Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 11

"Abang makan apa pagi ni?"

"Abang makan roti aje" jawab Kaizo kepada panggilan adiknya "Makanan dekat rumah abang ni, bukannya banyak pun"

"Habis tu, kenapa abang tak pergi beli makanan! Nanti abang lapar pula"

"Sebab abang nak jimat duit"

"Yelah tu abang" kata Fang "Abang kalau lapar, datanglah rumah aunty Keiko. Aunty selalu masak sedap-sedap. Semuanya mesti habis sebab anak-anak aunty, semuanya kuat makan. Kalau lambat aje, memang tak dapat makanlah"

"Kau kuat makan tak?"

"Adik makan sedikit sahaja.. hehehe"

Kaizo mula tersenyum sedikit kerana dapat mendengar gelakan dari adiknya. Dia melihat jam di dinding. Ianya menunjukkan beberapa minit lagi hendak pukul 7 pagi

"Kau kejap lagi nak pergi sekolah dah kan?"

"Ha ah" balas Fang "Abang pun kejap lagi nak pergi kerjakan"

"Yea.. malam semalam abang call kak Lynna tapi dia tak angkat phone pula"

"Mungkin dia dah tidur awal"

"Mungkin juga" Kaizo tidak rasa curiga pada ketika itu "Nanti abang hubungi dia lagi. Kau pergilah sarapan pagi, nanti habis pula makanan tu"

"Baiklah abang" kata Fang "Jumpa abang lagi. Abang jaga kesihatan elok-elok"

"Kau pun sama, jangan nakal-nakal dekat sekolah" Kaizo terus putuskan talian itu

Fang rasa senang hati kerana dapat berborak dengan abangnya walaupun sekejap sahaja. Dia masuk ke dalam dapur dan dapati hanya tinggal sekeping sandwich sahaja. Dia tidak rasa kecewa ataupun marah, malah dia mengambil sandwich terakhir itu dan makan dengan hati yang tenang

"Fang, malam ni kau nak tak join aku jumpa pari-pari?"

"Pari-pari?" Mata Fang terkebil-kebil melihat Halilintar "Kau gila ke apa? Pari-pari mana ada wujud"

"Thorn cakap pari-pari tu wujud" Halilintar tunjuk ke arah Thorn yang sedang angguk kepalanya "Tengok, dia cakap wujud tapi bagi aku, dia hanya nampak seekor kelip-kelip sahaja"

"Betul ke benda tu pari-pari? Atau sebenarnya si Thorn tu mengigau sahaja"

"Entahlah Fang" Tiba-tiba Gempa bersuara "Aku tak naklah kecewakan hati Thorn tu kalau apa yang dia katakan pari-pari itu, adalah bukan. Aku tak suka tengok Thorn sedih"

"Samalah dengan aku" kata Taufan "Macam seronok aje dapat melihat pari-pari"

"Wei, korang semua nak tengok juga ke si pari-pari tu?" Halilintar memandang satu per satu kembar-kembar dia. Semuanya tersengih sambil angguk kepala masing-masing "Thorn bagi ke semua pergi tengok?"

"Err... nanti Thorn tanya pari-pari tu" balas Thorn "Dia sebenarnya pemalu macam Halilintar juga"

"Halilintar pemalu?" Mata Fang terkebil-kebil melihat Halilintar "HAHAHAHAHAHA! TAK SANGKA AKU JEJAKA SUPER COOL NI RUPANYA PEMALU! MIAHAHAHAHAHAHA!"

Para kembar yang ada di situ terkejut dengan gelakan besar dari Fang. Mereka selama ini tidak pernah nampak Fang ketawa begitu. Halilintar terus tepuk kepala Fang kerana membuat bising di dalam dapur itu

"Woi!" marah Fang

"Apasal kau ketawa macam tu?"

"Suka hati akulah nak ketawa macam mana" balas Fang dengan nada marahnya "Tapi aku memang betul-betul tak percaya yang kau ni pemalu orangnya. Patutlah budak-budak perempuan selalu nak dekat dengan diri kau, kau lari.. hehehe"

"Kau nak kena sekeh dengan aku ke?"

"Hmmm.. kena sekeh pun, aku sudah terbiasa pun sebab abang aku suka sangat sekeh kepala aku ni" jawab Fang dengan bangganya

"Kalau begitu, aku tendang kau"

"HALI!"

Halilintar terkejut dengan nada kemarahan ibunya. Dia terus terduduk diam sambil kunyah roti telurnya. Keiko gelengkan kepala melihat anaknya iaitu Halilintar. Dia tidak mahu memarahi Halilintar lagi. Lalu dia pergi sediakan air minuman untuk anak-anaknya termasuklah Fang sekali. Keiko berdiam sahaja sambil membuat air milo untuk mereka. Gempa menyiku Halilintar sedikit

"Kau nak apa Gempa?" kata Halilintar dengan nada yang agak perlahan

"Kau jangan buat ibu marah lagi" tegur Gempa

"Yea, aku tahu" jawab Halilintar "Aku tak kan buat ibu marah lagi"

"Bagus" Gempa tersenyum bangga kepada kembarnya "Jadi, hari ni apa planning kau, Hali?"

"Macam biasa.. main bola keranjang, cuba fahamkan apa yang cikgu ajar tapi last-last tak faham langsung, kacau Thorn, itu pun kalau dia tak sengal lagi" Thorn kunyah sandwich dia sambil memandang Halilitar dengan perasaan pelik. Halilintar hanya tersengih sahaja kepada Thorn. Lalu dia berkata lagi "Lepas tu malam nanti bercakap dengan pari-pari dia yang entah betul ke tidak"

"Pari-pari tu betul" muncul Ice di dalam dapur "Aku malam semalam terjaga dari tidur sebab aku terdengar seseorang sedang bercakap. Aku pergi lihat luar tingkap. Aku tak terkejut melihat Thorn bercakap dengan seekor pari-pari"

"Eh kejap.." Mata Halilintar melirik dari Ice terus ke Thorn "Korang cuba kenakan aku ke?"

"Kenakan kau?" kata Thorn "Kita ada kenakan dia ke?" soal dia kepada kembar-kembarnya yang sudah tersengih kecuali Halilintar

"Eh, mana ada kita orang nak kenakan si Hali" Nada Taufan membuatkan Halilintar berasa sedikit curiga. Lalu Halilintar merenung Taufan dengan begitu lama "Ke-kenapa kau pandang aku macam tu?"

"Sebab aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena" kata Halilintar "Wei Solar, kau kan budak bijaksana. Pari-pari tu tak wujudkan"

"Apa-apa sahaja yang boleh berlaku di dalam dunia yang penuh misteri ini" jawab Solar secara tenang

"Cheh, boleh pula dia jawab macam tu" bisik Halilintar yang tidak berpuas hati dengan mereka "Baiklah, malam ni aku akan tetap pergi jumpa si pari-pari tu tapi kalau aku tahu korang cuba kenakan aku, memang nahaslah korang"

"Jangan marah, Hali" Blaze tiba-tiba peluk Halilintar dengan rapatnya "Kalau kami main-main dengan kau pun, kau patut ketawa sekali. Kita sudah lama tidak bersuka-ria bersama.. hehehe"

"Bersuka ria apa kebendanya!" Halilintar tolak Blaze dari dakapan kembarnya itu

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi dengkuran dari seseorang. Rupanya Ice sudah tertidur di atas meja dengan mulutnya masih kunyah makanan. Taufan cucuk-cucuk pipi Ice tetapi apa yang dia dapat, Ice hanya garu pipinya sahaja

"Adeh, kaki tidur betul si Ice ni" kata Gempa sambil gelengkan kepalanya "Wei, cepat kejutkan dia sebelum ibu datang"

Taufan terus mendapat satu idea bagaimana untuk bangunkan Ice secara pantas dan berkesan. Dia pergi ambil dua keping roti dan masukkan ke dalam toaster. Beberapa saat kemudian, roti itu sudah siap dibakar sedikit. Lalu dia sapukan chocolate pada permukaan roti itu. Selepas itu, dia letakkan di hadapan muka Ice. Hidung Ice mula bergerak-gerak. Dia terbau sesuatu yang sedap. Tangan dia meraba-raba meja itu seperti mencari sesuatu

"Bangunlah cepat" bisik Gempa dengan matanya berliar melihat pintu dapur "Bangunlah cepat, Ice"

Bagaikan menonton perlawanan bola sepak ketika itu. Lalu tangan Ice mencapai sekeping roti. Kepala dia terangkat dari meja itu. Mata dia terbuka luas kerana makanan kegemaran dia iaitu roti chocolate, berada di depan matanya. Dia terus makan roti tersebut dengan senang hati dan pada masa yang sama, ibu mereka sudah pun masuk ke dalam dapur. Masing-masing rasa lega sedikit

"Kenapa dengan kamu semua?" tanya ibu mereka. Dia seperti tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan anak-anaknya

"Takde apa-apalah ibu" kata Gempa

"Hmm.. ok" Keiko malas hendak bertanya lagi asalkan mereka tidak membuat sesuatu yang nakal "Jangan lambat pergi sekolah. Tengahari nanti ibu tiada di rumah. Jadi kamu semua terpaksa masak makanan tengahari sendiri. Jangan gaduh-gaduh dan jangan sepahkan rumah ni. Ibu akan pulang petang nanti"

"Baik ibu!" kata kembar-kembar itu secara serentak

Fang angguk sahaja sebagai tanda faham. Lagipun dia tiada semasa tengahari nanti. Dia akan terus ke kedai abangnya selepas sahaja sekolah tamat. Dia tak sabar untuk jumpa abangnya nanti. Fang perhatikan sahaja adik beradik kembar itu berborak dengan suara tinggi masing-masing dan dia pula, senyum seorang diri di dalam dapur itu

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tengahari itu, Gempa orang pertama yang sampai rumah. Adik beradik kembar dia lambat sampai kerana masing-masing sibuk dengan hal mereka. Gempa terus terfikir, Thorn ada hal apa dekat sekolah? Selalunya, Thorn akan pulang ke rumah kerana dia mana pernah ada urusan apa-apa di sekolah. Malah, Thorn sendiri jarang menyertai mana-mana club yang ada di sekolah

"Mungkin dia pergi jumpa pari-pari kot"

"AHHHHH!"

Gempa terkejut dengan suara seperti hantu tadi. Dia terus pusing kebelakang. Hati dia rasa lega melihat Ice ada di situ

"Eh, bukan ke kau nak pergi kedai makanan dulu ke?"

"Aku dah pergi dah" balas Ice sambil tunjuk makanan-makanan ringan yang penuh di dalam beg plastiknya "Aku nak makan puas-puas hari ni"

"Isk kau ni, kalau ibu tahu kau beli makanan yang tak berkhasiat tu, mesti ibu akan marah"

"Jangan risaulah, ibu tak kan tahu pula" kata Ice dalam keadaan tenang "Kau pun tak kan beritahu ibu kan"

"Hmmm... itu pun kalau aku tak tersasar beritahu ibu" Gempa masuk ke dalam ruang tamu, lemparkan beg sekolahnya di atas meja ruang tamu dan lalu dia baring di atas kerusi sofa "Bila ibu takde aje, mulalah kau makan benda-benda tu. Kau tak risau ke nanti kau akan jadi gemuk balik macam dulu?"

Terus Ice berhenti membuka bungkusan makanan ringan dia. Mata dia seperti dapat melihat kenangan dulu iaitu sewaktu tubuh badan dia kelihatan gempal. Ice gelengkan kepalanya dan terus membuka bungkusan itu. Dia tahu ini adalah perbuatan yang tidak sepatutnya tetapi dia ingatkan diri dia bahawa makanan-makanan yang dia dapat menikmati ini adalah pada hari ini sahaja. Esok dia akan mulakan dengan makanan sihat semula

"Takpe, hari ni sahaja" balas Ice

"Hmm.. suka hati kau lerr" Gempa terus pejamkan mata tetapi perut dia pula mula berbunyi "Adeh, laparlah pulak. Fang takde, tak boleh suruh dia masakan makanan untuk kita orang nanti"

"Masaklah sendiri" jawab Ice sambil duduk di hadapan television "Kau kan pandai. Mesti kau boleh buat makanan yang sedap-sedap"

"Hmm.. aku pandai pun tapi aku still tak boleh masak" Gempa teringat balik kenangan dia buat makanan tak sedap sampai kembar-kembar dia sakit perut "Adakah aku seperti Yaya? suka sangat buat masakan yang tak sedap"

"Yaya tu lain, biskut dia aje yang tak sedap"

"Ha ah, aku lupa pula. Biskut dia yang tak sedap tapi makanan lain, sedap pulak" Gempa mengeluh sedikit "Pelik betul aku"

Tanpa disedari oleh Gempa, dia telah diperhatikan oleh seseorang dari tingkap rumahnya. Gadis yang bernama Lily itu, rasa simpati dengan kekasihnya yang sedang kelaparan itu. Air mata dia mengalir keluar, lalu dia membuat keputusan untuk pergi belikan makanan untuk Gempa

"Jangan risau Gempa-chan, Lily akan pergi belikan makanan yang sedap-sedap untuk Gempa-chan!" Terus Lily beredar dari situ

Beberapa minit kemudian, Taufan, Blaze dan Thorn sudah pulang ke rumah dengan masing-masing membawa beg plastik yang penuh dengan bahan-bahan yang mereka ingin masak nanti

"Kami sudah pulang!" kata mereka bertiga dengan penuh riangnya

"Dah balik dah trio huru-hara ni" bisik Gempa

"Trio huru-hara?" Ice rasa pelik sedikit "Bukan ke trio huru-hara tu nama kumpulan si Lily, Bella dan Faye?"

"Tapi kami ni trio huru-hara versi lelaki!" balas Taufan kepada Ice "Hehehe.. hah! Kita orang ada beli bahan-bahan untuk masak nanti. Korang tunggu ok, kita orang nak pergi masak!"

Gempa terus terbangun kerana dia dapat bayangkan dapur rumah mereka bersepah ataupun ada kebakaran kecil yang bakal berlaku nanti. Dia harus hentikan niat murni mereka yang ingin memasak makanan tengahari mereka semua

"Nanti dulu!" Gempa menjerit sedikit

"Kenapa?" soal Blaze "Kau nak join sekali ke?"

"Err... aku pantau sahaja apa yang korang buat" Gempa tersengih sedikit

"Apa kata korang suruh si Solar aje yang masak" kata Ice sambil tunjuk jari dia di belakang Taufan, Blaze dan Thorn "Dia kan lebih handal daripada kita semua"

Solar baru sahaja sampai di rumah. Dia terkejut dengan kata-kata Ice tadi. Lalu dia mempercepatkan pergerakan dia untuk terus ke biliknya. Dia tidak mahu masuk campur dalam drama dapur adik beradik kembarnya nanti. Dia cuba menggelakkan diri tetapi kaki dia telah dipeluk oleh Thorn. Solar cuba memandang ke bawah sedikit tetapi hati dia rasa kasihan melihat mata Thorn cuba memujuk-mujuk dirinya

"Solar janganlah lari" Mata Thorn makin membulat besar "Tolonglah kami. Bantulah kami. Kasihankanlah kami yang sedang kelaparan ni, lebih-lebih lagi si Gempa tu"

Akhirnya Solar mengalah. Dia termakan juga pujukan Thorn tadi

"Baiklah, aku akan masakan untuk korang semua" kata Solar. Mata Thorn terus bersinar-sinar "Tapi... Thorn tak boleh bantu, yang lain kena tolong aku"

"KENAPA PULAK!" Blaze mula naik angin "Mana adil kalau macam tu!"

"Sebab kalau aku suruh dia buat lain, dia pergi buat benda lain" balas Solar dalam keadaan tenang "Tapi elok juga kalau korang berdua tak tolong aku. Lagi senang dan lagi cepat kerja aku nanti"

Taufan dan Blaze terus lari ke ruang tamu. Beg-beg plastik tadi, mereka sudah letakkan di hadapan Solar. Betapa gembiranya apabila mereka berdua tidak perlu menolong Solar memasak. Thorn masih lagi berdiri di situ, tersenyum lebar sambil mengharapkan makanan kegemaran dia dimasak oleh Solar

"Wei Gempa, jom tolong aku" panggil Solar

"Hmm.. baiklah" Gempa mengeluh sedikit sambil berjalan secara perlahan menuju ke dapur "Adeh.. rasa malaslah pulak tapi demi adik beradik kembar ku, aku sanggup habiskan tenaga ini untuk mereka" kata dia dengan penuh semangat

Ice tergelak sedikit melihat keyakinan Gempa sambil sumbat di dalam mulutnya dengan potato chips. Satu per satu makanan ringan dia di ambil oleh Taufan dan Blaze. Hati Ice seperti ingin mengamuk kepada mereka berdua tetapi sifat dia yang tenang, membuatkan dia biarkan sahaja makanan dia dimakan oleh mereka berdua. Thorn asyik mengintai sahaja. Dia ingin tahu apa yang dimasak oleh Solar nanti

"Thorn, kau duduk dan tunggu sahaja" kata Solar sambil menghiris bawang merah "Dan jangan risau, aku akan masak sedap-sedap"

"Sedap macam ibu masak?" soal Thorn dengan penuh harapan

"Errr... lebih kurang macam itu" jawab Solar yang sudah berdebar-debar. Dia berharap masakan dia sama sedap seperti masakan ibunya "Thorn, pergi duduk dan tunggu sahaja ok"

Lalu Thorn ikut arahan dari Solar tadi. Dia duduk bersila di tengah-tengah luar pintu masuk dapur rumah mereka. Solar menepuk dahinya, manakala Gempa pula, hanya tersengih sahaja. Thorn tunggu dan lihat sahaja mereka berdua berkungkus-lumus untuk siapkan makanan tengahari mereka. Selang beberapa minit kemudian, Gempa dan Solar terdengar jeritan dari salah seorang kembar mereka iaitu Taufan

"HALI BELI MAKANAN!"

"Ha ah, aku beli makanan" balas Halilintar sambil berjalan menuju ke dapur "Tapi aku beli untuk aku seorang sahaja"

Blaze terus bangun dari tempat duduk dia. Muka dia berubah menjadi merah-kemerahan dan lalu dia menjerit

"HAH! KAU BELI UNTUK DIRI KAU SAHAJA!"

"Yelah, aku yang lapar, jadi aku belikanlah untuk diri aku aje" kata Halilintar secara tenang "Kenapa? Aku kena belikan untuk korang sekali ke?"

"YELAH!" Kali ini Taufan dan Blaze menjerit bersama

Gempa dan Solar muncul di hadapan Halilintar. Riak wajah mereka kelihatan marah. Solar sudah siap memegang periuk. Halilintar takut melihat wajah mereka berdua dan lalu dia berundur kebelakang sedikit demi sedikit

"Wei korang, janganlah nak marah aku. Lagipun korang pun tengah masak makanan tengahari kan" Halilintar mula tersengih sedikit

"Kita orang memang tengah masak pun.." Lalu Blaze mencelah percakapan Solar tadi

"TAPI APASAL KAU TAK AJAK KITA ORANG PERGI BELI MAKANAN SEKALI!" Blaze mula menggenggam kedua-dua tangannya "Buat penat aje aku, Taufan dan Thorn pergi supermarket, semata-mata nak masak untuk korang"

"Tapi Solar dan Gempa yang masakan untuk kita orang" kata Thorn secara tiba-tiba

"Ala, sesiapa ajelah" marah Blaze "Mari sini kau, HALILINTAR!"

"EH JANGAN GADUH-GADUH!" Akhirnya Gempa bersuara "Apa kata kita sambung balik masak dan Hali, kau pergi makan makanan kau tapi kau tak boleh makan makanan kita orang"

"Itu aku setuju!" kata Taufan

"Tapi.. tapi.." Halilintar tidak begitu berpuas hati "APASAL AKU TAK BOLEH JOIN SEKALI!"

"Sebab kau beli makanan untuk kau seorang sahaja" jawab Blaze dengan nada yang tinggi "Barang-barang yang kita orang beli untuk masak tadi, untuk kita orang sahaja!"

"Eh.. tapi korang belikan untuk kita semua kan, jadi maksudnya aku pun termasuk sekali" kata Halilintar sambil tersenyum sinis

"Betul juga tu" kata Thorn sambil angguk kepalanya

"Tapi si Hali beli makanan untuk diri dia sahaja tapi.. kalau dia makan masakan Solar dan Gempa, dia kena bayar" Blaze mula menjawab balik

"Cheh.. kena bayar pula. Kalau begitu, kalau korang nak makanan aku, kena bayar juga"

Thorn dengan pantasnya, dia keluarkan duit dari dompet dia. Halilintar tersenyum sinis lagi melihat Thorn memberikan sekeping duit warna merah kepada dia. Lalu Solar menepis tangan Thorn

"Jangan bagi dia duit, Thorn!" tegur Solar dengan tegasnya

"Ha ah, jangan bagi dia" kata pula Gempa "Dia saja nak kenakan kita orang, lebih-lebih lagi si Thorn. Kau makan aje apa yang kau beli"

"Betul tu!" Solar dengan penuh semangat, terus berkata lagi "Aku akan masakan makanan mereka yang lebih sedap daripada kau beli tu! Jangan harap aku akan berikan kepada kau"

"Oh takpe takpe... jaga kau nanti" Hati Halilintar terus membara dengan kemarahannya "Kau akan terima balasannya nanti!"

"Aku terima aje" kata Solar dengan angkuhnya "So, kau jangan makan makanan yang aku masak dan kau pergi makan makanan kau, jauh daripada kita orang yea"

"MANA ADIL! Kita seharusnya berkongsi makanan!"

"KALAU NAK KONGSI! MEHLAH BAGI KITA ORANG MAKANAN KAU!" jerit Blaze kepada Halilintar

"TAK BOLEH!" kata Halilintar balik

"SERANG DIA!"

Terus tercentusnya peperangan diantara Halilintar dengan adik-beradik kembarnya itu kecuali Ice, dia sudah nyenyak tidur di bawah meja ruang tamu. Thorn terduduk di atas lantai rumah sambil menangis teresak-esak. Blaze melempar beberapa bantal cushion ke arah adik beradik kembarnya. Dia hanya menyerang sesiapa sahaja yang berada di hadapannya. Lily mengintai adik beradik itu di luar tingkap rumah sambil memegang sebungkus nasi goreng kampung khas untuk Gempa. Lalu dia lari dari situ kerana takut melihat pergaduhan mereka

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Abang!"

Fang muncul di hadapan pintu kedai roti sambil memanggil abangnya yang sedang bekerja itu. Pelanggan-pelanggan yang ada di dalam kedai itu, melihat Fang dengan perasaan pelik. Selepas itu, mereka sambung balik memilih roti yang ingin dibeli. Tangan Kaizo terasa gatal untuk menyekeh kepala adiknya. Dia sebenarnya sibuk pada ketika itu. Sibuk menyusun roti-roti yang baru siap dibakar ke dalam bakulnya tersendiri

"Pang, kau buat apa dekat sini?"

"Nak tengok abang bekerjalah" balas Fang "Kenapa? Tak boleh ke?"

"Boleh tapi waktu sekarang ni abang tengah sibuk" marah Kaizo sedikit

"Hmm.. yelah. Adik datang ke sini lain masa ajelah" Fang berpura-pura rasa sedih sedikit "Adik datang bila abang tak sibuk aje. Entah-entah masa tu adik pula yang sibuk, tak dapat adik nak jenguk-jenguk abang dekat sini. Abang kerja rajin-rajin yea, adik cuma hantar doa sahaja"

Berkerut dahi Kaizo. Lalu dia mengambil sebiji donut yang bersebelahan dengan roti lain

"Nah, ambik ni. Abang belanja"

Mata Fang terus bersinar-sinar kerana di hadapan mata dia adalah sebiji donut kesukaan dia iaitu donut lobak merah. Fang mengambil donut itu dari tangan abangnya. Bau harum donut itu, terus menusuk kalbu ke dalam lubang hidung Fang. Dia terus makan donut itu dengan penuh selera. Gelagat Fang pada ketika itu, membuatkan seorang wanita tertarik

"Adik kamu ke, Kaizo?" soal wanita itu. Dia tidak keseorangan. Di tangan kanannya, sedang memimpin seorang kanak-kanak kecil

"Yea, ini adik saya" balas Kaizo

"Abang ada mak angkat baru ke?" Kaizo terus ketuk kepala adiknya "ABANG! Adik bergurau ajelah"

"Hehehe... comel betul adik kamu ni" kata wanita itu "Nama dia memang Pang ke?"

"Err.. tak" Kaizo tersengih sedikit "Nama sebenarnya dia ialah Fang tapi dia ni pelat waktu dia kecik lagi"

"Abang Fang.. hehehe" budak kecil itu tergelak sedikit "Abang Pang.. abang Pang! Comel nama Pang tu, macam nak kena tampar tapi abang Pang selalu ke kena tampar?"

Fang rasa hendak sekeh kepala budak kecil itu

"Isk Rizu ni, cakap yang bukan-bukan pula" tegur wanita itu kepada anaknya "Maaf yea, anak mak cik ni terlebih cakap pulak"

"Takpe, saya maafkan" kata Kaizo

"Mama, Pizu nak abang macam abang Pang boleh?"

"ABANG FANG LAH!"

Rizu terus menangis di situ kerana terkejut dengan jeritan Fang tadi

"Pang! Kenapa kau buat dia menangis?" Fang takut muka abang dia yang kelihatan bengis itu "Baik kau pergi minta maaf dekat dia cepat, sebelum aku sekeh kepala kau"

"Yelah yelah" Fang alihkan permandangan dia ke budak kecil yang bernama Rizu itu "Err.. adik.. abang nak minta maaf sebab jerit dengan adik tadi"

"Pizu maafkan tapi..." Rizu mengesat air matanya sambil melihat Fang "Tapi abang Pang jadi abang Pizu boleh?"

"Maaf yea Fang sebab tiba-tiba pula anak mak cik ni nak abang pula.. adeh" Ibu kepada Rizu itu tersengih kecil kepada Fang "Lagipun, dia tiada adik beradik. Dia anak tunggal mak cik. Ayah dia sudah lama tiada, tinggal kami berdua sahaja"

"Samalah seperti saya dan abang saya. Ibu bapa kami sudah lama tiada. Jadi tinggal kami berdua sahaja" Suara Fang kelihatan sedih sedikit "Tapi saya tak kisah pun kalau Rizu nak jadikan saya sebagai abang angkat dia"

Rizu terus tersenyum lebar sehingga ke pipi. Mata dia bersinar-sinar dan terus peluk tubuh badan Fang

"Suka betul dia ni" kata ibu kepada Rizu "Oh yea, mana Lynna? Tak nampak pula dia hari ni"

"Tak tahulah, aunty. Saya dari semalam call dia, langsung dia tak jawab. Hari ni pun call, dia tak jawab juga" balas Kaizo "Risau juga saya. Nanti saya pergi ke rumah dia, nak tahu apa yang berlaku"

"Kak Lynna dalam bahaya ke, abang?" Riak wajah Fang bertukar menjadi cemas

"Kakak Lynna dalam bahaya?!" Rizu peluk badan Fang lagi "Abang Fang pergilah telefon polis ataupun abang Fang selamatkan kakak Lynna ke"

"Jangan risaulah Rizu, abang aku tu kuat. Mesti dia akan menjadi wira kepada kak Lynna.. hehehe.. lepas tu, hati kak Lynna mesti berbunga-bunga punya, lepas tu dia orang mesti akan jatuh-" Kaizo terus tepuk kepala adiknya "ABANG!"

"Apa yang kau merepek ni! INI BUKAN MASANYA UNTUK SESI MERAPU!"

Para pelanggan semua terkejut dengan suara kegarangan Kaizo sebentar tadi. Mereka kelihatan takut sedikit

"Err.. Kaizo" Ibu Rizu mula tersengih kecil "Jangan nak garang sangat dengan adik kamu tu, dia bergurau aje tu tapi apa-apa pun, kalau dapat hubungi Lynna nanti, beritahu mak cik yea dan juga mak cik saudara dia"

"Yea aunty, saya akan beritahu aunty dan juga aunty dia dengan segara. Risau pula saya dengan si Lynna ni. Saya berharap tiada benda buruk yang terjadi dekat diri dia"

"Adik pun tak nak fikirkan sangat" kata Fang kepada abangnya "Kak Lynna baik, dia selalu bawakan roti lebihan untuk adik dan juga anak-anak buah dia. Kalau apa-apa terjadi dekat dia, memang adik akan sedih"

"Kami semua akan sedih" kata ibu Rizu. Lalu dia melihat jamnya "Eh, mak cik dah lambat ni. Jumpa lagi yea. Jom Rizu, mari kita pulang"

"Bye bye abang-abang ku!" kata Rizu dengan penuh semangat "Cari kak Lynna tau!"

Kaizo dan Fang melambai-lambai ke arah si anak kecil bersama ibunya. Mereka terasa rindu dengan ibu mereka sendiri. Alangkah bagusnya, jikalau mereka dapat bersiar-siar dengan ibu bapa mereka lagi. Bolehlah mereka meramah mesra dan bergurau senda dengan ibu bapa mereka. Fang memeluk abangnya kerana kerinduan itu menusuk ke dalam hatinya

"Abang tahu kau rindukan ibu dan ayah" kata Kaizo "Abang pun rindukan mereka juga tapi kita harus teruskan kehidupan kita. Kau pergi balik rumah, nanti aunty cari pula kau"

"Baik abang. Jangan lupa beritahu adik kalau ada berita tentang kak Lynna"

Kaizo angguk kepalanya. Apa yang terjadi dengan Lynna? bisik di hati Kaizo

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keiko membuka pintu rumahnya. Dia kelihatan penat sedikit tetapi hati dia tetap semangat kerana akhirnya, dia sudah sampai ke rumah untuk melihat anak-anak kesayangannya. Apabila dia masuk ke dalam rumah, dia agak terperanjat melihat kelakuan anak-anaknya. Halilintar diikat pada kerusi meja makan dan Thorn melompat-lompat sambil mengelilingi Halilintar dengan nyanyian gembiranya. Ice masih lagi tidur di bawah meja ruang tamu. Taufan dan Blaze pula, mereka bermain video game sehingga membuatkan Blaze terlalu teruja, dia melompat-lompat di atas sofa. Bantal-bantal cushion berselerak di merata-rata tempat. Bungkusan-bungkusan makanan tidak dibuang ke dalam tong sampah. Semuanya terkumpul di sebelah Ice. Gempa dan Solar berada di dalam dapur. Mereka masih lagi memasak kerana Solar ingin membuat pelbagai makanan untuk berjamu selera bersama

"ANAK-ANAK KU! APA SUDAH JADI NI!"

Setiap dari mereka, terus berhenti membuat kerja masing-masing. Mereka berlari dan berbaris di hadapan ibu mereka kecuali Blaze dan Ice

"Awalnya ibu balik" kata Gempa

"Ibu balik awal sebab kerja ibu siap awal tapi... kenapa dengan rumah ni? Kenapa bersepah? Kenapa Blaze kena ikat dekat kerusi dan kenapa Ice tidur bawah meja tu?"

"Err..." Para kembar itu pandang satu sama lain dan rasa bersalah kerana tidak menjaga rumah itu dengan elok

"Maaf ibu, kami tadi main perang-perang sebab Hali beli makanan untuk diri dia sahaja. Jadi terus kami berperang" jawab Gempa secara jujur

"Kamu semua ni.." Keiko gelengkan kepalanya "Tapi kenapa sampai ikat dia sekali?"

"Oh.. itu Thorn yang buat" jawab Thorn dengan muka tidak bersalah "Selalunya orang jahat akan kalah dalam perang-perang ni sebab tu Hali kena ikat. Jadi Thorn ikatlah dia dan nyanyi sebagai tanda kemenangan kita orang! Lagipun dia orang suruh Thorn jaga dan jangan bagi dia lari"

"Hmmm... begitu pula alasan kamu" Keiko gelengkan kepala dia lagi "Dan kenapa Ice tidur bawah meja?"

"Dia terlebih makan, ibu" jawab Solar secara ringkas

"Dia makan junk food ke?"

"Yea ibu!" balas Thorn secara tiba-tiba. Gempa menepuk dahinya sendiri "Ice bagi kita orang share makanan dia tapi Halilintar tu kedekut, tak bagi share makanan dia tapi dia nak pulak makanan yang Solar masakan nanti. Jadi kita orang tak bagi"

"Kenapa tak nak share?"

"Sebab Thorn, Blaze dan Taufan yang belikan barang-barang untuk masak" jawab Thorn lagi "Jadi kita orang nak masak tapi Gempa tak bagi. Jadi dia dan Solar yang pergi masak. Kita orang pula, main dekat sini"

"Main sampai bersepahkan rumah.. aduh anak-anak ku ni" Keiko memicit dahinya sendikit. Lalu dia berkata lagi "Taufan dan Blaze pergi kemaskan rumah ni, Gempa dan Solar pergi sambung masak, Thorn pergi bukakan ikatan Hali dan ibu akan kejutkan si budak Ice tu"

"BAIK IBU!" kata para kembar itu kecuali Halilintar

"Ibu jangan lupa bagi hukuman dekat dia orang sebab ikat Hali! Terutama sekali si Thorn tu!" kata Halilintar sambil meninggikan suaranya

"Jangan risau, korang semua ibu akan bagi hukuman yang best termasuklah Halilintar sekali"

"ERK!" Halilintar rasa hendak menangis di situ

"Oh yea, berapa banyak makanan si Solar tu masak?" Mata Keiko terpandang meja makan di dalam dapur rumahnya. Pelbagai makanan yang ada di atas meja itu. Semuanya kelihatan menarik

"Tak tahulah ibu tapi Solar tu terlebih rajin pula" balas Taufan "Kami beli sedikit sahaja barang-barang nak dimasak tapi si Solar pergi buat jadi macam-macam pulak. Pelik saya"

"Hmm.. takpelah, asalkan kita semua dapat makan bersama-sama" Keiko mengusap kepala anaknya si Taufan

"Tapi Hali tak boleh makan makanan kita orang"

"APASAL PULAK!" marah Halilintar kepada Blaze. Dia baru sahaja dilepaskan dari ikatan Thorn tadi "Ibu! Tengok dia orang! Langsung tak kongsikan makanan dia orang dengan Hali!"

"Makanan Hali tadi mana?"

"Thorn bagi kucing makan" jawab Thorn sambil tersenyum manja dengan muka tidak bersalah "Tadi ada kucing dan anak-anak dia main dekat luar rumah. Dia orang nampak kurus aje, jadi Thorn bagilah makanan Hali tadi"

"APA?! MAKANAN KU!" Halilintar terduduk sedih di ruang tamu rumah itu

"Errr.. nanti Thorn minta balik dekat kucing tu. Itu pun kalau ada lebih"

Taufan dan Blaze tergelak di situ. Mereka suka melihat kecomelan Thorn yang lurus bendul itu. Halilintar bagaikan hendak menepuk kepala Thorn dengan bantal tetapi dia mengawal dirinya kerana ibu dia ada di situ. Keiko keluarkan telefon dia dari beg tangannya kerana ada menghubungi dia. Lalu dia menjawap panggilan itu

"Hello?"

to be continued...

-------------------------------------------------------------

Maaf sebab lambat sangat nak update chapter baru :3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro