Drama Huru Hara
"ABANG! TUNGGU!" Fang mengejar sebuah kereta milik abangnya tetapi akhirnya dia terjatuh di atas jalan raya. Lutut kakinya luka sedikit. Dia menangis bukan kerana sakit dilututnya tetapi sakit di hatinya "KENAPA ABANG TINGGALKAN ADIK!" Tiada jawapan yang dia dapat. Hanya tiupan angin mendayu sahaja menjadi peneman dia pada masa itu
Kaizo tidak berpatah balik untuk mengambil adiknya. Fang dibiarkan begitu sahaja. Fang duduk di atas jalan raya sambil menangis seorang diri. Dia mahu abang dia balik, dia mahu abang dia patah balik dan ambil dia bersama. Kenapa ini semua berlaku? Apa salah aku? bisik di hati Fang yang dia tidak ketahui jawapannya. Fang telah dihantar ke sebuah keluarga angkat. Di situ, dia dapat hidup dengan bahagia tetapi Kaizo silap. Fang perlukan abang dia. Fang hanya mahukan kasih sayang dari abang dia
"Jangan menangis, Fang. Nanti abang kamu akan datang untuk menjenguk kamu di sini" kata seorang wanita yang sangat lemah lembut
"Betul ke abang akan datang balik?" Wanita itu angguk sambil hulurkan tangannya. Tangan kecil Fang menyahut tangan wanita itu. Lalu dia bangun dari situ "Fang akan tunggu abang kembali"
"Sementara itu, mari kita berkenalan dengan anak-anak aunty. Tapi.. kalau kamu nak panggil saya ibu pun boleh juga. Fang sudah menjadi sebahagian keluarga aunty juga"
"Bagaimana dengan abang?" tanya Fang yang muda dan comel itu. Dia tidak tahu bahawa abang dia tidak mampu untuk menjaga Fang. Dia perlu bekerja tetapi siapa yang ingin jagakan Fang semasa ketiadaan dia nanti. Kaizo telah membuat keputusan untuk berikan Fang kepada mana-mana keluarga yang ikhlas menjaga adiknya
"Abang kamu perlu bekerja untuk mencari duit. Nanti-nanti abang kamu akan kembali ke sini. Jangan risau, aunty akan jaga Fang dengan baik. Mari masuk ke dalam rumah aunty" Wanita itu memimpin tangan Fang untuk masuk ke dalam rumah "Fang boleh berkawan dengan anak-anak aunty. Dia orang ni boleh dikatakan nakal tapi baik sebenarnya"
"Siapa anak-anak aunty tu?" Wanita itu tidak menjawab kerana ketujuh-tujuh anaknya sudah pun berada di ruang tamu sedang bermain video game di television
"Inilah anak-anak aunty. Anak aunty adalah kembar 7" Terkejut Fang di situ. Mata dia melihat satu per satu anak wanita itu. Muka mereka hampir sama tetapi topi mereka dalam pelbagai gaya dan pelbagai warna. Setiap topi mereka akan simbol yang berlainan "ANAK-ANAK KU! BERATUR SEMUA!" Dengan begitu tertibnya, mereka tinggalkan video game tersebut dan terus berbaris di hadapan ibu mereka
"Aunty memperkenalkan.. Halilintar, Taufan, Gempa, Blaze, Ice, Thorn dan Solar" Fang rasa pelik dengan nama-nama tersebut. Lalu dia melihat muka aunty itu dengan perasaan peliknya "Kenapa Fang?"
"Apasal nama dia orang pelik-pelik. Bukan ke itu adalah nama element-element yang ada di bumi"
"Errr... itu sebab aunty ni gilakan element.. hehehee.. jadi, maafkan nama mereka semua yea. Pergilah berkawan dengan dia orang, aunty nak pergi masak sekejap. Anak-anak ku, jangan nak buli dia pula"
"BAIK IBU!" Jawap para kembar element. Wanita yang bernama Keiko itu terus masuk ke dalam dapur untuk sedia makan malam mereka
"WAH! KITA ADA ADIK BARU!" kata Blaze yang sangat teruja melihat Fang "Jadi kami adalah abang kembar kamu"
"Err.. aku ada seorang sahaja abang" balas Fang. Dia rasa takut pula apabila melihat mata-mata para kembar itu melihat diri dia. Apa yang berlaku seterusnya, mereka semua peluk Fang seerat-eratnya "WEI WEI! Jangan peluk akulah"
"Janganlah macam tu, kau kan sudah menjadi adik kita orang. Jadi kita mestilah nak bermesra dengan adik angkat baru kita ni" kata Gempa sambil tersenyum kecil
"Betul tu! Aku dapat rasakan kita semua akan menjadi adik beradik yang rapat! Bolehlah aku ajak kau bermain dengan aku dan Thorn nanti" kata Taufan
"Eh kejap.. umur korang berapa sebenarnya?"
"Umur kita orang adalah 14 tahun" balas Halilintar. Suara dia serius seperti Kaizo. Fang sudah mula merindui abang kandung dia "Kenapa? Kau sama umur dengan kita orang ke?"
"Yea, sama umur tapi.. KORANG BUKAN ADIK BERADIK AKU!" Fang menolak Ice dan Blaze untuk lari dari mereka semua. Dia terus masuk ke dalam satu bilik dan kuncikan diri dia di dalam bilik itu. Dia bersandar di belakang pintu. Sedikit demi sedikit dia terduduk di situ sambil memeluk lututnya. Dia menangis seorang diri di dalam bilik itu
----------------------------------------------------------------------------------------------------
1 jam sudah berlalu. Fang tertidur di tepi pintu bilik. Air matanya masih lagi mengalir keluar kerana mimpi dia asyik berulangkali tentang kejadian tadi. Dia asyik menjerit nama abangnya sehinggalah satu ketukan di pintu membuat dia terjaga
"Fang, marilah makan. Ibu ada sudah sediakan makan malam untuk kita semua" Fang tidak membalas jeritan dari seseorang itu "Fang, bukalah pintu ini"
"Gempa, dia tak nak buka pintulah"
"Aku tahu Thorn tapi tak kan nak biarkan Fang duduk dalam bilik seorang diri dengan perut kosong dia. Nanti ibu risau pula kalau tiba-tiba dia jatuh sakit. Kita sebagai adik beradik angkat dia, kenalah jaga dia dengan baik. Nanti abang dia ingat kita ni buli adik dia pula" kata Gempa
"Ohh.. betul juga cakap kau tu. Kalau macam tu, kita jangan mengalah! Kita ketuk pintu ni sampai dia buka" Lalu beberapa ketukan telah dibuat oleh Thorn tanpa berhenti "Fang bukalah, Fang bukalah, Fang bukalah, Fang bukalah, Fang bukalah! Fang bukalah!.." Fang mula berapi-api kerana telah menganggu dia untuk bersendirian
"WOI! BOLEH SENYAP TAK! KAU PERGI AJELAH MAKAN DENGAN GEMPA BUMI KAU TU!"
"Gempa bumi?" kata Thorn disebalik pintu itu
"WEI WEI! Apasal... kau goyang-goyangkan... aku... adeh.. pening.. kepala.. aku"
"Dia panggil kau Gempa bumi, jadi aku goyang-goyangkan kau untuk jadikan Gempa bumi. Macam mana? Ada apa-apa perubahan tak?"
"Aku pergi makan dulu" kata Gempa dengan nada marah dia "Fang, kalau kau nak makan. Turunlah, makanan kau sentiasa tunggu dekat bawah tu" Fang masih lagi tidak berganjat dari tempat duduknya. Dia biarkan Gempa dan Thorn pergi dari situ
"Wei, kau pergi ajelah turun makan daripada sibuk dalam bilik aku" Fang terkejut dengan datangnya satu suara di dalam bilik itu
"Ha-hantu ke tu?" Fang bangun dari situ dan melihat seseorang sedang terbaring di atas katil sambil garu-garu punggungnya kerana gatal
"Aku bukan hantulah, aku Ice" balas Ice sambil menguap besar
"Macam mana kau boleh ada dalam bilik ni? Bukan ke tadi kau ada dengan dia orang?"
"Itu tadi, lepas tu aku panjatlah untuk masuk ke dalam bilik aku ni." Tingkap bilik itu terbuka luas. Fang melihat mata Ice masih lagi pejam tapi mulut dia bercakap "Kalau kau nak tahu, aku ni kaki kuat tidur. Suka tidur sepanjang masa"
"Jadi, kau boleh di kategorikan sebagai pemalas"
"Boleh dikatakan begitu" kata Ice yang tidak membantah "Kalau kau biasakan diri dengana kembar-kembar aku ni. Kau perlu tahu setiap seorang daripada mereka adalah berbeza"
"Maksud kau?"
"Maksud aku.. personality mereka yang berbeza-beza. Halilintar ni nampak serius, tak reti senyum tapi sebenarnya baik. Taufan seorang yang periang tapi tahu juga bila nak serius, Gempa seperti abang sulung kami semua. Dia tu macam ketua dan paling matang sekali. Blaze suka macam Taufan, periang dan suka bermain tapi kalau dia mengamuk. Habis satu rumah, sudah macam kena puting beliung. Thorn pula sengal dan bendul. Dia suka bermain tapi selalu sangat dipermainkan oleh orang lain. Solar tu, aku tak pasti sebab sepanjang hidup kami, dia tu blur memanjang. Agaknya personality dia begitu, seorang yang blur tapi keunikan tentang dia adalah dia seorang yang pandai"
"Ohh.. dan kau pula kaki pemalas dan kuat tidur?" Fang melihat Ice sudah pun tidur "Cheh, tidur pulak dia ni"
Fang membuat keputusan untuk mengenali mereka dengan lebih dekat. Manalah tahu, satu hari nanti, salah satu daripada mereka akan menjadi kawan baik atau adik beradik paling rapat dengan dia. Jadi dia mencuba walaupun hati dia tidak begitu gembira sangat. Dia masih lagi perlukan abang dia tapi dia perlu kuat. Kalau dia kuat, mungkin abang dia akan kembali dan ambil dia dari sini. Tangan dia sudah pegang tombol pintu, lalu dia pusingkannya secara perlahan. Dia mengintai sedikit di bahagian luar bilik, tiada siapa di situ. Lalu dia membuka luas dan mengambil langkah keluar. Dari situ, dia boleh mendengar huru haranya di dalam dapur. Kaki dia berjalan sedikit demi sedikit ke dapur. Dia tersenyum sedikit apabila melihat para kembar makan malam dengan cerianya
"Fang! Datang pun kamu. Mari duduk dekat sebelah Solar" Keiko tarik keluar kerusi di sebelah Solar "Mari makan bersama. Hari ini aunty ada masak nasi ayam" Fang duduk di sebelah Solar sambil melihat Gempa dan Halilintar letak pinggan dan cawan di depan dia. Keiko letakkan satu senduk nasi dan beberapa ketul ayam di dalam pinggan itu. Taufan berikan sup dan sambal kepada dia. Fang mula menangis di situ
"Kenapa kau menangis?" tanya Gempa
"Korang begitu baik dengan aku walaupun aku baru sahaja diterima masuk ke dalam keluarga ini. Korang buat begitu, buatkan aku semakin rindu dengan abang aku"
"Dia akan datang balik. Percayalah" Keiko peluk Fang dengan penuh kasih sayang "Tapi berapa lama dia akan pergi, itu aunty tidak dapat nak katakan. Fang duduk sahaja di sini dan tunggu sehingga dia datang balik. Bila dia sudah kembali, aunty pasti.. dia sudah bersedia untuk ambil kamu balik"
"Tapi kalau dia tak nak ambik Fang, macam mana?"
"Dan aunty akan menjaga kamu selama-lama dan anggap kamu sebagai anak aunty sendiri. Fang makan ok, aunty tak nak Fang jatuh sakit. Abang kamu pun tak tengok kamu sakit. Dia nak adik dia sihat" Fang mengesat air matanya. Lalu dia makan di situ sambil melihat gelagat adik beradik kembar itu. Betul kata Ice tadi, personality mereka berbeza tetapi memang sangat huru hara. Solar asyik blur sahaja apabila Taufan ceritakan satu kisah lawak. Thorn selalu dipermainkan oleh Halilintar, kasihan dia. Gempa selalu marah kepada Halilintar kerana menganggu Thorn. Blaze pun, tiada siapa yang berani buat dia panas baran. Jadi, apa sahaja yang dia nak, dia akan dapat. Fang pula rasa bertuah berada di dalam keluarga ini
-------------------------------------------------------------------------------------------
Pada malam itu, Fang tidak begitu mengantuk. Dia duduk di tepi tingkap bilik Ice. Dia terpaksa berkongsi bilik dengan Ice. Dari situ, dia merenung jauh ke langit sambil fikirkan tentang abang dia
"Abang dekat mana? Abang sudah makan ke? Abang ingat tak, abang selalu bagi adik makan dulu. Kalau adik habiskan makanan, abang tak marah. Abang cuma minum air kosong sahaja tapi adik selalu tinggalkan sedikit makanan untuk abang. Itu pun abang masih lagi menolak kerana abang takut kalau adik lapar lagi tapi adik tak lapar, adik nak abang makan juga. Adik tak nak abang menahan kelaparan abang sebab adik terlampau sayangkan abang. Abang.. adik tak tahu abang berada dekat mana sekarang ini tapi adik berharap, abang tidak akan lupakan adik. Abang pasti akan kembali.."
Jauh dari situ, Kaizo sedang mengelap sebuah meja di sebuah restaurant. Dia bekerja keras untuk dapatkan wang untuk menyara kehidupan dia tapi buat masa sekarang ini, biarlah dia kumpul duit terlebih dahulu. Dia mahu kehidupan dia stabil dan apabila dia berjaya, dia akan kembali untuk mengambil adik dia balik
"Pang, kau tinggal di sana dulu. Bagilah abang masa untuk betulkan balik kehidupan kita. Maafkan abang kerana abang terpaksa buat begini. Abang cuma mahukan yang terbaik untuk diri Pang"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro