06
Selepas Lu Min menghantarku pulang, aku mendapat satu mesej dari nombor yang tak dikenali.
“Let's meet, it's important!”
Sending location...
Aku meneguk air liur kasar. Pelbagai perkara yang terlintas di benakku.
Aku ada hutang along ke?
Tanpa menukar pakaian aku lantas membuat tempahan teksi dan menuju ke tempat itu.
Cafè Breeze
Wah, ini bukan ke tempat yang aku lepak dengan Lu Min hari tu.
Jangan kata nombor tadi tu milik...
Taehyung.
Aku nampak wajah lelaki kacak itu sedang melambaikan tangannya kepadaku.
Aku segera melangkah ke arahnya, meremamg bulu romaku apabila teringat pandangan miangnya tadi.
“Tak sempat tukar baju ke?” Dia membuka bicara setelah pesanan dibuat.
Aku sekadar menganggukkan kepala. Minda aku kosong, tetapi hatiku berbisik...
“Kalau Min tahu macam mana?”
Aku menyedut air jus oren dengan rakus. Aku tak selesa!
“Perkara yang penting aku nak bagitahu kau ialah aku nak kau kahwin dengan aku... Memandangkan kau ada rupa dan agak bijak...” Kata Taehyung sinis dan cuba untuk menyentuhku.
“Kalau kau tolak, gabungan syarikat Kim dan Park akan terbatal...” Ugutnya dengan pandangan gatal.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro