Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26

WARNING ; LONG CHAPTER ALERT !

Minho dan Haejoo melangkah kaki masuk ke dalam penthouse Minho . Mulut Haejoo ternganga luas , melihat kebesaran yang teramat penthouse milik teman lelakinya itu . Minho tergelak kecil melihat muka Haejoo itu .

" Besar betul . Ruang tamu pun sama besar dengan satu rumah saya "

Kakinya melangkah pula ke arah ruangan pemandangan di luar . Sekali lagi mulutnya ternganga luas . Cantik betul pemandangan malam di rumah Minho ini .

( bayangkan jelah macamni penthouse Minho )

" Wah cantik betul pemandangan dekat sini ! "

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipinya . Rambutnya pun berterbangan disebabkan oleh angin . Kalau rambut aku cantik takpe , kalau rambut serupa cik ponti memang lain jadinya .

" Cantik tu cantik , tapi pemandangan depan saya lagi cantik "

Minho berkata sambil matanya memandang tepat ke dalam mata hazel milik Haejoo . Haejoo pun apalagi , tersipu malu lah . Mukanya merah .

" ada je ayat jiwang dia tu "

" awak jugak yang buat saya jadi macamni . Kang saya jadi beku macam dulu lagi , arwah awak malam ni "

Haejoo mencebik . Minho yang melihat itu mencubit pipi Haejoo yang sudah sedia maklum memang tembam . Dia menarik Haejoo kedalam pelukannya .

" thanks , Park Haejoo . Sebab awak dah ubah saya . Awaklah perempuan pertama yang buat saya tak keruan macamni "

Pelukan dieratkan lagi . Sesungguhnya dia amat menyayangi gadis ini . Dia ingin kekal seperti itu , tak mahu gadis itu menjauhinya .

" memang taknak lepas eh ? "

" taknak , biar je macam ni "

" tapi saya lemas lah "

" pegang tangan saya , mari kita cari sama-sama siapa yang kesah "

" YAH ! "

" saya gurau je , dah jom kita tengok netflix ! "

Tanpa menunggu lama , Minho menarik tangan Haejoo ke arah ruang tamu . Mereka duduk di atas sofa yang empuk seempuk ontot — ok malas nak sambung .

" cerita apa ? "

" kita tengok horror malam ni "

" tapi saya takut — "

" penakut betul . Macamnilah , kalau awak takut , awak peluk je saya "

" jangan marah kalau awak sesak nafas "

One hour later ~

" AAAAAAAAAAAAAAAAAAA "

" ADOI WOI SESAK NAFAS AKU WEH LEPAS ! "

" TADI AWAK KATA AWAK TAK MARAH KALAU SAYA PELUK "

" MASALAHNYA KUAT SANGAT AWAK PELUK NI ! SESAK NAFAS WOI "

Maka dengan itu , Minho pun disahkan menghidap sawan babi . K gurau je . Back to the story .

Setelah itu , keadaan sudah mula normal . Minho menguap kerana terlalu mengantuk melayan cerita hantu . Apa yang seramnya pun taktahu la Haejoo ni .

Dia memandang Haejoo yang sedang memeluknya sambil kepalanya bersandar di bahunya . Gadis itu sudah terlelap ketika menonton movie . Rambut yang menghalang mukanya ditolak lembut oleh Minho . Taknak Haejoo terjaga .

Nasib baiklah esok cuti . Jadi mereka boleh meluangkan masa bersama-sama . Minho berfikir sejenak , adakah dia patut biar Haejoo tidur di sofa manakala dia tidur di bilik ? Atau sebalikya . Kalau dia biar Haejoo tidur di sofa , kejam pulak .

Akhirnya dia pun membuat keputusan untuk bawa Haejoo tidur di biliknya . Dia mengangkat tubuh Haejoo secara bridal style . Ok jangan fikir jauh ngat eh guys . Di bulan puasa yang barakah ni , aku maleh nak berotak biru .

Dia meletakkan Haejoo perlahan-lahan di atas katil lalu menyelimutkan Haejoo . Dia menatap sebentar muka Haejoo yang nyenyak itu .

" Sleep tight , sayang "

Minho mencium dahi Haejoo sekilas lalu beredar dari bilik itu . Dia berkorban la sehari tidur ruang tamu . Lagipun dia dah biasa tertidur di ruang tamu ni . Dia mengambil bantal dan selimut dan berlalu ke sofa di ruang tamu . Badannya dibaringkan , lalu matanya memandang siling .

Ini pertama kali dia membawa Haejoo ke rumahnya . Lebih tepat lagi , perempuan pertama yang pernah menjejakkan kaki dirumahnya . Selama ini hanya kawan-kawan rapatnya sahaja yang duduk di rumah ini . Tapi mereka ada family , tak macam Minho .

Ada family tapi macam takde . Perangai masing-masing macam seton . Lagi-lagi yang adik tirinya itu .

Minho membuka telefonnya . Mesej daripada seseorang yang sangat dia kenali dia tatap . Sebenarnya mesej itu dia sudah dapat petang tadi . Tapi dia seen saja .

Appa

- Appa nak berjumpa dengan kamu pagi esok . Tolong datang . Jangan sampai appa terpaksa upah penculik untuk bawak kamu balik ke rumah
5.00 p.m seen

Minho menghela nafasnya berat . Air matanya bertakung di tubir mata . Salahkah kalau dia kata , dia sebenarnya rindukan keluarga bahagianya dulu ?

Air matanya tumpah juga . Minho mengaku bahawa hatinya itu memang tisu . Entah mengapa , sejak Haejoo hadir dalam hidup dia , hatinya sudah semakin lembut . Bukan macam Minho yang dikenali dengan hati yang keras .

Walaupun dia benci appanya , tapi hatinya berkata sebaliknya . Dia tidak boleh melawan kata hatinya , bahawa dia sebenarnya masih sayangkan appanya . Satu-satunya ahli keluarga yang masih dia ada .

" Minho rindu eomma . Rindu appa .. "

Matanya terpejam . Mengingatkan kembali memori semasa dia kecil . Semasa keluarga mereka menjadi keluarga paling bahagia di dunia .

Tidak lama selepas itu , dia dibawa mimpi indah . Yang semestinya tidak akan kembali ke dunia nyata .

_____
Heeyul pov

Aku keluar dari bilik sambil membawa pil di belakang badan aku . Tiada siapa boleh nampak pil itu . Kalau tidak habislah rahsia aku terbongkar .

Perlahan-lahan kaki aku melangkah turun dari tangga untuk ke dapur . Setiap langkah aku pastikan tidak berbunyi . Setelah sampai , aku segera mengambil gelas untuk mengisi air masak .

Dua biji pil aku ambil dan segera aku makan . Air itu aku teguk dengan rakus . Harapnya menjadi lah pil yang aku makan ni .

" Heeyul ? "

Seseorang datang ke dapur , membuatkan aku tersentak . Segera aku menyembunyikan pil itu di belakang .

" oh eomma , terkejut Heeyul . Ingatkan siapa tadi "

" eomma haus . Tu yang eomma turun . Itu apa dekat belakang tu ? "

Eomma menunjukkan bungkusan plastik yang berada di belakang aku . Aku menelan perit air liur .

" oh ini ? ni ubat batuk  . Heeyul rasa macam tak sihat pulak hehe "

Aku pun dengan sengaja buat-buat batuk di hadapan eomma . Dia memandang aku pelik .

" selama ni kamulah yang paling susah nak makan ubat . Tiba-tiba harini boleh pulak makan . Pelik-pelik je budak zaman sekarang "

Aku tersenyum palsu . Eomma mengambil gelas dan menuang air masak ke dalam gelas . Aku mengetap bibir .

" Heeyul naik dulu ya eomma . Mengantuk "

" okay "

Dengan langkah yang cepat aku naik ke bilik bersama plastik di tangan . Aku masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu . Nyaris-nyaris sahaja rahsia aku terbongkar .

" nasib baik eomma tak perasan "

Pil itu aku simpan di dalam laci . Hati aku berdebar-debar sakan . Tiada siapa boleh tahu yang aku sebenarnya ,

Mengambil ubat pencegah kehamilan .

_____
Haejoo pov

Matahari memancar cerah menampar pipi gebu gebas aku . Aku membuka mata perlahan-lahan . Aku cuba memproses dimana aku berada . Macam bilik lelaki —

Aku menepuk dahi aku . Sudah sah-sah la aku dekat dalam bilik Minho ! Kalau aku tidur sini , Minho tidur kat mana ? Jangan kata —

Telinga aku menangkap bunyi pinggan mangkuk dan bau yang enak dari luar . Aku segera melihat diri aku di cermin . Dah macam orang gila rambut aku woi . Terus aku merapikan rambut . Nasib baik aku jenis tidur tak keluar air liur basi . Kalau tidak hilang imej perempuan aku .

Aku keluar dari bilik . Pemandangan pertama yang aku nampak adalah seorang lelaki berbaju putih sedang memasak di dapur .

Lelaki itu memandang ke arah aku yang sedang berjalan ke arah dapur itu . Dia tersenyum manis .

" dah bangun dah sayang saya ? nyenyak tak tidur ?"

Minho menanyakan soalan itu kepada aku sambil tangannya memegang senduk . Aku tersenyum malu apabila dia memanggil ' sayang saya ' tu . Sorry orang single . Oopss .

" awak ni susah-susah je masak pagi-pagi buta . Boleh je makan luar "

" apa salahnya ? saya nak berlatih jadi suami mithali ni "

Bukan sepatutnya perempuan ke yang kena masak untuk lelaki ? Ini kenapa terbalik pulak .

Selepas itu , Minho pun menghidangkan sarapan yang dia masak . Tak sangka pulak yang boyfriend aku pandai masak . SILA JELES !

Nasi goreng kimchi pulak tu . Adoi feveret teroks ni . Tau - tau je aku ni monster pagi-pagi buto . Kami pun makan la bersama - sama .

" kejap , kenapa mata awak bengkak ? awak menangis eh ? "

Tanya aku apabila melihat ke arah matanya yang jelas bengkak + merah . Dah serupa jombi aku tengok .

" saya menangis ? lambat lagilah . saya tidur lambat la semalam "

Aku mengangguk mendengar penjelasannya .

" mianhae , sebab saya awak kena tidur dekat luar "

" gwenchana . keselesaan awak keutamaan saya "

Ini yang aku suka tentang Minho . Dia mesti buat ayat jiwang karat dia dekat aku . Sejak dua menjak di makin manja eh encik tsundere korang ni .

Ayuh la kita skip saja . Minho pun menghantar aku pulang ke rumah . Setelah satu malam aku meluangkan masa dengan dia .

" jumpa lagi sayang "

" nae "

Setelah itu dia pun membawa kereta pergi dari perkarangan rumah aku . Nampak macam ada benda urgent je . Biar lah .

Aku masuk ke rumah dan mendapati bahawa eomma , appa dan Jihoon sedang makan di meja sambil memerhatikan aku . Mereka berbisik sesama sendiri tapi aku boleh jelas dengar .

" nampakya kita tak lama nak dapat menantu ni "

" Jihoon pun bakal dapat adik ipar "

" adik lagi cepat dari abang ni apa citer "

Aku maleh nak layan family aku ni . Kecoh benor .

____
Minho pov

Aku memandu ke rumah appa setelah aku menghantar Haejoo pulang tadi . Entah apalah yang dia ingin bincangkan pun taktahu .

Setelah sampai , dengan hati yang berat aku melangkah masuk ke dalam rumah agam yang pernah menjadi tempat tinggal aku dulu .

" selamat kembali , Tuan Muda Minho "

Walaupun aku sudah lama keluar , pekerja disini masih panggil aku dengan panggilan tuan muda . Aku tersenyum kecil sambil tunduk ke arah mereka .

Aku masuk ke dalam rumah itu tanpa memberi salam . Eh islam ke . Tiber .

Kelihatan appa , 'eomma' dan Heeyul sedang duduk di ruang tamu . Aku dengan muka yang dingin masuk ke dalam .

" jadi ada apa appa mahu berjumpa Minho ? "

Aku bertanya kepada appa tanpa memandang . Appa aku sudah sedia maklum dengan perangai aku yang dingin . Kalau boleh aku malas nak datang tapi aku masih hormat kemahuan dia .

" cuba duduk dulu . ini masuk terus terjah . appa tak ajar kamu jadi tak beradab "

Aku menggulingkan mata aku lalu duduk di atas sofa itu . Sudah lama aku tidak melabuhkan punggung aku di sofa itu . Aku memandang dengan wajah yang tidak minat .

" jadi , apa yang appa mahu bincangkan dengan Minho ? "

Dengan sesopan-sopannya aku bertanya kepada appa . Cuba untuk mengawal kedinginan aku . Heeyul dari tadi pandang aku atas bawah . Tacod .

" kamu dan Heeyul lagi beberapa lagi akan graduate dari sekolah  tinggi . Jadi appa ada permintaan . Appa harap kamu boleh terima keputusan appa .

appa nak kamu pindah jepun . dan terus tinggal di sana selama-lamanya "

Mata aku membulat . Aku menolak lidah aku . Cuba mengawal kemarahan .

" haha . Kenapa mesti Minho ? Kenapa bukan perempuan tu yang pergi ? Bukan tempat asal dia dengan eomma dia  tu dekat sana ? "

" Minho , appa cakap elok-elok ni . Jangan sampai — "

" sampai apa ? Lempang ? Tumbuk ? Bunuh ? Buatlah . Minho nak tengok setakat mana appa boleh buat "

" kamu memang dah melampau Minho . Siapa yang ajar kamu jadi macam ni ? "

" ini pilihan Minho sendiri untuk jadi macamni . Dan jangan tanya kenapa Minho jadi macamni . Sebab penyebabnya sekarang ada dekat depan mata Minho sendiri "

Mata aku memandang ketiga-tiga orang yang berada di hadapan aku sekarang .

" sebab appa tak mahu Heeyul pergi Jepun adalah sebab appa tak benarkan dia belajar jauh "

" nampak tak appa lebih sayangkan anak tiri daripada anak sendiri ? anak tiri yang appa ingatkan baik , tapi sebenarnya seorang pelacur ! "

" LEE MINHO ! JAGA MULUT KAMU ! APA MAKSUD KAMU HEEYUL PELACUR ? "

Eomma tiri aku menaikkan suaranya . Pertama kali dalam hidup dia meninggikan suaranya kepada aku . Aku memandangnya sinis .

" kesian betul korang ni . Dalam rumah ada pelacur pun tak perasan "

Aku mengeluarkan sampul surah yang berisi gambar dari dalam bag aku . Gambar-gambar itu aku baling ke atas meja .

" kau jangan ingat aku tak tahu , yang kau sebenarnya buat part time jadi pelacur dekat club malam . Lee Heeyul "

Heeyul memandang aku dengan mata yang membulat . Matanya bergetar . Eomma tiri aku mengambil gambar yang aku baling ke atas meja itu . Dia melihat gambar-gambar itu dengan mata yang berkaca .

" Heeyul , betulkah semua ni ? BETUL KE KAMU BUAT BENDA NI ? !! JAWAB HEEYUL ! "

" TAK EOMMA HEEYUL TAK BUAT ! "

Aku menggulingkan mata aku sekali lagi melihat drama anak beranak . Appa sudah memicit kepalanya .

" MANA KAU DAPAT SEMUA NI ?! SIAPA YANG BAGI KAU GAMBAR NI ?!! "

" maksudnya betullah kau buat semua ni kan ? Haha . Inilah 'anak emas' yang appa anggap baik tu kan ? tak sangka juga aku , rupanya adik tiri aku 'PELACUR ' "

" DIAMMM ! JANGAN PANGGIL AKU PELACUR ! "

Heeyul mengoyakkan semua gambar yang aku bagi itu lalu dia beredar dari ruang tamu itu . Appa hanya terdiam . Barangkali menyesal ?

" tiada apa dah rasanya benda yang nak dibincang . Sekali lagi Minho bagitahu , Minho takkan pindah Jepun . TAKKAN "

Aku segera keluar dari rumah neraka itu dengan gembira . Akhirnya rahsia terbesar Heeyul sudah terbongkar .

" don't mess with me , Lee Heeyul "

TO BE CONTINUED

THE LONGEST EVER CHAPTER I'VE EVER WROTE IN MY FANFICTION . TUHAN JE TAHU BETAPA LENGUHNYA JARI AKU . BERAPA JAM AKU LUANGKAN MASA UNTUK TULIS CHAPTER NI . MACAMMANA ? PUAS TAK TENGOK HEEYUL TERSAKITI AHHAHAHAHHHAHHHHHHAHH . OK JANGAN SUKA LAGI , BAKAL DATANG LAGI CONFLICT YANG LEBIH ' NGERI ' LEPAS NI.

Special tag ; CRYSTHYUN

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro