"Aku Dah Tak Nak Hidup..."
DR. NOOROO: DEPRESI
--------------------------------
"If you have a courage to kill yourself, use it to help you first."
KATA NISTA
"Kau ini, cubalah fikir ibu bapa dan kawan-kawan lain kalau kau mati nanti. Mesti dia orang akan rasa sedih."
"Janganlah fikir benda macam tu."
"Ha, kalau kau mati. Kau akan masuk neraka, tau. Nanti kau terjun, kau pun terjun berulang kali masuk neraka. Kau nak ke?"
𖣘-----❀-----𖣘
LUAHAN
(skip kalau takut tertringg... ah, kenapa susah sangat nak eja! Trigger. Ha, trigger.)
"Kalau aku mati pun... bukan orang kisah pun. Mak ayah aku lagi suka kalau aku mati."
"Aku tak nak hanya hidup. Aku nak betul-betul hidup. Tapi yang aku hadap hanya sengsara. Tolonglah aku... tapi tak ada siapa nak tolong aku."
"Aku mati ke tak... sama sahaja. Aku tetap ahli neraka. Allah tak pernah sayang aku."
𖣘-----❀-----𖣘
Aku sebenarnya agak blur masa menaip sebab aku tengah sakit kepala ini. Tetapi disebabkan aku seorang yang degil dan tak mahu baring sahaja, aku buat keputusan untuk tulis kata semangat ini untuk kau orang.
Mungkin ini kesan vaksin.
Dan satu perkara lagi.
Terima kasih sebab hidup.
Mungkin kau dah penat nak hidup sampai terbayang macam mana kau mati. Mungkin kau berharap agar nyawa kau dibunuh oleh seseorang hari ini. Ketahuilah, kau tak bersalah untuk fikirkan benda tu.
Kalau kau nak menangis, menangis sampai mati. Kalau kau rasa nak marah, bebaskanlah. Kalau kau rasa nak menjerit, menjerit perlahan-lahan sampai kau puas hati. Tidur sekejap pun tak apa.
Tetapi untuk kau betul-betul berhenti, kau dilarang sama sekali.
Takkan kau hidup dari umur kau bayi lagi, semata-mata untuk kau tamatkan begitu saja? Impian kau? Tak akan terkubur macam itu saja padahal kau seorang je boleh buat semua tu.
Macam mana kalau kau bertahan, impian kau tercapai?
Macam mana kalau kau bangkit, kau boleh buktikan mereka salah?
Ah, kisah apa dia orang nak kata kau gagal. Suara tu kata kau tak berguna? Dia siapa nak kata kau gagal? Meh aku kejar dia orang pakai seterika.
Selagi kau bernafas, kau ada masih ada berifiniti peluang untuk kau cipta harapan baru.
Fuh, hiperbola dengan aku tak pernah berpisah, en? Tapi memang betul pun.
𖣘-----❀-----𖣘
TIPS / MOTIVASI
[ Kau dibenarkan gembira ]
- Ambil kertas atau tulis dalam kertas. Apa-apalah asalkan kau tak ambil pen marker dan conteng kat dinding. Tulis kat tangan pun boleh.
- Fikir, apa yang boleh buat kau gembira. Tidak kisahlah main game ke, membaca ke, melukis ke, makan ke, menari poco-poco ke, tengok anime ke...
Nooroo 1 : *tengok anime Violet Evergarden* Tengok anime? *sedut hingus* Hotak dia.
Nooroo 2 : Shh, tu kan kita tengah belajar cara nak buat pembaca nangis?
.
[ Kau tak layak untuk mati ]
- Adakah tujuan kau diciptakan ini untuk bunuh diri? Adakah setiap nafas kau hanyalah sia-sia sahaja? Diri inilah yang selalu ada dengan kau.
- Mana kertas tadi? Ha, kau boleh bahagi kepada dua bahagian. Kebaikkan dan keburukan kau orang. Tulis kebaikkan kau orang yang kau suka dan keburukan kau yang kau benci.
Dari situ, kau dapat tahu apa yang kau perlu buat untuk menyayangi diri kau.
- Amalkan butterfly hug. Ya, tenangkan diri kau, peluk diri kau. Maafkan segala kesalahan apa yang dia pernah buat pada kau. Kata kat diri kau... kita berdua boleh buat semua ini. Biasanya aku akan peluk diri aku sambil kata.
"Terima kasih sebab kekal bernafas."
"Tak apa, aku ada."
"Tak apa, Allah ada."
"Kau boleh buat."
"Kau tak salah. Lain kali, kita cuba jangan buat lagi."
.
[ Kau layak untuk meluah ]
- Kalau kau tiada orang untuk luahkan, ataupun kau tak percaya orang, kau tulis diari. Luahkan apa yang kau rasa masa itu. Semuanya dari hal kucing kau beranak sampailah hal ayam kau boleh terbang ke.
- Kepada yang Muslim, cuba setiap sujud... kau luahkan pada yang Maha Esa. Tiada sesiapa yang faham diri kau melainkan diri kau sendiri dan juga dengan Allah. Luah sepenuh hati malah sampai ternangis pun tak apa.
Insya-Allah, kau akan lega.
- Kalau kau nak dm luah pada aku pun, aku okey je.
.
[ Kau tak layak dipersalahkan ]
- Katakanlah 'suara' itu ganggu kau kata kau tak layak nak hiduplah. Kau buat semua orang bencilah. Jujurlah aku katakan, kalau suara ini wujud, dia orang pertama aku hempuk dengan kerusi elektrik.
- Biarkan mulut kau orang itu mengunyah atau buat perkara yang buatkan kau orang gembira. Macam yang kau orang senaraikan tadi.
Ala, main game orang lompat atas keretapi sebab kena kejar dengan polis pun tak apa.
Dark Nooroo : Maksud kau, Subway Surfers?
Nooroo : Ha, Subway Suffering.
Dark Nooroo : Woi....
Nooroo: Ha, cakap fasal game. Plant Vs. Zombie 3 dah ada. Cuma kena dowload kat Google. Aku tak cuba lagi tapi orang kata bolehlah best.
.
[ Kau bukan ahli neraka ]
- Kepada sesiapa Muslim yang rasa dia ahli neraka... rasa kau tidak layak diampunkan oleh Allah S.W.T... buat apa Allah nak hukum kau padahal kau taat perintah-Nya?
"Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)."
(Surah An Nisa, 147 : 4)
- Apa gunanya Allah nak jadikan kau ahli neraka sekiranya hati kau ada sekelumit rasa syukur dan beriman pada Allah... walau rasa syukur itu lebih kecilnya jumlahnya dari atom?
- Allah sayang kau. Sayang sangat-sangat. Percaya... yang Allah cintakan kau. Tambahan pula, cinta Allah kepada hambanya melebihi cinta ibu kepada anaknya.
Kalau Allah dah benci, buat apa dia nak bagi kau baca benda ini. Kalau Allah benci, buat apa Dia bagi kau rasa bersalah untuk buat berdosa. Baik kau terus lalai je.
Pernah satu haru anak Iman Hasan al-Basri terluka di tangannya. Lalu Hasan al-Basri bertanya kepada anaknya lebih kurang, "Adakah tangan kamu cedera? Nampaknya seperti berdarah..."
Anaknya menjawab, "Wahai ayahku. Syukur alhamdulilah. Syukur kepada Allah kerana hanya membenarkan tangan aku sahaja yang terluka berdarah sedangkan BADAN aku masih selamat..."
.
[ Kau layak untuk berehat ]
- Sediakan waktu kau untuk berehat setiap hari. Sebagai satu kejayaan untuk kau setelah bermacam pahit manis kau lalui, dalam satu hari.
Tengok
- Anime
- Drama
- Gameplay Horror ( Rezzadude, Pok Ro, Kambing Golek hahaha)
Rohani
- Diari atau journal
- Makan snek
- Dengar lagu
- Bagi perempuan, pakailah krim kau orang itu.
- Bagi Muslim, cuba try... ah, cuba try lagi! Cuba baca atau dengar Al-Mulk sebelum tidur.
.
[ Kau bukan orang yang gagal ]
- Ah, kau tipu! Kau tipu! Kau tipu! Aku ini memang gagal. Semua benda aku buat, semuanya gagal je.
- Kalau kau gagal buat benda ini, kau boleh buat benda ini. Kau gagal benda ini pula, kau buat benda itu pula. Dan lagi, dan lagi... sampailah kau berjaya.
Kegagalan merupakan salah satu langkah untuk berjaya.
- Macam kau nak belajar berjalan masa kau baby. Tak akan kau waktu baby kau terus putus asa. Ah, aku tak nak jalan dahlah! Mesti kau akan bangun dan cuba lagi.
Ha, macam mana kau orang tahu aku tahu kau orang cuba berjalan masa kau orang bayi? Hehehe, janganlah puji. Susah-susah...
Dark Nooroo: *tahan nak pukul pakai batang penyapu*
- Contohnya kalau kau terlukakan badan kau, tak apa... ambil minyak gamat dan sapu. Lepas ini kau cuba garis pakai pen marker pula.
Kalau kau rasa kau gagal, fikirkan semula. Jadi kau rasa dengan terjun, makan racun, gantung diri akan menampakkan diri kau berjaya? Maaf wey kalau kau terasa ke. Tetapi, kau nak kan buktikan mulut jahat dekat luar sana, yang kau sebenarnya seorang yang berjaya?
Macam aku kata. Kalau tak berjaya guna plan A, guna B, C, D, E sampai Z. Sampai kau berjaya. Kau tak layak berhenti di sini.
.
[ Kau masih ada harapan ]
- Percaya diri kau... kau masih punya harapan. Setiap nafas kau serta titik peluh kau akan membawa kau ke arah kejayaan yang kau impikan. Cuba gantikan...
"Ah, aku tak boleh buat."
"Aku kalau dah gagal, sampai bila-bila pun seorang yang gagal."
"Aku kena buat semua ini. Tak ada pilihan. Memang nasib kau macam ini."
Kepada...
"Aku boleh buat semua ini! Ya, teruskan (nama kau)!"
"Ah, mari! Plan ini tak berjaya, plan itu boleh cuba. Tiada manusia yang dapat halang aku hari ini."
"Kau boleh buat, (nama kau). Aku ada, Allah ada dan kau ada."
- Tapi perlahan-lahan. Sebab untuk tukarkan perkataan negatif itu, kau bukannya hari ini kau buat. Esok kau terus wah, positifnya aku. Ha, bukaaaan pak. Bukaaaan.
Perubahan mengambil masa. Tetapi ianya berbaloi.
Kalau kau tak berjaya, tak apa. Aku tetap bangga. Kau tak bersalah. Kau boleh cuba lagi.
- Sediakan matlamat kau. Matlamat hari ini, matlamat bulan ini termasuklah matlamat tahun ini. Berikan harapan kepada diri kau untuk terus hidup. Jadi orang yang kuat.
- Boleh buat jadual apa yang kau nak buat hari ini. Kalau yang memang gugup nak ikut pakai masa, kau boleh buat pakai cara...
Rutin pagi ini nak buat apa?
Rutin petang ini nak buat apa?
Rutin malam ini nak buat apa?
Dan sediakan waktu rehat pada waktu malam. (Boleh rujuk contoh jadual pada bab sebelum ini.)
- Kau nak jadi doktor? Nak jadi animator? Nak jadi penulis novel? Nak jadi arkitek? Nak jadi apa-apa sahaja? Raja kerajaan langit baik jangan.
Kau nak jadi macam impian kau? Well, kisah apa orang lain nak kata kat kau? Kata-kata mereka kau boleh bidas suatu hari nanti. Kau tahu apa kau buat.
Paling penting, kau tak keseorangan. Kau ada diri kau. Itu bukan maksud kau lonely. Sekarang ini ramai orang musnah bukan sebab dia tak ada orang, dia ramai kawan... cuma dia tiada sokongan diri sendiri.
Ya, kau ada diri sendiri. Kau patut bangga, kau masih mampu berdiri sendiri. Kau memang hebat.
.
[ Akhir Kata ]
- Harap tips aku bagi, dapatlah tenangkan perasaan kau orang. Kalau nampak macam merepek, ketahuilah sekali lagi aku tulis sambil kepala aku berdenyut-denyut. Maaf, ya kalau tak membantu. TvT.
- Aku pegang kata-kata ini...
"Kalau kau rasa nak mati, maka campaklah diri kau ke laut. Kau akan lihat badan kau berusaha untuk timbul di lautan. Kau bukannya nak mati, tapi kau nak diselamatkan."
"Kalau kau rasa nak mati, ingatlah tiga perkara ini... kau ada impian, kau ada diri kau, kau kena hidup untuk kau rasa tak okey kau hilang."
"Percayalah. Suatu hari nanti kau akan jumpa orang yang betul-betul buat kau gembira. Orang yang akan sokong kau dari belakang. Untuk jumpa orang-orang itu, kau kena terus itu."
(Untuk ayat terakhir itu, aku berterima kasih sangat sebab dapat jumpa kawan Wattpad aku dan kau orang TvT)
- Walau apa kau buat hari ini, esok dan hari seterusnya. Aku, Nooroo tetap bangga dengan kau.
Terima kasih sebab hidup. Terima kasih sangat-sangat.
𖣘-----❀-----𖣘
UNTUK SAHABAT
[ Jangan cepat label ]
- Mulut yang ada itu, gunakan dengan betul. Jangan suka hati kau label dia orang ahli neraka. Ataupun pandang remeh dengan sebab mereka untuk bunuh diri.
"Ala, sebab itu pun nak bunuh diri. Rilexlah. Ramai lagi orang susah dari kau."
- Kita bukan berlumba-lumba untuk tengok ujian siapa lagi berat. Setiap orang ada ujian berdasarkan kemampuan mereka. Ujian depresi dia, kalau kau pegang mungkin kau tak mampu. Ujian kau, mungkin bagi dia, dia tak mampu.
.
[ Jangan cepat sangat bagi nasihat ]
- Aku tahu kau orang nak sangat bantu dia, tapi jangan toxic positif.
"Janganlah fikir benda itu, apa susah."
"Tak baiklah wey."
"Gembiralah."
- Rasa nak bunuh diri bukan rasa nak mati je. Dia orang sebenarnya nak keluar dari trauma. Dia orang nak berhenti terseksa. Dia orang rasa... tak ada siapa pun kisah dia orang mati ke tak.
Dan ada orang buat lawak fasal perasaan mereka.
Tak, kita bukan Dazai.
Dan mereka nak diselamatkan.
- Jadi, jangan jadi memandai-mandai dalam menasihati orang. Ini pun aku buat research dan berdasarkan pengalaman sendiri.
.
[ Bercakap dengan dia orang ]
- Bual-bual dengan mereka. Dengan mereka, kau hanya mendengar sahaja. Jangan cepat sangat bagi tanpa dia orang minta.
- Aku pun rasa hampa juga kalau aku luah kat orang itu, senang-senang dia tepis. Sebab spesies dia oranglah aku masih ada trust-issues dan aku malas nak padamkan perasaan itu.
Asalkan aku sayang diri sendiri, biarlah diri aku masa hadapan yang selesaikan.
Aku suatu hari di universiti : Well, KURANG AJAR DIRI AKU SENDIRI!
𖣘-----❀-----𖣘
LAGU
"To Everyone Who Wants To Die"
- Takayan
(Ayat ini mula korus)
Kepada semua, yang mencuba terbaik untuk kekal bernafas.
Aku harap kau orang dapat hidup bebas selamanya.
Satu suara,
yang membantu kamu dari belakang.
Bukan hanya ayat seperti 'bergembiralah',
Ia satu rahmat dari
'aku bersamamu'.
Ianya okey, kau boleh nangis macam nak mati.
Apabila kau marah, lepaskan ia sahaja.
Kau adalah watak utama,
keunikanmu bakal tiba jua.
Teruskan hidup, tanpa memaksa diri kau terlalu keras.
(Ayat ini habis korus)
Walaupun tiada siapa yang memahamimu,
cintai diri kau ialah sumber kegembiraan, kan?
Kekalkan mengejarnya.
Kegagalan dapat mengajar kita, kan?
Tiada siapa dapat memiliki hak
untuk menafikan diri kau.
Tiada siapa dapat mengecam
kehendakmu untuk mati atau mengalah.
Tapi jika ia menyeksamu, berhenti saja,
Pada masa itu, kau tidak perlu nampak kuat.
Teruskan membencinya.
Terima kasih kerana kekal hidup.
Aku harap ku dapat bersamamu pada hari esok.
(Korus)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro