Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

01

Punggung dilabuhkan di atas sofa ruang tamu. Kaki diangkat naik ke atas sofa. Elena menjelingku lantas melangkah ke dapur.

“Lumin, walaupun kita lepak kafe tadi... Kau tak belanja aku pun!!!” Jerit Elena kuat, gadis yang lapar memang kerjanya marah sahaja.

“Kau nak aku masak untuk kau ke?” Aku cuba memujuk. Elena tidak menyahut. Lantas aku ke dapur.

Dia menunduk memandang meja dapur. Nak dia masak? Haih, memang taklah... Dia tak pandai masak, katanya,

“Sepatutnya lelaki yang kena memasak, kemas rumah, semua benda tulah. Aku sebagai perempuan hanya melaram saja.”

Aku membuka pintu peti sejuk untuk melihat bahan apa yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam perut si Elena.

“Nak pedas ke biasa je?” Soalku memandang dia. Elena senyap lagi.

Aku datang dan menarik rambutnya. “Aku tengah baik ni, ke kau nak kebulur?”

“Nak pedas! Nanti panggil aku kat bilik tau... Terima kasih!”

Aku hanya menggelengkan kepala. Apalah nasib pasangan dia nanti. Lainlah aku, setiap hari boleh isikan perut si Taehyung itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro