam kereta abah aku. Pergi lah ambil kereta dekat homestay tu." Alya dah nak melenting. Jeles. Tak suka ada orang luar panggil abah dia 'abah'. Aaaa tak suka-tak suka!

Itu abah saya!

Encik Rizwan dan Puan Kamila menggeleng. Alya memang! Dari kecik lagi memang pantang ada orang panggil abah dia dengan panggilan 'abah'. Baginya, Encik Rizwan cuma ada dua orang anak sahaja. Takde anak lain. Anak angkat jauh sekali!

Iwana tepuk dahi. Dengan kawan sendiri pun nak jeles kakak ni!

   "Masalahnya sekarang ni Alya sayang... dekat homestay tu penuh dengan wartawan. Kau tahu tak? Disebabkan kes malam tadi, wartawan datang cari kita tahu tak?" terangkat-angkat bibir Rais. Alya menunduk.

   "So, nak salahkan aku lah ni? Yelah, memang salah aku pun. Aku minta maaf. Tapi supermodel sotong tu yang..."

   "Rais, rasanya kita kena gerak sekarang sebelum wartawan-wartawan dekat homestay sana sampai dekat sini. Lagi susah kita nak keluar rumah." Qaiser memotong. Dikerlingnya Alya yang dah pandang dia semacam. Kepala Rais terangguk-angguk.

   "Err abah, kunci kereta." minta Rais.

   "Jangan la panggil abah aku macam tu!" Alya jegil mata.

   "Hesy yelah-yelah. Pak cik, nak kunci kereta."

   "Kejap abah ambilkan."

   "Abah...." meleret-leret suara Alya, tanda tak suka.

   "Ye, abah tahu lah!" Encik Rizwan dah tergeleng kepalanya. Dia berlalu mencapai kunci kereta yang disangkut pada dinding kemudian diserahkan kepada Rais. Alya mengekori Rais dan Qaiser keluar dari rumah menuju ke bawah porch. Cepat-cepat mereka memboloskan diri ke dalam perut kereta Toyota Vios milik Encik Rizwan.

Kereta dipandu Rais keluar dari perkarangan rumah. Alya yang duduk di belakang menunduk apabila mereka melewati persimpangan yang berdekatan dengan homestay. Tu dia! Beberapa orang wartawan dah macam zombi sedang berkumpul di depan homestay. Hesy, gigih betul cari duit.

*****

"Pakai ni." Qaiser hulur mask berwarna hitam kepada Alya. Alya di belakang terpinga-pinga.

   "Kenapa saya nak kena pakai benda ni pulak?" soal Alya namun mask yang dihulur Qaiser disambut juga. Qaiser turut menyarung mask di wajahnya.

   "Safety. Takut ada paparazi." jawab Qaiser. Alya mengangguk faham seraya menyarung mask ke wajahnya. Dibetulkan kedudukan mask menutup mulut dan separuh hidungnya. Wuu, macam retis sangat kau ni Alya.

Sebuah kawasan tasik lama menjadi tempat Adam untuk bertemu dengan Alya. Nasib kawasan tasik ni sunyi, takde orang yang lalu lalang sangat. Qaiser, Rais dan Alya berjalan menghampiri sebuah pondok yang terletak di bawah pokok. Di situ ada dua orang lelaki. Seorang tu mesti lah Adam Devil eh bukan. Adam Devian. Dan seorang lagi tu mungkin kawan atau PA Adam.

   "Ehem." Qaiser berdehem dulu.

   "Hah, sampai pun. Ingat dah kecut nak datang jumpak." Adam gelak sinis. Alya pincingkan mata. Duhai, Alya. Sepatutnya lepas kau tumbuk dia malam tadi, kau patut koyak mulut dia tu. Biar menggelebeh besar. Geram betul lah.

   "Kenapa nak kena kecut pulak? Kau ingat aku ni sotong macam kau ke?" belum sempat Qaiser buka mulut, Alya awal-awal lagi dah menyembur. Adam menjeling geram. Gadis yang memakai tudung bawal berwarna pink dan mask di wajah betul-betul buat dia sakit hati. Bukan senang dia nak benci perempuan. Tapi si Alya ni haih.

   "Kau ni, aku buat report polis pun still kau tak rasa apa apa kan?" Adam cekak pinggang.

   "Kenapa? Lepas kau buat report polis, nanti polis datang tangkap aku lepastu sumbat aku dalam jail? Macam tu?"

   "Yes! Of course! Tapi disebabkan aku ni baik hati sikit dengan perempuan, aku hold lah kejap report tu. Kalau ikutkan, memang aku dah suruh polis heret kau masuk lokap dah tahu tak?" Adam bertenggek pada tembok batu di situ.

   "Tak kesah."

Rahang Adam bergerak gerak. Wah, perempuan ni! Melampaunya! Sakitnya hati aku.

   "Aku bagi kau choice. Kalau kau minta maaf lepastu sujud dekat kaki aku, aku akan tarik balik report polis tu. Kalau kau tak nak... welcome to the jail. Enjoy!" Adam jongket sebelah kening. Di sebalik mask yang menutupi mulutnya itu, mulut Alya dah terangkat. Dipandang Adam yang menayang wajah penuh bangga dan sombong itu.

Apa? Minta maaf? Sujud dekat kaki dia? Memang tak lah, brader.

   "Kenapa aku kena minta maaf lepastu sujud dekat kaki kau sedangkan aku tak ada salah pun dekat kau. Kalau kau tak cari pasal dengan aku, aku takkan suka suka tumbuk kau lepastu simbah kau dengan air tahu tak?" Alya peluk tubuh.

   "Aku cari pasal dengan kau? Bila masa? Kau dah gila eh?"

   "Kau yang gila sebenarnya. Kau ingat aku tak dengar apa yang kau cakap dekat kawan kau malam tadi? Kau nak try-try aku lepastu lepas dapat apa yang kau nak, kau nak lepaskan aku? Macam burung dalam sangkar. Kau dah lupa ke ayat kau yang tu? Dah hilang ingatan lepas aku tumbuk kau?"

Adam diam. Memandang Alya, tajam.

   "Memang aku cakap macam tu tapi kenapa kau yakin sangat yang aku tuju benda tu dekat kau?"

   "Dah memang jelas kau tuju dekat aku lah. That time, kau orang bercakap pasal PA Qaiser Ehsan. Am I right?" Alya peluk tubuh. Adam diam lagi. Tak tahu nak balas apa kerana apa yang diperkatakan Alya benar belaka.

Adam tarik nafas.

   "Whatever. Aku tetap nak kau sujud dekat kaki aku minta maaf. Now," mulut Adam sudah terjuih pada kakinya. Alya pandang kaki Adam sekilas sebelum kembali memandang wajah supermodel itu.

   "No."

   "Aku tengah baik hati sekarang ni Cik Alya. Minta maaf atau kau masuk jail?"

   "Aku takkan minta maaf dekat kau encik supermodel sotong. Macam ni lah, aku pun boleh report polis atas tuduhan gangguan seksual."

Adam gelak lepas.

   "Gangguan seksual? Hey kau dah gila ke apa? Kau ingat polis nak percaya ke cakap dekat kau?"

Baru Alya nak membalas, Qaiser yang tadinya lebih gemar memerhati membuka mulut. Masing masing menoleh memandang Qaiser.

   "Boleh. Sebab sebelum ni dah banyak kali kau buat kes keluar masuk hotel. Scandal sana sini dengan perempuan. Kalau kita orang buat report polis disebabkan kau cuba buat gangguan seksual dekat Alya, polis boleh percaya lah. Sebab rekod kau... tak bersih mana pun." Qaiser senyum sinis di sebalik mask hitam yang dipakainya. Adam genggam buku lima. Qaiser dipandangnya tajam.

   "Aku tetap dengan keputusan aku. Aku takkan minta maaf dekat kau. Kau boleh teruskan dengan report polis kau tu sebab aku pun akan buat benda yang sama. Sekarang pilihan dekat tangan kau, Adam Devian. Tarik balik report tu, dan kes selesai." Alya pusingkan tubuh membelakangi Adam. Matanya dipejam rapat.

   "Kau ni memang dasar keturunan sundal ke apa?!"

Alya kembali menghadap Adam lalu laju dia menghampiri lelaki itu.

Dush!

Alya terpaku. Niat dia mahu menumbuk Adam untuk kali kedua terbantut bila Qaiser awal awal lagi dah membelasah lelaki itu. Membulat mata Alya memandang Qaiser yang sedang mencengkam kolar baju Adam sehingga membuatkan lelaki itu terangkat. Jelas Alya dapat lihat urat urat yang timbul di tangan Qaiser. Qaiser marah ke?

   "Kita orang cakap baik baik dengan kau. Rasanya, tak perlu kot kau nak gelar orang macam tu. Nak babitkan keturunan bagai." ujar Qaiser, masih mencengkam kolar baju Adam. Adam pegang tangan Qaiser. Lemas dia diperlakukan begitu.

   "Lepaskan aku lah!"

   "Kau minta maaf dekat Alya, sekarang!"

   "Lepaskan aku lah!"

Qaiser semakin mengetatkan cengkamannya pada kolar baju Adam. Terbatuk batuk lelaki itu dibuatnya.

   "Okay okay! Aku mintak maaf! Puas hati?!" jerit Adam sebelum Qaiser melepaskan tubuhnya kasar. Adam pegang lehernya. Tercekik bila Qaiser menarik kolar bajunya tadi. Sesak nafas!

   "Mintak maaf sekali lagi." Qaiser berundur beberapa tapak ke belakang. Adam jeling Alya yang cuma diam memerhati.

   "Aku minta maaf. Aku akan tarik balik report polis tu. Aku mengaku aku salah, aku minta maaf!" Adam rasa egonya sudah berada di bawah telapak kakinya. Tadi, bukan main lagi dia suruh Alya sujud meminta maaf di kakinya. Tapi sekarang ini terbalik pula. Hah, dia kalah dengan mereka.

Rais simpan telefon bimbitnya ke dalam kocek sweater. Dia baru sahaja habis merakam babak tadi. Lepasni boleh la nak tengok untuk hilangkan stress.

   "Benda settle. Tarik balik report polis, jelaskan dekat media yang semuanya salah faham." Rais bersuara. Tadi dia tengah seronok record video. Adam mengangguk sambil mengurut perlahan lehernya.

   "Good." Rais angkat thumbs up lalu berlalu meninggalkan pondok tersebut bersama Alya dan Qaiser. Hilang sahaja susuk tubuh mereka bertiga, Adam menjerit kuat. Botol kosong yang ada di situ disepaknya sekuat hati.

   "Ahh, bodoh lah! Hancur plan aku!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro