Bab 1
Pili air ditutup sebelum dia mengeringkan tangannya pada kain bersih yang disangkut pada pemegang peti ais. Kemudian, dia menuju ke arah rak pinggan. Mencapai jag plastik untuk membancuh minuman panas. Kejap lagi, abahnya Encik Rizwan akan pulang daripada masjid. Semestinya abahnya akan meminta secawan kopi. Menu wajib.
"Kakak dah makan ke?" tiba-tiba satu suara menegur dari belakang. Alya menoleh. Dipandangnya Puan Kamila, ibunya.
"Dah, ibu. Ibu nak makan ke?"
"Haah. Lapar pulak tiba-tiba,"
"Kejap, kakak siapkan lauk."
"Eh, tak payah. Bancuh je air tu, kejap lagi abah balik." Puan Kamila bergerak mencapai pinggan kaca kemudian berlalu ke meja makan. Siap membancuh minuman, Alya membawanya ke meja makan. Diletak perlahan jag plastik itu di atas talam bulat.
"Wana mana? Dari tadi tak keluar-keluar bilik. Dia tak lapar ke?" Puan Kamila menyoal, merujuk kepada Iwana, adik kepada Alya.
"Entah. Pengsan kot dalam bilik tu,"
"Eh! Tak baik cakap macam tu. Pergi tengok Wana dalam bilik, entah apa budak tu tengah buat." Puan Kamila menjeling sambil menggeleng perlahan kepalanya. Alya sengih, tahu salah sendiri.
"Baiklah, Puan Kamila sayang... Alya Insyirah menurut perintah."
Alya berlalu. Nampak sahaja pintu bilik si adik, terus diterjahnya tanpa diketuk terlebih dahulu. Ala, adik beradik mana zaman sekarang ni yang ketuk pintu dulu sebelum terjah masuk bilik? Cer bagitahu. Kalau ada pun, satu dalam seratus atau dua dalam dua ratus. Hehe.
"Astaghfirullahalazim Iwana Nasuha!" Alya bercekak pinggang. Membuntang matanya melihat keadaan bilik adiknya sekarang ni. Bersepah! Gumpalan tisu-tisu berselerak di atas lantai. Raga sampah pun dah penuh dengan tisu. Sampai melimpah-limpah. Dipandang tajam Iwana yang sedang meniarap di atas katil sambil menghadap komputer riba berjenama Acer. Sehelai tisu ditarik dari dalam kotak lalu dibawa ke hidung.
Sreeettt!
Digumpalnya tisu tersebut lalu dilempar ke bawah. Ewww! Pengotornya perempuan ni!
Alya menghampiri. Terus komputer riba yang dari tadi ditatap Iwana ditutup. Iwana angkat kepala, memandang Alya yang dah menyinga. Terus dia bangun dari posisi meniarapnya dan duduk bersila.
"Kakak! Kenapa kacau orang?! Suka hati je tutup laptop orang!" rengus Iwana, geram. Tangan cuba membuka kembali komputer riba tersebut sebelum Alya menahannya. Lagi sekali Iwana merengus kasar.
"Kau ni, cuba lah sedar diri tu sikit. Kau tengok bilik kau ni, dah macam tongkang pecah. Kakak rasa lagi teruk dari tongkang pecah. Tongkang hancur terus!"
Iwana panjangkan leher memandang ke bawah katil. Gumpalan tisu-tisu dan juga raga sampah yang dah melimpah dipandang sepi.
"Kejap lagi orang bersihkan balik lah. Orang belum habis lagi tengok cerita ni,"
"Cerita apa yang hebat sangat sampai kau boleh menangis sampai terkeluar tahi mata ni hah?"
Iwana sebek. Perlahan-lahan dia membuka komputer riba miliknya. Skrin yang terpampang video seorang lelaki sedang terbaring lemah di atas katil hospital dimainkan. Ada seorang perempuan sedang menangis penuh perasaan di tepi katil lelaki itu. Berlagu-lagu tangisannya.
"Movie ni sedih gila, kak. Suami dia tengah nazak sebab accident. Dah la dia tengah sarat pregnant, macam mana dia nak survive kalau suami dia meninggal nanti?" Iwana menangis. Sehelai tisu ditarik kemudian dibawa ke hidung. Sreeettt!
Alya buat muka loya. Nak muntah! Eei, adik siapa ni lah perangai tak semenggah betul. Ini, kalau bakal suami nampak memang dia cari lain lah. Kalau bakal mak mentua tahu, belum pun kaki jejak lantai rumah dah dihalaunya balik. Sadis!
"Kau nak menangis ke, melalak macam putus kaki ke... jangan lah jadi pengotor!" dahi Iwana dijentik.
"Aww! Sakit lah kakak!"
"Padan muka. Sekarang ni, kakak nak kau pause cerita kau tu. Kau kutip tisu-tisu yang penuh dengan hingus kau ni lepastu buang. Raga sampah tu dah melimpah-limpah. Pergi buang sekarang!"
"Kejap lagi..."
"Se-ka-rang!" jari telunjuk Alya sudah menunding ke arah pintu bilik. Lambat-lambat Iwana turun daripada katil. Tisu-tisu yang berselerak atas lantai dikutipnya satu persatu lalu disumbat ke dalam raga sampah. Alya memeluk tubuh, memandang si adik yang terbongkok-bongkok mengutip. Kepalanya tergeleng-geleng.
"Pengotor betul kau ni. Nasib kau takde boyfriend. Kalau kau ada boyfriend, aku suruh dia tinggalkan kau terus!"
Iwana pandang Alya. Bibir sudah tercebik-cebik.
"Sampainya hati kakak cakap macam tu."
"Kira okay lah tu sampai hati. Kalau sampai kaki, dah lepas ke bulan kau agaknya. Tunggu raya cina baru balik." sarkastik ayat-ayat yang keluar dari mulut Alya. Sungguh menikam kalbu! Iwana tahan rasa. Tak tahu nak marah ke, nak nangis ke, atau nak gelak dengar ayat yang keluar dari mulut kakaknya itu.
"Tak payah la buat lawak."
"Bila masa pulak kakak buat lawak? Kakak serius ni." Alya jegil mata. Iwana angkat raga sampah lalu melangkah keluar daripada bilik. Hilang sahaja kelibat Iwana, Alya labuhkan duduk di birai katil. Video yang tadinya dihentikan, dia mainkan kembali.
"Abang... jangan lah pergi tinggalkan saya dan anak kita. Abang tahu tak, bertahun-tahun kita kahwin akhirnya Allah kurniakan zuriat dekat kita. Zuriat yang kita berdua nanti-nantikan selama ni, abang. Tapi kenapa... kenapa sekarang abang macam ni? Abang tak kesiankan saya ke? Abang sanggup biarkan saya dengan anak kita macam ni? Bangun lah, abang... Saya perlukan abang. Abang..."
Suara pelakon wanita itu kedengaran begitu sayu diselang seli dengan tangisan yang menjadi-jadi. Seorang lelaki terbaring lemah di atas katil hospital. Wayar berselirat, satu badan habis berbalut. Bunyi mesin defibrilator kedengaran turun naik.
Alya kembali menekan butang pause. Hujung mata yang tiba-tiba berair dikesat. Cis! Tisu betul hati ni sampai boleh termeleleh air mata aku. Patut lah Iwana menangis separuh gila tadi. Lakonan macam real! Dengar sahaja bunyi derapan tapak kaki Iwana, Alya cepat-cepat mengawal riak wajahnya.
"Tak ada lah sedih mana pun cerita ni. Tipikal cerita melayu. Still tak boleh challenge movie Miracle In Cell No 7," cebik Alya. Iwana menjeling.
"Tak payah la nak banding-bandingkan movie melayu dengan movie korea kakak tu! Sibuk betul." Iwana jeling geram. Bukan dia tak kenal kakaknya ni. Dua puluh satu tahun dia hidup dengan seorang Alya Insyirah. Kakaknya memang tak berkenan langsung dengan drama atau movie melayu. Sebut lah drama atau movie melayu yang tengah meletup sekarang ni, sumpah satu pun kakak dia tak tahu. Artis melayu lagi lah dia tak ambil tahu. Tambah-tambah pelakon baru. Langsung tak kenal. Nasib baik Nasir Bilal Khan dia kenal. Itu pun sebab tengok cerita Tanah Kubur.
Artis apa yang kakak dia tahu? Sini, nak senaraikan.
Lee Min Ho.
Kim Woo Bin.
Park Seo Joon.
Song Joong Ki.
Lee Kwang Soo.
Artis korea je yang kakak dia layan. Kakak dia mana lah layan artis-artis Malaysia ni! Haih.
"Dah, kau nak sambung melalak ke... kau sambung lah. Ingat, jangan sepahkan balik bilik kau ni. Kalau tak, kakak bakar bilik kau biar rentung." Alya menjeling lalu melangkah keluar daripada kamar itu.
"Kakak!"
"Apa lagi kau ni?"
"Lapar lah. Boleh tolong buatkan maggi?"
"Maaf, malam ni kurang rajin sikit sebab ada date dengan Lee Jong Suk." Alya senyum sekali sebelum menghilang di sebalik pintu bilik. Iwana mencebik. Ha, tengok lah tu. Date dengan Lee Jong Suk konon! Tak habis-habis!
*****
"Okay, baik. Nanti saya akan bincangkan hal ni dengan Qaiser. Ya, baik. Apa-apa saya akan call you, terima kasih." Rais matikan talian sebelum dia menghampiri Qaiser yang sedang duduk di atas kerusi rotan. Kakinya elok disilangkan di atas meja kaca bulat.
Hmmm... beradab sangat!
"Qai," Rais labuhkan punggung di atas kerusi rotan berhadapan dengan Qaiser yang ralit bermain dengan telefon bimbit miliknya.
"Hmmm?"
"Bernard call. Dia nak kasi kau job,"
"Filem atau drama?"
"Drama 16 episod. Alah kau ni, Bernard mana lah pernah run filem lagi. Ni, dia offer kau watak utama. Nak ke tak nak?"
Qaiser angkat kepala, memandang wajah Rais- sepupunya merangkap pengurusnya.
"Siapa heroin?"
"Natalia."
Qaiser diam. Natalia. Artis wanita yang dah hampir sepuluh tahun berkecimpung dalam dunia lakonan. Senior-nya dalam dunia seni hiburan. Jarang Natalia terpalit dengan kontroversi. Kalau ada pun disebabkan gosipnya dengan businessman berpangkat datuk. Tapi kontroversi itu tak berpanjangan.
"Qai? Setuju ke tidak?"
"Aku nak tengok skrip dulu. Nak kena bincang dengan Bernard dulu," balas Qaiser. Rais angguk.
"Payment lumayan, Qai. 30k. Rugi kalau kau tolak. Lagipun, kau pair dengan Natalia kot," Rais dah tayang muka penuh teruja. Tiga puluh ribu! Cuma perlu menjayakan watak utama dalam sebuah drama pendek 16 episod. Qaiser, artis yang berbakat. Kehebatan lakonannya, tak boleh disangkal lagi. Kalau tidak, masakan filem pertamanya yang berjudul 'Pergi' itu mencapai kutipan sehingga jutaan ringgit dalam masa satu bulan tayangan?
"Payment tu, jatuh nombor dua. Aku nak jumpa Bernard dan bincang dengan dia dulu. Aku nak tahu, aku kena pegang watak sebagai apa dan jalan cerita macam mana. Aku tak nak nampak macam desperate sangat disebabkan payment 30k tu. Well, Rais. Aku sebagai artis tak boleh pakai ambil je job tu. Kena tapis," Qaiser kenyit mata sekali sebelum kembali menatap skrin telefon bimbitnya.
Rais menggumam.
"Yelah, aku inform Bernard dulu. Set tarikh dulu dengan dia,"
"Kau uruskan je, Rais. By the way, esok ada apa-apa tak?" soal Qaiser.
"Esok kau ada photoshoot untuk majalah Maskulin. 9am sharp, kau jangan nak melambat pula esok. Kau sebagai Qaiser Ehsan, kena tunjuk yang kau tu seorang yang menepati masa. Baru orang respect kau, lepastu job berlambak-lambak masyuk. Siapa untung? K..."
"Kau yang untung!"
Rais sengih selepas itu. Ya, dia sebagai pengurus yang untung sebab Qaiser langsung tak berkira dengannya. Yalah, dah nama pun sepupu- ahli keluarga. Qaiser gelak, menggelengkan kepalanya. Apa-apa saja lah Rais Akasyah oi!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro