Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CERITA SEKETUL NOOROO II

DR. NOOROO:
DEPRESI
-------------------------
"Your not sick."
"You need help!"

☾︎------❤︎------☽︎

Hai, bertemu kita lagi!

Kita sudah meneroka bagaimana Nooroo menghadapi masalah depresinya. Teruk benar sampai berilusi orang ramai mahu bunuh dia!

Sudahlah seketul Nooroo masa itu tidak pernah beritahu kepada mana - mana manusia tentang masalah depresinya.

Jadi, bagaimana dia keluar?

☾︎------❤︎------☽︎

SOALAN KEEMPAT: Bagaimana anda keluar daripada masalah depresi ini?

Sokong diri sendiri.

Tidak kira macam - mana pun. Walaupun apa - apa orang anggap fasal diri kita. Sentiasa menyokong diri sendiri. Siapa yang lebih layak menentukan kita? Tuhan kita.

Ya, aku faham. Tidak mudah untuk sokong diri sendiri apabila seluruh dunia membenci. Jadi, kalau mereka tidak menyokong kamu... siapa lagi?

Aku pernah bertanya kepada diri sendiri. Manusia mana lagi nak menyokong kau? Manusia mana lagi? Dari sudut hati aku yang dalam, aku jawab...

"Diri aku."

(Tukar sebentar nama panggilan)

Satu hari itu, saya sudah penat! Saya penat sangat hadap semua masalah depresi. Bila saya nak luahkan pada orang, mulut saya terketar - ketar untuk berkata... buatkan saya tarik selimut dan menangis sendiri.

Pernah satu hari, saya hendak cekik diri saya sendiri sebab saya tak tahan lagi hendak hidup. Entah mengapa, tangan kanan saya halang lalu genggam tangan kiri saya sekuatnya...

Tidak benarkan untuk saya pergi lagi dari dunia.

Waktu itu memang saya tidak faham sebab tangan kanan saya waktu itu memang bergerak luar arahan otak saya. Macam... tiber gerak sendiri.

Sehingga saya didatangi mimpi. Bukan mimpi basah, ya? Yang paling sebak dalam mimpi itu, saya jumpa diri sendiri saya sendiri. Tinggi dia... rupa dia... suara dia... tak kabur langsung! Suara dia juga serupa sangat dengan diri saya.

Saya terduduk mula - mula. Yalah, jumpa diri sendiri. Mestilah terkejut. Tidak mungkin saya mahu menari inang pula.

Diri saya lagi satu itu meluru ke arah saya Dia memeluk saya dan mengusap belakang saya. Perkataan pertama yang dia bisikan pada saya...

"Menangislah sebanyak mana kamu mahu. Tetapi berjanji, kamu akan cuba untuk semakin kuat mulai hari ini."

Apa lagi? Memang aku nangislah. Tidak mungkin aku nak gelak. Nanti kena hempuk pula.

"Tiada satu makhluk yang Allah ciptakan itu sia - sia. Ada sebab kau diciptakan di dunia ini. Kau masih belum menyinarkan diri kau sepenuhnya di dunia ini lagi."

Tergamam aku waktu itu. Aku mengerling ke arah tudung yang dipakai diri aku. Warna putih. Okey, ini bukan jin.

"Jangan pernah lupa untuk bangkit. Ada benda banyak yang menanti kau di hadapan sana. Allah dengar kau, Allah lihat kau, jadi kau akan okey."

Kemudian aku terbangun dari tidur. Bangun - bangun pukul 3 pagi. Lepas baca doa bangun  tidur, aku bersemangat untuk mencari jalan untuk keluar dari anxiety. Aku cari di Pinterest, Google dan bermacam - macam lagi untuk keluar dari kebimbangan ini.

Namun, tiada satu yang berguna.

Sampailah aku cari jalan sendiri. (Boleh rujuk semua tips di dalam buku ini. Semua ini tips aku buat sendiri.)

27 Ogos 2020 (Khamis)

Hai diri sendiri!

Saya akan mula ubah tabiat hidup saya!
Nanti kita berdua akan keluar dari anxiety ini!
Saya cuma...
Wey, terharu!
Saya dah jumpa...
Saya dah nampak jalan keluar dari penjara anxiety ini!
Saya rasa bersyukur pada Allah S.W.T.

Just...
We need to trust each other, okay?

Dari,
Past Nurul

Bila kau perbaiki titik kelemahan kau, kau telah membuka pada satu perubahan yang besar.

Ini sedutan dari diari aku, tau.

Aku pun cuba tips - tips yang aku reka sendiri. Macam tips dari bahagian 'Aku Takut' itu. Sampai aku keluar! Yes.

Apa rahsianya? Sokong diri sendiri! Tidak kira apa orang kata... Allah ada! Kau ada! Sentiasa menyokong diri sendiri! Kau pilih untuk percaya... sama ada suara di dalam kepala kau,  atau diri kau yang sebenar.

Aku cuba keluar dari anxiety pada 28 Ogos 2020. Dan aku keluar pada 24 September 2020. Bukan masa yang pendek! Tetapi aku selalu beri peringatan pada diri sendiri, jangan pernah berhenti menyokong diri sendiri!

Tetapi ada satu masalah.

Aku trauma.
Aku trauma dengan semua kes pembulian itu.

Sebelum tidur, aku selalu menangis bila teringat akannya. Malah, dalam tandas pun aku selalu terlepas esakan aku. Tetapi itulah, mana boleh nangis dekat rumah jin.

Aku memang buntu. Aku trauma. Sampailah aku tengok movie 'Meet The Robinson'. Aku jadi... terharu.

"You just focused on the bad stuff when all you had to do was let go of the past and keep moving forward."

"From failing, you learn. From success, not so much."

"Don't afraid to make some mistakes."

"Masa lalu yang menyakitkan, tidak bermaksud masa depan pun sama."

"Pilih pilihan yang terbaik dan terus pandang ke hadapan!"

Semua itu... buatkan aku bersemangat untuk kejar apa yang aku mahu! Tetapi ada satu ayat yang membuatkan aku bangkit sekarang.

"Around here, however we don't look backwards for very long."

"We keep moving forward, opening up new doors and new things. Because we are curious. Curiosity keeps leading us down new paths."

Terus pandang ke hadapan! Ambil masa lalu itu sebagai pengajaran dan terus pandang ke hadapan!

Kalau tersalah pilih, tidak mengapa. Masih ada beribu pintu menanti kita. Ada beribu peluang yang datang untuk kita. Kita semua masih ada harapan!

Jadi bangun! Bangkit! Terus pandang ke hadapan! Tidak mengapa kalau kita buat kesalahan. Sebab dari kesalahan juga, kita belajar!

Saya sekarang tengah mengejar cita - cita saya untuk menjadi animator! Doakan saya, ya? Saya tengah berusaha buat animasi Nupia, animasi pembelajaran.

Akhir kata daripada saya. Sentiasa sokong diri sendiri dan KEEP MOVING FORWARD!

☾︎------❤︎------☽︎

ADA SOALAN MAHU TANYAKAN KEPADA SEKETUL NOOROO?
- Sila tanya di sini!

☾︎------❤︎------☽︎

Dulu:

11 Jun 2020 (Khamis)

Aku hari ini bukan sahaja nak berdrama, tapi perasaan ini. Perasaan ini, ia datang kembali.

Perasaan yang buat aku depresi dahulu. Aku ingat dia dah pergi. Perasaan buat aku rasa aku tak berguna. Buat aku rasa aku tak layak hidup bersama keluarga aku.

Kenapa kau datang balik? Tolonglah pergi... ini bukan masanya.

Tolong jangan nangis, (nama sebenar). Tapi kenapa air mata ini tetap juga mengalir?

(Tandatangan)
(Nama sebenar)

7/7/2020 - It's getting worse. This feeling is getting worse. Please, help me before I suicide myself.

.

Kini:

10 November 2020

Diary,

Lepas saja aku keluar daripada anxiety, aku duduk dalam satu stesen. Cuba teka. Hahaha. Ha. Ha...

(Napa aku gelak hambar ni?)

Aku duduk dalam penjara trauma. Anxiety aku waktu tu dah hilang tapi trauma aku dengan kes buli itu masih terkesan. Sampai aku hypersomnia dan tertekan kerana terlalu banyak pendam.

Ha... tapi. TAPI! Lepas aku tengok 'Meet The Robinsons', aku seakan - akan dapat semangat baru. Hilang dari trauma. Seakan - akan dapat diri aku kembali.

"You just focused on the bad stuff when all you had to do was let go of the past and keep moving forward."

"From failing, you learn. From success, not so much."

"Don't afraid to make some mistakes."

Walaupun ayat itu ringkas, tapi maksud itu sangat mendalam bagi aku. Huhuhu, emosional sedikit. Dan sekarang, aku nak buat animasi Nupia!

Doakan aku tau, diri sendiri!

(Tandatangan)
(Nama sebenar)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro