Chapter 9
Pagi yang indah, udara yang segar, angin yang bertiup begitu tenang sekali dan tiada apa dapat merosakkan rasa kebahagian Fang pada pagi itu. Dia menarik nafas untuk menghirup udara segar pada pagi itu. Hati dia cukup senang sekali pada hari itu kerana abang dia. Fang tahu abang dia tidak akan pergi mana-mana selepas ini. Abang dia akan kekal tinggal di bandar ini sehinggalah mereka berdua dapat tinggal bersama balik. Fang akan tunggu waktu itu akan tiba. Buat sementara ini, dia akan kembali menjadi pelajar sekolah dan bersuka ria dengan kawan-kawan baru. Sewaktu dia di berhentikan sekolah, hati dia cukup sedih kerana dia suka belajar terutama sekali dalam mata pelajaran matematik. Apabila dia dapat tahu dia dapat kembali ke sekolah semula, hati dia cukup teruja tetapi pada waktu yang sama, hati dia cukup sedih kerana pada ketika itu, dia telah ditinggalkan oleh abang dia. Sekarang ini, segalanya sudah berubah. Dari rumah hinggalah ke kawasan sekolah, dia asyik tersenyum seorang diri sahaja. Sehingga adik beradik kembar pun tidak berani untuk membuat senyuman itu hilang dari wajah Fang
"Kau nampak begitu ceria hari ni"
Fang menoleh kebelakang untuk melihat siapakah yang menegur dia di waktu pagi itu. Kelihatan seorang gadis, kawan baik kepada adik beradik kembar itu. Gadis itu adalah Yaya. Dia baru sahaja sampai ke sekolah. Kawan baik dia berbangsa cina itu, tiada di sebelah Yaya. Mereka berdua tidak pernah renggang dan selalu bersama ke mana sahaja mereka pergi. Ini pertama kali Fang nampak mereka berdua tidak bersama
"Aku nampak ceria sebab abang aku"
"Oh.. jadi abang kau takdelah larikan diri dia daripada kau. Baguslah tu, Fang" kata Yaya dengan lemah lembutnya. Walaupun bertuturan dia agak lembut tetapi dia sebenarnya adalah gadis yang sangat tegas "Aku gembira melihat kau gembira begini"
"Hehee.. terima kasih" Fang garu-garu kepala belakang dia sambil tersengih "Tapi.. aku cuma boleh jumpa dia pada hari minggu sahaja"
"Oklah tu, Fang. At least korang berdua dapat berjumpa. Bolehlah kau pergi berjalan-jalan dengan abang kau pada hari minggu" kata Yaya
"Mungkin juga.. lagipun, dia mesti sibuk dengan kerja dia time macam ni. Jadi aku takdelah kisah sangat sebabnya aku faham.. aku tahu dia sedang berusaha keras untuk mengumpul duit. Aku tak naklah ganggu dia" Fang mendongak ke langit. Dia terbayangkan wajah abang dia ada di langit biru itu "Berusahalah abang ku"
"Kau pun kenalah berusaha juga"
"Terima kasih Yaya. Mana kawan kau si Ying tu?"
"Dia lewat sedikit hari ini. Jadi aku terpaksalah pergi ke sekolah seorang diri. Mari kita tunggu yang lain dekat tepi sana" Yaya tudingkan jarinya di sebuah gazebo kayu yang terletak tidak jauh dari pandang sekolah
Di sekolah itu terdapat dua gazebo. Gazebo itu selalunya dipenuhi dengan pelajar-pelajar lain tetapi pada hari ini, mereka sangat bertuah kerana kedua-dua gazebo itu kosong. Mungkin dia sampai sekolah begitu awal? fikir Fang
Mereka berdua masuk ke dalam gazebo itu. Di tepi dalam gazebo itu mempunyai dua bangku kerusi untuk di duduk. Fang duduk di situ sambil memerhatikan persekitaran di luar gazebo tersebut. Masih awal lagi, ada pelajar yang masih belum sampai lagi. Adik beradik kembar juga belum tiba di sekolah. Selalunya di waktu pagi begini, mereka akan bersarapan terlebih dahulu sebelum bertolak ke sekolah. Fang dapat bayangkan suasana di dapur dengan suara jeritan mereka. Keadaan dapur itu begitu riuh-rendah sekali. Dia tergelak sedikit kerana perangai mereka yang suka menjerit sesama sendiri
"SELAMAT PAGI!" Datang suatu suara yang membuatkan Fang hilang mood sedikit "SELAMAT PAGI YAYA! SELAMAT PAGI LANDAK!"
"Selamat pagi, Lily" kata Yaya
"WAH! Landak sampai awal tapi kenapa my GEMPA-CHAN SAMPAI LAMBAT! Tak boleh jadi ni!"
"Wei Lily, sesuka hati dialah nak sampai awal ke, lambat ke, tak nak datang langsung ke.. itu hak dia!" kata Fang dengan sedikit nada kemarahan dia
"Kalau tak datang langsung tu.." Lily terfikir sejenak "MAKNANYA MY GEMPA-CHAN TAK SIHAT?! Tapi... adakah dia ponteng sekolah? Tak mungkin.. GEMPA BUKAN KAKI PONTENG! Lily kenal dia!" kata Lily sambil mengangguk kepalanya
"Lily, Lily.. pagi-pagi lagi kau sudah buat bising"
"Hehehe.. maaf Yaya. Lily kan suka buat bising dekat mana-mana sahaja. Itulah keistimewaan pada diri ku ini" kata Lily sambil tersengih
"Hmmm... keistimewaan konon" bisik Fang
Mata Fang terpandang di pintu pagar sekolah. Adik beradik kembar itu sudah pun tiba di perkarangan sekolah. Mereka sedang berborakkan tentang sesuatu, cuma Ice sahaja yang tidak sertai perbualan itu. Muka Ice seperti orang tidak cukup tidur. Thorn kelihatan gembira bersama adik beradik kembar dia. Halilintar tersenyum kecil dan mata dia terpandang Fang yang asyik memerhatikan mereka dari jauh
"GEMPA-CHAN SUDAH SAMPAI!" Lily melambai-lambai ke arah Gempa tetapi malangnya, Gempa tidak menyedari lambaian itu "GEMPA! GEMPA! GEMPA!"
"Wei, jangan menjerit boleh tak?"
"Hehehe.. maaf landak" Lily tersengih. Lalu dia melambai-lambai lagi dan akhirnya Gempa membalas lambaian Lily tadi "GEMPA-CHAN! LILY ADA BAWA BEKALAN MAKANAN UNTUK GEMPA!"
"MAKANAN!" Gopal muncul di dalam gazebo itu
"Sebut pasal makanan aje, terus kau muncul" bisik Fang "Wei, kau takde kerja lain ke.. asyik makan aje"
"Sebab itu adalah hobi aku tapi jangan salah sangka pula. Walaupun aku kuat makan tapi badan aku tetap sihat!"
"Ha ah, betul kata Gopal" kata Yaya "Dia tu adalah penjaga gol untuk pasukan bola sepak sekolah kita"
"Hmm.. hebat juga" Fang tidak begitu teruja dengan kata-kata Yaya tadi
"Dia memang hebat pun. Hebat dalam bab makanan, lambat siapkan kerja sekolah dan juga main video game"
"Tapi Fang.. dia juga seseorang yang setia pada kawan dia. Kemana sahaja kita orang pergi, Gopal mesti akan ikut juga. Dia seorang kawan yang baik" kata Gempa
"Betul betul, Lily setuju sahaja" kata Lily sambil angguk kepalanya "Gopal tu sentiasa menjadi sidekick kepada adik beradik kembar! Hehehe... tapi dia tidak akan lari kalau ada musuh menyerang mereka!"
"Terima kasih Lily kerana memuji diri aku" Gopal berjabat tangan Lily sambil berpura-pura menangis "Kau adalah seorang yang kekasih yang baik kepada Gempa. Nanti bila korang dah kahwin, jangan lupa jemput aku"
"Kahwin? KAHWIN?!" Muka Lily naik merah kerana malu "LILY MUDA LAGI! Tapi.. hehehee" Mata dia berkelip-kelip dekat Gempa
"Kahwin?!" Gempa terus larikan diri daripada situ "TIDAKKKKKKKKKKK!"
Fang dan adik beradik kembar yang lain menepuk dahi mereka sendiri. Gempa sudah pun sembunyikan diri di dalam bilik stor sukan. Badan dia menggigil sambil duduk memeluk lutut dia. Yaya hanya mampu gelengkan kepala sahaja
"Macam-macam betul korang ni" kata Halilintar "Selamatlah aku takde kekasih hati"
"Itu sebab si Hali ni tengah menunggu si gadis yang sesuai untuk diri dia tapi SIAPAKAH GADIS ITU! Siapakah yang dapat menawan hati Halilintar yang suci tapi keras macam batu!" Lily terus naik ke atas bangku gazebo itu dengan penuh semangat "SIAPAKAH YANG BERJAYA CAIRKAN HATI HALILINTAR INI! Lily akan ucapkan tahniah kepada dia kalau gadis itu berjaya"
"Wei, yang kau sibuk-sibuk dalam hal dia kenapa?"
"Ala landak.. Lily kenalah ambik berat dengan adik beradik kembar ni. Dia orang ni dah macam adik beradik Lily sendiri kecuali Gempa.. GEMPA-CHAN! TENGAHARI NANTI KITA MAKAN DEKAT BAWAH POKOK OK!" Jeritan Lily itu boleh didengari oleh Gempa yang jauh di dalam stor sukan
"Bahagianya korang" Blaze muncul di dalam gazebo itu dengan matanya memandang Lily seperti dia sedang memandang seorang bidadari "Lily jadi kakak ipar kita orang suatu hari nanti" bisik dia
"Wei, dia orang masih kecik lagilah tapi jangan terlampau harap sangat kerana pada suatu hari nanti, si pelik tu akan tinggalkan si Gempa tu" Fang tidak tahu apa yang Blaze nampak pada diri Lily
"Kalau dia tinggalkan Gempa, aku akan menjadi pengganti si Gempa tu" kata Blaze sambil tersengih
"Tapi Lily yakin bahawa Lily tidak akan sesekali tinggalkan my Gempa-chan! Maaf Blaze, hati Lily hanya untuk pada Gempa sahaja!" Lily terus keluar dari gazebo itu "GEMPA-CHAN! I'M COMING FOR YOU!"
"Macam-macam betul" bisik Yaya "Selamat aku masih lagi tiada keinginan untuk bercinta. Lagipun aku mahu kita semua kekalkan persahabatan kita.. hehee.. tak kiralah jauh ke dekat ke, kita akan tetap bersama"
"Betul betul!" kata Taufan "Tapi jangan risau, adik beradik kembar akan sentiasa bersama dan tidak akan lupakan kawan-kawan mereka. Terutama sekali kawan baru kita iaitu FANG!"
"HIDUP FANG!" Thorn meloncat-loncat di situ seperti kanak-kanak bawah umur "Hehehee.. macam mana Fang, kau suka tak berkawan dengan kami semua?"
"Suka.. semenjak aku berkawan dengan korang, hati aku sentiasa terhibur dengan gelagat korang semua"
"Tapi ada kalanya kau nampak sedih aje" kata Halilintar
"Aku sedih sebab abang aku tapi sekarang ni.." Fang mendongak ke langit "Sekarang ni aku dan dia tidak akan berjauhan lagi. Aku patut berterima kasih dekat abang aku kerana jumpa sebuah keluarga yang sangat bahagia"
"Jangan lupa ibu kami juga" Taufan sentuh bahu Fang sedikit "Dia juga yang tegur abang kau dulu. Kalau tidak, kami tidak akan bertemu"
"Kau cakap macam Gempa pula" Taufan tersenyum bangga dengan kata-kata Fang tadi
"Atau sebenarnya aku adalah Gempa dan tadi tu adalah Taufan.. kita orang sahaja nak kenakan dia orang" Taufan tersenyum sinis kepada mereka "Sudah lama tak main kelirukan orang.. hehee.. rindu pulak"
"WHAT?!" Lily muncul semula di dalam gazebo itu "JADI INI BUKAN TAUFAN DAN TADI TU BUKAN GEMPA?!"
Mata Blaze bersinar-sinar melihat Lily. Dia tersenyum manja kepada Lily
"Ke-kenapa dengan kembar kau tu?" tanya Lily. Dia berundur sedikit demi sedikit dan terus lari dari situ sebelum dia Taufan dapat menjawab soalan Lily tadi
"Hehehe... lari pulak si Lily tu" ketawa Blaze "Lepas ni, bolehlah aku takutkan si Lily tu.. hehee"
"Tak baik tau buat begitu tapi seronok!" kata Taufan
"Kalau kita bertiga kenakan Lily macam tu, best juga tengok Lily kelam-kabut" Thorn turut sertai mereka berdua "Hehehe... mesti Lily akan lari lintang pukang sebab kami bertiga!"
"Hehehee... misi untuk kenakan Lily" Taufan tersenyum lebar. Begitu juga dengan Blaze "Tapi jangan beritahu sesiapa tentang rancangan kita, ok"
"OK!" kata Blaze dan Thorn secara serentak
"Aku rasa dia orang ni ingat orang lain dekat sini invisible kot" bisik Halilintar sambil bersilang tangan "Tapi aku nak tengok apa hasilnya nanti. Macam menarik aje"
"Aik, kau pun nak join sekali"
"Ala Yaya, bukannya selalu pun dapat tengok dia orang bertiga buat nakal. Lagipun aku nak tengok samada mereka akan gagal ataupun tidak" balas Halilintar kepada Yaya "Perkara menarik jarang berlaku dekat mereka bertiga"
"Hmm.. asalkan jangan ada yang menangis sudah. Jomlah Fang, kita masuk kelas. Lambat pulak si Ying sampai"
Fang tidak berkata apa. Dia terus ikut Yaya sambil perhatikan Thorn, Taufan dan Blaze sibuk bincangkan rancangan nakal mereka. Fang berharap rancangan itu dapat dijalankan dengan sempurna dan juga berjaya. Dia juga masuk melihat Lily lari lintang pukang kerana mereka bertiga
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petang itu, Kaizo sibuk mengemas kedai roti itu. Waktu petang begini, memang kurang pelanggang datang untuk membeli roti. Selalunya waktu tengahari begitu baru ramai orang dan dia terlalu sibuk melayan pelanggang-pelanggang di dalam kedai itu. Lynna pula sedang mengira sesuatu di dalam buku nota kecilnya di tepi sudut kedai itu. Kaizo betulkan kedudukan bekas-bekas makanan yang ada tersenget sedikit. Selepas itu dia menyapu lantai kedai tersebut. Hati dia tiba-tiba ada sesuatu yang tidak kena. Dia rasa seperti ada orang memerhatikan diri dia. Lalu dia pandang ke arah Lynna
"Tak mungkin Lynna" bisik Kaizo
Dia pandang luar tingkap kedai itu. Dia seperti ternampak empat orang sedang perhatikan kedai ini. Dia pandang balik, keempat orang tadi sudah pun hilang. Dia berasa hairan, adakah mata dia cuba mainkan diri dia atau memang tadi itu adalah manusia dan bukannya hantu. Ada ke hantu di waktu siang? fikir Kaizo
"Kaizo?"
Kaizo terus tersedar. Pemikiran dia tadi membawa dia jauh dari sini sehingga dia tidak sedar dengan Lynna perhatikan dia
"Kaizo.." panggil Lynna lagi "Kau ok ke?"
"Aku ok cuma.. aku dapat rasakan ada orang perhatikan kita"
"Mungkin perasaan kau sahaja kot" Lynna menutup buku notanya "Atau mungkin kau penat sangat. Kau pergilah berehat, biar aku sahaja yang sambung kerja kau"
"Takpe ke?"
"Takpe" kata Lynna. Dia bangun dan terus mengambil penyapu dari tangan Kaizo "Aku boleh kemaskan kedai ni. Kau berehat dulu ok"
Kaizo beredar dari situ dan terus ke dapur kedai tersebut untuk berehat. Dia sudah lupakan orang yang perhatikan kedai ini tadi. Dia sebenarnya tidak nampak begitu jelas sekali siapakah empat orang itu. Mereka sebenarnya adalah budak sekolah dan juga orang yang Kaizo sangat kenali. Fang, Halilintar, Gempa dan Lily adalah keempat orang yang perhatikan kedai roti itu. Ini semua adalah rancangan Lily kerana dia ingin menghendap Kaizo. Alasan dia adalah kerana dia sudah lama tidak berjumpa dengan Kaizo
"Lily.. kenapa kita tak pergi masuk aje dalam kedai kak Lynna. Apasal kita kena buat kerja menghendap orang pulak ni"
"Hehee.. alal Gempa-chan, kita kenalah menghendap dulu sebelum serbu abang Kaizo"
"Wei pelik, sesuka hati kau aje nak menghendap abang aku. Pergilah menghendap benda lain seperti Gempa ni ke" kata Fang dengan nada marahnya "Tak pun, pergilah buat kerja yang berfaedah"
"Ha ah, betul kata Fang" Halilintar mula bersuara "Kita buat kerja sekolah sama-sama ke. Lagipun aku ada beberapa soalan matematik yang aku tak tahu. Bolehlah korang tolong ajarkan aku atau bagi aku tiru jawapan korang"
Fang dan Gempa terus berikan renungan maut kepada Halilintar. Muka Halilintar tetap serius seperti biasa. Dia tidak begitu takut dengan adik beradik kembarnya tetapi dia takut kalau ibu dia marah dan juga dia takut pada hantu
"Tolong kau takpe, tapi jangan sesekali nak tiru jawapan aku" kata Gempa
"Hmm.. yelah tapi kalau aku tiru jawapan kau, lepas tu kau ajar aku, boleh ke?"
"Melebih pulak kau ni" bisik Gempa "Eh.. mana Lily" Dia pandang kiri dan kanan untuk mencari Lily "Korang nampak tak mana si Lily tu pergi"
Halilintar dan Fang tunjuk ke arah kedai Lynna. Mata Gempa membulat besar sambil melihat Lily masuk ke dalam kedai itu dengan sehelai tudung melilit di kepalanya. Dia menepuk dahinya sendiri kerana dia tidak tahu apa rancangan Lily sebenarnya. Sebaik sahaja Lily masuk ke dalam kedai Lynna, Kaizo mula keluar dari dapur. Dia ingin pergi mengambil sesuatu yang dia tertinggal di tepi kaunter pembayaran. Lalu mata dia terpandang seorang gadis yang dia sudah lama tidak jumpa
"KAPTEN ITIK HOT!" Jerit Lily sambil mata dia bersinar-sinar
"Kapten?" Mata Lynna melirik ke arah Lily dan selepas itu kepada Kaizo "Bila masa abang handsome ni jadi kapten? hehehee..."
"Hmm.. ini sebab aku selalu main perang angkasa dengan adik aku dulu-dulu" kata Kaizo dengan geramnya "Tak sangka pula aku dapat berjumpa kembali dengan si pelik ni. KAU KE YANG MENGHENDAP AKU TADI?"
Pelanggang yang baru masuk tadi, terus lari keluar kerana takut dengan suara garang Kaizo
"Kaizo!" marah Lynna
"Maaf.. tapi si pelik ni memang nak kena sekeh macam adik aku tu"
"Err.. maaf abang Kaizo" Lily tersengih di dalam kedai itu "Lily tak sangka dapat berjumpa balik dengan abang Kaizo dan si landak tu. Kamu berdua adalah adik beradik kegemaran Lily! UWAAAAAAAAA!" Dia mengesat air hidungnya dengan tudung yang dia pakai itu "LILY SANGAT RINDUKAN KAMU BERDUA!"
"Adeh.. Lily, jangan menangis Lily" pujuk Lynna "Nanti lepas abang Kaizo habis kerja, ajaklah dia jalan-jalan. Bawak si Fang tu sekali. Bolehlah korang bertiga berborak dan mengimbau balik kenangan lama"
"UWAAAA! OK JUGA IDEA TU!" Lily masih lagi menangis "Tapi kapten hot ni mesti kata tak nak sebab dia mana pernah layan Lily dengan baik. Asyik nak bagi hukuman aje"
"Dah kau suka cari pasal dengan aku, jadi aku bagilah hukuman dekat kau" kata Kaizo sambil bersilang tangan "Sebelum aku lupa, jadi kau ke yang selama ini menghendap aku?"
"Err.. bukan. Baru hari ini sahaja Lily jalankan misi menghendap kapten itik hot!" kata Lily sambil mengangguk kepalanya "Kenapa abang Kaizo? Wuuuu... adakah orang itu ada hati dengan abang Kaizo! Entah-entah peminat setia abang Kaizo!"
"Takde maknanya orang tu ada hati dekat aku" kata Kaizo dengan nada serius "Kalau bukan kau, siapa yang mengekori aku hari tu?"
"Kau ada musuh ke, Kaizo?" tanya Lynna
"Hmm... aku tidak pernah ada musuh dan aku tidak pernah cari gaduh dengan sesiapa pun"
"Kaizo, apa-apa pun.. kau kena berhati-hati. Aku takut nanti orang tu buat apa-apa dekat kau" kata Lynna
"Yea, aku akan berhati-hati. Kau pun sama juga" Kaizo berhenti bercakap setelah pintu kedai itu terbuka. Beberap orang pelanggan masuk ke dalam untuk membeli Kaizo "Aku pergi kerja aku dulu" Dia terus ke kaunter pembayaran sambil betulkan apron dia
"Bukan aku suruh kau berehat ke"
"Ala kak Lynna, abang Kaizo ni masa reti rehat" kata Lily "Dia tahu buat kerja aje.. perangai abang Kaizo tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang"
"Hehehe... biarkanlah.. asalkan dia bahagia"
"Hmm..." Lily mengangkat kening sebelah sambil perhatikan Lynna. Senyuman Lynna pada ketika itu lain seperti senyuman orang sedang jatuh cinta
"Kenapa Lily?"
"Takde apa" Lily tersenyum lebar kepada Lynna "Lily pergi dulu yea.. Lily hari ni nak makan malam dekat rumah Gempa! Rindunya dengan aunty Keiko! YAHOOOO!" Dia terus berlari keluar dari kedai itu dengan hati yang riang
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang memakai baju tidurnya dan lalu dia butangkan baju dia satu per satu. Rambut dia kelihatan basah. Dia lap rambut dia sehingga kering sedikit. Selepas itu sikat rambutnya di hadapan cermin sambil perasan diri dia adalah paling bergaya sekali. Halilintar perhatikan sahaja Fang dari katil. Pada ketika itu, Halilintar sedang membaca sebuah novel tentang lanun. Dia mahu tergelak melihat gelagat Fang tetapi dia tahankan dirinya
"MAKAN MALAM SUDAH SIAP!" Jerit Blaze sambil berlari di koridor rumah
"YAHOOOOO!" Taufan keluar dari bilik dia sambil berlari turun ke bawah
Halilintar menutup buku novel dia dan terus turun dari katilnya. Fang sudah pun siap gayakan rambut dia seperti duri-duri tajam. Dia tersenyum dulu di depan cermin itu dan selepas itu, dia beredar keluar dari bilik. Halilintar sudah pun tersenyum lebar kerana dia tahu Lily ada di rumah mereka. Dia sudah tidak sabar untuk melihat gelagat Lily apabila Taufan, Blaze dan Thorn menjalankan rancangan mereka. Mesti ianya sesuatu yang kelakar
"Apasal kau tiba-tiba senyum semacam?"
Halilitar terus tersedar. Muka dia kembali serius. Gempa garu-garu kepala dia kerana pelik dengan senyuman Halilintar tadi. Mungkin dia mempunyai rancangan yang nakal kot, fikir dia
"Sesuka hati aku lerr nak senyum macam mana" kata Halilintar
"Hmm.. suka hati kau lah tapi jangan buat benda nakal. Ibu tak suka"
"Aku tahu" Halilintar terus keluar dari bilik itu
Gempa melihat sedikit bilik Halilintar dan Fang itu. Tiada apa yang pelik. Semuanya seperti biasa sahaja. Gempa mengangkat kedua bahunya dan lalu dia beredar dari situ. Semasa dia sedang berjalan, Thorn dan Ice sudah lari di sebelah dia kerana tidak mahu lewat sampai ke dapur. Solar tersenyum-senyum melihat gelagat dua orang itu. Dia tidak berkata apa. Dia hanya turun ke bawah sahaja bersama Gempa. Sampai sahaja di dapur, Gempa melihat Lily begitu rajin menolong ibunya menyiapkan hidangan di atas meja makan. Mata Thorn, Taufan dan Blaze sudah bersinar-sinar melihat masakan ibu mereka
"Ibu! Kami sudah boleh makan ke?" tanya Thorn
"Belum" Keiko hidangkan semangkuk nasi di hadapan Fang "Tetamu kita belum tiba lagi"
"Bukan ke si Lily tu tetamu kita?" tanya Halilintar
"Ini tetamu lain, sayang"
"Tetamu istimewa ke, ibu?" tanya pula Thorn kali ini
"Yea, tetamu istimewa"
"ERK! Lily bukan tetamu istimewa ke, auty?"
"Lily pun tetamu istimewa juga" Keiko berikan senyuman lembut dia kepada Lily "Aunty suka kalau ada orang datang ke rumah.. lebih-lebih kalau Lily yang datang. Meriah rumah ni dengan kebisingan Lily"
"Hehehe.. aunty tak kisah ke kalau Lily buat bising" Lily tersengih sambil garu-garu pipi dia
"Tak sebab anak-anak aunty pun bising juga. Semuanya kaki jerit"
"Betul betul! Kita orang adik beradik ni memang suka menjerit tak tentu pasal" kata Taufan "Lebih-lebih lagi bila time nak panggil makan. Memang kecoh macam dekat pasar malam"
"Betul tu" Ice sudah duduk di tempat dia sambil mencubit sedikit nasi "Ibu, lama lagi ke tetamu kita nak sampai?"
"Kejap lagi sampailah tu, sabar yea anak-anak ku" Keiko mengusap rambut Ice "Anak-anak ibu sudah lapar yea"
"Ha ah ibu, kami sudah lapar" Blaze buat muka kelaparan sambil tunjukkan wajah sedihnya "Ibu bagilah kami makan dulu. Lepas tu kita orang sambung makan balik bila tetamu sudah sampai"
"Hehee.." Keiko terus teruja apabila pintu rumah dia sudah diketuk oleh seseorang "Hah, sampai pun dia orang" Dia terus keluar dari dapur untuk membuka pintu rumahnya
Para kembar dan juga Fang, mengintai sedikit dari dapur untuk melihat siapakah tetamu istimewa itu. Lily secara senyap, dia cubit sedikit ayam goreng yang ada di atas meja makan itu. Muka Fang berubah apabila dia dapat tahu tetamu istimewa itu adalah abang dia sendiri. Di sebelah Kaizo pula adalah Lynna. Mereka berdua telah dijemput oleh Keiko untuk makan malam di rumah ini
"KAK LYNNA!" Para kembar itu lari keluar untuk pergi memeluk Lynna "YEAHHH! KAK LYNNA DATANG! KAK LYNNA DATANG!"
"ABANG PUN DATANG JUGA! YAHOOOOO!" Fang meloncat-loncat kegembiraan. Dia lari untuk pergi peluk abangnya tetapi muka dia telah dihalang oleh tapak tangan Kaizo "ABANG! BAGILAH ADIK PELUK ABANG!"
"Semalam kau dah peluk aku, hari ni pun kau nak peluk aku juga"
"Habis! Nak tunggu lagi seminggu baru adik dapat peluk abang ke?" marah Fang
"Tunggu lagi setahun" jawab Kaizo dengan seriusnya
"ABANGGGG!" Menjerit Fang di ruang tamu itu. Muka dia berubah menjadi masam "Abang ni.. suka sangat nak buat adik marah. Macam mana adik tak panas baran, kalau bukan abang yang suka-suka buat adik mengamuk tak tentu pasal"
"Nak salahkan abang pula. Kau tu yang tak reti nak kawal diri kau tu"
"Adeh.. bergaduh pula dia orang" Gempa menepuk dahinya sendiri "Sudahlah tu Fang, abang kau nak bergurau dengan kau sahaja"
"Bergurau apa bendanya.. dia tahu nak buat aku marah aje" Fang terus bersilang tangan dan palingkan mukanya ke tempat lain "Lepas tu biarkan aku mengamuk. Bukan nak pujuk"
"Ala landak, janganlah marah dengan abang Kaizo. Dia kan suka buli adik tersayang dia. Betul tak abang Kaizo" Lily melihat kepala Kaizo angguk sedikit "Dan dia semesti rindu nak buat adik dia marah, buli dia, sekeh kepala dia, gaduh-gaduh manja dan apa lagi yea.. hmmmm... hah! dan ketuk kepala adik dia yang tak betul tu!"
"APA KAU CAKAP!"
"Hehee.. maaf landak" Lily berundur sedikit demi sedikit dan terus sorokkan diri dia di belakang Gempa "Lagipun bosanlah kalau asyik bermanja-manja aje!"
"Aunty tak kisah kalau Fang dan Kaizo nak gaduh-gaduh manja tapi jangan gaduh betul-betul sudah. Aunty tak nak tengok hubungan adik beradik korang terputus sebab bergaduh"
"Jangan risau aunty, gaduh macam mana pun, saya tetap sayangkan dia" kata Kaizo
"Kalau begitu, mari kita pergi makan bersama" Keiko menjemput mereka semua masuk ke dapur "Lynna, kamu simpan dulu makanan pencuci mulut tu. Nanti aunty hidangkan lepas habis makan malam"
"Baik aunty"
"Kak Lynna bawak apa?" tanya Thorn sambil berjalan bersama Lynna "Ice cream ke?"
"Bukanlah.. akak bawak chocolate tart! Hehehe.. akak buat dekat kedai tadi"
"CHOCOLATE!" Mata Ice terus membulat besar "Mesti sedap chocolate tart tu! Tak sabar nak rasa"
"Hmm.. sebut chocolate aje, terus segar budak ni" bisik Halilintar "Kalau cakap pasal kerja sekolah, lembik aje"
"Senyaplah kau" kata Ice sambil ikut Lynna dari belakang
Mereka semua masuk ke dalam dapur dan mengambil tempat masing-masing. Mujurlah dapur itu luas dan meja itu panjang. Bolehlah mereka makan beramai-ramai sambil berborak antara satu sama lain. Thorn, Blaze dan Taufan tersengih-sengih kepada Lily sehingga membuatkan Lily tidak senang duduk. Gempa mula rasa pelik dengan mereka. Sebentar tadi dia nampak Halilintar tersenyum semacam seperti orang gila dan kali ini pula, Thorn, Taufan dan Blaze pula tersengih seperti ada sesuatu yang mereka sembunyikan. Lalu dia pandang Ice dan Solar. Mereka berdua kelihatan tenang sahaja. Tiada muslihat di muka mereka
"Pelik betul" bisik Gempa
"Apa yang pelik?" tanya Fang yang duduk di sebelah kanan Gempa
"Dia orang bertiga tu" Gempa tunjuk ke arah tiga kembar dia yang sudah berhenti tersengih "Dari tadi asyik pandang Lily semacam. Ini mesti ada benda nakal dia orang nak buat"
"Hehee.. atau dia orang terpikat dengan kepelikan Lily" Fang sebenarnya tahu rancangan nakal dari tiga kembar itu. Dia hanya buat tidak tahu sahaja kerana ingin menyaksikan Lily lari lintang-pukang "Jangan fikirkan sangatlah. Biarkanlah dia orang tu"
"Hmm.. aku tak boleh biarkan sahaja. Aku akan perhatikan dia orang bertiga" Mata Gempa terus merenung tajam ke arah Thorn, Taufan dan Blaze sambil kaut nasi di dalam mangkuk besar
"Lily, makanlah lobak ni" Mata Gempa terus pandang Thorn "Makanlah.. baik untuk mata Lily yang comel tu"
Muka Lily terus naik merah kerana dipuji oleh Thorn. Dia rasa hendak menjerit di meja makan tetapi dia menahankan dirinya dan terus tersenyum kepada Thorn sambil mencapai potongan lobak itu dari mangkuk salad. Thorn berkelip-kelip mata kepada Lily
"Ada juga nak kena dari aku ni" bisik Gempa sampai dia tidak sedar pinggan dia penuh dengan nasi kerana asyik kaut nasi dari tadi lagi
"Gempa, kenapa ambik nasi banyak sangat tu?" tegur Keiko kepada anaknya
"Errk! Alamak! Maaf ibu.. hehehee" Gempa terus letak balik sedikit nasi ke dalam mangkuk sambil tersengih "Gempa tak sedar pulak"
"Hmm... apa yang kamu fikirkan sampai tak sedar tu?"
"Err.. tentang kerja sekolah" Gempa tersengih sedikit
"Betul ke ni? Jangan nak tipu ibu" Keiko merenung tajam kepada anaknya. Gempa sudah mula rasa tidak senang dengan renungan itu "Gempa, kalau ada-"
"WEI! JANGANLAH CURI AYAM GORENG AKU!"
Mereka terkejut dengan jeritan Taufan sehingga membuatkan mereka berhenti makan kecuali Ice. Dia asyik makan tanpa pedulikkan tentang orang lain. Blaze dan Taufan terus berebut seketul ayam goreng seperti tarik tali. Thorn hanya pandang sahaja dengan mata bulatnya. Halilintar tidak berkata apa, dia hanya tersenyum sambil makan ayam goreng dia sendiri. Solar dan Gempa hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Fang rasa lega sedikit kerana dia dan abang dia tidak pernah berebutkan makanan. Selalunya, abang dia akan mengalah di dalam bab makanan. Kalau tentang lain, memang boleh bergaduh besar
"AKU YANG AMBIK DULU! TAPI KAU PULAK CURI DEKAT PINGGAN AKU!"
"MA-MANA ADA! Aku yang nak ayam tu tapi tiba-tiba pulak tangan kau menyemak dekat situ" marah Blaze
"Sudah! Jangan nak bergaduh!" Keiko bangun dari kerusinya "Kamu berdua ni, janganlah bergaduh depan tetamu. Korang tak rasa malu ke?"
"Maaf ibu" kata Taufan dan Blaze bersama "Kami tak sengaja"
"Kalau begitu, kita kasi Lily ayam goreng ni" Thorn ambil ayam goreng itu dari pinggan Blaze dan terus dia letak di dalam pinggan Lily "Dia kan tetamu kita juga. Jadi adil lah kalau dia yang dapat ayam goreng sedap ni"
"Ha ah, betul tu!" Taufan terus tersenyum lebar. Begitu juga dengan Blaze "Lily makan banyak-banyak yea, nanti boleh jadi comel" Dia tergelak sedikit bersama Blaze dan Thorn
Gempa mula rasa curiga dengan sikap mereka bertiga. Lily sudah tersengih tetapi dia tidak menolak ayam goreng itu. Dia makan secara perlahan. Muka dia kembali naik merah sambil ucapkan terima kasih kepada Thorn
"Lily tambahlah kari ikan ni lagi" kata Blaze
"Jangan lupa sayur salad ni sekali" kata pula Taufan
"Jangan lupa ambik tom yam tu sekali" tambah pula Halilintar. Dia saja nak kenakan Lily walaupun diri dia tidak masuk dalam rancangan Thorn, Blaze dan Taufan "Jangan lupa tambah nasi nanti"
"Amboi, melayan Lily macam dia seorang puteri" sindir Lynna
"Ala kak Lynna, sekali sekala layan dia macam puteri. Betul tak Blaze"
"Betul tu Taufan! Aku setuju sahaja"
"Hmm.. macam-macam betul korang ni" Keiko geleng kepalanya "Tapi jangan nak buat nakal pula"
"TAK IBU!" kata mereka semua kecuali Gempa dan Ice "Kami anak yang baik dan kami sentiasa buat baik" Thorn, Taufan dan Blaze sudah pun tersengih semacam. Mereka tidak akan buat apa-apa selepas ini
Gempa masih lagi ragu-ragu dengan perangai mereka. Adakah mereka akan mengusik Lily lagi sewaktu ibu mereka tiada? Atau mereka akan ikut perintah ibu mereka? fikir dia. Gempa akan tunggu dan lihat sahaja. Dia tidak mahu Lily merajuk dengan mereka dan terus tidak mahu datang ke sini lagi. Lily pula, hati dia berbunga-bunga apabila diri dia dilayan begitu baik sekali. Dia berangan diri dia adalah seorang puteri dari kerajaan yang kaya-raya. Mereka semua kembali makan secara senyap. Tiada lagi jeritan atau perebutan diantara kembar itu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah sahaja selesai makan malam. Mereka duduk di ruang tamu sambil menunggu hidangan pencuci mulut yang telah dibawa oleh Lynna. Ice sudah tidak sabar dengan kedatang chocolate tart itu. Dia tunggu sahaja ibunya membawa ke depan bersama dengan air minuman teh. Solar sudah memasang drama koreanya di television. Gempa dan Halilintar terpaksa menonton drama itu walaupun tidak berapa faham dengan jalan cerita tersebut. Lily sudah memeluk bantal cushion untuk menonton bersama. Thorn, Taufan dan Blaze sedang berbisik-bisik tentang sesuatu. Mereka duduk di hujung tepi meja ruang tamu. Mata Gempa asyik perhatikan mereka sahaja. Dia ingin tahu apa yang mereka sedang bincangkan
"Abang.."
"Kau nak apa Pang?" tanya Kaizo tanpa mengalihkan perhatian dia pada television itu
"Abang tak nak tidur sini ke malam ni?"
"Esok abang kerja. Kalau abang tak penat esok, abang akan datang ke sini untuk makan malam"
"Terima kasih abang tapi bukan ke abang cakap kita boleh berjumpa hari minggu sahaja" tanya Fang lagi
"Yea aku tahu, tapi.. aunty Keiko sudah ajak abang ke sini. Tak kan abang nak tolak. Lagipun dia banyak tolong kita selama ini"
"Kalau adik tidur rumah abang boleh?"
"Hmm.. kau kena tanya aunty dulu" Kaizo mengusap kepala adiknya "Adik kalau nak buat apa-apa, tanya aunty dulu ok. Jangan main suka-suka aje"
"Kenapa adik tak boleh tanya abang dulu?"
"Boleh tapi apa-apa pun, minta kebenaran aunty Keiko dulu. Dia sudah macam ibu kita"
"Betul tu abang" Fang bermain-main dengan tangan abang dia "Kalau abang nak tahu, setiap kali aunty Keiko peluk adik... adik dapat rasakan ibu ada di sisi adik. Hilang terus rindu adik kepada ibu. Agaknya sebab aunty ada nampak macam ibu kot, sebab itu adik rasa begitu"
"Mungkin tapi kau jangan kecewakan hati dia"
"Tak, adik janji adik tidak akan kecewakan aunty kerana adik anggap dia sebagai ibu kita juga. Adik akan buat dia bangga, abang bangga dan ibu bapa kita bangga dengan adik" Air mata Fang mengalir sedikit di sebelah mata kanannya "Adik tidak akan buat perangai sebab dia sanggup ambil adik dan jaga adik seperti anak dia sendiri. Kalau aunty Keiko tak jumpa abang, sudah tentu kita hidup merana lagi"
"Betul tu adik. Abang juga tidak mahu kecilkan hati dia" Kaizo berikan senyuman kecil kepada adiknya
Lynna terdengar perbualan dua adik beradik dia. Lalu bibir dia tersenyum kecil melihat dua adik beradik itu berada di dalam dunia mereka sendiri. Kaizo dan Fang seperti tidak mendengar jeritan dari Taufan dan Halilintar kerana berebutkan chocolate tart. Keiko baru hidangkan makanan pencuci mulut itu. Ice begitu bahagia sekali kerana dapat makan makanan kegemaran dia iaitu chocolate. Solar tidak begitu kisah sangat tentang chocolate tart itu kerana dia terlalu tumpukan dengan drama koreanya
"Lily tak nak makan ke atau sebenarnya tengah diet?"
"Mana adalah Gempa. Lily chan tidak pernah diet!"
"Yer ke, apasal dekat sekolah tadi aku tak nampak langsung dekat kantin" Halilintar mula menyindir Lily "Cakap ajelah kau diet sebab nak kurus macam watak dalam drama korea tu"
"Mana ada!" Lily terus ambil garpu dan pinggan milik dari tangan Gempa. Lalu dia makan chocolate itu "Tengok Lily makan.. siapa kata Lily tengah diet! Tadi si Thorn, Taufan dan Blaze asyik suruh Lily makan tu, tambah ni, rasa tu, rasa ni.. boleh gemuk Lily lepas ni.. UWAAA!" Dia sumbat ke dalam mulut dia dengan chocolate tart itu
"Wei, senyaplah. Aku tak dengar apa yang dia cakap" marah Solar
"Hehehe... maaf" Lily tersengih "Lily akan cakap perlahan-lahan macam siput"
"Itu terlampau perlahan sangat" Gempa gelengkan kepalanya kepada Lily "Pelik macam mana pun si Lily ni, entah macam mana aku boleh minat dekat dia?"
"Hmmm.. kita kena buat pemeriksaan dekat kepala Gempa ni"
"Ok juga tu Taufan" kata Blaze "Nanti masa dia tidur, kita periksa samada ada kepala dia betul ke tak"
"Errr.. macam mana nak periksa tu? Guna alat-alat dekat bilik bedah ke?" Thorn garu-garu kepala dia "Atau kita tengok dia tidur sahaja.. macam best aje"
"Isk korang ni, buat apa nak periksa kepala aku. Korang ni memang tak kerja lain betul" Gempa terus duduk jauh daripada mereka bertiga "Ibu, anak-anak ibu tu ada rancangan nakal dia orang nak buat"
"Hmm.. rancangan apa tu Gempa?"
"Entahlah ibu" Gempa mengeluh sedikit "Tapi ibu perhatikanlah dia orang tu"
"Baiklah anak ku" Keiko tersenyum sambil melihat gelagat anak-anaknya di ruang tamu itu
Kaizo sudah menguap besar. Dia meminta dirinya untuk pulang ke rumah. Sebelum Kaizo pulang, dia sempat memeluk adiknya dan berikan nasihat supaya tidak nakal atau membuat masalah. Fang membalas balik pelukan abangnya. Semasa mereka sedang berpelukan itu, mereka tidak tahu bahawa ada seseorang sedang mengambil gambar mereka berdua. Lynna seperti nampak seseorang jauh dari rumah itu tetapi orang itu sudah larikan diri. Dia berasa tidak sedap hati. Siapa orang itu tadi? Siapa orang itu sedang perhatikan? Diri dia atau orang lain? dan apa yang orang itu mahukan? Pelbagai soalan timbul di hati Lynna. Dia perlu beritahu Kaizo tentang tadi. Dia tidak mahu rahsiakan apa-apa dari Kaizo dan juga dari mak cik dia iaitu Keiko
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maaf sebab lambat update.. hehehee
Maaf juga kalau chapter ni tak berapa best :(
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro