Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

20

Haejoo pov

" kenapa kau tiba-tiba je ajak aku keluar ni ? "

Tanya aku sambil mencedok aiskrim berperisa chocolate yang Beomgyu belanja . Dia yang berada di hadapan aku sekarang sedang makan aiskrim vanilla favourite dia tu .

" Sebab kita dah lama tak keluar sama-sama "

Jawabnya sambil menyuap aiskrimnya ke dalam mulut . Aku hanya mengangguk faham . Tapi kenapa mesti harini ?

" Tapi , kenapa mesti harini ? Kau kacau waktu aku tengok drama pulak tu "

Aku sengaja memuncungkan mulut aku , macam merajuk . Dia tersenyum kecil sahaja , dengan bibirnya yang agak pucat itu .

" Ada lah sebabnya . Ke kau tak sudi keluar dengan aku ? "

" Bukan macam tu — "

" Kau ni makan comot la , macam budak-budak "

Tanpa aku sempat menghabiskan ayat aku , dia bertindak mengelap bibir aku yang comot akibat aiskrim yang aku makan . Aku agak terkejut dengan perilaku dia sebenarnya . Sejak bila dia jadi , sweet ?

" Err , hmm "

Aku hanya mampu mengetap bibir sahaja sekarang ni . Kau dah kenapa ni Park Haejoo ! Macam first time je keluar dengan dia !

" Haejoo , aku harap , bila aku dah pindah nanti , kau jangan lupakan aku tau . Kalau aku dah takda nanti — "

" Apa maksud kau 'takda' ? "

Beomgyu hanya tersenyum kelat . Tangannya diletakkan di belakang tengkuknya .

" Mana tau kan , kalau harini hari terakhir aku dapat jumpa bestfriend kesayangan aku ni "

Matanya seperti ada menyimpan sesuatu . Sesuatu yang aku rasa tak sedap hati .

" Kenapa sejak dua menjak ni kau pelik , Gyu . Kau — "

" Kau dah siap makan ? Jomlah . Kita pergi tempat lain pulak "

Sekali lagi tanpa aku sempat menghabiskan ayat , dia potong percakapan aku . Seolah-olah mahu mengelak dengan soalan yang aku lontarkan .

" D-dah . Jom "

Lalu aku dan dia pon berlalu keluar daripada kedai aiskrim itu . Destinasi seterusnya , aku taktahu dia nak bawa aku ke mana .

______
Author pov

Seharian mereka bersiar-siar bersama . Akhirnya mereka pulang ke rumah masing-masing . Beomgyu yang sudah maklumnya hanya duduk di sebelah rumah Haejoo memberhentikan motornya di hadapan rumah mereka .

Haejoo turun dari motor lalu menanggalkan helmetnya . Dia memberinya kepada Beomgyu .

" Thank you for today ! Jumpa esok , Gyu ! "

Beomgyu tidak membalas , sebaliknya dia hanya tersenyum . Bukan dia tak tahu , harini merupakan hari terakhirnya berada di bumi Seoul ini .

Haejoo terus masuk ke dalam rumah . Penat sebenarnya lepas keluar dengan Beomgyu . Terus sahaja dia naik ke bilik untuk mandi . Handbag yang dia bawa diletakkan atas meja solek.

Setelah siap , terus sahaja dia hempaskan badan atas katil . Terus dia melelapkan mata .

Tanpa dia sedar , ada sesuatu yang sangat berharga , yang dia tidak ketahui .

______
Beomgyu pov

Setelah menghantar pemergian Haejoo melalui ekor mata aku , terus sahaja aku masuk ke dalam rumah . Kelihatan eomma sedang duduk di ruang tamu .

" Oh Gyu dah balik ? Esok , flight kita pukul 10.00 pagi . Gyu dah bersedia ke ? "

" Sedia atau tak sedia , Gyu tetap kena pergi eomma . Gyu tak sanggup lagi nak hadap penyakit ni . Tapi kalau dah ditakdirkan yang Gyu akan mati , nak buat macam mana kan ? "

" Jangan cakap macam tu Gyu . Anak eomma ni kuat . Eomma tahu Gyu boleh bertahan . Dah , pergi kemas baju . Esok nak bangun pagi "

" Nae eomma "

Terus aku naik ke atas dan mandi setelah seharian dia pergi berjalan dengan Haejoo . Tiba-tiba , aku teringat akan 'sesuatu' yang dia beri kepada Haejoo .

" Aku harap kau baca ... "

______
Author pov

Mata Haejoo terbuka apabila sinaran matahari memancar muka aku . Nampaknya dia lupa untuk tutup tingkap lagi . Dirinya yang masih mamai itu bangun .

Tangannya meraba-raba mencari handphonennya . Tetapi masih tak jumpa .

" Oh aku lupa nak keluarkan dari handbag semalam"

Dia berlalu ke meja soleknya , dimana terletaknya handphonenya . Dia mencari-cari , tetapi sesuatu yang lain yang dia jumpa . Surat ? Sejak bila ada surat dalam handbagnya ?

" Siapa pulak bagi aku surat ni ? Aku bukannya ada secret admirer pon .. "

Surat itu diambil lalu dia buka . Apabila dia buka , dia membaca surat itu satu persatu .

To ; Park Haejoo

HAI HAEJOO ! SELAMAT PAGI ! AKU TULIS SURAT NI BERSEBAB SEBENARNYA . AKU TAK BERANI NAK BERCAKAP PASAL NI SECARA BERSEMUKA , JADI AKU TULIS SURAT UNTUK . BYTHEWAY , BILA KAU BACA SURAT NI , BERERTI AKU DAH BERTOLAK KE IRELAND PADA PUKUL 10 PAGI  . MAAF AKU TAK BAGITAU KAU YANG FLIGHT AKU DIAWALKAN ATAS SEBAB YANG TAK DAPAT DIELAKKAN . AKU TAU KALAU AKU BAGITAU KAU , NANTI KAU SEDIH . AKU TAKNAK TENGOK KAU TERLUKA LAGI . DAN LAGI SATU , MUNGKIN INI IALAH SURAT TERAKHIR AKU SEBAGAI SEORANG CHOI BEOMGYU , BESTFRIEND KAU . AKU NAK KAU TAHU , YANG AKU SAYANG KAU SANGAT-SANGAT HAEJOO . THANK YOU SEBAB JADI KAWAN AKU SAMPAI SEKARANG . KAU SUDI LAYAN PERANGAI AKU YANG MASUK AIR NI . AKU RASA TU JE KOT AKU NAK BAGITAU . JANGAN LUPAKAN AKU , EVEN AKU DAH TAKDA KAT DUNIA NI .

P/s ; SEBENARNYA , AKU SUKAKAN KAU .

FROM YOUR BELOVED BESTFRIEND
Choi Beomgyu .

Luluh hati Haejoo apabila baca isi kandungan surat yang menyentuh hatinya itu . Air matanya kian bertakung . Jadi , inilah sebabnya dia nak luangkan masa dengannya semalam ?

" Beomgyu , sampai hati kau ... "

Air matanya jatuh juga . Dia tidak sanggup untuk berpisah dengan bestfriendnya itu . Dia melihat jam di telefonnya . Pukul 9.30 . Masih sempat untuk dia ke airport untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Beomgyu .

Segera dia pergi bersiap dengan sepantas kilat . Dia mesti kejar Beomgyu . Dia tidak mahu meninggalkan sahabatnya itu tanpa sebarang kata-kata selamat tinggal .

Segera dia turun ke bawah dan mendapati Jihoon yang sedang menonton televisyen .

" JIHOON ! TOLONG HANTAR AKU PERGI AIRPORT SEKARANG ! URGENT ! "

Dia segera menarik tangan Jihoon yang masih bingung dengan keadaan adiknya itu . Dia pun dengan gelabahnya mengambil kunci kereta . Kalau Haejoo pandai bawak kereta , dah lama dia race atas jalan nanti .

" OPPA CEPATLAH ! "

Entah sejak bilalah si Haejoo ni panggil abang dia dengan panggilan oppa pon tidak tahu lah . Yang dia tahu , dia mahu cepat sampai ke airport .

" ISH KAU SABARLAH ! KAU NAK KENA SAMAN KE ? KALAU NAK KAULAH YANG BAYAR ! SATU LAGI , KAU KENAPA TETIBA SURUH AKU HANTAR PERGI AIRPORT NI ? "

" BEOMGYU NAK PINDAH IRELAND KAU TAU TAK ? AKU NAK CEPAT KEJAR DIA ! FLIGHT DIA PUKUL 10 PAGI ! "

" SERIOUSLAH ? KENAPA DIA TAK BAGITAU AKU JUGAK ? "

Maka dengan itu , kereta Jihoon pon meluncur laju mengalahkan kereta lumba di f1 . Semua kenderaan dia potong dengan hebatnya . Boleh ganti michael schumacher ni . ( kalau kau taktau , google sendiri )

Setelah itu , mereka pon sampai di airport . Haejoo yang sudah tidak boleh dikawal itu terus keluar dari kereta , memecut laju masuk ke dalam airport . Ramai orangnya usah cakaplah .

Dia mencari-cari kelibat yang dia ingin cari , siapa lagi kalau bukan Beomgyu . Dia berlari-lari seperti orang gila .  Dia melihat ke arah board yang memaparkan waktu perlepasan .

Dia mencari flight yang akan bertolak ke ireland . Dia jumpa , tapi apa yang menyakitkan ialah ,

Flight itu sudah berlepas , 5 minit yang lepas .
Jam sudah menunjukkan pukul 10.05 minit . Dia sudah terlambat .

" Beomgyu ... jangan pergi lagi , jebal .. "

Dia terduduk di situ . Air mata yang dia tahan tumpah juga . Orang yang lalu-lalang di situ melihatnya dengan pelik . Dengan keadaan yang tidak terurus itu , dia menangis dengan teresak .

Kenapa dia tidak pernah perasan akan perasaan Beomgyu terhadapnya ? Kenapa lelaki itu tidak pernah berterus-terang sahaja dengannya ?

" Park Haejoo .. "

Dia memandang ke arah gerangan yang memanggil namanya itu .

" Minho sunbae ... "

TO BE CONTINUED

AKU SEBAGAI ISTERI BEOMGYU , DISAHKAN MENANGIS APABILA AKU TYPE CHAPTER NI HUHU . SEDIAKAN TISU GUYS . AKHIRNYA HAEJOO DISAHKAN GILA KBYE SAJEJE . JANGAN LUPA VOMMENT KALAU TAK AKU BAKAR RUMAH KAU ! KSAJEJE . AKU MERAJUK SEBAB SEJAK DUA MENJAK NI MAKIN SIKIT ORANG BACA CERITA NI . YANG PALING MENYAYAT HATI BILA MAKIN RAMAI SILENT READERS . TAK MENGAPALAH . SEMOGA KORANG DAPAT HIDAYAH . Hihi .

Special tag ; LVLYLINO

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro