Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 2

"Pang" Sebuah nama manja yang Kaizo berikan kepada adiknya. Nama itu adalah nama timangan Fang kerana semasa dia kecil lagi, dia tidak boleh menyebut namanya dengan betul

Sekeping gambar terselit di dalam poket seluar Kaizo. Gambar adik lelakinya yang comel, panas baran, suka mengamuk, pandai, mempunyai pendirian tersendiri, nakal tetapi hati adiknya baik. Kaizo amat menyayangi adiknya tetapi apa yang dia lakukan semalam mungkin agak kejam sedikit. Dia tahu dia tidak patut tinggalkan Fang begitu sahaja tanpa memberikan penjelasan yang sebenarnya. Kalau dia beritahu, sudah tentu Fang akan bantah sebantahnya atau lebih teruk lagi, lari dari rumah. Kaizo tidak begitu lena tidur kerana pemikirannya asyik terbayangkan wajah adiknya setiap kali dia pejamkan mata

"Apa yang kau lakukan sekarang ni Pang? Adakah kau sisihkan diri kau dari keluarga yang baik itu? Atau kau lari dari rumah itu. Aku berharap, kau tidak akan buat begitu kerana aku mahu kau gembira tapi tak mungkin itu akan berlaku. Aku tahu, aku buat kau sedih. Aku biarkan kau menangis tanpa pujuk kau. Maafkan aku, Pang. Abang buat begitu, demi kebaikankan kau. Satu hari nanti, aku akan kembali dan kita akan bersama lagi. Aku takkan lupakan kau, Pang"

Kaizo terus bangunkan diri dia untuk bersiap-siap. Badan dia penat, dia masih lagi rasa mengantuk tetapi dia harus bekerja untuk mencari duit, demi adik dia. Kaizo terus ke bilik air untuk mandi. Sebelum dia masuk ke dalam bilik air, dia tersenyum sambil melihat permandangan di luar tingkap

"Selamat pagi, Pang"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"FANG! BANGUN FANG!"

"AKU NAK TIDURLAH!" Tangan Fang meraba-raba di atas katil itu sehingga dia tersentuh sebuah bantal yang dicari olehnya, lalu dia angkat dan baling ke arah seseorang "Pergilah main jauh-jauh! Sibuk aje"

"Bangunlah Fang! Kitakan nak pergi sekolah kejap lagi" Fang membuka matanya. Gempa ada di sebelah katilnya sambil pegang bantal tadi "Bangun pun kau"

"Sekolah?"

"Yelah, kau masuk sekolah kita orang. Jadi, kita semua sama sekolah! Bangunlah, nanti kita lambat pula"

"Tapi..." Fang terus pusingkan badan dia menghadap dinding "Tapi... aku malu kalau aku masuk sekolah. Aku bukannya pandai sangat. Aku dulu pernah sekolah tapi lepas ibu bapa aku tiada, abang aku tak mampu nak menyara kehidupan kita orang, terus aku diberhentikan sekolah"

"Yer ke, ibu aku kata kau tu pandai. Abang kau sendiri pernah cerita dekat ibu aku" Fang terkejut dan terus dia bersemuka dengan Gempa

"Itu dulu.. ini sekarang. Macam mana kalau paling terakhir sekali dalam kelas. Nanti dia orang akan ketawakan aku"

"Jangan risaulah, Fang. Akukan ada, aku boleh ajar kau tapi.. hehehee" Gempa garu-garu kepala dia sambil tersengih "Aku ajar apa yang aku tahu ajelah.. hehee.. kalau kau nak, Solar boleh ajar kau. Dia tu lebih pandai daripada kita orang tapi otak dia blur memanjang. Pandai tapi blur, pelik pelik"

"Hmmm... aku tak nak lah pergi sekolah" Fang terus sembunyikan diri dia di bawah selimut. Gempa tarik selimut itu "Woi!"

"Janganlah macam tu, Fang. Kalau kau nak abang kau kembali, kau kena buktikan yang diri kau tu pandai dan bukan seorang budak hanya tunggu abang dia datang ke sini dan tidak buat kerja lain, hanya duduk diam sahaja. Goyang kaki dekat rumah, makan, tidur, tunggu, benda lain tak buat"

"Betul tu!" muncul Taufan di sebelah Gempa "Nah, ibu sudah sediakan baju sekolah untuk kau" Taufan sudah berpakaian baju sekolahnya. Muka dia ceria di pagi hari, seperti Gempa juga

"LARI! LARI! BLAZE NAK MENGAMUK!" Datang sebuah jeritan dari luar bilik itu

"Kenapa tu?" Fang bangun dari situ kerana terkejut dengan jeritan dari Thorn tadi. Gempa dan Taufan hanya berdiri di situ dan hiraukan jeritan tadi

"Kalau kau nak tahu, Blaze tu suka mengamuk pada waktu pagi sebab nak kejutkan dia punyalah susah tapi yang selalu jadi mangsa ialah Thorn. Si Halilintar suka sangat suruh Thorn pergi kejutkan Blaze" kata Gempa "Dan Thorn tu mudah sangat percaya apa yang Halilintar selalu katakan"

"Kasihan" bisik Fang sambil menguap besar "Kalau si kaki tidur si Ice tu, macam mana korang kejutkan dia?"

"Oh! Itu ibu kita orang yang akan kejutkan dia. Ibu awal-awal lagi sudah sediakan umpan untuk dia iaitu Hot Chocolate dari kedai atuk kami. Mesti si Ice akan bangun punya" Taufan tergelak melihat Ice begitu semangat memakai baju sekolah "Dia tu peminat setia hot chocolate, ice chocolate atau apa-apa sahaja chocolate dari kedai atuk kami. Kalau nak suruh dia buat sesuatu, kena umpan dia dulu.. hehehee.. baru dia buat. Tapi selalunya, kalau dia dah dapat air chocolate dia, mesti dia akan duduk relax sahaja. Kita orang pula yang kena buat kerja"

"Hmmm... memang susah nak suruh dia rajin. Hanya chocolate chocolate itu ajelah buatkan dia rajin lebih sedikit" kata Gempa "Kau pergi mandi cepat, nanti kita lambat pula. Dah habis mandi, kita bolehlah sarapan sama-sama nanti"

"Ok" balas Fang dengan nada perlahan dia. Kaki dia sudah cecah di atas lantai bilik "Korang tunggulah dekat bawah, aku nak pergi mandi sekejap" Gempa dan Taufan terus keluar dari bilik dengan senyuman mesra mereka. Fang terus tutup bilik itu

"Kau sebenarnya nak lari dari sinikan" kata Ice sambil sikat rambut dia "dan cari abang kau yang entah dekat mana"

"Macam mana kau tahu?"

"Sebab kau malas nak melayan karenah kita orang semua. Kalau kau nak lari, aku tak kan halang kau. Tingkap bilik ini sudah terbuka luas. Kau nak panjat keluar, panjatlah" Ice terus angkat beg sekolah dia "Semoga kau jumpa abang kau nanti"

"Terima kasih" Fang terus ke tingkap bilik. Inilah peluang dia untuk larikan diri. Dia mahu kembali kepada abang dia dan dia tidak kisah pun sejauh mana pun dia harus berjalan untuk mencari abangnya "Aku akan berjaya, aku akan dapat berjumpa dengan abang aku semula" Dia terus keluarkan kepalanya di tingkap. Lalu dia melihat ke bawah. Wajah dia berubah menjadi sedih dan sedikit marah kerana Halilintar ada di situ

"Selamat pagi" kata Halilintar dengan nada serius. Fang tersengih dan terus masuk ke dalam

"Aku pergi mandi dulu" Fang mengambil tuala dia. Hati dia terasa sedikit kecewa kerana rancangan dia untuk larikan diri tidak menjadi. Ice abaikan sahaja Fang, dia terus keluar dari bilik itu. Tinggallah Fang bersendirian di dalam bilik itu untuk merindui abang dia. Sekeping gambar dia dan abangnya terselit di dalam poket seluarnya. Fang keluarkan gambar itu untuk mengubati rindu dia tetapi ianya tidak mencukupi. Fang menangis sedikit sambil cium wajah abangnya di gambar itu

-------------------------------------------------------------------------------------------

Sewaktu mereka sampai ke pintu pagar sekolah, para pelajar perempuan berpusu-pusu untuk mengucapkan selamat pagi kepada seseorang iaitu Halilintar. Dia mempunyai peminat yang ramai, sehingga para pelajar lelaki cemburu dengan popularity Halilintar

"Jom kita ke tempat lain" Gempa mengheret Fang ke tempat lain. Dia boleh naik lemas berada di situ dengan dibanjiri oleh para peminat Halilintar "Mari aku tunjukkan kelas kau"

"Aku sama kelas dengan siapa nanti?" tanya Fang sambil melihat pelajar-pelajar lain yang ada di sekolah itu

"Dengan aku!" Taufan muncul di sebelah Fang "Kau sama kelas dengan aku, Gempa dan Halilintar. Ice, Blaze dan Thorn kelas lain dan Solar tu kelas paling depan sekali. Dia seorang sahaja dekat kelas lain seorang diri"

"Bolehlah kau berkenalan dengan kawan-kawan kita orang. Itu pun salah seorang daripada kawan kita" Gempa mengheret Fang kearah seseorang yang sedang duduk makan dengan gelojohnya. Badan budak itu agak besar dan bangsa budak itu adalah indah. Dia juga memakai sejenis baju jaket berwarna hjiau "Mari aku memperkenalkan Gopal"

"Dey, ini siapa?" tanya Gopal sambil kunyah ayam goreng dia

"Ini Fang, dia adalah adik beradik angkat kita orang"

"Adik beradik angkat? Ibu kau nak tambah satu lagi anak ke?" Terus kepala Gopal kena tepuk oleh seorang gadis berbangsa cina "Adeh, aku bergurau ajelah"

"Haiyooo.. kau ni, pagi-pagi lagi sudah makan ayam goreng" Gopal tersengih kepada gadis itu. Di sebelah gadis cina itu adalah lagi seorang gadis yang serba ayu dengan tudung pink dia

"Ini pula siapa?" tanya Fang

"Ini adalah Yaya dan Ying. Yang pakai cermin mata bulat tu ialah Ying dan yang pakai tudung ini adalah Yaya. Dia orang berdua ni kawan baik. Macam kita orang adik beradik kembar dan Gopal" kata Gempa lagi "Aku harap, kau dan mereka bertiga akan menjadi kawan baik juga"

"Terima kasih" kata Fang dengan nada yang agak perlahan. Mereka mula perasan, nada itu ada sedikit rasa sedih

"Kau ok ke?" tanya Yaya

"Aku ok sahaja" balas Fang "Salam berkenalan semua. Jadi korang bertiga pun sama kelas dengan Gempa dan Taufan ke?"

"Gopal aje yang sama kelas kita orang. Yaya dan Ying sama kelas dengan Solar" Halilintar sudah pun munculkan diri. Di tangan dia, penuh dengan hadiah-hadiah dari peminat setia dia "Korang nak hadiah ni?" tanya Halilintar dengan serba seriusnya

"THORN NAK! THORN NAK!"

"Blaze pun nak juga!" Mata dia dan Thorn sudah bersinar-sinar melihat sekotak chocolate yang ada di tangan Halilintar "Macam sedap aje chocolate tu"

"Chocolate?" Ice muncul di belakang Halilintar "Chocolate dari kedai Tok Aba ke?"

"Yea" Halilintar tunjuk logo kedai Tok Aba kepada Ice "Ambiklah chocolate ni tapi kena kongsi. Kalau tidak, aku akan belasah sorang-sorang"

"Dengar tu! Kongsi chocolate ni" kata Thorn dengan gembiranya tetapi chocolate itu sudah dibuka dan telah dihabiskan oleh Ice dan Blaze tadi "Erk! Cepatnya habis"

"Kau lambat sangat, tadi ada gajah pergi sedut semua chocolate"

"GAJAH?! mana gajah mana gajah" Thorn begitu percaya sangat cakap Halilintar sampai dia mencari-cari gajah di sekeliling mereka. Blaze dan Ice tergelak riang di situ. Taufan kawal gelakkan dia kerana tidak mahu dimarahi oleh Gempa nanti. Yaya dan Ying berikan renungan maut kepada Halilintar. Solar pula, entah dia hilang ke mana. Gopal sambung balik makan ayam goreng dia

"Halilintar! Kenapa kau tipu Thorn. Kau suka sangat main-mainkan dia. Sudahlah dia mudah sangat percaya cakap orang"

"Mestilah kena percaya, kalau kita tak percaya. Nanti dia ingat kita tak percaya cakap dia. Halilintar tak tipu aku"

"Betul tu" Halilintar terus tersenyum sinis. Gempa terus bersilang tangan kerana terlampau marah sangkat kepada kembar dia "Gajah yang aku maksudkan tadi adalah Gopal. Jadi aku takdelah tipu"

"Kau ni Halilintar, kasihan tau dekat Thorn" marah Yaya

"Takpelah Yaya, satu hari nanti.. dia terkena balik seperti mana dia buat dekat Thorn, baru dia tahu" Halilintar hanya abaikan sahaja cakap Gempa tadi "Fang, kau pun jangan nak ikut perangai si Halilintar ni"

"Hmm.. ok" balas Fang "Aku nak pergi jalan-jalan sambil tengok sekolah ni. Pergi dulu semua" Dia terus beredar dari situ dengan kedua belah tangannya masuk ke dalam poket seluar sekolahnya

"Apasal dengan dia tu?" tanya Ying

"Hmm.. panjang ceritanya" balas Gempa. Mata dia melihat Fang berjalan secara perlahan dengan kepalanya tertunduk sedikit "Dia bukan ada masalah keluarga tapi dia ada masalah abang dia tinggalkan dia tanpa beritahu sebab"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang duduk di atas bangku sekolah sambil melihat pelajar lain berborak gembira dengan rakan-rakan mereka. Dia hanya duduk bersendirian di situ sambil fikirkan tentang abang dia

"Abang, abang apa khabar hari ni? Adik sihat sahaja. Hari ini hari pertama adik dapat kembali ke sekolah tapi adik takut kalau adik tidak faham apa yang cikgu ajar atau pelajar lain fikirkan adik ni tidak sepandai mana. Abang nak tahu tak, adik teringin sangat nak peluk abang hari ni tapi apa boleh buat, abang tinggalkan adik. Kepada siapa lagi adik nak bermanja sakan nanti kalau bukan abang sendiri. Abang, adik yakin abang akan kembali dan kita akan bersatu semula. Abang janjikan, abang dan adik selamanya" Fang mengesat air matanya sambil tersenyum sedikit

"Mestilah dia akan kembali" Fang tidak kejut, dia cuma menoleh kebelakang. Dua orang gadis yang dia kenal tadi ada di situ. Salah seorang daripada mereka menghulurkan sehelai sapu tangan kepada dia

"Terima kasih.. kau Yaya kan?" Gadis itu angguk kepalanya "Dan kau pula ialah Ying"

"Betul tu! Kita orang sudah dengar kisah kau dari Gempa tadi. Maaf kalau kita ni sibuk dalam hal kau"

"Takpe" Fang terus alihkan pandang dia ke tempat lain "Boleh tak korang tinggalkan aku. Aku nak bersendirian sahaja"

"Boleh" Yaya mengajak Ying ke tempat lain. Sapu tangan yang dihulurkan oleh Yaya tadi, Fang tidak mengambilnya. Dia hanya abaikan sahaja "Kalau kau perlukan telinga untuk dengar isi hati kau, cari sahaja kami" Fang tidak menjawab. Lalu dua gadis itu beredar dari situ. Tangan Fang sudah keluarkan sekeping gambar abangnya dan dia di sebuah kedai makanan

"Abang, adik ada buat salah apa-apa ke? Kalau adik ada buat salah, maafkan adik" Fang menangis kecil di dalam hatinya. Mata dia menatap wajah abangnya yang tersenyum di dalam gambar itu "Abang.. adik sayangkan abang"

Loceng sekolah sudah pun berbunyi. Para pelajar bergegas masuk ke dalam kelas masing-masing kecuali Fang. Dia tidak berganjat dari situ. Hati dia sangat merindui abangnya, wajah dia sayu sahaja dan mata dia terbayangkan abang dia ada di sebelah sambil peluk dirinya dengan penuh kasih sayang. Dia seperti dengar suara abang dia. Suara abang dia yang selalu sangat serius tapi ada kalanya, abang dia akan tersenyum lebar apabila mereka berseronok bersama. Fang pejamkan matanya sambil merasai kasih sayang dari abang dia

"Fang, jom masuk kelas" Fang celikkan matanya. Di depan matanya ada 7 orang adik beradik kembar yang begitu baik dengan diri dia. Merekalah dari semalam lagi cuba buat Fang tersenyum sedikit. Lalu Fang bangun dan tidak menolak ajakan Gempa tadi

"Rehat nanti, kita makan sama-sama ok" kata Taufan "Aku dengar hari ni mak cik kantin sekolah nak jual bihun sup dan juga bakso. Mesti sedap!"

"Bukan ke mak cik kantin hari ni nak jual mee goreng?" kata pula Blaze "Atau aku tersilap dengar?"

"Atau telinga kau penuh dengan sarang labah-labah"

"Bila masa telinga aku penuh dengan sarang labah-labah?" Hati Blaze terus membara sedikit "Kau ni Halilintar, suka buat orang lain mengamuk"

"Tapi betul ke labah-labah boleh buat sarang dekat telinga manusia?" Thorn terus periksa telinga Blaze "Macam banyak taik telinga aje. Aku tak jumpa pun sarang labah-labah"

"Aku rasa, baik kita lari dulu sebab Blaze nak mula mengamuk! LARI!" Taufan terus larikan diri untuk selamatkan diri dia daripada amukan Blaze.

Gempa menepuk dahinya sendiri kerana pagi-pagi lagi sudah buat kecoh di situ. Habis Thorn telah digoyang-goyangkan oleh Blaze. Halilintar hanya tersenyum sinis sambil bersilang tangan. Ice menguap besar sambil melihat kembar dia buat kecoh di situ

"Eh Solar, kau tengah tengok apa tu?" Pertanyaan Gempa tadi membuatkan Fang terpandang seseorang yang sedang berdiri di luar sekolah

"Ada orang sedang tengok kita orang" jawab Solar "Aku tak tahu siapa orang tu"

"Itu.. itu.. ABANG!" Fang berlari ke pintu pagar sekolah. Kaizo ada di situ untuk pergi melihat adiknya dari jauh tapi dia tidak sangka pula adiknya nampak "ABANG! TUNGGU! JANGAN PERGI!"

"FANG!" Gempa dan kembar dia yang lain terkejut melihat Fang berlari begitu pantasnya

"ABANG!" Fang tidak berhenti berlari. Kaizo cepat-cepat masuk ke dalam kereta balik "ABANG! TUNGGU ADIK! BAWALAH ADIK SEKALI!" Kereta itu sudah berjalan pergi. Fang berhenti di pintu pagar sekolah. Lalu dia terduduk dan menangis di situ "Abang... kenapa abang tak tunggu adik? ABANG KEJAM! ABANG JAHAT! ADIK BENCI ABANG!"

Fang menangis dan meronta-ronta di situ. Cikgu-cikgu yang ternampak kejadian tadi terpaksa pergi untuk tenangkan Fang tetapi Fang tetap mengamuk dan memanggil nama abangnya. Pelajar-pelajar yang belum masuk ke dalam kelas, melihat Fang menangis seperti orang gila. Setengah pelajar perempuan berpelukan sambil menangis kecil kerana tidak sanggup melihat Fang begitu. Beberapa orang guru wanita menyuruh pelajar lain masuk ke dalam kelas, sementara guru yang lain tenangkan keadaan

"ABANG! ABANG! Adik nak abang! Adik nak abang.. adik rindukan abang!" Fang meraung sekuat hati sehingga badan dia dipeluk oleh seseorang. Dia menangis di dalam dakapan orang itu "Abang.. abang bencikan adik ke? Abang nak adik bencikan abang juga ke? Abang... kalau abang tinggalkan adik, abang hanya mahukan kesunyian di dalam hati adik. Abang tarik kegembiraan. Abang hilangkan keceriaan adik.. abang.. abang"

"Pang, maafkan abang"

"Abang?" Fang melihat siapa orang yang peluk dia tadi. Mata dia tidak percaya apa yang dia lihat sekarang ini. Abang dia telah pun kembali di situ "Abang! Abang sudah kembali! Abang nak bawa adik ke? Abang lepas ni tak nak tinggalkan adik ke?"

"Maafkan abang, Pang. Abang terpaksa tinggalkan kau. Mari kita ke tempat lain" Kaizo bangun dari situ sambil peluk adiknya. Cikgu-cikgu di situ tersenyum gembira melihat adik beradik itu dapat berjumpa semula. Gempa dan kembar dia juga turut gembira. Mereka rasa Fang akan dibawa pergi oleh abangnya sendiri dan tidak akan kembali ke sini lagi

"Aku harap kau gembira, Fang" bisik Gempa sambil tersenyum di situ. Dia dapat merasai kegembiraan Fang pada saat itu. Bukan dia sahaja, adik beradik kembar dia pun dapat merasai perasaan itu. Mereka rasa bahagia pada saat-saat Kaizo memeluk adiknya yang sedang menangis di situ

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo telah bawa adiknya ke sebuah cafe yang terletak di bandar Pulau Rintis. Suasana cafe itu tidaklah semeriah mana seperti cafe lain tetapi Fang tidak begitu kisah. Asalkan dia ada bersama dengan abangnya. Hati Fang mula tersenyum balik apabila dia dapat mendengar suara abang dia, dapat berborak, dapat peluk abangnya dan paling penting sekali, dapat bermanja dengan abangnya

"Abang, kenapa abang patah balik tadi?"

"Sebab abang tak sanggup melihat adik abang menangis. Maafkan abang kerana buat kau menangis. Abang tiada niat untuk buat kau menangis, Pang" Fang terus pegang kedua belah tangan abangnya "Kenapa adik?"

"Adik maafkan abang tapi abang lain kali, abang beritahulah adik abang nak kemana. Jangan buat adik tertanya-tanya" Suara Fang semakin perlahan "Jangan buat adik bencikan abang"

"Tak, abang tak kan buat begitu" Fang terus tersenyum di situ. Lalu datang seorang pelayan lelaki untuk hidangkan makanan dan minuman mereka berdua. Fang telah memesan sandwich tuna dan manakala Kaizo pula, memesan sandwich ayam. Kedua mereka memesan air yang sama iaitu jus lobak merah

"Enjoy your meal" kata pelayan itu

"Makanlah adik, abang belanja hari ni"

"Terima kasih abang" Fang mengangkat sepotong sandwich dan lalu dia pandang abangnya "Kenapa abang tak makan?"

"Sebab abang nak tengok makan dulu" Fang berikan senyuman sedikit kepada abangnya. Dia gigit sandwich itu dengan gembiranya "Adik suka?"

"Suka! Tapi... mana abang dapat duit? Selalunya abang belikan makanan untuk adik seorang sahaja dan abang tengok sahaja adik makan" tanya Fang sambil kunyah makanan dia

"Sebab abang bekerja untuk dapatkan duit. Duit yang abang perolehi adalah untuk masa depan adik juga tapi abang harus bekerja kuat untuk kumpul duit supaya kita berdua dapat hidup senang" kata Kaizo. Sebenarnya, Keiko ada berikan dia sedikit wang untuk pembelanjaan awal dia. Duit itu untuk dia mempermudahkan dia pergi mencari kerja dan akhirnya dia dapat. Dia kini bekerja di sebuah restaurant sebagai pelayan

"Jadi, lepas ni abang akan bawa adik pulang ke rumah! Dan duit tu nanti bolehlah kita beli baju baru nanti!"

"Maaf Fang, rumah kita sudah tiada. Jadi abang tinggal di rumah sewa sahaja" Fang boleh nada kesedihan abangnya "Abang tahu rumah itu menyimpan seribu kenangan kita bersama ibu dan ayah tapi kehidupan ini selalu berubah. Semenjak mereka sudah tiada, abang tidak mampu untuk menanggung rumah yang besar itu dan kemungkinan juga kereta ayah, abang terpaksa jual untuk dapatkan duit sedikit"

"Janganlah abang, jangan jual kereta ayah. Abang simpanlah kereta ayah tu. Kalau tidak, macam mana kita nak pergi bersiar-siar"

"Tengoklah macam mana" balas Kaizo. Dia terus angkat sandwich ayam dia dan berikan sedikit gigitan kepada sandwich tersebut "Pang, barang-barang kita semua.. abang ada tinggalkan dekat rumah aunty Keiko. Bukan semua, hanya album, mainan kita yang lama dan juga baju kau. Nanti adik pergilah tengok barang-barang tu"

"Ok abang"

"Adik, macam mana adik dekat rumah aunty Keiko? Adik suka?"

"Adik suka tapi..." Fang terdiam seketika "Tapi.. adik rasa sunyi tanpa abang. Dia orang ok, dia orang layan adik seperti adik ni adalah sebahagian keluarga mereka. Aunty Keiko layan adik macam anak dia sendiri. Semalam lutut adik luka, aunty Keiko yang bubuh ubat dekat lutut adik"

"Dia orang memang baik cuma perangai anak-anak aunty Keiko tu.. boleh dikatakan suka buat keadaan menjadi huru-hara" Kaizo tergelak sedikit. Fang suka dengar gelakan dari abangnya. Ianya membuatkan hati dia tenang dan bahagia "Pang makan cepat, lepas ni abang bawa kau pergi bersiar-siar"

"Yeah! Boleh adik bermanja dengan abang nanti" Fang tidak mahu membuang masa, dia habiskan sandwich itu secepat mungkin. Kaizo gelengkan kepala sahaja sambil melihat gelojohan adiknya makan sandwich tersebut

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu, Kaizo tumpang tidur di rumah Keiko. Dia dapat mengenal rapat dengan 7 adik beradik kembar itu. Keiko juga ada bertanya sedikit keadaan Kaizo sekarang ini dan semuanya Kaizo dapat menjawab dengan sempurna. Fang hanya malu bersama dengan abangnya. Kemana sahaja abang dia pergi, pasti dia akan ikut kerana dia tidak mahu ditinggalkan lagi

"Abang, esok kita bersiar-siar lagi nak tak?" tanya Fang sewaktu mereka ingin masuk tidur. Kaizo tumpang tidur di dalam bilik Ice dan Ice terpaksa tidur di bilik Blaze dan Thorn

"Maaf adik, esok adik kena pergi sekolah. Hari ini adik sudah ponteng sekolah sebab abang bawa kau pergi berjalan-jalan tadi tapi esok tak boleh ponteng" jawab Kaizo di dalam bilik yang gelap itu

"Ok abang. Adik akan dengar cakap abang. Adik akan belajar dan cuba dapatkan nombor 1. Adik nak buat abang bangga dengan adik"

"Baguslah tu adik tapi adik janganlah paksakan diri adik tu. Abang tak kisah nombor berapa adik dapat, asalkan kau belajar dan menjadi orang yang berguna. Abang cuma nak adik pandai sahaja. Adik bolehkan buat begitu?"

"Boleh abang" Fang mengiringkan badan dia untuk melihat abangnya yang baring di katil sebelah. Di dalam kegelapan itu, dia boleh nampak abang dia tersenyum kecil "Abang, adik tidur dulu. Selamat malam, abang"

"Selamat malam, Pang"

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan paginya, Fang awal lagi sudah bangun. Dia terus bangun untuk kejutkan abang dia tetapi apa yang dia nampak adalah sebuah katil kosong sahaja. Abang dia tiada di situ, hanya ada sepucuk surat tertulis yang ditinggalkan oleh Kaizo sendiri. Fang berdiri di situ begitu lama sekali sambil melihat surat itu. Dia tidak angkat surat itu, hanya air mata sahaja mengalir keluar. Sedikit demi sedikit, badan dia jatuh dan terduduk di atas lantai bilik itu. Hati dia kembali menangis. Fang tidak berkata apa, dia hanya tergaman sahaja. Gempa dan Taufan melihat Fang menangis keseorangan di dalam bilik itu. Mereka tidak masuk, kerana mereka tahu Fang mahu bersendirian pada ketika itu tetapi ibu mereka sudah berlari masuk terus peluk Fang

Suasana bilik itu terus berubah menjadi tempat Fang meraung sekuat hati di dalam dakapan Keiko

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro