Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

08

Hari ini merupakan hari cutiku. Lu Min, dia telah pergi ke rumah keluarganya seperti biasa.

Dan aku sebagai setiausaha Lu Min yang berjaya aku kena jalankan tugas aku.


Tugas yang seharusnya aku jalankan selama ini untuk dia jatuh suka pada aku.


Aku pergi berjumpa dengan rakan-rakan lamaku untuk mendapatkan nasihat yang bagus.


Wajah mereka terlopong apabila aku selesai menceritakan segala yang berlaku.


“Ya Tuhan, Elena kenapa kau sokong hubungan yang tak bagus tu... Kita ni sepatutnya suka orang yang berlainan jantina... Ini bukan cara yang sepatutnya...”


“Nak dipandang serong oleh masyarakat ke apa?”


“Tak eloklah, boleh tak fikir rasional sikit?”


Kata-kata mereka masuk ke dalam corong telingaku. Hampir berdarah mendengar semua perkara itu.


“Tapi itu sahaja cara untuk aku bersama dia... Taehyung tak guna tu yang cuba menghalang aku!” Kataku bersemangat.



Mereka hanya menggelengkan kepala.


“Taehyung tak pernah bersalah, dia masih berada dalam landasan yang betul...”


“Pandangan sarwa apa tah yang dah melekat kat otak kau ni,”


Please, fikirkan lagi tentang perkara ni Elena...”


“Dia takkan buang aku kan?”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro