Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 10

Dua orang remaja dewasa sedang berjalan menuju ke arah bandar. Mereka kelihatan sedang sibuk berbual tentang sesuatu. Kadang-kala si gadis itu akan ketawa sedikit dan sang jejaka tampan pula, hanya berwajahkan serius sepanjang perjalanan mereka. Si jejaka tampan itu sangat terkenal dengan wajah seriusnya. Agak jarang untuk melihat dia tersenyum tetapi kalau dia bergurau manja dengan adiknya, senyuman itu akan terukir di wajah jejaka itu. Kaizo tidak sangka dia dan adiknya hanya terpisah sekejap sahaja. Mungkin mereka berdua tidak boleh dipisahkan dan mungkin, mereka berdua ditakdirkan untuk bersama walaupun senang ataupun susah. Dia telah membuat perjanjian dengan adiknya, bahawa adik dia boleh melawat rumahnya pada hari minggu dan dia juga akan berjanji akan datang ke rumah Keiko untuk menjenguk adiknya. Hati dia rasa senang apabila semuanya sudah selesai dengan begitu mudah sekali. Adik dia tidak perlu bersedihan dan dia tidak perlu risaukan tentang adiknya

"Kau nampak happy aje" tanya Lynna

"Aku nampak happy? Kau selama ni tak pernah nampak aku happy ke?"

"Pernah tu pernah tapi happy kau kali ini berlainan daripada yang biasa" kata Lynna sambil tersenyum sedikit

"Aku happy sebab aku dan adik aku hanya terpisah sekejap sahaja. Aku ingatkan aku dapat pisahkan dia daripada aku dengan masa yang lama tetapi rupanya tidak. Takdir mahukan aku dan dia bersama. Sejauh mana aku dapat lari, dia tetap dapat menjumpai aku"

"Dia pun nampak sudah bersedia dan redha dengan perpisahan kamu berdua tetapi nampaknya... perpisahan itu hanya sekejap sahaja. Aku rasa ibu bapa kau tidak mahu kau dan adik kau berpisah"

"Mungkin juga" Kaizo mendongak kepalanya sedikit untuk melihat langit biru itu "Mereka pernah cakap dekat aku... jaga Pang dengan baik. Jangan biarkan dia bersendirian kerana dia adalah satu-satunya adik aku yang aku ada tapi... aku terpaksa lakukan kerana aku mahu berikan kehidupan yang senang pada dia. Aku tak nak melihat dia terseksa dengan kesempitan kita seperti dulu"

"Kau memang seorang abang yang baik. Kau hanya mahukan yang terbaik untuk dia" kata Lynna "Aku faham Kaizo. Aku faham dengan pergorbanan kau dan aku juga yakin, dia faham apa yang kau ingin lakukan"

"Tapi... perkara yang aku ingin lakukan tidak menjadi. Pang tetap bersama aku lagi walaupun aku dan dia tidak tinggal bersama"

"Hehe.. tapi apa-apa pun, kali ini.. jangan hilangkan diri kau dari dia lagi tanpa memberitahu dia kemana kau pergi"

"Tak, aku tak kan buat begitu lagi" kata Kaizo "Aku tak nak buat dia sedih seperti sebelum ini. Aku tak sanggup buat dia sedih lagi"

"Sudahlah Kaizo. Lupakan tentang itu. Sekarang ini, kita fokuskan tentang masa depan kau dan adik kau"

Kaizo tidak berkata apa lagi. Dia hanya berikan senyuman ikhlasnya kepada Lynna. Gadis itu balas balik senyuman Kaizo dengan senyumannya. Mereka berdua semakin lama semakin rapat berjalan. Mereka tidak sedar bahawa ada seseorang sedang mengambil gambar mereka berdua sedang berbual mesra. Orang itu hanya tersenyum sinis sahaja. Lalu dia fokuskan lensa kameranya dia ke arah Lynna. Dia sudah tidak sabar untuk musnahkan gadis itu

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"KAMI BUDAK SUKA CARI MASALAH! DU DA DU DA! KAMI BUDAK PALING COMEL! DU DA DU DA! DU DA DU DA HEY!"

"Pagi-pagi lagi budak ni boleh buat bising" Halilintar menutup kedua telinganya dengan tapak tangan dia kerana tidak sanggup mendengar nyanyian daripada Thorn lagi "Aku sepak juga si Thorn ni"

"Sabar Hali, sabar.. tak baik kau sepak kembar kau sendiri" tegur Gempa "Biarkanlah dia nak nyanyi pun pagi-pagi ni. Itu menandakan bahawa, dia tengah ceria"

"Betul betul! Aku pun nak join Thorn nyanyi sekali!"

Taufan terus berlari ke sebelah Thorn. Mereka berdua bernyanyi bersama-sama sepanjang perjalanan mereka ke sekolah. Halilintar masih lagi menutup kedua telinganya. Dia sudah naik muak dengan lagu itu. Blaze melompat-lompat sambil berjalan. Dia juga turut ikut sama bernyanyi tetapi dalam bisikan sahaja. Solar begitu tekun membaca buku sambil berjalan. Dari rumah sehingga sekolah, dia tidak melanggar orang ataupun object yang berada di hadapan dia. Ice dengan mata dia separuh terbuka, dia berjalan dengan perlahan. Sambil berjalan, sambil itu dia makan keropok lekor. Mengikut kata dia, kalau dia tak makan, dia akan tidur tetapi hari ini, dia rasa mengantuk pula. Gempa melihat gelagat para kembar dia. Semuanya seperti biasa. Tiada kepelikan di situ. Fang ada bersama dengan mereka. Hati dia rasa tenang dan dia bagaikan ingin menjerit di situ

"Kau ok hari ni?"

"Aku ok sahaja, Gempa" balas Fang "Hehehe... hari ini aku akan belajar bersungguh-sungguh! Kerana aku mahu abang aku bangga dengan diri aku!"

"Jadi selama ni, kau tak belajar bersungguh-sungguh lah yea?"

"Mana adalah!" marah Fang kepada Halilintar "Aku setiap kali ke sekolah, aku akan tumpukan perhatian apa yang cikgu ajar tapi adakalanya, aku adalah fikirkan tentang abang aku tapi sekarang.. aku tidak akan fikirkan tentang dia kerana aku tahu, dia selamat!"

"Baguslah tu" balas Halilintar "Jangan kau mengelamun dalam kelas sudah"

"Takde maknanya" Fang terus berikan senyuman sinis dia kepada Halilintar "Tapi.. AKU AKAN PASTIKAN, AKU TIDAK AKAN KALAH DENGAN SI SOLAR TU! MUAHAHAHA!"

Solar terus menoleh kebelakang. Mata dia menusuk terus ke mata Fang. Mereka bertentangan mata. Masing-masing tidak berkelipkan mata sehinggalah Thorn membuat bising. Thorn menjerit-jerit kerana dia ternampak Ice makan keropok lekor seorang diri

"EH! Mana kau dapat keropok tu? Ibu yang buatkan ke?" tanya Thorn sambil melihat keropok lekor di tangan Ice

"Ha ah, ibu yang masak" Halilintar yang menjawab

"Wei wei.. yang kau tipu dia apasal" bisik Gempa kepada Halilintar "Tak baik tau kau buat begitu dekat Thorn"

Halilintar abaikan sahaja teguran Gempa tadi. Dia teruskan kenakan Thorn kerana si topi hijau itu, memang terlalu senang untuk dipermainkan. Tiba-tiba Thorn berpatah balik untuk pulang ke rumah. Dia mahu juga makan keropok lekor itu. Bukan dia seorang sahaja, Blaze dan Taufan pun turut ikut sekali. Gempa menepuk dahinya sendiri dan lalu dia memarahi Halilintar

"Tengok! Si Blaze dan Taufan pun percaya cakap kau" marah Gempa tetapi Halilintar tetap dengan jenis endah tidak endahnya "Kalau apa-apa terjadi dekat dia orang, aku akan tetap salahkan kau juga. Kalau Blaze mengamuk sampai orang lain tercedera, aku nak kau yang bertanggungjawab!"

"Relax lah Gempa. Aku cuma bergurau sahaja dengan si Thorn tu tapi tak tahu pula si Taufan dan Blaze pun percaya juga. Yang kau nak marah-marah aku ni apahal?"

"Aku marah kau sebab sikap kau tu! Tapi takpe.. mungkin hari ni kau boleh kenakan si Thorn tu tapi kau kena ingat, suatu hari nanti, Thorn boleh kenakan kau balik"

"Boleh ke dia nak kenakan aku balik?" kata Halilintar dengan berlagaknya "Aku tak berapa yakin sangat dengan kebolehan dia untuk kenakan orang lain tapi.. aku akan tunggu dan lihat"

"Baiklah tapi kau jangan menyesal nanti"

"Apa-apa jelah" Halilintar terus tinggalkan Gempa di situ. Dia kelihatan marah sedikit dengan Gempa tetapi dia abaikan sahaja "Jumpa dekat sekolah nanti"

Fang pegang bahu Gempa sedikit. Dia mahu Gempa bersabar dengan sikap Halilintar. Biarlah Halilintar itu terima nasibnya nanti. Itu pun kalau Thorn berjaya kenakan Halilintar. Kalaulah Thorn berjaya kenakan Halilintar balik, mereka akan berpesta secara kecil-kecilan dan mungkin Halilintar akan merajuk dalam beberapa hari

"Kau rasa... Thorn boleh ke kenakan si Halilintar tu balik?"

"Tak tahulah Fang" balas Gempa dengan nada kecewa sedikit "Kalau boleh, aku nak aje bantu si Thorn tu tapi.. aku nak lihat dia berdikari sendiri tanpa bantuan daripada aku sesiapa pun"

"Hehehe.. aku percaya, mungkin Thorn akan berganding bahu dengan Taufan dan Blaze. Dia orang kan suka cari masalah"

"Betul juga tu" Gempa mengusap dagunya sedikit "Takpe, kalau dia takde idea.. aku boleh tolong dia nanti!"

"WUUUU.. Lily pun nak join sekali" Muncul Lily di sebelah Gempa "GOOD MORNING LANDAK DAN GEMPA-CHAN!"

"Hmm.. pagi" balas Fang dengan nada kemalasan dia "Kau pagi-pagi lagi sudah menjerit"

"Hehehe.. biasalah landak. Lily kan suka menjerit tapi jeritan ku memang sungguh merdu dan membuatkan orang lain rasa gembira dan terus bersemangat! Betul tak Gempa-chan?"

"Err.. betul tu!" Gempa tersengih sedikit "Hehehe.. tapi betul ke Lily nak join kita orang nanti?"

"Betul betul! tapi join untuk apa?" Lily garu-garu kepala dia sedikit "JOIN MASAK-MASAK KE? Atau join buat kerepek pisang sama-sama.. best tu! Ataupun join bina menara kubu untuk berperang dengan musuh-musuh kita? Tapi kita ada musuh ke?"

"Bukanlah Lily. Kita orang sebenarnya nak tolong Thorn untuk kenakan si Halilintar tu. Kau tahu ajelah sebab apakan"

"Tahu tahu" Lily mengusap dagunya sedikit "Thorn ni kadang-kadang ada macam diri Lily juga.. jadi Lily rasa simpati dengan nasib dia yang selalu malang. Maka dengan itu, LILY AKAN BANTU THORN!" kata dia dengan hati yang berkobar-kobar untuk kenakan Halilintar "MUAHAHAHAHAA!"

Gempa gerun melihat wajah Lily yang berubah menjadi menakutkan itu. Ianya bukan seperti seorang gadis yang ceria tetapi seperti seorang gadis yang mempunyai idea-idea nakal. Gempa jauhkan diri dia daripada Lily

"Bagus Lily bagus" kata Fang sambil angguk kepalanya sedikit "Kita kena membanteras sikap Halilintar yang suka mempermainkan Thorn!"

"Tapi bukan ke landak rapat dengan Halilintar? Kenapa landak nak kenakan dia pula?" Lily terus mengusap dagunya sendiri "Kepelikan betul"

"Err.. kita orang memang rapat tapi aku tak berapa suka sikap Halilintar yang suka sangat buli Thorn"

"Betul tu landak, Lily setuju sahaja" kata Lily sambil angguk kepalanya "Landak, kita akan bekerjasama untuk jatuhkan HALILINTAR! MUAHAHAHAHAHAHA!"

Gempa terbayangkan ada bunyi guruh sebaik sahaja Lily gelak seperti orang gila. Banyak sangat tengok TV aku ni, bisik di hati dia sambil tersengih seorang diri. Pada ketika itu, Thorn menangis di rumah kerana ketiadaan kepokor lekor dan Blaze pula, marah kerana percaya dengan kata-kata Halilintar tadi. Di dalam hati Blaze sudah sumpah seranah terhadap kembarnya iaitu Halilintar

"SIAP KAU HALI!" Blaze mula mengamuk di dalam rumahnya

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu rehat sudah pun bermula. Halilintar pergi mencari kembar-kembar dia yang lain. Mereka tidak kelihatan di dalam kantin sekolah ataupun di tepi padang sekolah. Fang juga tidak kelihatan. Dia mencari mereka di sekitar kawasan sekolah sehinggalah dia ternampak Gopal, Yaya dan Ying duduk di tepi bangunan sekolah sambil menikmati makanan rehat mereka. Dia terus pergi ke arah mereka bertiga

"Wei, ada nampak tak kembar-kembar aku dan si Fang tu?"

"Maaf Hali, aku tak nampak dia orang rehat dekat mana hari ini" jawab Yaya dengan sopannya "Masa kau keluar dari kelas tadi, tak kan kau tak nampak Gempa dan Taufan pergi mana"

"Tak.. aku sibuk sangat berborak dengan kawan-kawan aku sampai tak perasan dia orang pergi mana"

"Ohhh... kau tunggu ajelah dia orang dekat kelas maa.." kata Ying "Tapi aku rasa pelik maa.. apasal dia orang rehat secara sembunyi-sembunyi. Ada misi rahsia ke?"

"Kalau ada misi rahsia, apasal dia orang tak panggil aku sekali" Gopal mula merajuk di situ "SAMPAI HATI DIA ORANG TAK PANGGIL AKU SEKALI! APA SALAH AKU!"

"Wei, kau ingat kau sorang sahaja dia orang tak ajak. Aku pun dia orang tak ajak sekali" Halilintar terus bersilang tangan "Siaplah dia orang nanti. Aku akan pastikan dia orang akan menyesal nanti"

"Aiyooo... jangan begitu maa" tegur Ying "Mungkin mereka ada buatkan kejutan untuk lu ke.. jangan nak fikirkan benda yang bukan-bukan sangat"

"Ha ah, entah-entah dia orang nak buat kejutan birthday kau kot"

Halilintar, Yaya dan Ying mula berikan renunangan mereka kepada Gopal

"Ke-kenapa pandang aku macam tu?"

"Kau ni Gopal.." Yaya gelengkan kepalanya "Kau lupa ke yang mereka tu semua adalah kembar"

"Entahnya, apalah si Gopal ni" Begitu juga dengan Ying. Dia pun ikut seperti Yaya, gelengkan kepala sahaja "Melainkan Halilintar tu adalah abang ataupun adik kepada mereka semua"

"Tapikan.." Halilintar suka pula dengan idea Gopal tadi "Kalau dia orang buat kejutan hari jadi untuk aku sahaja, sudah tentu aku akan terlebih suka! Hahaha.. dan aku juga akan maafkan mereka semua tapi.. kalau mereka ada misi rahsia untuk kenakan aku, memang aku akan mengamuk"

"Hmm.. perasan aje lu ni"

"Aku mana ada perasan!" marah Halilintar kepada Ying "Aku cuma katakan fakta-fakta sahaja. Aku yang paling popular di antara semua kembar-kembar aku"

"Bukan si Solar ke paling popular?" Gopal mengusap dagunya "Yelah, dia tu pandai.. ramai budak perempuan suka tengok gaya dia yang cool"

"Aku cool apa?"

"Cool lah sangat" bisik Gopal "Tapi jangan risau, aku akan siasat kenapa kembar-kembar kau sembunyikan diri daripada kau!"

"Baiklah. Kau siasat dan lepas tu, laporkan kepada aku"

"Baik boss!" Gopal berikan tabik hormat kepada Halilintar "Aku akan jalankan tugas aku sebagai detektif konon sekarang juga!"

"Bagus Gopal. Nanti laporkan kepada aku selepas sahaja sekolah tamat"

"Baik boss!"

Yaya dan Ying hanya mampu gelengkan kepala juga tetapi mereka juga tertanya-tanya, dimana perginya kembar-kembar yang lain dan juga Fang? Adakah mereka pulaukan Halilintar atau ada sesuatu yang mereka sedang sembunyikan dari kembar mereka? Apa-apa pun, mereka tidak mahu perkara ini berakhir dengan tragedi

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"La la la la la"

"THORN!"

Thorn terus pecutkan dirinya kerana terkejut dengan jeritan dari Halilintar tadi. Dia takut jika orang jahat cuba culik dia. Halilintar terpaksa kejar Thorn untuk bertanya tentang ketiadaan mereka di waktu rehat tadi. Pada ketika itu, mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah

"WEI THORN! JANGANLAH LARI!"

"TAK NAK! SAYA TAK NAK KENA CULIK DENGAN ORANG JAHAT!"

Halilintar berhenti berlari dan tepuk dahinya sendiri. Dia tidak tahu apa yang bermain-main di dalam pemikiran Thorn pada ketika itu dan kenapa tiba-tiba Thorn boleh terfikir ada orang nak culik dia pula?

"Adeh... apalah Thorn ni, aku panggil, tiba-tiba pula ingat ada orang nak culik dia" Bahu Halilintar terus di sentuh oleh seseorang. Lalu dia menoleh kebelakang "Eh.. kenapa Gempa?"

"Kau nampak macam mengeluh sahaja"

"Hmm.. si Thorn tulah" Halilintar terus mengeluh lagi "Entah apa dia fikir tiba-tiba ada orang nak culik dia"

"Hehee.. ibu ada pesan dekat dia, lepas sekolah, balik rumah terus. Kalau ada orang panggil, ajak pergi ke mana-mana, jangan ikut. Terus pulang ke rumah"

"Patutlah" Halilintar sambung berjalan bersama Gempa "Tapi tak kan dia tak tahu aku yang panggil dia.. adeh, apa nak jadi si Thorn ni"

"Biarlah.. asalkan dia ikut nasihat ibu" kata Gempa "Lagipun ibu tak perkara hari itu berulang lagi. Dia cuma nak Thorn dalam keadaan selamat. Ibu tahu Thorn tu serba berlainan daripada kita"

"Aku tahu, Gempa" Halilintar menoleh kebelakang. Kembar-kembar dia yang lain tiada di situ "Mana yang lain? Fang pun takde dengan kita"

"Dia orang ada hal" jawab Gempa "Fang pula, dia nak pergi melawat abang dia dekat kedai kak Lynna"

"Hal apa pula tu?" Halilitar melirik matanya ke arah Gempa "Wei, aku nak tanya kau sesuatu"

"Kau nak tanpa apa?"

"Mana korang time waktu rehat tadi? Korang buat mesyuarat tanpa aku ke?"

"Eh.. mana adalah, kita orang tak mesyuarat apa-apa pun" Jantung Gempa sudah berdegup-degup dengan kuat. Dia sebenarnya tidak suka menipu orang tetapi kali ini, dia terpaksa "Tadi aku ada hal dengan cikgu. Yang lain aku tak tahulah kenapa" Dia terus tersengih dan buat-buat seperti biasa

"Betul ke? Boleh percaya ke?" Halilintar rasa ragu-ragu dengan Gempa "Kau ni jenis tak suka menipu orang. Betul kau apa yang kau cakap tadi?"

"Be-betul lah aku cakap tadi. Aku ada hal tadi"

"Ok.. aku percaya cakap kau" Tetapi hati Halilintar dapat rasakan ada sesuatu yang Gempa cuba sembunyikan "Kalau korang buat sesuatu untuk hancurkan imej popularity aku, siaplah korang nanti"

Gempa hanya berikan senyuman dia sahaja kepada Halilintar. Semakin lama, Halilintar semakin curiga dengan Gempa pada ketika itu. Kalau ini adalah permainan dari kembar-kembar dia, Halilintar membuat keputusan untuk bermain sekali. Dia akan pastikan diri dia tidak terperangkap di dalam permainan mereka. Dia akan menang dan akan pastikan mereka kalah

"MUAHAHAHAHA!" Halilintar gelak secara tiba-tiba

"Kau ok ke?"

"Maaf" Halilintar terus diam dan teruskan berjalan tanpa berbual apa dengan Halilintar

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Thorn! Awalnya kamu sampai rumah"

Thorn masuk ke dalam rumah dengan ibunya menyambut dia di pintu rumah. Keiko suka melihat senyuman ceria dari wajah Thorn. Wajah anak dia seperti orang suci yang tiada kesalahan

"Thorn.." panggil ibunya

"Yea ibu" Thorn membuka beg galasnya dan lalu dia letak di tepi dinding "Ibu panggil Thorn kenapa?"

"Ibu ada sesuatu untuk Thorn. Mari ikut ibu"

Keiko membawa anaknya ke laman rumah itu. Taman kecil yang lengkap dengan gazebo kecil, kolam ikan yang ada jambatan di tengahnya dan di dalam laman itu, ada pokok-pokok bunga berwarna merah. Dia berjalan dan bawa Thorn di tepi tembok dinding pagar rumah itu. Di situ terdapat sederet pasu bunga dan hanya satu sahaja yang ada pokok bunga

"Ibu nak bagi Thorn bunga ke?"

"Yea, ibu nak Thorn jaga bunga ini dengan baik" kata Keiko dengan lemah-lembut kepada anaknya "Thorn jaga elok-elok ok. Ibu yakin, Thorn tidak akan biarkan bunga ini layu"

"Jangan risau ibu! Thorn akan biarkan bunga akan sentiasa dapat kasih sayang daripada Thorn"

"Hehehe... bagus anak ibu" Keiko mengusap kepala anaknya "Nanti kembar-kembar kamu yang lain pun, akan tolong kamu jagakan bunga ini juga"

Thorn angguk kepalanya sambil tersenyum bangga. Dia memandang bunga itu dengan penuh tenang dan kasih sayang. Dia janji dengan diri dia, yang dia akan berikan kasih sayang terhadap bunga itu sepenuhnya. Thorn terus peluk ibunya

"Saya sayang ibu"

"Ibu pun sayang Thorn juga"

"THORN!"

Thorn terkejut dan terus lari ke dalam rumah

"SAYA TAK BUAT SALAH! JANGAN CULIK SAYA!"

Keiko terus berikan satu renungan tajam kepada anak lelaki dia yang baru pulang ke rumah iaitu Halilintar. Dia mencekak pinggang, merapat bibirnya dan kening sebelah dia terangkat sedikit. Halilintar tahu ibu dia dalam keadaan marah. Lalu dia berundur kebelakang sedikit demi sedikit. Keiko ke depan sedikit demi sedikit setiap kali anak dia berundur kebelakang

"Hali buat apa dekat Thorn?"

"Mana ada Hali buat apa-apa dekat dia" marah Halilintar "Dia yang tiba-tiba menjerit macam tu"

"Habis tu, jelaskan kepada ibu kenapa dia macam tu?" Halilintar takut dengan suara marah ibunya "Hali, pagi tadi kamu tipu dia tentang keropok lekor tu. Sampai Blaze pun kena tipu sekali. Dia mengamuk dan Thorn pula, dia sedih sebab takde keropok lekor. Kenapa buat begitu dekat kembar Hali sendiri? Hali tak rasa kasihan ke?"

"Yea, Hali yang salah" Kepala Halilintar tertunduk sedikit "Hali cuma bergurau sahaja tapi ibu sendiri tahu macam mana perangai Thorn tu. Entah sampai bila dia akan macam tu"

"Hali.. kamu tahu perangai Thorn macam mana. Ibu tak suka melihat anak ibu mempermainkan adik beradik kamu sendiri. Ibu tak nak lihat kamu bergurau begitu dengan dia lagi. Kamu bimbing Thorn supaya dia tidak begitu mudah dipermainkan"

"Baik ibu"

"Kalau ibu dapat tahu kau buat begitu lagi dekat Thorn, ibu akan denda kamu"

"Yea ibu" Kepala Halilintar masih tertunduk lagi "Hali akan layan Thorn secara baik dan tidak akan menipu dia lagi"

"Bagus" Lalu Keiko mengusap kepala anaknya "Ibu tak marah kamu cuma.. ibu sedikit kecewa dengan sikap Hali. Ibu tahu anak ibu seorang anak yang baik. Sudahlah Hali, pergi masuk dalam dan pergi minta maaf dekat Thorn"

"Baik ibu"

Halilintar masuk ke dalam rumah sambil diperhatikan oleh ibunya. Lalu dia terus naik ke tingkat atas untuk mencari Thorn. Dia masuk ke dalam sebuah bilik yang berwarna hijau. Bilik itu dipenuhi dengan gambar-gambar tumbuhan. Sebuah tong rotan terletak di tepi rak buku yang tersusunnya dengan komik-komik kegemaran Thorn. Di dalam tong tersebut, penuh dengan mainan. Thorn kelihatan terbaring di atas katil sambil membaca buku komiknya. Dia tergelak seorang diri di dalam biliknya

"Thorn!"

Thorn turunkan sedikit buku komiknya untuk melihat siapa yang memanggil dia. Wajah Thorn kelihatan ceria seperti biasa. Tiada perasaan marah ataupun sedih di dalam hatinya

"Thorn, aku nak..." Halilintar rasa malu hendak sebut perkataan itu tetapi dia paksa dirinya juga "Aku nak... aku nak.. minta maaf dekat kau"

"Aku maafkan kau, Hali" kata Thorn tanpa ada sikap balas dendam yang terbuku di dalam hatinya "Aku tengah baca komik baru ni, kau nak pinjam?"

"Err.. takpleh. Lain kali aku pinjam" Halilintar tersengih sedikit "Aku pergi dulu"

"Huh?! Hali nak pergi mana? Kau nak pergi jalan-jalan ke?"

"Tak, aku nak masuk bilik aku aje"

"Oh, ingatkan nak pergi jalan-jalan" Thorn sambung balik baca komiknya

Halilintar tinggalkan bilik itu dan terus ke bilik dia sendiri. Sewaktu dia melangkah masuk ke dalam biliknya, mulut dia ternganga sedikit kerana terkilan dengan apa yang terjadi sebahagian bilik itu. Bahagian dia kelihatan bersepah seperti ada berlakunya ribut taufan idi dalam bilik itu. Pada bahagian Fang pula, ianya kelihatan kemas sahaja. Halilintar rasa hairan seketika, kenapa bahagian dia kelihatan bersepah dan Fang punya, kelihatan kemas?

"Ini mesti si Thorn yang buat" bisik Halilintar sambil genggam kedua-dua tangannya "Aku akan ajar dia sebab sepahkan bilik aku"

"Haih kau ni" Ada seseorang letak siku tangan di atas bahu Halilintar "Tak kanlah Thorn nak sepahkan bilik kau. Dia kan budak baik" Halilintar menoleh ke kiri. Gempa ada di sebelah dia. Blaze ada di situ juga

"Kau pasti ke bukan kerja dia?" tanya Halilintar dengan nada marah

"Mestilah Gempa pasti sebab..." Blaze berundur sedikit demi sedikit sambil tersengih "Aku yang buat sebab kau tipu aku pagi tadi. Jadi aku mengamuklah dekat bilik kau" Terus dia larikan diri dan turun ke bawah. Hati Halilintar mula panas

"BLAZE!"

Halilintar mula mengejar Blaze. Gempa gelengkan kepala sahaja. Apa nak jadi dengan kembar-kembar dia ni? Semuanya perangai pelik-pelik, fikir Gempa

"Tapi aku ada perangai pelik juga ke?" bisik Gempa

"Rasanya kau dan Solar sahaja kot yang ada sifat matang" kata Taufan yang baru muncul di situ "Tapi kau lebih sedikit daripada si Solar tu sebab kau kan selalu jaga kita orang"

"Yea ke, terima kasih" Gempa rasa malu sedikit tetapi pada masa yang sama, dia rasa bangga dengan diri dia "Korang semua kembar aku, mestilah aku kena jaga dengan baik. Aku sayangkan kembar-kembar aku"

"Yea, aku pun sayang korang" kata Ice masuk ke dalam bilik dia dengan mata kuyu dia. Di tangan sebelah dia ada sebotol air chocolate. Dia ingin baring di atas katil sambil menikmati air chocolate itu

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu, Halilintar dapat tidur dengan tenang kerana siang tadi, dia sudah puas belasah Blaze. Habis muka Blaze penuh dengan calar-balar. Walaupun diri Halilintar kena marah dengan ibunya lagi sekali tetapi hati dia tetap rasa puas. Fang di sebelah katil, dia sudah nyenyak tidur. Abang dia ada singgah pada waktu petang tadi. Lynna tiada bersama Kaizo pada ketika itu. Kaizo datang ke rumah untuk menjenguk adiknya

Halilintar terjaga dari tidurnya apabila dia terdengar orang sedang bercakap di luar tingkap biliknya. Lalu dia pergi menjenguk apa yang berlaku. Kelihatan Thorn sedang berborak dengan pokok bunganya. Pada bahagian bunga itu terdapat sebutir cahaya putih yang kecil sedang berlegar-legar di hadapan Thorn. Halilintar mengosok matanya untuk pasti apa yang dia nampak adalah benar. Ianya memang benar. Mungkin sahaja dia sedang bermimpi pada ketika itu ataupun itu hanyalah serangga kelip-kelip sahaja. Lalu dia mengambil keputusan untuk sambung tidur sahaja. Esok sahaja dia akan bertanya kepada Thorn. Dia berharap Thorn akan ketawa kerana ini hanyalah mimpi sahaja

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan paginya, Halilintar terus bertanya kepada Thorn sewaktu mereka sedang bersarapan pagi di dalam dapur. Thorn sibuk bergurau-senda dengan Taufan dan Blaze. Makanan yang disediakan oleh ibu mereka adalah roti tuna sandwich dan juga roti telur. Gempa hanya dengarkan sahaja ketiga kembar itu berborak. Solar dengan muka dia terlindung di sebalik buku sains. Ice masih lagi tidur di atas katil. Ibu mereka terpaksa pergi kejutkan Ice sebelum dia terlambat pergi ke sekolah. Fang pergi menelefon abangnya sebentar sebelum sarapan

"Thorn" panggil Halilintar

Thorn tidak dengar. Dia masih lagi ketawa terbahak-bahak dengan lawak jenaka dari Taufan

"Thorn!" Halilintar tinggikan sedikit suaranya "THORN!"

"AHHHHHH! ADA ORANG NAK CULIK THORN!"

Halilintar tepuk dahinya sendiri. Taufan dan Blaze tenangkan Thorn

"Adeh, dari semalam lagi asyik cakap ada orang nak culik dia" bisik Halilintar "Aku ada sesuatu nak tanya kau ni"

"Kau nak tanya apa?" soal Gempa

"Aku nak tanya dekat si Thorn tu, malam semalam betul ke kau bercakap dengan bunga?"

"Betul betul!" kata Thorn sambil angguk kepalanya "Tapi aku berborak dengan pari-pari. Dia tu penjaga bunga tu.. dia cakap, lain kali dia nak bawa aku ke dunia pari-pari"

"Isk kau ni, pari-pari mana ada wujud dekat dunia ni" marah Halilintar "Itu semua cerita dongeng sahaja"

"WUJUDLAH!" marah pula Thorn "Kalau tak wujud, habis tu.. malam tadi aku bercakap dengan siapa? Hantu ke?"

"Dengan serangga kelip-kelip kot" jawab Halilintar "Sudahlah Thorn, jangan mudah percaya.. nanti kau juga yang sedih. Aku sebagai kembar kau, aku ingin melindungi diri kau daripada cerita-cerita dongeng kau"

"Hmm.. kalau macam tu, apa kata Hali jumpa dengan pari-pari tu malam ni dengan Thorn" cadang Gempa "Kalau betul itu hanyalah kelip-kelip sahaja, Thorn kena terima kenyataan. Kalau itu adalah pari-pari, aku tak tahu nak cakap apa"

"Baiklah, aku akan buktikan kepada Thorn, itu adalah kelip-kelip sahaja" kata Halilintar dengan penuh yakin

Dia sudah tidak sabar untuk menunggu jelmanya malam nanti. Dia akan buktikan kepad Thorn tetapi dia tidak, ini semuanya adalah permainan dari kembar-kembar dia yang lain. Mereka senyum kecil sambil membuat kerja masing-masing. Halilintar tidak sedar dengan permainan itu. Dia hanya makan roti telur itu dengan senang hati

to be continued....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro