Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

"Solat Selalu Tak Khusyuk!"

DR. NOOROO :
DEPRESI
_______________________
"Khusyuk itu satu rezeki"

KATA NISTA

"Ala, bayangkan je kau duduk tengah titian sirat, bawah kau neraka. Mesti kau dapat khusyuk punya!"

"Ala macam itu pun tak boleh fokus masa solat. Aku boleh je. Itulah sibuk sangat ke hal dunia."

"Itulah, asyik main telefon je."

𖣘-----❀-----𖣘

LUAHAN

"Kadang-kadang kalau aku down, aku selalu rasa serabut nak fokus baca dengan suara bising dalam kepala aku. Aku pernah... terfikir nak bunuh diri masa solat."

"Makin kuat aku hindarkan dalam solat, makin teruk suara tu dalam kepala aku. Sampai aku terkena panic attack."

"Aku dah fokus dah! Lepas tu lalai lagi! Lalai dan lalai lagi! Entah-entah Allah dah bencikan aku sebab selalu lalai masa hadap dia."

𖣘-----❀-----𖣘

Ah, paling lemah kalau bab bab solat terutama lagi pada yang Muslim.

Khusyuk atau erti kata lain fokus... kalau dapat, memang sujud syukur lagi. Ibarat kau orang dapat cabutan bertuah masa tu. Fokus dalam solat ini jarang tau orang dapat rezeki ini.

Paling menyakitkan hati, masa aku duduk termenung... tak ada pula idea nak tulis novel. Masa aku solat, banyak pula masuk dalam kepala. Kurang asam punya otak.

Otak : Lah, kok gua.

Untuk yang overthinking dan ada anxiety, agak rumit bagi dia orang untuk fokus pada sesuatu. Dia macam... bila fikiran negatif masuk dalam kepala masa solat, auto kelam mata bhai.

Tetapi kau orang tidak dipersalahkan kerana tidak dapat fokus dalam solat. Sebab khusyuk itu satu rezeki.

Untuk dapatkan rezeki, bukan terus magik. Fuh, tak ada usaha auto dapat. Kena usaha dapatkan benda itu. Setiap perbuatan, pasti akan dapat pembalasannya.

Maksudnya kalau kau orang usaha, kau orang pasti akan dapat hasil dari usaha itu. Kalau gagal sekali, tak bermaksud esok hari tak boleh cuba lagi.

Okeylah, sebelum aku sambung karangan ini, mari kita maju teruslah ke tips khusyuk solat aku!

𖣘-----❀-----𖣘

TIPS / MOTIVASI

- [ Tentukan waktu nak solat ]

Pilih masa untuk kau orang solat. Ha... jangan pernah terfikir nak solat dekat akhir waktu. Yalah, manalah tahu nak jimat air sembahyang kononnya. Ah, semua tu nawok belaka.

Itu cuma buatkan kau makin lalai waktu solat. Lebih baik solat awal waktu supaya tak tergesa-gesa. Dan ini juga dapat latih kau punya disiplin dengan masa.

Boleh jadi macam ini. Kejap nak tulis contoh...

Zuhur - 1:45 petang
Asar - 4:45 petang
Mahgrib - 7:30 malam
Isyak - Lepas azan

- [ Pandang tempat sujud ]

Atau erti kata lain, tempat fokus untuk kau pandang. Kalau kita solat, dengan fikiran berserabut nak buat itu ini, kita mesti susah nak fokus, kan?

Jadi kita cari sesuatu untuk fokuskan fikiran dan mata kita. Tapi, pastikan sejadah kau orang tak ada gambar pelik pelik ke. Nanti bayang pula benda lain.

Lepas ni tak payahlah susah bayang-bayang duduk atas titian sirat.

Aku pernah cuba cara ini dan percayalah. Benda ini berjaya sampai aku terbayang syaitan sekali duduk sebelah aku. Alih alih aku solat makin tak khusyuk.

Nooroo : Okey, bayangkan duduk atas titian sirat. Bayangkan...

Syaitan : Hey!

Nooroo : *buka pintu laju laju tanpa sebab*

- [ Senaman nafas ]

Bukan buat senaman nafas macam yoga itu. Yang kena regang regang otot tu, eh bukaaaan. Ini untuk kira aktiviti menenangkan otak.

Sebelum kau solat, kau tarik nafas dalam kiraan 4  kemudian hembus sambil kira empat balik.

Dark Nooroo : *tarik nafas* Satu dua tiga empat... *hembus nafas* lima enam tujuh lapan...

Tapi kalau korang malas sangat nak buat benda ni, korang boleh cuba masa baca Al-Fatihah. Baca dalam satu nafas sahaja

Nooroo :Bismillah hir-rohmaa nir-rohim. *tarik nafas* Alhamdu lilahi robbil’alamin. *tarik nafas* Ar rohmanir-rohim.

- [ Tulis sesuatu sebelum solat]

Mungkin perkara negatif yang bermain dalam kepala otak kau ke. Perkara positif pun boleh. Lirik lagu pun memang dialu-alukan tulis.

Yalah, orang tengah baca tahiyat awal, dia duduk pasang lagu dalam kepala. Dasar gila perhatian betul otak ni.

Otak : Ha, yalah. Semua salah aku. Tak pergi salah si Qayyum pula. Kan tak ada aku, nanti kau jadi bo...

Qayyum  : Lah, aku pula.

Kalau sayang bazirkan kertas, boleh taip secara digital. Ha, kalau malas lagi aku tak tahulah nak cakap apa. Tulis kat dinding sahajalah.

Spiderman : Ha, sapa tulis kisah sedih dengan crush dia dekat sini? *baca*

- [ Anxiety 1-2-3 ]

Anxiety 1-2-3 ini merupakan konsep secara bertulis. Kau boleh tulis sebelum solat untuk tenangkan suara yang tak terkawal dalam kepala kau itu.

Tetapi kalau kau orang nak tukar bilangan itu pun dialu-alukan.

Tulis tahap Anxiety Kau (1-10)

Tulis 1 Perkara Yang Kau Rasa

Tulis 2 Perkara Yang Kau Lihat

Tulis 3 Perkara Yang Kau Dengar

Tulis tahap Anxiety kau semula

Nurul : Kosong. Perit. Pintu dan dinding. Perut, Air.

Dark Nooroo : SABARLAH! AKU KELUARLAH NANTI! *dalam tandas*

- [ Terus solat ]

Ini nasihat dari mak aku. Lepas kau ambil sembahyang itu, kau terus segera pergi macam Usain Bolt. Apar sejadah dan terus solat.

Jangan jenguk tv, jangan tegur Mek Tam tengah jalan (walau dia bagi muka 10 sen) dan jangan tengok mesej mahupun sosial media.

Ini untuk elakkan sebarang idea baru otak nak cetuskan masa kau solat. Nanti masa solat kau teringat...

Eh aku dah balas mesej Oyen ke belum?
Tadi crush aku update gambar baru kan?
Cerita Webtoon tu aku dah habis baca ke belum?
MekTam nak bagi makan apa nanti?

Dan sebagainya.

- [  Luah kepada Allah ]

Bukan setakat sujud terakhir sahaja, mana mana sujud pun boleh. Kau luahlah pada Allah... apa apa sahaja. Allah setia mendengar.

Berterima kasih pada Allah ke. Meminta ampun pada Allah. Luah masalah kau pada Allah. Ianya... sungguh melegakan.

Allah tak pernah rasa menyampah bila kau luah kepadanya. Bahkan...

Allah sangat pemalu apabila seorang hambanya menadah doa kepada-Nya dengan penuh harapan... dan pulang tanpa membawa apa-apa.

- [ Maafkan diri kalian]

Jika kau tak berjaya waktu solat ini, solat Zuhur ada lagi. Solat Asar, solat Mahgrib dan solat Isyak pun ada lagi.

Sekurangnya kau dah usaha. Bukannya kalau kau gagal itu, tak jadi hasil pada kau. Bak kata Tok Kasa, kau memang gagal... namun kegagalan itu tak pernah gagal dalam melatih kau.

Kau dapat ambilnya sebagai pengajaran dan mana tahu, dapat khusyuk satu solat! Fush, best gila!

Tepuk bahu dan senyum. Tak apa, tak apa. Nanti kita cuba lagi.

- [ Akhir Kata ]

Macam mana kalau terlalai dan terus sedar?
Bila sedar itu cepat cepat pandang tempat sujud. Tapi jangan amati sangat sejadah itu... malu dia

Satu lagi tips?
Amalkan tomakninah. Bukan tok Nina jual kuih. Tapi Tomakninah.

Dengan ini, harapnya kau orang dapat berjaya dapat rezeki khusyuk itu. MARI KITA JAYAKAN MISI KITA! KHUSYUK UNTUK SOLAT. SOLAT UNTUK KHUSYUK!

Dark Nooroo : Ha, dah gila dah budak ni.

Apa-apa pun, aku harap dengan tips ini... akan membantu kau merapatkan hubungan dengan-Nya. Mungkin ada tips yang kau mampu buat dan ada yang tips kau tak boleh buat. Kalau semua tak membantu, janganlah bakar rumah aku.

𖣘-----❀-----𖣘

TIPS TAMBAHAN

- Solat berjemaah

- Taranum bacaan solat

- Pastikan bacaan solat didengari telinga

𖣘-----❀-----𖣘

QUOTES

"Bahkan saat fikiranmu remehkan dirimu sendiri, Allah tetap mendukungmu dengan mengatakan kau ciptaan-Nya yang terbaik."

"A dua can make the impossible, possible again."

"Buat apa Allah nak benci kau kalau ada sekelumit rasa bersyukur dalam diri kau?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro