00
Dari rambut yang berwarna hitam keperangan, alis yang terlukis tajam di dahi serta pandangan redup lelaki itu sungguh menikam kalbuku.
Tidak usah dibicarakan lagi, hidung yang mancung dan bibir munggil kemerahan yang menghirup teh suam itu mencengkam batinku.
Dia, dia crush aku!
Kim Taehyung!
Dah lama aku perhatikan dia. Banyak kali fikirkan cara untuk meluahkan perasaan terhadapnya.
Lamunanku terhenti tatkala rakan serumahku memanggil. Jelingan menyampah dilemparkan.
“Min, jom balik. Dah nak hujan ni, lagipun kitakan naik motor datang sini.” Ujar Elena rakan serumahku.
Aku memuncung tajam kerana tak dapat memerhatikan Taehyung di hujung sudut sana.
“Elena, kau baliklah dulu... aku nak usha si Taehyung tu lagi,” rengekanku dibalas dengan keluhan.
“Min, kau rasa dia akan terima kau ke?” Sindir Elena sambil memandangku atas bawah. Bengang agaknya aku suruh balik sendiri.
“Timbalan pengerusi ni, kalau petik jari sepuluh yang datang tau!” Aku mendabik dada. Elena buat tidak endah, tangannya disilangkan di dada.
“Jangan berangan tinggi sangatlah Lu Min!” Ujarnya sebelum pergi.
_______________________________________
secara jujurnya cerita ini tidak dirancang dengan penuh sistematik.
jika terdapat kesamaan jalan cerita, kesalahan tatabahasa dan typo yang berleluasa.
serta penulisan cerita ini mungkin agak janggal kerana saya dah lama tak menulis.
(・_・;)
saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf.
tajuk juga tidak dirancang. HAHA.
semua perkara ini sungguh random.
enjoy your reading guys! (๑˙❥˙๑)
_______________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro