Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

31

Tetiba rasa excited nak habiskan book ni kuikui

_____

Gadis berambut pendek itu tersenyum kemenangan . Akhirnya dia dapat lihat dua manusia itu berpisah . Puas hatinya melihat Minho menatap Haejoo dengan penuh benci .

" haha baru kau tahu siapa Lee Heeyul . Padan muka kau Haejoo ! Hahahaha ! "

Sedang saja dia duduk di atas katil itu , dia terasa dirinya mual dan ingin muntah . Terus dia melulu ke tandas untuk membuang segala sisa itu . Dia mengelap mulutnya . Dia merasakan sesuatu yang tidak kena dengan badannya .

Alat ujian kehamilan atau dikenali sebagai pregnancy test itu dia ambil . Dia masuk ke dalam tandas dan memeriksa sama ada firasatnya adalah betul atau tidak .

Dia mengetap bibirnya . Nampaknya sangkaannya tepat . Dia membaling pregnancy test itu ke atas lantai .

" shit . Ni mesti anak lelaki bodoh tu ! Sial kau Jung Jaehyun ! "

Lelaki yang dikenali sebagai Jung Jaehyun , pelajar yang berada di kelas yang sama dengan Heeyul dan Minho . Dialah yang selama ini menjadi pembantu Heeyul untuk menghancurkan hidup Haejoo . Lelaki yang baling bola kepada Haejoo . Dia jugalah yang membantu Heeyul untuk merakam perbualan antara Haejoo dan Jinyoo ketika berada di caffe itu .

* mianhae Jaehyun stans , aku pinjam dia jadi cameo sekejap je huhu

Nampaknya , segala pil perancang yang dia makan tidak berkesan untuk menghalang persenyawaan itu . Patutlah periodnya sudah lama tidak datang .

" Heeyul-ah , keluar sekarang . Ada orang nak jumpa "

Eommanya memanggilnya untuk keluar dari bilik . Segera dia buang pregnancy test itu dan keluar . Senyuman palsu dia ukirkan . Ketika dia turun , terkejut dia melihat polis yang datang ke rumahnya .

" Lee Heeyul . Awak ditahan atas kesalahan membunuh Choi Soobin dan kesalahan menjadi pelayan lelaki walaupun berada di bawah umur . Sila ikut kami ke balai "

Membulat matanya melihat gari yang berada di tangan polis itu . Eomma dan appanya hanya memandangnya dengan penuh marah .

" eomma ! Appa ! Tolong Heeyul ! Heeyul taknak kena tangkap ! "

Eomma dan appanya hanya menghiraukan rayuan anak mereka itu . Barangkali mereka menyesal kerana dari awal tidak mendidik Heeyul dengan betul . Heeyul yang sudah digari itu dibawa masuk ke kereta polis . Dia meronta-ronta ingin dilepaskan . Tetapi hampa , eomma dan appanya tidak mahu pandang anak mereka itu .

Inilah yang orang kata , sepandai tupai melompat , akhirnya jatuh ke tanah juga .

_____
2 YEARS LATER

" AKHIRNYA KITA DAH GRADUATE !  DAH BOLEH KAHWIN ! "

Jinyoo bersorak riang meraikan kejayaan mereka yang sudah tamat sekolah tinggi dengan tidak jayanya . Sunghoon menepuk dahi melihat teman wanitanya yang tidak tahu malu itu .

" awal betul kau nak kahwin . Sunghoon ready belum ? Aku tak yakin dengan kau ni sebenarnya "

Haejoo dengan sarkastiknya berkata kepada Sunghoon . Tidak sedar diri bahawa dia pun sama saja .

" eh kau . Ingat aku ni tak boleh pikul tanggungjawab jadi suami ke ? Jadi bapak anak 10 pun aku boleh tau "

Jinyoo tersedak mendengar ayat Sunghoon . Adakah dia mampu untuk beranakkan 10 anak .

" WOI KAU INGAT AKU KILANG ANAK KE APA ? GILA KE APA 10 ANAK ? KALAU KAU NAK 10 ANAK KAU JELAH MENGANDUNG ! "

Sekarang ni , kenapa tiba-tiba masuk issue anak pulak ni . Haejoo memekakkan telinga mendengar pergaduhan antara dua manusia dihadapannya itu .

" woi dah cukup . Kahwin pun tak lagi . Ada hati nak cakap pasal anak "

Akhirnya dua manusia itu berhenti bergaduh . Mereka memandang satu sama sendiri lalu tergelak manja . Haejoo ingin muntah melihat mereka .

" so , kita nak buat apa lepasni ? "

" jom kita makan kat rumah jela . Kita pergi rumah kau eh Sunghoon ? Memandangkan kau tinggal single dekat rumah . Senang sikit kan ? "

" ha boleh boleh . Tapi aku kena balik rumah dulu la kemas apa yang patut . Rumah aku tu dah macam sarang tikus dah "

" dasar pengotor punya anak bangsa . Malu nak mengaku kau pakwe aku "

" eh kau pun sama jela ! Kau pun sama pengotor dengan aku ! — "

" woi ! Jangan bergaduh la ! Jinyoo , kau teman aku pergi beli barang dekat supermarket . Sunghoon kau pergi balik rumah kemas rumah "

Haejoo yang acah ketua kelas itu mengarahkan mereka . Mereka pun akur dengan Haejoo memandangkan sejak dua menjak ini Haejoo semakin garang . Semenjak single la katakan HAHAHAHAHAHAH .

Haejoo dan Jinyoo bertolak ke supermarket yang berada di bandar . Katanya kat situ sayur lebih fresh . Takpe kita ikut sajala chef kita yedok . Haejoo sekarang sudah pandai memandu tau . Jangan pandang sebelah mata .

Setelah sampai , mereka pun berpecah untuk mencari bahan untuk masak . Jinyoo pergi bahagian kering manakala Haejoo pergi bahagian basah . Sedang sahaja Haejoo memilih bahan , dia terlanggar seseorang .

" mianhae , encik . Saya tak pandang depan — "

Terkejut Haejoo apabila melihat manusia yang berada di hadapannya sekarang ini . Air matanya berkaca . Dia amat merindui manusia yang berada di hadapannya itu .

" Beom-Beomgyu ? "

" cik ? Cik ni siapa eh ? Cik kenal saya ke ? "

Haejoo terdiam seribu bahasa . Dia cuba untuk menahan pedih hatinya .

" aku Haejoo . Kau tak ingat aku ke Beomgyu ? — "

" awak , lama betul pilih daging . Eh siapa ni ? "

Seorang gadis mendekati Beomgyu lalu memegang lengannya . Dia memandang Haejoo pelik . Tidak pernah dia jumpa gadis itu sebelum ini .

" saya tak tahu . Dia tahu nama saya , tapi saya tak ingat dia "

" takpela . Mungkin saya salah orang kot . Mianhae"

Pasangan itu pun akhirnya berlalu pergi . Haejoo tidak dapat menahan rasa sedihnya , lalu air matanya berjujuran jatuh .

" Haejoo , aku rasa dah cukup barang aku ambil — eh kenapa kau menangis ni ? "

" Jinyoo , aku dah jumpa Beomgyu . Tapi — "

" tapi apa ? "

" dia tak ingat aku , Jinyoo . Aku sakit hati — "

Tidak disangka-sangka , dia dapat berjumpa dengan orang yang dia sangat rindui , walaupun buat seketika . Lebih perit lagi , dia tidak ingat akan sahabat baiknya sendiri .

" it's okay Haejoo . Jom kita balik dulu ? Nanti kita bincang kat rumah Sunghoon "

Jinyoo membawa Haejoo untuk bayar di kaunter . Gadis itu masih terkejut . Hatinya sakit . Terasa seperti dirobek .

_____

" Aku tak sangka dia dah lupakan aku. Aku rindu dia sangat-sangat . Macamni dia balas dekat aku "

Sunghoon dan Jinyoo bersimpati dengan nasib Haejoo . Sudahlah diri Haejoo itu ditinggal oleh teman lelakinya begitu sahaja , lepastu bestfriend sendiri tak ingat dirinya . Kesian kau Haejoo .

" aku yakin ada sesuatu yang terjadi dekat dia . Takkanlah dia nak lupakan kau macamtu kan  ? "

" aku pun fikir macam tu juga . Takpela , nasib aku ni memang malang sejak dulu lagi . Aku pun tak tahu kenapa dengan aku "

" sabar ya Haejoo . Apa kata kau balik sekarang ? Rehatkan diri  kau . Jinyoo takpe , nanti aku hantar dia balik guna kereta aku . Sekarang kau balik je okay . Esok kau ada practice kan ? Nanti kau takde tenaga pula nak berlatih esok . And terima kasih sebab masakkan untuk kitorang "

" okay . Aku balik dulu eh ? "

" nae "

Haejoo beredar dari rumah Sunghoon dan memandu pulang ke rumah . Nasib baiklah jalan masih terang . Jadi dia tidaklah takut sangat nak balik sorang-sorang .

Setelah sampai , dia terus merebahkan diri di atas katil . Fikirannya sekarang , hanya Beomgyu .

" sampai hati kau lupa aku , gyu "

_____
Haejoo pov

" harini kita practice lagu psycho by red velvet okay ? "

" okay teacher ! "

Aku bersiap sedia dalam posisi  . Sudah setahun sejak aku  menjadi trainee di syarikat itu . Tetapi aku masih tidak tahu milik siapakah syarikat ini  . Kata orang , pemilik syarikat ini  tinggal di Jepun memandangkan syarikat ini ada dua cawangan iaitu di Jepun dan Korea .

Aku memilih untuk menjadi trainee kerana minat aku  dalam dance . Tidak sangka pula aku ada bakat dance seperti abang aku  . Oh bercakap tentang Jihoon , dia telah berjaya menjadi seorang idol di bawah syarikat yang sama dengan aku .

" good job everyone ! Now i want to announce something "

Guru tarian itu menyuruh semua trainee untuk berkumpul di hadapannya . Aku pun duduk di barisan belakang .

" CEO syarikat ni akan datang ke Korea untuk pantau progress trainee di sini . Dan dia ingin mencari trainee untuk debut dengan girlgroup terbaru yang akan debut tahun hadapan . Jadi dia ingin interview setiap seorang dari kamu . Petang ni , dia akan sampai dan saya harap kamu semua sedia . Itu saja , semua boleh bersurai "

Semua trainee mengangguk faham akan kata-kata guru tarian . Aku segera ke bahagia belakang untuk mengambil air . Aku bercadang untuk berlatih sedikit lagi memandangkan masih ada masa sebelum interview .

Sedang aku minum air , tiba-tiba tangan aku dilanggar oleh seseorang membuatkan air tumpah . Siapa lagi kalau bukan , Yoon Seola . Perempuan yang tak habis-habis dengki dengan aku .

" ooops sorry , tak nampak kau ada kat situ "

Dengan selambanya dia flip rambut dia yang busuk tu ke muka aku . Sabar Haejoo sabar . Sekali kau tumbuk kang pengsan anak orang .

Tanpa menghiraukan dia , aku terus menyambung self practice aku . Nak hebatkan lagi skill tarian aku . Lagu into you - ariana grande aku main . Dan aku terus memulakan freestyle dance aku .

_____

" Haejoo , turn kau . Pergi masuk bilik ceo "

Salah seorang trainee panggil aku untuk masuk ke dalam bilik ceo . Nafas aku tarik dalam-dalam . Berdebar la sebab nak jumpa pemilik syarikat .

Tombol pintu dipulas . Aku masuk dan memberikan ucapan selamat .

" annyeonghaseyo . Park Haejoo imnida "

Aku hanya memandang lelaki yang menghadap belakang aku . Jadi aku tak nampak muka dia .

" Park Haejoo . 19 . 1 year trainee period . Dancer . Hmm impressive "

Suara yang membuatkan aku terkejut . Macam aku kenal suara ini . Aku cuba untuk berlagak tenang .

" kenapa awak jadi trainee disini ? "

" sebab saya minat dance dan saya rasa impian saya adalah untuk jadi idol "

" betulkah ? Bukan sebab saya pemilik syarikat ni ke ? "

" apa maksud encik ? "

" long time no see , Park Haejoo "

Lelaki itu memalingkan wajahnya memandang aku . Senyuman sinisnya membuatkan aku menelan perit air liur . Tak mungkin —

" MINHO ? "

THE END

AKHIRNYA BERAKHIR JUGA BOOK NOOB AKU NI ABABABABABAHHAHAHAHAHH . CLIFFHANGER MESTI MEMBUATKAN ANDA TERBAKAR AHAHAHAHAHHAHAHHAHA . TAKPE NANTI AKAN ADA KEJUTAN AKU BUAT . TUNGGU DULU JANGAN MENCARUT LAGI .

Special tag ; CRYSTHYUN

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro